Friday, February 28, 2025

Akhirnya Cita-Cita Zaman Sekolah Tertunai

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal Februari baru ini, ada makluman mengenai bekalan darah yang kurang di tempat Sha kerja ini.. Sha bukanlah berani sangat nak derma darah tapi memang bercita-cita nak derma darah.. Jadinya minggu lepas Sha pergilah dengan semangat walaupun takut.. Sekali tak berjaya sebab HB Sha rendah.. 12.2 sahaja, memang tak lepaslah.. Kalau nak derma darah HB paling kurang pun mesti 12.5..  Sister cadangkan makan sayuran hijau tapi Sha pula teringat masa mengandung dulu memang HB Sha rendah.. Sha amalkan makan jambu batu ja untuk cantikkan HB.. Jadinya dari minggu lepas sampailah hari ini Sha makan sekurang-kurangnya setengah biji jambu batu setiap hari.. Alhamdulillah, hari ini HB Sha 13.5.. Berjalah Sha buka buku merah dan menderma darah.. Seronok betul.. Sampaikan tangan lebam pun Sha okay ja.. kikiki.. Urat darah Sha memang susah nak jumpa dan sister tu kena tekan sikit tadi supaya urat tu duduk diam.. Jadinya bengkak lah sikit.. Sha okay ja sebab dah berjaya derma.. Balik karang kita tuam ja dengan ais.. InsyaAllah okaylah tu..

Ini mesej yang dikongsi dalam group whatsapp kerja Sha..

Yeah!! Dapat dah buku merahnya..

Siap dapat cawan..

Biskut dan air.. Goodies lepas menderma..

Himalaya Salt: Ginger + Lemon Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terasa halianya saat gula-gula bertemu lidah.. Kuat betul rasa halia dia.. Agak pedas dan menyegarkan.. Memang menariklah.. Terus tersentap bila gula ini mendarat di lidah.. kikiki..

Himalaya Salt: Ginger + Lemon Flavour (20g) - RM2.40

8pcs

Thursday, February 27, 2025

Jepun | Zom 100: Bucket List of the Dead (2023) EP10-12

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sebenarnya tengah baca komik dia sebab kecewa animasi dia tak habis.. Eh!! Tak sangka rupanya dah keluar 3 lagi episod dia.. Yeah!! Berjaya juga habis animasi ini.. Review sebelum ini boleh ke entry Zom 100: Bucket List of the Dead (2023).. Sambungan kali ini Akira berjaya balik ke kampung dia dan jumpa ayah dia.. Malangnya kampung yang awalnya aman tanpa gangguan zombie telah terganggu disebabkan sekumpulan manusia gila yang tak boleh terima akan kekurangan diri.. Mujurlah Akira dan kawan-kawan dia berjaya menyelamatkan kampung Akira..

Zom 100: Bucket List of the Dead
Original title: Zom 100: Zombie ni Naru made ni Shitai 100 no Koto
2023 ‧ Anime/Action/Comedy/Fantasy/HorrorSci-Fi ‧ 1 season
Surviving a zombie apocalypse beats being a wage slave any day! After spending years slaving away for a soul-crushing company, Akira's life has lost its luster. He lives in a trash-filled apartment, his pay is abysmal, and he can't even muster up the nerve to confess his love to his beautiful co-worker. But when a zombie apocalypse ravages his town, it gives him the push he needs to live for himself. Now Akira's on a mission to complete all 100 items on his bucket list before he...well, kicks the bucket.

E10 · Hometown of the Dead I
E11 · Hometown of the Dead II
E12 · Hometown of the Dead III

Vida Vitamin C 1000mg Sparkling Drink: Kumquat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Vida keluarkan minuman baru sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba.. Di datangkan dengan tin yang cantik reka bentuknya, berwarna merah pula tu.. Rasanya agak unik pada Sha.. Buah kamkuat ini kan adik beradik oren tapi dia ada rasa pahit-pahit sikit.. Samalah juga air ini.. Rasa oren tapi ada sedikit pahit di hujung-hujung tu.. Sha beli Mr.DIY..

Vida Vitamin C 1000mg Sparkling Drink: Kamquat (325ml) - RM2.60

Cantikkan reka bentuk dan warna dia..

Variety | Three Meals a Day: Fishing Village 1 (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal-awal tu Hae Jin dengan Seung Won masak apa sahaja yang diorang dapat.. Bila pengarah 
Na Young Seok tengok macam senang ja diorang ini.. Yellah walaupun tak dapat ikan tetap lah berjaya diorang sediakan makanan.. Jadinya mula episod 4, pengarah Na mula bagi cabaran.. Bayangkan diorang kena buat kek ikan, roti, jem oren dan beberapa jenis makanan lagi.. Setiap kali diberikan cabaran mesti Seung Won berjaya buat walaupun kadang tu bahan dan perkakas yang diorang ada terhad.. Asalnya Ho Jun datang sebagai tetamu tapi bila cuaca agak teruk terus jadi tetap dan membantu Hae Jin serta Seung Won.. Memang comellah Ho Jun ni.. Tetamu untuk musim 1 ini ada dua orang ja iaitu Jung Woo dan Akiyama Yoshihiro.. 

Masa episod 6, Hae Jin tinggal dengan Ho Jun ja.. Masa ini memang nampaklah diorang berdua ini terseksa nak menyediakan makan malam sebab masing-masing tak biasa memasak.. 

TV Show: Three Meals a Day: Fishing Village 1
Also Known As: 3 Meals a Day: Season 1, 3 Meals a Day: Fishing Village 1
Director: Na Young Seok, Shin Hyo Jung
Genres: Food, Adventure, Comedy, Life
Country: South Korea
Episodes: 9
Aired: Jan 23, 2015 - Mar 20, 2015
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 40 min.
The cast live in a little rural or fishing village three days a week and use whatever food they find there to create three meals a day, while various celebrities from Seoul make guest appearances for dinner.

Wednesday, February 26, 2025

Meiji Plain Crackers

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut ini walaupun plain ja tapi rangup dan mengenyangkan.. Makan sebungkus pun dah mencukupi.. Memang sesuailah bawa sebagai bekalan snek ringkas.. Rasa dia padat dan tak mudah hancur walaupun dicelup dalam air.. 

Meiji Plain Crackers (104g)

Ada 4 peket comel dalam dia..

Ada 7 keping biskut dalam setiap pek..

Variety | Three Meals a Day: Fishing Village (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok musim dua ini dulu baru tengok musim satu.. kikiki.. Rasa macam comel pula bila tengok muka Park Hyung Sik dalam ini.. hahaha.. Sh asuka tengok rancangan inj sebba gelagat diorang bertiga tu terutama sekali Cha Seung Won.. Tu belum lagi bila diorang mengusik tetamu yang datang.. Memang kelakar.. Musim dua ini ada 3 tetamu saja dan kesemua tetamu tu lelaki.. Makanan yang diorang masak tu memang nampak mengancamlah.. Sampailan Sha yang tengok ini rasa macam nak masuk dalam tv.. hahaha.. Tu belum lagi bila tengok keterujaan diorang memancing dan dapat hasil.. Pergh!! Terbaiklah..

TV Show: Three Meals a Day: Fishing Village 2
Also Known As: 3 Meals a Day: Fishing Village 2
Director: Na Young Seok
Genres: Food, Adventure, Comedy, Life
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Oct 9, 2015 - Dec 11, 2015
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 40 min.
The cast live in a little rural or fishing village three days a week and use whatever food they find there to create three meals a day, while various celebrities from Seoul make guest appearances for dinner.

Zus Kopitiam & Buttercreme Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mengancam betul rasa Buttercreme Latte tu.. Tak pekat sangat kopi dia.. Sederhana ja, jadinya bila minum tu rasa tenang dan santai.. Gitu..
Rasa kopi dia agak intense untuk Kopitiam tapi tak adalah keras sangat.. Cuma lebih padu dari Buttercreme.. Memang menariklah.. Sesuai minum waktu pagi kalau Sha lah..

Dua-dua kopi ini Sha minum selepas disejukkan terlebih dahulu.. Lebih puas dan menyegarkan..

Zus Kopitiam Latte (250ml)
Zus Buttercreme Latte (250ml)

Tuesday, February 25, 2025

Vietnam | Lôi Báo (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang lelaki bernama Tam yang tiba-tiba mendapat kanser dan mempunyai jangka hayat yang pendek.. Tam tak boleh terima yang hayatnya tak panjang dan cuba membunuh diri.. Cubaan membunuh diri tak berjaya dan Tam terjumpa Nghia yang ditembak lalu membawa balik tubuh Nghia.. Bayangkan, kepala milik Tam tapi badan milik Nghia.. Tam mula mendapat memori Nghia dan dalam masa yang sama teruja dengan kekuatan tubuh Nghia.. Doktor yang mengubah suai Tam telah menasihatkan Tam supaya tidak menonjol tapi biasalah Tam.. Degil.. Masalah mula timbul bila orang yang membunuh Nghia mula mengekori Tam.. Masalah sungguh..

Lôi Báo
2017 ‧ Action/Thriller/Drama/Sci-fi ‧ 1h 47m
A man dying of terminal illness receives an experimental body replacement surgery. He soon discovers that he has memories that are not his own along with superhuman powers. However, the dark history of the treatment becomes intertwined with his life as he has to survive and keep his loved ones safe.

Temujanji MOPD 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami kena berjumpa doktor pagi tadi untuk temujanji susulan bagi masalah jantung dan juga minor strok sebelum ini.. Alhamdulillah hari ini bacaan gula, kolestrol, ecg dan juga tekanan darah beliau cantik.. Doktor suruh kekalkan dan turunkan lagi bagi lagi cantik.. Paling ditunggu-tunggu adalah review mengenai pemakaian holter sebelum ini.. Alhamdulillah doktor suruh alert ja jika kejadian berulang dan kerap.. Buat masa ini, bacaan semua cantik.. Jumpa semula lagi 5 bulan.. Alhamdulillah..

Orang pertama yang dapat nombor tapi jadi orang kedua yang jumpa doktor..

Ambil nombor ubat pula.. 

Friday, February 21, 2025

Mesin Pencetak Canon E410

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ja pakai pencetak ini tahun Oktober 2022, awal bulan Feb 2025 dah rosak.. huhuhu.. Rosak disebabkan kecuaian anak.. Geram ja Sha nengoknya.. Pencetak ini antara perkakas yang penting bila ada anak bersekolah dan kita yang berkerja.. Mudah nak cetak dokumen atau buat salinan.. Bila tak ada memang agak merumitkan keadaanlah juga.. Jadinya Sha pun buatlah pesanan melalui shopee.. Mujurlah harganya tak jauh beza.. Proses pembelian dna penghantaran pun cepat.. Semalam dah selamat pasang dan install dekat komputer..

Harga asal RM169.20 tapi lepas diskaun Sha cuma bayar RM132.47 termasuk kos penghantaran.. Barang yang diberi ialah mesin pencetak, wayar untuk sambungan eletrik dan komputer serta dakwat hitam dan warna.. Berbaloilah pada Sha..

Wednesday, February 19, 2025

India | Max (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ganas gila filem ini.. Cerita bermula dengan kematian dua orang penjenayah di dalam balai polis yang tiada polis.. Inspector Arjun Mahakshay (a.k.a Max) telah menangkap Michael dan Veera tapi tak lama kemudian mereka berdua ditemui mati di dalam balai polis.. Jenuh juga Max nak buktikan kematian diorang.. Baru nak sorokkan mayat, muncul pula Roopa.. Roopa ini kiranya menyebelahi penjenayahlah.. Roopa ini datang untuk cari tahu dimana Michael dan Veera.. 

Lepas tu kita boleh tengoklah tindakan Max dalam menentang geng penjenayah yang cuba dapatkan Michael dan Veera.. Memang ganaslah babak berlawan tu.. Dalam masa yang sama, kelakar pun ada bila tengok Max main-mainkan penjenayah tu semua.. kikiki.. Kalau suka aksi, memang syok layan filem ini.. 

Max
2024 ‧ Action ‧ 2h 13m
Inspector Arjun Mahakshay, law and order inspector reports to duty at a new police station after a two-months suspension and faces an unexpected situation.

KopeeKia Assorted Instant Coffee 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi jenama ini dah lama sebenarnya ada dalam cart Shopee Sha.. Nampak menarik sebab ada 5 jenis rasa dan setiap satu tu ada 3 pek.. Sabtu tu masa tengah memung-menung tak tahulah kenapa tangan tu gatal ja gi bayar.. kikiki.. Nantilah Sha kongsikan rasa untuk setiap kopi tu ya..

KopeeKia Assorted Instant Coffee 3in1 - RM15.54

Carta kandungan gula dan tahap pahit setiap kopi.. Mantapkan..

DARK ROAST
Arabica beans are roasted twice in a traditional roasting process with caramel at high temperature to amplify the flavours of the premium beans.  The dark, intense and full-bodied yet pleasing after bitter taste gives a strong punch and nutty aroma.
 
CAPPUCCINO
A blend of graded beans churns a silky smooth, velvety and delicate frothed sensation beyond the grasp of discerning coffee lovers. It is a perfect harmony between milk and thick rich foam to create a pillowy texture. 

COFFEE MIX
Freshly grounded using the finest Robusta and Arabica beans blended seamlessly with creamer and sugar, the lingering taste of coffee remains conspicuous for an exquisite balance in the overall flavour. 
 
FLAT WHITE 
When blended with delicate creamy milk, a mild flavoured yet wholesome specialty coffee is created to fully experience the sensorial profile of the premium beans. This has a well-balanced complexity of full taste, medium body and pleasant acidity for a splendid coffee.

WHITE COFFEE 
The light caramelized flavour permeates the mouth as a result of slow roasted selective coffee beans without sugar at lower temperature forming a less dark roast for the distinctively aromatic creation.

Tuesday, February 18, 2025

ebook | Cun #8: Cikgu Sekolah oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku terakhir untuk hari terakhir cuti sekolah.. Yemanya sekolah, jadinya kebetulna jumpa komik-komik berkaitan sekolah.. Kita layan ja.. Semua komik ohsem dalam ini tapi ada dua yang mengikat jiwa.. Komik bertajuk  Surat Dari Hujan oleh Asfiyuki sangat-sangat menyentuh perasaan.. 

Published October 30, 2023 by Komik-M

Echocardiogram

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini encik suami kena buat ujian Echocardiogram, seawal jam 7.40 pagi beliau dah sampai.. Sha temankan sampai jam 8ja, lepas tu nak kena bertugas.. Ujian ini untuk melihat keadaan jantung beliau.. Harap semuanya normal.. 

Temujanji encik suami..

Sha pula kena ambil ubat kencing manis.. Dah terlewat sebenarnya.. huhuhu.. Mujurlah perasan..

Rezeki Awal ke Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang semalam kemain teruja anak-anak maklumkan dapat saguhati dari sekolah sebab datang awal.. Kakak dapat wang tunai sebab jadi antara 20 yang terawal sampai ke sekolah.. Kena tulis nama dekat meja pengawal dan kemudiannya cikgu akan panggil nama masa perhimpunan.. 

Adik pula dapat bekas makanan dan ada jajan dalamnya masa sampai di sekolah.. Masuk ja pagar sekolah, cikgu terus bagi.. Asalnya dia dapat bekas warna merah jambu, kemudiannya dia tukar dengan kawan.. 

Kakak dapat wang tunai.. Suka dia, bolehlah tambah tabungan..

Imani dapat bekas makanan ini..

Monday, February 17, 2025

Temujanji di KPJ Rawang #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa encik suami ke KPJ Rawang untuk rundingan dan makluman keputusan pemakaian alat Holter sebelum ini.. Alhamdulillah, keputusannya okay.. Bacaan cantik cuma perlu pantauan lanjut ja, jadi encik suami akan teruskan TCA di Hospital kerajaan.. Lega bila doktor maklumkan keputusan alat Holter tu cantik.. 

Menanti di panggil doktor..

Selamat Kembali ke Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermulalah kembali rutin harian bila anak-anak dah mula sekolah.. Semalam dah selamat hantar baju untuk rumah transit anak-anak.. Pagi-pagi siapkan bekal dan bancuh air untuk anak-anak minum pagi.. Kita hantar kakak dulu, kemudian adik.. Semoga dilapangkan hati anak-anak dalam menerima ilmu baru.. Semoga dipermudah urusan semua dalam menempuh kembali sesi persekolahan bagi tahun 2025..

Seawal jam 6.30 pagi dah keluar untuk hantar anak-anak ke sekolah..

Zus Expresso Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mantap rasa kopi dia.. Tak manis dan rasa kopidia memang padulah.. Syoklah minum kopi yang rasa kopidia padu.. Walaupun ada rasa kacang hazel tapi tak mengganggu pun.. Rasa kacang hazel tu seadanya tanpa mengganggu rasa kopi.. 

Zus Expresso Hazelnut (240) - RM4.90

Sunday, February 16, 2025

Jepun | Tanabata no Kuni (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Permulaan cerita ini kita dihidangkan dengan peperangan yang kesudahannya agak pelik.. Kemudian kita dibawa ke zaman moden dan diperkenalkan dengan watak utama bernama Minamimaru Yoji atau singkatnya Nanmaru yang kononnya ada kuasa untuk membuat lubang tapi lubang yang dihasilkan Nanmaru kecil sahaja.. Nanmaru kemudiannya menyertai Profesor Emi mencari Profesor Masami Marukami yang hilang di sebuah perkampungan, disebabkan mereka mempunyai keturunan yang sama.. Penghujung episod 1, seorang lelaki dibunuh sama seperti yang berlaku pada awal episod 1.. Cerita makin pelik.. Ya.. Apa yang berlaku pada zaman dahulu turut berlaku dizaman sekarang..

Cerita ini habis dia memang dengan penutup terbuka.. Kena pandai-pandailah fikir.. Tapi memang menariklah.. Manusia yang diberikan kuasa, sama ada akan salah guna atau tak.. Semuanya bergantung pada cara kita memandang kepada kuasa tersebut..

Drama: Tanabata no Kuni
Also Known As: Tanabata Country, Land of Tanabata
Screenwriter: Asato Mari, Oe Takamasa
Screenwriter & Director: Taki Yusuke
Director: Kawai Hayato
Genres: Thriller, Mystery, Sci-Fi, Supernatural
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jul 4, 2024 - Aug 8, 2024
Aired On: Thursday
Original Network: Disney+
Duration: 55 min.
Minamimaru Yoji, nicknamed Nanmaru, is a college student with a supernatural ability that allows him to "create small holes in anything." With this seemingly useless ability, he must confront a crisis threatening the entire world.

~~ Adapted from the manga series "Tanabata no Kuni" (七夕の国) by Iwaaki Hitoshi (岩明均). ~~

Saturday, February 15, 2025

Wall's Cafe Latte Chocolate Chip

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim Wall's Cafe Latte Chocolate Chip menawarkan pengalaman rasa yang memuaskan bagi penggemar kopi dan coklat.. Aiskrim ini berperisa latte, memberikan rasa kopi yang kaya serta berkrim.. Terdapat cebisan coklat dalam aiskrim, menambah tekstur yang memuaskan dan memberikan rasa manis yang seimbang.. Kombinasi yang sempurna antara kopi dan coklat menjadikannya kegemaran di kalangan peminat kedua-dua perisa ini..

Wall's Cafe Latte Chocolate Chip (68ml) - RM3.70
Kopi latte barista yang lembut dan berkrim dengan cebisan coklat yang halus dan berkrim.

Warna hitam tu coklat cip, nampak macam sikitkan tapi bila gigit, banyak kat bahagian tengah..

Ketulan coklat cipnya banyak guys.. Seriap gigitan akan ada coklat cip..

Friday, February 14, 2025

Pembayaran Yuran & Pembelian Baju Sukan Sekolah Agama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selesai urusan yuran sekolah agama untuk setahun dan juga pembelian baju sukan sekolah 2 helai.. Lama juga menunggu tadi sebab sekolah ada masalah kunci tapi bila dah selesai, lega rasanya.. Semua sekali termasuk baju RM296.. Tahun ini, tahun akhir Imani bersekolah 2 sesi.. Semoga segalanya dipermudahkan.. Lepas bayar yuran teruslah mencari 2 seluar sukan hitam untuk pakai ke sekolah agama.. Singgah juga sekejap ke ECO, anak-anak nak cari pen dan buku nota.. 

Seharian di luar, memang kepenatan rasanya.. kikiki.. Mujurlah cuti hari ini.. Kalau tak memang lagi penatlah..

Mujurlah dah minum nescafe ais kurang manis pagi-pagi.. kikiki..

Wall's Winnie The Pooh: Honey Milk & Strawberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli aiskrim ini dekat kedai ECO, kedai lain pun ada rasanya tapi mungkin berbeza hargalah.. Comel pula bentuknya tu.. Rasa dia okaylah, tak adalah manis sangat ke apa.. Sha suka rasa dia, unik.. Gabungan susu dan madu untuk yang warna kuning tu dan merah jambu tu rasa strawberi.. Rasa dia tak adalah terlalu kuat, sedang elok ja..

Wall's Winnie The Pooh: Honey Milk & Strawberry (60g) - RM2.40

Ala.. comot pula bentuknya.. Warna kuning tu rasa susu dan madu.. Merah jambu tu rasa susu dan strawberi..

South Korea/US/Poland | The Witcher: Sirens of the Deep (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Geralt di upah untuk membunuh raksasa laut yang kononnya menyerang dan membunuh manusia.. Walhal ada konspirasi yang lebih besar berlaku antara manusia dan makhluk dalam air.. Selain perangai manusia yang kejam dalam mencari mutiara dan memusnahkan tiram tanpa belas kasihan.. Manusia juga gila, hanya kerana ingin menghalang hubungan cinta antara dua makhluk berbeza, pembunuhan dilakukan sesuka hati.. Memang gila..

Animasi ini agak ganas dan tak sesuai ditonton kanak-kanak..

The Witcher: Sirens of the Deep
2025 ‧ Adventure/Action/Dark Fantasi/Animation ‧ 1h 31m
Hired to investigate seaside village attacks, mutant monster hunter Geralt unravels an age-old conflict between humans and sea people that threatens war between kingdoms.

Thursday, February 13, 2025

Kursus Literasi Maklumat: Jom Celik Maklumat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Akhirnya ada juga kursus dari PNM secara atas talian untuk tahun 2025.. Tajuk ini memang antara tajuk wajiblah untuk kami yang berkerja dalam bidang perpustakaan ini.. Kenalah mahir mencari maklumat untuk membantu pelanggan yang inginkan bantuan.. Dapatlah 2 hari berkursus..

Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan Kursus Literasi Maklumat: Jom Celik Maklumat secara maya pada ketetapan berikut:
     Tarikh: 12 – 13 Februari 2025 (Rabu-Khamis)
   Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
   Pautan Google Meet
Penceramah: En Mohd Jeffri bin Abu Hassan Vavival 
Penolong Pengarah Bahagian Gerakan Literasi Maklumat

 (Kapasiti peserta berdasarkan first-come first-served basis. Pautan akan dibuka 30 minit sebelum sesi bermula)
 
Selesai jawab soalan..

Awal-awal kita sertai menggunakan telefon sebab bertugas di kaunter nombor untuk klinik pakar..

Naik Perpustakaan kita buka guna laptop pula..

Definisinya..

Hari kedua.. 

Alhamdulillah.. 2 hari kursus ini, maknanya fahamlah kalau 1 ja salahnya.. kikiki..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com