Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam memang kami pulun habis tengok wayang.. Bermula dari jam 11.15 pagi sampailah cerita yang akhir jam 10.45 malam.. Bermula dengan Ejen Ali, kemudian Mission Impossible, lepas tu Lilo & Stitch dan berakhir dengan Keluang Man.. Pengalaman baru untuk anak-anak.. Sha dah pernah buat masa zaman bujang dulu.. Tak ada kehidupan dan kawan, bila cuti ja memang layang wayang kalau tak melepak dalam kedai buku..
Awalnya kami tak rancang pun nak tengok wayang sebanyak itu... Sepatutnya bawa Imani untuk buat X-Ray 3D tapi mesin bermasalah.. Petang pun mesin masih tak okay.. Mulanya tunaikan permintaan Imani dan Amani yang nak tengok Ejen Ali.. Bila bincang balik dengan encik suami dia cakap jomlah layan ja wayang hari ini.. Sambil tu sambut sekali ulang tahun anniversary.. Gitu..
Oleh kerana kami masuk AEON Seri Manjung jam 10.45 pagi 29.05.2025 dan keluar dari AEON Seri Manjung jam 1.23 pagi 30.05.2025, bayaran letak kereta jadi -RM1.00..
Ejen Ali dapat 1 tiket free untuk seorang dewasa, lepas tu tambah 2 popcorn dan satu air.. Mission Impossible dapat tiket free untuk kanak-kanak..
Lilo & Stitch tu bayar penuh untuk 3 dewasa dan 1 kanak-kanak.. Keluang Man pula dapat tiket free untuk kanak-kanak..
Wah.. Betul2 back to back nie...
ReplyDeletePuas hati, dpt redeem tiket free sekali
best tak? review la cikit...
ReplyDeleteSha review dalam entry berasingan..
Deleteuit nape negatif kak? ingatkan mahal sebab dah lama sgt ddk dalam tu heheheh.. Movie keluang man macamne ok tak?
ReplyDeleteKan.. akak dah sedia nak bayar mahal dah.. Sekali tengok negetif RM1.. tak sure kenapa..
Delete