Thursday, March 28, 2019

Girl's Day Out

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti sekolah ini Sha menunaikan janji pada anak-anak untuk belanja mereka tengok wayang dan makan-makan.. Celebrate sekali birthday Imani (Mac) dan birthday Amani (Jun) tapi tanpa ayah.. Ayah kena kerja dan jaga MIL.. Makanya Sha ajak adik perempuan Sha yang duduk di Rasa, Selangor untuk sertai kami.. Patutnya tengok Upin Ipin je tapi nak bagi adil Sha tambah satu lagi cerita.. Seronoklah mereka marathon wayang sekali dua.. Cerita Wonder Park dan Upin & Ipin..



Kami gerak dari rumah awal.. jam 7.15 pagi.. Pergi isi minyak dulu, kemudian baru ambil adik Sha di Rasa, Selangor.. Sampai Aeon Rawang jam 9.00 pagi.. Sarapan dulu di McD.. Sha tak terkejar-kejar sebab dah beli tiket wayang online.. Sekali dengan kombo makanan.. Senang.. Scan je dah selesai.. Pukul 10 pagi kami tengok Wonder Park dulu sebab yang ini Sha ambil panggung Family Friedly, bolehlah bawa masuk anak adik yang belum 2 tahun tu.. Menariklah panggung dia cuma kemudahan yang disebut tak ada pun dalam tu.. Panggung biasa je cuma tak gelap dan sound sistem tak adalah kuat sangat.. Masih seronok juga melayan kartun tu..


Lepas habis Wonder Park kami jalan-jalan di Daiso sementara tunggu tayangan Upin & Ipin.. Sempatlah beli kiub batu, gunting dan plastik zipper.. Kalau ikut nafsu, banyak lagi nak beli.. Lepas pergi Daiso, masuk pula Popular lagi rasa macam nak nangis.. Mampu tengok je deretan buku-buku baru tanpa membeli.. Memang kuat semangatlah Sha.. Hehehe.. Tengok je.. Tak beli walau sebuah pun.. hahaha..

Anak-anak SHa tengah merayu suruh belikan buku.. Hahaha.. Mak mampu dengar je.. Kena sabarlah ye anak-anak.. Bulan ini perbelanjaan tight sedikit..


Hasil tangkapan di Daiso.. RM5.90 satu barang..


Pukul 12.50pm kami terus ke TGV untuk tayangan Upin & Ipin.. Adik Sha dan anak dia pula lepak main dekat Kidzoona.. Anak adik tu kecik lagi belum 2 tahun.. Sangat tak sesuai untuk menonton di pawagam biasa.. Upin & Ipin akan ditayangkan di pawagam Family Friendly hanya selepas seminggu tayangan.. Untuk minggu pertama ini memang pawagam biasa je..

Ini hidangan yang sampai.. setiap menu ini dua set.. Tak cukup tempat.. So ambil gambar yang ini je.. 

Muffin Vanila dan Coklat..

Lepas habis tayangan Upin & Ipin, kami singgah makan di Kenny Roger's.. Adik ada voucher beli 1 percuma 1.. Tapi Sha agak bengang jugalah dengat staf Kenny Rogers tu.. Pesanan yang kami terima untuk bawa balik tak sama dengan pesanan yang kami makan di Restoran.. Memang sakit hatilah.. Terlupa nak periksa sebab kami dah nak balik, baru dia buat pesanan kami.. Itupun 3 kali tanya baru siap.. Geram jugalah.. Sebab caj perkhidmatan yang dikenakan mahal tau..


Nampak tak perbezaan dia.. Gambar atas tu kami suruh tapau sebab dia hantar awal.. Gambar bawah tu pula dua, tiga kali minta dan ingatkan.. Dah nak balik pun tak buat lagi.. Lepas bayar baru siap, memang lupalah nak tengok isi dalam.. Dah bergegas nak balik kan.. Geram betul dengan staf Kenny Rogers ini..


Sebelum balik, belanja donut dulu kat budak berdua ini..

Nak gerak balik, hujan turun dengan lebat berserta angin kencang.. Risau jalan lama banjir, kami ikut highway.. Sepatutnya masuk tol Bukit Beruntung nak hantar adik kat Rasa tapi terlepas.. Terpaksa pusing dekat tol Bukit Tagar.. Memang kelakarlah.. Hahaha.. Sha sampai rumah lagi 5 minit pukul 7 malam.. 

14 comments:

  1. Waaa dah tengok upin ipin ya...Amani dan Imani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok dah PC.. seronok mereka dan emaknya.. hehehe..

      Delete
  2. seronok dpt bawa anak jalan2.. x sabar tggu anak ejulz dah besar sikit nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok ejulz.. bonding time.. hehehe

      Delete
  3. cuti sekolah ni best la bawak anak2 jalan keluar sekali sekala bonding time ... aah sha nampak perbezaan tu.. sabor lah sha ya huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wani.. Masa nielah nak bonding lebih dengan mereka..
      Memang sabar jelah.. hehehe..

      Delete
  4. syoknya tengok wayang makan luar dapat ber me time dengan anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali miza.. lagipun sekarang dah jarang bawa mereka keluar jenjalan..

      Delete
  5. Girls day out memang best...
    sbb nieyl rajin juga buat girld day out ni...
    rasa lebih seronok sbb berkongsi minat yg sama hehehe

    ReplyDelete
  6. bestnya jalan-jalan ..sis saya dah follow sis boleh la follow saya balik hehe thank you

    ReplyDelete
  7. Seronok jalan2 mcm ni kan, dgn anak2 , makan2, tengok wayang..leisure sgt.

    ReplyDelete
  8. org pompuan kalau hang out x sah kalu xmembeli wpn 1 brg😅😅😅

    ReplyDelete
  9. sesekali seronok juga budak2 tu.. lama xmkn sr

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com