Thursday, November 7, 2024

Rawatan Gigi Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha bawa Amani ke Klinik Pakar Pergigian untuk rawatan susulan.. Alhamdulillah gigi dia berada dalam keadaan baik dan Amani dah di discharge dari Klinik Pakar Pergigian Teluk Intan.. Lepas ini buat normal checkup dekat Klinik gigi berdekatan sahaja.. Lega rasanya bila doktor kata gigi dia dah okay.. Terima kasih buat semua doktor dan jururawat di Klinik Pakar Pergigian, Hospital Teluk Intan untuk 9 tahun rawatan.. 

Berdua kami..

7-Eleven: Curry Laksa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tu dia, mee segera jenam 7-Eleven.. Kari laksa ini kena dengan tekak Sha dan antara makanan yang Sha simpan dekat pejabat.. Kalau lupa bawa bekal memang makan mee segeralah Sha dekat pejabat.. Rasa kari laksa dia sedap memang layanlah.. Sha siap habiskan kuah dia.. Jadinya boleh bayangkan tak sedap tak sedap rasa dia.. Tapi ini makanan segera, tak bagus makan selalu.. Pesanan khidmat masyarakat dari Sha.. kikiki.. Owh ya, harga dia pun okaylah untuk saiz mee ini..

7-Eleven: Curry Laksa Instant Noodle (102g) - RM3.90

Ini apa yang ada dalam mangkuk tu..

Seblum kita bubuh air.. Masukkan semua rencah dia..

Siap ada paras air yang perlu kita bubuh..

ebook | Sarang Di Hati oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha buku ini dengan tenang hati tapi tak jangka pula penulis nak bawa Sha naik roller coaster.. Awalnya Sha sangka konflik Pak Man Tekong dengan Zakiah berpunca dari kecurangan Pak Samsul yang mengahwini Bunga hingga menyebabkan Salmah menerima Pak Man Tekong.. Tu belum lagi konflik tentang status Haris.. Baru nak hadam hal ini tiba-tiba rumah rehat Hasna diganggu entiti ghaib ditambah kepelikkan Saufi.. 

BIla terbongkar kebenaran untuk semua perkara, Sha paling kesian dengan Pak Man Tekong.. Sudahlah dia berusaha sehabis baik untuk isterinya tapi hanya kerana terlalu mengikut perasaan hidupnya disia-siakan seolah-olah dia melakukan kesalahan yang tiada maafnya.. Walhal bukan dia puncanya.. Memang sedihlah..

Penulis ini antara yang berjaya membawa cerita tetang masyarakat dengan cara yang berbeza.. Memang menariklah baca.. Walaupun banyak watak, namun setiap watak berjaya buat kita terikat untuk tahu jalan ceritanya..

Sha baca dan selesai pada 02.11.2024..

Published January 1, 2024 by Nursyazni e-Book Pub (967-26621)

Nak beli?? Klik je gambar atas ini..

Wednesday, November 6, 2024

Pokka Lemon 1000

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay.. Sha nampak dan teruja nak beli sebab lemon tapi tak kenalah pula dengan tekak.. Hahaha.. Beria lah ingat rasa dia best.. Sekali rasa dia macam pelik sikit.. Tak macam air lemon yang kita biasa minum.. Jaranglah Sha ini tak suka air lemon, tapi kali ini memang tak boleh nak pergi.. Lain macam rasam dia dekat tekak sha.. kikiki.. Rasa ini memang terpulang pada tekak masing-masing.. Anak Sha suka tau.. Dia minum sampai habis.. Nampak tak.. 

Pokka Lemon 1000 (500ml) - RM4.90

ebook | Zom 100: Bucket List of the Dead, Vol. 6 by Haro Aso, Kลtarล Takata (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku keenam ini kita boleh tengok walau dalam apa keadaan pun manusia yang gila, pentingkan diri tetap ada.. Meletakkan kesalahan dan kelemahan sendiri pada orang lain.. Menyalahkan dunia dan menganggap yang orang lain harus mengikut kehendak mereka bukannya menerima dan muhasabah diri.. Macam tu lah dunia.. Manusia tetap manusia.. Ada yang kekal gila dan ada yang kekal baik walau dalam apa keadaan pun.. Akira dna kawan-kawan berjaya menyelamatkan keadaan sekali lagi dan meneruskan pengembaraan.. 

Sha baca dan selesai pada 02.11.2024..

Published May 17, 2022 by VIZ Media: VIZ Signature

Wordless Wednesday 2024

 

Tuesday, November 5, 2024

ebook | Zom 100: Bucket List of the Dead, Vol. 5 by Haro Aso, Kลtarล Takata (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua

Kanta Higurashi watak yang muncul dalam buku kelima ini bertentangan sikapnya dengan Akira.. Impian dia adalah ingin melakukan semua kerosakkan dan kejahatan.. Akira baru nak bergembira bersama mak ayah dia, datang si Kanta ini merosakkan semuanya.. Punyalah dia dengki dengan kehidupan orang lain, dia lepaskan zombie dekat perkampungan Akira.. Memang gila mamat ini.. Impian dia nak lakukan sebanyak-banyak kejahatan dan kerosakkan sebelum bertukar jadi zombie.. Memang sewel lah..

Sha baca dan selesai pada 01.11.2024..

Published February 15, 2022 by VIZ Media: VIZ Signature


Tong Garden: Sun Gift Chilli Mango

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa buah mangga yang liat, manis, masam dan juga pedas.. Tapi tak adalah pedas melampau lebih pada pedas-pedas manja gitu.. Kalau makan ini sambil memandu, memang segar biji mata.. kikiki.. Masam tu sebab ada limau.. Buah mangga tu sendiri manis ja.. Memang rasalah buah mangganya.. Tebal juga potongan mangga tu.. Adalah dalam 6 ke 7 keping potongan mangga.. 

Tong Garden: Sun Gift Chilli Mango (30g) - RM4.00

Buah mangga yang disalut gula halus dan juga cili..

ebook | Zom 100: Bucket List of the Dead, Vol. 4 by Haro Aso, Kลtarล Takata (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke empat ini Akira berjaya menyelamatkan seorang perempuan yang ingin makan sushi dari pembuat sushi popular.. Selepas tu mereka mengembara bersama.. Mandi di kolam air panas dan akhirnya berjaya sampai ke kampung Akira.. Malangnya laluan masuk ke kampung Akira tertutup jadinya mereka kena lalu hutan dan disini Akira berjaya menolong seorang lelaki tua membina rumah pokok.. Bila akhirnya Akira berjumapa dengan mak dan ayah dia, Akira tertanya-tanya apakah khidmat bakti yang boleh diberikan pada mak ayahnya..

Sha baca dan selesai pada 01.11.2024

Published November 16, 2021 by VIZ Media: VIZ Signature

Monday, November 4, 2024

Mesra Roasted & Salted Mixed Nuts

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wah!! Mesra Petronas dah mula pelbagaikan makanan mereka.. Sha jumpa ini dekat Petronas Kedah.. Gabungan kacang, gajus dan badam.. Memang syoklah kunyah sebab tak terlalu masin.. Kuantiti dalam dia pun ngam-ngam saja untuk sekali makan.. Isi dalam dia pun sama banyak untuk ketiga-tiga jenis kacang.. Tak ada yang lebih atau kurang.. Memang bestlah.. Sebab selalunya kalau kacang campur ini, mesti ada yang lebih dan ada yang sikit kuantitinya.. Ini best..

Mesra Roasted & Salted Mixed Nuts (35g) - RM4.90

ebook | Zom 100: Bucket List of the Dead, Vol. 3 by Haro Aso, Kลtarล Takata (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ketiga ini, Akira dan Kencho nak balik ke kampung Akira.. Jadinya untuk memudahkan mereka mengembara, Akira cadangkan mereka guna RV.. Semasa sampai ke tempat pameran RV, Akira terjumpa Shizuka dan kesudahannya mereka mengembara bersama.. Namun tak jauh perjalanan, RV mereka kemalangan dan Kencho cedera.. Masa ini mereka terjumpa dengan bekas bos Akira.. Sekali lagi Akira dimanipulasi, mujurlah ada Shizuka..

Sha baca dan selesai pada 01.11.2024

Published August 17, 2021 by VIZ Media: VIZ Signature

Nabati Wafer: Korean Goguma Flavoured

Assalamualaikum.
Hye semua..

Sha memang dah lama cari Nabati warna ungu ini untuk dicuba tapi semuanya dalam pek besar.. Risaulah kan kalau rasa dia tak kena, jenuh nak habiskan.. Alhamdulillah, akhirnya jumpa juga pek kecil ini.. Harga pun okay.. Belilah sebungkus.. Pergh!! Sedap rasa dia dan tak pelik.. Memang boleh beli lagilah lepas ini.. Ngam betul dengan tekak.. Pada akhirnya akan ada rasa krim goguma tu di hujung-hujungnya.. Bolehlah beli pek besar pula lepas ini..

Nabati Wafer: Korean Goguma Flavoured (37g+7.4g) - RM1.20

Ungu lembut ja warna krim dia tu.. Rasa dia tak adalah kuat sangat.. Sedang-sedang saja dan sedap..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com