Wednesday, August 24, 2022

Subway: Curry Sekali Beef

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cuba menu baru dari Subway.. Hari ini cuti, jadinya 'me time' lah.. hehehe.. Walaupun tak berapa nak yakin tapi sebab nak cuba, kita beli juga.. Sha suruh adik tu suggest sos.. Adikt subway tu cakap kalau yang kari ini elok bubuh sos kari dengan mayonis je supaya rasa dia ngam.. Kalau campur sos, rasa dia akan jadi pelik.. Sha pun ikutlah cadangan adik tu..

Memang terbaiklah.. Bau kari yang ohsem.. Pilihan Sha dah tentulah daging.. Dia pakai daging cincang bukan sekeping.. Tapi okay je.. Janji daging.. Rasa kari nya ngam ngam je.. Tapi lepas makan tu memang ada rasa kari yang tertinggal di lidah.. Jadinya kalau tak suka rasa kari macam ini, Sha tak galakkan untuk cuba.. Harga dia RM14 lebih kalau tak silap.. Sha beli ala carte..

Meriah dengan sayur dan sos.. Memang syok..

Kertas pembungkusan sempena sambutan Hari Merdeka 2022.. Cantikkan..

Kerana iklan ini berlegar-legar di FB lah yang buat Sha tergoda untuk mencuba.. hehehe..

4 comments:

  1. sama la menu... la..x perasan pun wrapper tu..kawan amik sandwich tadi...comei je

    ReplyDelete
  2. dulu memang feveret subway ni.. tapi lepas develop allergic dengan roti, dah x boleh makan dh.. sedih..

    ReplyDelete
  3. tak pernah nampak pula menu baru ni. Lidah tak berapa suka jenis kari macam tu. Dulu dekat segamat famous burger kari tapi no no for me hihu

    ReplyDelete
  4. Alamak tergoda jugak nak cuba. Bolehla nanti

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com