Wednesday, August 31, 2022

Random Photo #9 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah layan gambar-gambar sepanjang Ogos ini..

Menambah stok tisu di rumah.. Sekotak ini ada 30pcs.. Okaylah.. Sha beli di shopee.. Tisunya lembut.. Berbaloi beli..

Ini comfort food buat Sha..
Beryl's Chocolate - Assorted Flavour (RM18.70) Beli dekat Shopee je dapat harga ini.. Dekat pasaraya dah RM23.90 sekarang ini..
Almond Dark Chocolate
Almond Bittersweet Chocolate
Almond Milk Chocolate
Assorted Almond Chocolate

Bila dah tak berkenan dengan kantin, kita bawa je maggi, sayur dan udang.. Beli periuk elektrik comel, masak kat pejabat.. Puas hati.. Tak ada nak sakit hati beli makanan, bayar tapi macam kita minta free pula.. Hurm..

Rezeki.. Ada staf belanja.. Pisang berangan..

Cempedak dan biji cempedak yang direbus.. Lama tak makan.. Inipun ada staf yang bawa..

Kacang kuda rebus.. RM2 sebekas.. Pakcik yang berniaga kacang ini kadang ada, kadang tak ada.. Ikut rezekilah kalau nampak dia jual, memang singgah beli..

Imani.. Tak sihat ini tapi nak gi sekolah juga..

Beli laci berkunci untuk letak barang-barang peribadi di pejabat..

Chekur.. MIL nak buat ubat..

Makan maggi sup di pejabat.. 

Masa nak ambil anaklah dia sebok nak buat jalan.. Walhal, jalan ini elok je.. Tak ada pecah-pecah ke apa.. Tak faham sungguhlah.. Jalan elok dibaiki.. Jalan tak elok tak pula nak dibaiki..

Ada kawan bagi masak lemak itik salai.. Pergh!! Lembut itiknya dan masak lemaknya tak terlalu pedas..

Menu sarapan pagi.. Popia sira dengan kopi panas..

5 comments:

  1. Biasa tu Sha, jalan yg elok dikorek, tampal, korek tu :p
    Cekur tu buat ulam sedap.

    ReplyDelete
  2. Sha macam nadia juga..suka ambik gambar makanan..heheheeheh

    ReplyDelete
  3. Masak lemak itik salai
    mesti mengancam

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau dapat makan popia sira. Rasa teringin pula nak makan lepas baca entri Kak Sha ni.

    ReplyDelete
  5. Amboi bestnya main masak-memasak di pejabat

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com