Shoplinks.Asia

Monday, October 1, 2012

Sepatu Milik Kasanova - Zara Amani



Sinopsis : "Airin Natrah merupakan seorang gadis yang obses terhadap sepatu. Jika diletakkan tas tangan di sebelah kiri dan sepatu di sebelah kanan, gadis ini akan menghala ke kanan tanpa kompromi dan membelek sepatu itu sepuas hatinya. Minat terhadap sepatu juga mendorongnya untuk menghasilkan sepatu kerana keinginan untuk mempunyai sepatu hasil kreativitinya sendiri. Obsesi terhadap sepatu semakin kronik apabila masa yang terluang banyak diisi dengan mengenangkan hubungannya dengan Mark Koh yang penuh tanda tanya. Letih berfikir, dia mengalihkan tumpuannya dengan minat yang mendalam terhadap sepatu serta bakat terpendam yang dikesan sedikit demi sedikit. Irfan Mikael, si kasanova yang juga merupakan rakan baik Mark Koh tercabar dengan Airin Natrah yang memandangnya sebelah mata sahaja. Hubungan mereka tidak pernah tenang, selalu saja kesabaran Airin Natrah dicabar dengan Irfan Mikael yang dianggap seperti seorang diktator yang mahukan keinginannya ditunaikan walau dalam apa jua cara. Tidak mahu dianggap gadis yang begitu mudah menyerah, gadis itu seboleh mungkin cuba untuk memberikan tekanan mental kepada pemuda itu. Namun ternyata, juruterbang itu seorang yang degil dan tidak mudah mengaku kalah.

Dalam tawa ada duka. Dalam benci ada rindu. Antara kesabaran dan kepercayaan yang tercalar akibat Mark Koh dan keinginan serta impian Irfan Mikael untuk bersamanya, Airin Natrah menjadi kelu." Diambil dekat sini.


ULASAN AKU : Citer nie memang sangat menarik dan buat aku release tension.. Walaupun aku dah boleh agak ending dia nanti camne.. Tapi perjalanan cerita nie dan cara penulis nie olah citer memang sangat menarik dan buat aku menghayati setiap bait-bait tulisan.. Citer yang penuh dengan emosi kelakar tahap gaban.. bayangkan anakku yg berusia 2 thn memandang aku dengan pelik sebab aku gelak sorang2.. hehehe.. Pengajaran yang ade dalam citer nie.. kiter jangan mudah putus asa dengan apa yang kita suka.. sebab percubaan pertama gagal tidak mungkin yang seterusnya akan gagal jugak.. Walaupun minat dan pelajaran yang kita amik x sama, namun kita masih boleh melakukan kedua-duanya dengan seimbang andai saja kita tau menggunakan masa.. Tidak semestinya yg kreatif tidak boleh belajar yang logik.. dan yang logik boleh saja menjadi kreatif.. Ilmu itu perlu dituntut walau apa pun cabangnya... 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI