Sunday, October 29, 2017

SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang zaman teknologi.. Semuanya dihujung jari sahaja..
Begitu juga dengan keputusan peperiksaan sekolah anak-anak..
Semuanya boleh disemak secara terus menggunakan sistem SAPS iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.. Tidak akan ada lagi mak bapa yang tak tahu keputusan peperiksaan anak-anak..

Ibu bapa zaman kini sememangnya perlu tangkas dalam mengikuti perkembangan anak-anak kerana pengaruh zaman sekarang sangat berbeza berbanding zaman dahulu. Melalui SAPS, ibu bapa sendiri boleh mengenal pasti kelemahan anak masing-masing yang perlu ditingkatkan dan dibaiki. Setiap perkembangan anak-anak ketika berada di dalam sesi pembelajaran sekolah sememangnya tidak mampu untuk diawasi oleh ibu bapa pada setiap masa, jadi dengan adanya sistem SAPS ini, pasti memudahkan ibu bapa.

Mari Sha terangkan apa itu SAPS atau penuhnya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem dalam talian yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara dalam talian. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah.

Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.

Mula-mula anda perlulah pergi ke laman sesawang SAPS iaitu : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/5



Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/Sijil lahir..
Kemudian pilih negeri..
Klik butang Cari di Sini.. Nanti akan dipaparkan senarai sekolah bagi negeri yang dipilih..
Pilih sekolah anak anda..

Kemudian tekan butang Semak untuk paparan yang seterusnya..

Paparan mengenai anak anda, sekolah, cikgu yang mengajar dan kelas apa akan dipaparkan..
Untuk melihat keputusan peperiksaan pilih dahulu tahun peperiksaan..

Kemudian pilih jenis peperiksaan yang ingin dilihat..
Lepas itu bolehlah pilih sama ada, anda nak tengok slip ataupun markah keseluruhan anak-anak anda..

Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan terperinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Melalui sistems SAPS ini, ibu bapa juga dapat mengenali guru-guru yang mengajar anak-anak mengikut subjek. Ini akan memumudahkan ibu bapa melakukan perbincangan bersama guru-guru tersebut.. Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif.

Ibu bapa juga boleh melayari laman sesawang ini http://sistemkpm.com/t/login-saps-ibu-bapa-dan-nkra/27 dan ini http://sistemkpm.com/ untuk maklumat yang lebih terperinci mengenai SAPS..

Sangat mudah, betul tak? Dengan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini, ibu bapa akan lebih mudah untuk mengetahui perkembangan ataupun prestasi akademik anak-anak mereka.. Selain daripada peperiksaan biasa, keputusan peperiksaan yang besar seperti UPSR, PT3 dan SPM juga akan di kemaskini dalam sistem SAPS ini.. Jadi, akan datang semua peperiksaan dah boleh disemak secara online.. Sistem SAPS ini betul-betul dapat membantu ibu bapa untuk mengetahui dengan lebih cepat dan pantas sebelum ke sekolah berjumpa dengan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.

Semoga dengan adanya sistem SAPS ini, ibu bapa akan lebih mengambil berat tentang akademik anak-anak serta dapat merancang plan pembelajaran dengan lebih baik dan sempurna.. Tambahan zaman teknologi, semuanya memerlukan kepantasan, sekiranya lambat anak-anak kita akan jauh tertinggal.. 

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com