Assalamualaikum..
Hye semua..
Alhamdulillah.. Pagi tadi Sha dah pun berjaya menghadirkan diri untuk Mestuarat PIBG yang ke 7 bagi sekolah pagi Amani dan Juga Pra Sekolah Imani.. Sha pergi seorang sahaja.. Encik suami bertugas menjaga anak-anak dan MIL di rumah.. Bagus sebenarnya perjumpaan ini dihadiri oleh ibu bapa.. Masa inilah ibu bapa dan guru boleh berkomunikasi dan saling menegur.. Bukannya hanya tahu merungut dan bercakap di belakang memburukkan sekolah.. Penerangan guru besar mengenai penilaian baru untuk murid-murid serta tindakan pihak sekolah dalam membantu murid yang lemah bukan sahaja perlu dilaksanakan oleh guru tapi ibu bapa juga perlu sama-sama membantu memantau kecemerlangan anak-anak.. Sha memang sedaya upaya akan cuba hadir semua perjumpaan yang melibatkan persekolahan anak-anak..
Alhamdulillah, hari ini rezeki menang cabutan bertuah.. Dapat sekotak biskut Jacobs dan sebungkus mee hoon.. Mee hoon tu Sha bagi dekat pengasuh anak-anak.. Rezeki perlu dikongsi bersama.. hehehe.. Biskut je bawa balik untuk budak-budak ini..
No bertuah 27..
Biskut dan meehoon..
Bertuah betul kak sha hehe. :)
ReplyDeleteAda bagusnya kak sha join aktiviti macam ni. At least tahu kan perkembangan dan isu pasal sekolah anak-anak kak sha :)
Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/03/book-review-lelaki-neraka-by-asraf.html
Hahaha.. Tulah.. rezeki hari ini.. part joint tu memang kenalah.. kalau tak tak tahu apa berlaku kat sekolah anak-anak..
DeleteSekarang pegi mesy pibg, banyak cabutan bertuah.
ReplyDeleteUntung nasib ajelah.
betul tu WP.. tapi tetap tak dapat sambutan ibu bapa.. Ibu bapa hanya datang untuk ambil bantuan RM100 sahaja..
Deleteni jelah peluang kita sbg mak ayah utk mendapat info tepat bkn shj ttg anak2 tp jg dgn pihak sekolah dan guru. masa lain mana ada kan....
ReplyDeleteakak tak pergi pun mesyuarat pibg ni semua en.suami yang pergi.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat cabutan bertuah dapat berkongsi rezeki pulak tu