Tuesday, March 12, 2019

Random Photo #8

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian gambar dari telefon bimbit Sha.. Dan macam biasa, gambar makanan mendominasi memory telefon Sha.. hehehe..

 Kudapan di pejabat.. Makanan ringan untuk mengelakkan mengantuk.. hehehe.. Keropok cheese dan biskut jejari.. Biskut tu sedap.. lemak manis.. Tak sedar habis sebalang..

Basque Burnt Cheese Cake namanya.. Kawan pejabat jual.. sepotong ini RM7.. Nampak macam menarik dalam gambar, tu yang tergoda dan beli sepotong.. hehehe.. Sedap.. Rasa hangit tu buat kek ini jadi lagi sedap.. hehehe.. Berbaloi bayar RM7 tu..

Pokok bendi yang ditanam sudah mengeluarkan hasil.. Yang Sha tangkap ini tak perasan dah terlebih tua.. Maka dibiarkan untuk dibuat benih.. Dah dua kali kutip hasilnya.. Mmenag sedap bila makan hasil tanaman sendiri.. Lebih segar dan lain rasanya..

Yeah!! Dah cuba yang Latte.. Sedap.. Kena dengan selera Sha.. Tak manis sebab tak ada tambah gula.. Boleh beli lagi..

Gambar dibawah ini dirakamkan selepas peristiwa ribut yang berlaku pada 11.03.2019 sekitar jam 5.30 petang.. Dalam tempoh 15 minit habis rosak kawasan pejabat dan juga asrama pelajar di tempat kerja Sha.. Perpustakaan cuma mengalami kerosakan kecil dan sedikit banjir.. Manakala jabatan lain ada yang bumbung tercabut.. Pokok tumbang sepanjang jalan..
Patah dua tiang yang digunakan untuk tanaman pokok naga dan pokok kacang kelisa..

 Pasu pecah dan bergelimpangan di hadapan Perpustakaan..

12 comments:

  1. ada tgk kwn share juga kt area rumh die ribut..smp pecah ye pasu tu sha...kudapan tu kalo kunyah2 mmg ralit...mmg wonda coffee yg zero max tk beli dh sbb akak kena yg manis mcm kopi tarik tu hehe

    ReplyDelete
  2. banyaknya pasu pecah.. kene langgar ke?

    ReplyDelete
  3. Allahu..teruk juga ye ribut tu takut menengoknya.

    Kudapan berbentuk kon tu akak pun suka, ada dijual dekat opis ni perisa bbq

    ReplyDelete
  4. Ma Shaa Allah takut kan tiap kali berlaku bencana alam macamni. Pernah alami duduk dekat tengah2 padang di booth makanan sempena karnival dalam hujan ribut. Takut sangat..

    ReplyDelete
  5. ekin lalu dekat shah alam ni pun, seram jugak tengok banyak pokok yang tumbang sampai tercabut akar.. betapa besarnya kuasa Dia.. allahuakbar..

    ReplyDelete
  6. Pilih gambar pokok bendi.
    Subur menghijau dan berhasil

    ReplyDelete
  7. Sedapnya bendi.. Celur makan dengan sambal asam.

    ReplyDelete
  8. dah lama teringin nak rasa burnt cheese cake tu. tapi tgk harga trs letak balik hhahaha

    ReplyDelete
  9. Femes la burnt cheese ni, terus rasa nak buat...

    ReplyDelete
  10. Dasat juga penangan ribut tu

    ReplyDelete
  11. kek hangit tu nampaknya makin famous hehe..

    ReplyDelete
  12. burnt cheese cake kat sini, rm8.
    sedap lah sgt, sha. puas hati makan nyer.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com