Monday, August 15, 2022

Hokkaido Baked Cheese Tart Premium: Salted Caramel & Sakura Orange Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hadoi.. Entry ini lupa nak pos.. Sepatutnya dua minggu lepas tapi tu lah, mood ke laut dalam sampai tak perasan.. Membaca pun tak banyak lagi, Ogos dah nak setengah bulan berlalu nie.. Jomlah tengok tart apa yang Sha beli..

Bila dah singgah Ipoh Parade, haruslah membeli Hokkaido tart.. Selalu Sha beli yang saiz kecik2 tu je.. Beli 6 percuma 1.. Lepas tu ternampak 2 tart baru, sha pun belilah.. Nak cubakan..

Macam ini je dia bungkus.. Memang penyeklah tart tu.. Sedih je.. Habis comot dan melekat dekat pembungkus tu.. Harga dengan pembungkusan tak setanding.. Sedih.. hehehe..

Salted Caramel - RM6.60
Okaylah.. Tak adalah masin sangat.. sedang elok je rasa dia.. Compliment each other gitu.. Kikiki.. Atas dia tu ada cornflakes dengan hirisan badam kalau tak silap.. Rangup..

Sakura Orange Cheese - RM6.60
Sedaplah rasa dia.. Awalnya Sha ingatkan pelik tapi tak.. Kena je dengan tekak Sha.. Ada rasa masam-masam oren tu tapi tak terlalu kuat.. Memang seimbanglah dengan cheese dia..

Ini rupanya cheese tart premium tu dekat stall Hokkaido..

6 comments:

  1. Makanan sekarang dah canggih3 namanya.Takde sebutan melayu dah

    ReplyDelete
  2. eh dia x letak dalam kotak. biasa ada kotak kan. nampak menyelerakan tu.

    ReplyDelete
  3. wah dah ade perisa baru..okay kene terjah ni

    ReplyDelete
  4. hokaido ni memang sedap tapi tak boleh makan banyak bagi dana sebab lemak sgt, mungkin sbb faktor usia kot dulu muda-muda ok je heheheh

    ReplyDelete
  5. La awat tamde kotak. Kena complain ni

    ReplyDelete
  6. Teringin nak cuba cheese tart ni tapi tak ada cawangan yabg dekat.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com