Saturday, February 9, 2019

Keunikan dan Kepelikan Bibliofil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kongsikan apa yang unik dan peliknya seorang Bibliofil.. Adakah anda seorang Bibliofil?? Cuba tengok senarai dibawah..

Keunikan dan Kepelikan Bibliofil

1. Pernahkah anda ke kedai buku dan membeli buku yang anda minati, kemudian apabila pulang ke rumah menyedari anda telah pun mempunyai buku tersebut dan membeli buat kali kedua?

2. Pernahkah apabila ke kompleks membeli belah, tempat pertama anda kunjungi ialah kedai buku, kemudian baru kedai lain?

3. Pernahkah anda menghadapi keadaan tidak mengingati bilangan buku yang anda ada dan jumlah yang dihabiskan untuk membeli buku?

4. Pernahkah anda ke pasar atau ke mana-mana sahaja yang tujuannya untuk membeli barangan keperluan atau produk lain yang bukan buku, tetapi akhirnya membeli buku sehingga mengganggu perbelanjaan yang sepatutnya diperuntukkan untuk barangan keperluan?

5. Pernahkah anda berjaya mendapat buku yang anda ingini di kedai buku ketika staf atau pekerja kedai buku gagal mencari atau mendapatkannya?

6. Pernahkah anda menonton televisyen dengan buku di riba, khususnya, apabila waktu iklan, atau ketika menonton siaran bola sepak dengan anda memperlahankan suara siarannya?

7. Pernahkah anda menyedari bahawa anda telah membeli terlalu banyak buku yang tersimpan di perpustakaan peribadi, tetapi satu pun tidak sempat anda baca?

8. Pernahkah anda membeli buku semata-mata kerana ada jualan murah atau diskaun yang tinggi ataupun jual lambak?

9. Pernahkah anda hadapi keadaan apabila mengunjungi salon dandan rambut atau menunggu bas atau keadaan yang memerlukan anda menunggu, dan ketika itu anda tidak membawa atau mempunyai bahan bacaan untuk dibaca?

10. Pernahkah anda mengembara atau ke bandar lain (outstation) tanpa pernah melupakan buku di dalam bag kembara anda?

11. Pernahkah isteri atau suami anda atau orang tersayang menegur anda kerana terlalu banyak membeli buku sehingga beranggapan tiada benda lain yang lebih penting lagi melainkan buku?

Sekiranya beberapa senario atau keadaan di atas pernah berlaku pada anda, ANDA sebenarnya seorang bibliofil.

Petikan dari buku bertajuk Biblioholisme: menelusuri pesona dunia buku dan pencintanya oleh Shaharom T. M. Sulaiman..


8 comments:

  1. Pernahhhhhh maknanya Najihah ini bibliofil lah ya? 0.0

    ReplyDelete
  2. Wow luasnya dunia pencinta buku Ni kan

    ReplyDelete
  3. Hampir semua ciri-ciri di atas ada. Memang pencinta buku sejak kecil.

    ReplyDelete
  4. ada juga tu kena sipi2 dengan akak nih

    ReplyDelete
  5. sy teringat kt seseorg ni. dia mengembara ke europe semata2 nk cr kedai buku, library, museum buku dan apa shj berkait dgn literature atau lokasi2 menarik yg penah disebut dlm sesebuah buku. then souvenir dia bli adalah buku2. murah mahal dia sebat. smpi terpaksa gn pos utk hntr buku ke malaysia😆 dan sbb dia jg laa sy dpt semangat nk g europe sblm ni😊

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com