Shoplinks.Asia

Monday, July 23, 2012

Amalan semasa mengandung

Assalmualaikum... selamat pagi...

Sekadar ingin berkongsi, untuk manfaat kita bersama... hehehe...
      Setiap dari kita pasti menginginkan anak yang soleh dan solehah, cantik dan kacak, bijak pandai, sehat dan sempurna sifatnya. Bagi memperolehi apa yang dihajati kita hendaklah rajin mengamalkan petua-petua dan amalan-amalan yang menepati ajaran Islam..
      Setiap kandungan itu berbeza pengalamannya.. Ada yang mudah dari anak pertama hinggalah yang seterusnya.. Ada juga yang agak teruk alahannya dan ada juga yang berbeza-beza untuk setiap kandungan.. Saya merasai kandungan pertama dengan perasaan teruja dan alahan yang agak biasa-biasa sahaja.. Loya-loya di pagi hari.. Ada makanan yang tidak boleh diterima tekak.. Namun kebanyakkan makanan tekak saya boleh terima.. Saya juga aktif seolah-olah ytidak mengandung... Cuma agak flat apabila petang.. Semasa melalui proses bersalin juga Alhamdulillah anak saya keluar dengan mudah mungkin keranan amalan yang saya lakukan.. Cuma menanti bukanya pintu rahim sahaja yang agak derita sedikit... hehehe... Pengalaman yang sangat manis...

     Antara amalan yang saya lakukan semasa saya mengandung ialah :
  • Minum susu Anmum Materna (tidaklah setiap hari kerana saya tidak menggemari susu)
  • Membaca Surah Maryam, Surah Yuusuf, Surah Luqman, Surah al-Fatihah, Surah Yaasin dan Surah Kursi..
  • Saya juga rajin berbual dengan kandungan saya kerana mengikut kata orang tua anak dalam kandungan kita itu dapat merasai apa yang kita rasa dan memahaminya...
  • Saya juga selalu membisikkan pada kandungan saya kata-kata seperti "Anak emak, masa nak keluar nanti keluarlah dengan cepat ye.. Jangan menyakiti emak ye.. Keluarlah dengan mudah ye sayang.. Keluarlah bila dah sampai masanya." Ini saya dapat dari orang tua-tua..
  • Saya juga rajin makan buah-buahan..
  • Makanan-makanan yang panas, tajam dan tidak elok untuk kandungan seperti Nenas, Tapai, Tebu, Durian(yang nie ada lah seulas dua sahaja yang saya makan untuk melepaskan hajat) dan yang seangkatan dengannya langsung tidak saya jamah..
    Selain itu, kita juga boleh memasang ayat-ayat suci Al-Quran dan alunan-alunan zikir semasa dirumah, dipejabat mahupun di dalam kereta.. Xyah la nak ikut sangat orang barat ye... Ikut cara Islam itu lebih baik. Selain itu, ada juga surah-surah tertentu yang boleh kita amalkan untuk mendapatkan anak yang bijak pandai, kuat iman, kuat agama serta untuk menambah susu badan..

1) Untuk banyak susu : Al Hujuraat

2) Untuk anak kuat iman : Al Ikhlas

3) Untuk anak bijak / nak jadi saintis / dokto r: Ayat2 yang ada kaitan dgn penciptaan alam maya: cthnya: Surah al Ghaasyiah.

4) Kuat agama / ulamak : Ayat2 yang ada kaitan dengan ulamak. Cthnya: Ayat 28 Surah Faathir.

petikan diatas diperolehi dari laman ini.

    Semuanya bergantung kepada usaha kita... Usahalah dan sekiranya memang itu yang Allah kehendaki maka itulah yang terjadi... Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI