Wednesday, October 25, 2017

Bila Kuda Merah Meragam

Assalamualaikum..
Hye semua.

Khamis (19.10.2017) masa balik dari temujanji Amani di Hospital Teluk Intan, encik suami cakap air bateri kena tambah..
So kami singgah di Petronas.. Encik suami terus bubuh air bateri..
Kereta okay semua, terus gerak balik Behrang..
Esok paginya masa nak hantar anak ke rumah pengasuh, kereta tak boleh start..
Sedih.. Bateri kong, encik suami kata tak cukup caj selepas penambahan air semalam..
So lepas hantar anak, encik suami buka bateri dan bawa pergi kedai untuk caj..
Petang masa nak ambil, orang dekat bengkel tu kata tak boleh ambil.. Kena ambil esok..
So tinggal jelah..
Sabtu petang bila ambil balik bateri, orang bengkel cakap bateri dah kong.. Tak boleh pakai.. Huwaaa.. Stress..  Baru rasa macam nak relax, nampak gayanya kena keluar duit lagilah..

Ginilah gayanya bila pakai kereta..
Kalau nak rosak, bukan dia nak bagi signal.. Terus rosak je.. So memang kena standby sentiasa duit..
Maka tersadailah kuda merah Sha.. Encik suami kata dah alang-alang nak tukar bateri dia nak buat sekali yang lain-lain.. Sebab ada beberapa perkara lain yang perlu dibuat dekat kereta itu..

5 comments:

  1. Kereta reen pernah jadi gitu,xleh start sampai kena mtk tolong org tolak kete.huhu

    ReplyDelete
  2. Kuda merah nak.rwhat Tu penat dia jalan Sana sini kut

    ReplyDelete
  3. itulah kan.sukar dijangka bila dia nak rosak. sekali kena memang banyak lah duit keluar. bertabahlah.

    ReplyDelete
  4. kan, bukan dapat jangka bila dia rosak...Penah dulu masa nak start enjin kereta tak dapat start, last2 terpaksa minta cuti tuk fix kereta. Nasib gak bengkal kereta tak jauh dari rumah :)

    ReplyDelete
  5. kereta dah lama biasalah pasti ada perkara lain yang perlu ditukar...

    semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com