Thursday, July 24, 2025

India | DNA (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini awalnya nampak agak menyedihkan.. Kisah 2 manusia yang bertemu akibat takdir.. Anand hidup dalam kekecewaan, merosakkan diri dengan arak dan akhirnya dihantar ke pusat pemulihan.. Dvya pula menghadapi masalah kesihatan mental (borderline personality disorder) gagal untuk dijodohkan.. Mereka berdua dikahwinkan dan mula membina kehidupan.. Perlahan-lahan Divya membawa cahaya dalam kehidupan Anand.. Semuanya berubah bila Divya melahirkan seorang bayi.. Divya memberitahu yang bayi tu bukan milik dia.. Tiada siapa yang percaya kecuali Anand.. Anand melakukan ujian DNA dan berjaya membuktikan yang anak tu bukan anak mereka.. Penyiasatan Anand bersama pegawai polis bernama Chinnasamy berjaya membongkar sendiket penjualan bayi secara senyap melibatkan orang dalam hospital sendiri.. Licik sangat cara diorang mencuri bayi dan kemudian menukarnya.. Jangan sangka yang tak bersalah dan nampak tak berbahaya tu semua baik.. huhuhu..

Filem walaupun sekadar hiburan, sebenarnya boleh memberikan pengajaran.. Macam filem ini, awalnya Anand tak percayakan Divya tapi atas dasar sayang Anand berusaha membuktikan apa yang Divya katakan tu betul dan berusaha mencari anak mereka semula.. Kejahatan tak akan pernah selamanya tersembunyi.. Pada akhirnya yang jahat tetap akan dapat balasan sama ada cepat mahupun lambat.. Owh ya, satu lagi doa mak ayah.. Janganlah doakan perkara tak baik dekat anak-anak kita..

DNA
2025 ‧ Adventure ‧ 2h 20m
Due to their precarious mental health, Divya and Anand's marriage faces numerous challenges that test their relationship.

Wednesday, July 23, 2025

Oyoshi Chakulza Sparkling Green Tea: Kyoho Grape

Assalamualaikym..
Hye semua..

Sha beli sebab tin dia cantik.. Hahaha.. Bahaya betul bila corak cantik dan menarik ini.. Encik suami selalu sakat Sha bila Sha beli sesuatu disebabkan pembungkusannya cantik.. Encik suami cakap, siman ja.. Jangan minum atau makan.. Nanti bila dah lama boleh jual balik.. kikiki.. Sabar jelah.. 

Air teh sebenarnya tapi rasa karbonat dan anggur tu lebih kuat berbanding rasa tea.. Macam bukan minum air teh pun.. Sedap sebab Sha suka rasa anggur tu.. Saiznya pun comel.. Minum bila nak maniskan lidah jadinya tahanlah 2 hari.. Begitulah sekarang ini bila minum air manis.. Buat maniskan lidah ja bila terasa payau..

Sha beli air ini dekat 7E.. Kalau diorang buat sale, boleh beli dengan harga yang lebih murah.. Kadang 2 tin RM3 atau 1 tin dia jual RM2.. Kena rajin tengok dekat aplikasi 7E..

Oyoshi Chakulza Sparkling Green Tea: Kyoho Grape (240ml) - RM3.00

Kehadiran Penuh Fasa Pertama 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Amani bawa balik kupon koperasi ini tunjuk dekat Sha.. Katanya kupon ini dia dapat sebab tak pernah lagi tak hadir ke sekolah sepanjang sesi sekolah untuk fasa pertama (Februari-Julai) tahun 2025 ini.. Minggu lepas lagi dia bagi tahu yang hari Selasa (22.07.2025) nama dia akan dipanggil semasa perhimpunan.. Memang Amani jaga baik kehadiran dia ke sekolah.. Tahun lepas tak boleh penuh sebab ada temujanji hospital.. Tahun ini Alhamdulillah dah tak ada temujanji yang perlu dihadiri.. Semoga Amani diberi kesihatan yang baik dan otak yang cerdas.. Aamiin..

Amani dapat 2 keping kupon koperasi RM2 ini.. 

Malang Tak Berbau

Assalamualaikum..
Hye semua..

Betullah malang tu tak berbau.. Memang betul-betul tak diduga, bila diuji dengan kesakitan.. Semalam nasib Sha kurang baik.. Boleh pula tergelincir dan jatuh di bahu jalan masa nak ke pasar malam.. Sha baru turun kereta, jalan belum jauh lagi dah jatuh terduduk.. Memang tak jadilah nak ke pasar malam, terus balik.. Mula tu Sha ingat luka dekat lutut je, bila selak tengok terkoyaklah kulit sampai nampak isi putih.. Tersagat dekat batu.. Mujur seluar tak koyak tapi tak melindung pun sebab kainnya nipis kan.. Sha terpeleot, tergelincir dan jatuh, jenuh tahan sakit sambil memandu pulang.. Sha ingatkan tak adalah luka di kaki sebab pakai kasut sukan dan stokin yang agak tebal jugalah, tapi balik tu tengok ada juga luka di buku lali kaki kiri.. Patutlah sakit semasa nak tekan clutch kereta..  Masa memandu tu juga baru perasan di jari kanan ada luka tertoreh, agak dalam dan di tangan kiri ada kulit terkoyak.. Jenuhlah menahan pedih kaki dan tangan semasa mandi.. Malamnya memang berdenyut-denyut lah luka-luka tu semua.. Sha telan 2 biji panadol untuk kurangkan sakit..

Nak tidur tu, boleh pula ibu jari kaki tertendang bucu pintu.. Adoilah, encik suami dah geleng kepala ja tengok Sha.. Belum kurang sakit akibat jatuh, udah bertambah sakit lagi.. Semoga ada hikmah yang baik-baik sahaja lepas ini.. Aamiin..

Jari tengah tangan kanan ada luka yang dalam.. Tertusuk batu rasanya..

Ini pula jari tengah tangan kiri.. Terkoyak bahagian sendi..

Tuesday, July 22, 2025

Ujian Lisan PSRA Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas membantu Imani menghafal surah untuk Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dah bermula.. Sha tolong semakkan bacaan.. Kalau ikut Imani selepas ujian hari tu, macam okay ja.. Semoga yang baik-baik sahaja.. InsyaAllah.. Selain Ujian Tilawah dan Hafazan (UTH) akan ada juga Pentaksiran Imlak.. Manakala peperiksaaan bertulis akan berlangsung pada hujung bulan 9 nanti.. 

Macam tak percaya ja, Imani dah darjah 6.. Zaman dimana UPSR dah lagi tak ada, yang tinggal hanyalah PSRA ini.. Walaupun ujian ini untuk sekolah agama sahaja tapi sekurang-kurangnya masih adalah peperiksaan besar untuk Imani.. Tahun ini tahun akhir untuk Imani bersekolah petang.. Tinggal persiapan untuk ujian bertulis pula.. 

Red Bull Energy Sparkling: Apple & Muscat Grape

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang tak pernah minum air Red Bull ini tapi bila nampak perkataan zero sugar dan perisa epal dan anggur tu rasa macam teruja pula nak cuba.. hahaha.. Mudah terpengaruh betul Sha ini.. Tak sangka pula sedap airnya dan tak rasa pelik.. Gandingan epal dan anggur tu umph sangat.. 1 tin ini kami kongsi berempat.. kikiki.. Jadinya tak adalah berlebihan sangat minum manis.. Owh ya, walaupun ditulis zero sugar, tapi okay ja rasanya.. Faham-faham je lah ya.. Minuman macam ini tetap ada rasa manis..

Red Bull Energy Sparkling: Apple & Muscat Grape (250ml) - RM1.99

Cenderahati Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ingat tak hari tu Sha ada kongsikan pasal Gelung Sulaman Kayu untuk Imani.. Pertandingannya hari Rabu (02.07.2025) di Tapah.. Pergi dengan cikgu, jadinya Sha kirimkan duit minyak dan makan buat cikgu melalui Imani.. Pertama kali sebenarnya Sha bagi anak ikut pertandingan luar sekolah.. Imani berminat, Sha bagi jelah dan sokong dengan keperluan dan duit.. Sekurang-kurangnya Imani dapat pengalaman walaupun tak menang.. Kali ini nampaklah kematangan Imani dalam menerima kekalahan.. Imani sendiri maklumkan yang kerja jahitan dia terlalu ringkas tanpa hiasan sebab tu tak menang.. Penyertaan Imani pun pada saat-saat akhir.. Hasil kerjanya dekat sekolah, cikgu belum pulangkan.. Jadinya tak bolehlah Sha nak kongsikan disini.. Sha kongsikan hadiah yang Imani terima sahaja.. Sijil pun dapat..

Ini hadiah saguhati untuk penyertaan Imani..

Tuala rupanya.. Cantik dan serap air..

Monday, July 21, 2025

7-Eleven Buah Prun Kering

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang suka makan buah prun tambahan jenis kering macam ini.. Suka tapi tak adalah hari-hari makan.. Bila teringin ja.. Ini prodak baru dari 7E, jadi belilah sebungkus buat rasa-rasa.. Okaylah buahnya tak lembik sangat, tak terlalu kering.. Pada Sha memang ngam-ngam ja dia punya rasa tu untuk Sha.. Buahnya lembap tapi tak keterlaluan.. Tak ada biji.. Memang sekali hadaplah terus habis.. Bila tak ada biji, lagi lajulah mengunyah.. Buah prun ini bagus untuk yang rendah HB dan juga untuk sistem perlawasan.. Cumanya bergantung juga pada badan kita..

7-Eleven Buah Prun Kering (50g) - RM5.90

China | What's Wrong with My Princess (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tontondrama pendek ini di youtube.. Agak menarik sebab drama reborn yang penuh dengan strategi.. Watak utamanya Qiu Yu mulanya berkahwin dengan Li Mo dan bantu Li Mo ini untuk naik takhta.. Malangnya lepas naik takhta, Li Mo ini berpakat dengan Xin Er bunuh Qiu Yu.. Bila Qiu Yu kembali semula ke malam sepatutnya dia berkahwin dengan Li Jian, Qiu Yu berjaya melalui perkahwinan tu siap berpakat dengan Li Jian untuk kenakan balik Li Mo dan adik dia Xin Er.. Memang penuh strategi dan nampaklah heroinnya bukan sekadar patung yang lembik.. Teruk Li Mo dengan Xin Er kena main dengan Qiu Yu dan Li Jian..

Drama: What's Wrong with My Princess
Also Known As: Huang Fei Wei He Na Yang, Revenge of the Reborn Princess
Director: Tony Tang
Genres: Historical, Romance, Fantasy
Country: China
Episodes: 32
Aired: Aug 27, 2023 - Sep 8, 2023
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday
Original Network: Tencent Video
Duration: 10 min.
General Murong Qiu Yu was infatuated with the second prince Li Mo, she aided him in seizing the throne. However, she was betrayed and killed by Li Mo and her sister Murong Xin Er.

After being reborn, Qiu Yu finds herself back on her wedding night with the seventh prince, Li Jian. Qiu Yu decides to join forces with Li Mo's rival, Li Jian, to ensure that Murong Xin Er and Li Mo face the punishment they deserve...


~~ Adapted from the novel "Kuang Nv Chong Sheng: Wan Ku Qi Huang Fei" (狂女重生:纨绔七皇妃) by Hong Guo Gu (红果果). ~~

Farm Fresh Choco Malt

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumpa dekat kedai ECO.. Akhirnya.. Lama dah teringin nak cuba tapi tak ada pek percubaan.. Ini dah jumpa dekat ECO, jomlah beli sebungkus walaupun dah naik harga.. kikiki.. Sha beli ini masa harga dah RM2.60.. Masih okaylah sebab satu ini jatuh RM1.30.. Nak mencuba ja.. Sebab Sha macam tak nampak dekat pasara pek besar yang jenis sachet macam ini, selalu tu jumpa yang jenis kilo ja.. Sha suka rasa coklat dia.. Anak-anak pun suka.. Bolehlah beli yang kilo tu nanti..

Farm Fresh Choco Malt (2pek X 35g)- RM2.60

Pekat tau airnya.. Memang berbaloilah beli dan anak-anak Sha pun suka..

Sunday, July 20, 2025

Halls XS: Cola Chill

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli di Kedai Mesra Petronas.. Saiznya comel sahaja dan rasa colanya mantap.. Memang unik tapi sedap dan tak pelik.. Paling best sebab dia berangin bila dimakan.. Cumanya tak adalah terlalu berangin, sedang-sedang ja rasa berangin dia tu.. Saiz gula-gulanya pun comel ja..

Halls XS: Cola Chill - RM3.00

Saturday, July 19, 2025

eclipse Plus Mints Honey Lemon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi rasa premium dari eclipse.. Mahal ini kalau beli dekat Kedai Mesra Petronas.. Jadinya Sha beli atas talian, murah sikitlah.. kikiki.. Nak rasa juga sebab selalu sangat nampak depan mata.. Gula-gula ini berangin tapi tak adalah kuat, okay okay ja.. Rasa madu dan lemon tu memang ngamlah, melegakan tekak dan menyegarkan mulut.. Biasanya gula-gula macam ini akan bertahan dalam beg tangan Sha lebih kurang seminggu..

eclipse Plus Mints Honey Lemon (30g) - RM6.40

Warna kuning gula-gulanya.. Isi dia hampir penuh.. Saiz gula-gulanya agak besarlah juga..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com