Monday, June 30, 2025

F&N Seasons Caramel Pudding Soya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dengan harga promosi.. Rasa soya yang menarik bila bergabung dengan puding karamel.. Ada rasa manis karamel tapi dia tak terlalu kuat hingga mengganggu rasa soya tu.. Rasa karamel tu ringan ja dan kita masih lagi rasa soya tu.. Ngam minum sejuk.. Tak payah tambah gula sebab tak manis mana pun.. Ringan ja rasa dia pada Sha.. 

F&N Seasons Caramel Pudding Soya (2L) - RM2.90

Jepun | BEM: Become Human (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak tahu pula ada versi anime.. Tapi yang Sha tengok ini versi filem.. Ada versi live action juga boleh baca review kat Humanoid Monster, Bem (2012) dan Yokai Ningen Bem (2011).. 

Versi kartun ini, Sonia cuba mencari tahu keberadaan Bem, Bela dan Belo tapi lain pula yang berlaku.. Sonia nyaris dibunuh, mujur ada Belo.. Belo tunjukkan dimana Bem namun Bem dah Jadi Belm.. Berkeluarga dan ada 2 anak.. Memang pelik namun kemunculan Sonia akhirnya mengejutkan semula diri Bem yang sebenar.. Rupanya Bem dijadikan bahan ujikaji oleh syarikat yang cuba mencipta semula manusia raksasa untuk dijual.. Di akhirnya cita-cita Bem untuk menjadi manusia tercapai..

BEM: Become Human
aka Bem Movie: Become Human
2020 ‧ Horror/Action/Supernatural ‧ 1h 30m
Two years have passed since Bem, Bela and Belo disappeared. Sonia Summers is still searching for them and has found a lead. However, the lead takes her to a man who looks and sounds like Bem but claims to have no memories of her.

Take place 2 years after the last episode of the TV series anime.

Sunday, June 29, 2025

Eclipse: Lychee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa laici yang mantap ditemani kesegaran mint.. Memang asyik memakannya sambil memandu.. Menyegarkan mata.. Sha jumpa rasa baru ini di 7E.. Suka sangat mencuba makanan yang tak pernah dicuba.. Lepas habis ini, tak beli dah.. kikiki.. Ini pun seminggu baru habis.. Selalunya Sha makan bila memandu jauh.. Tak nak bagi mengantuk..

Eclipse: Lychee (45g) - RM4.90

Kluang Mountain: White Coffee 3in1

Assalamualaikum.
Hye semua..

Sha beli kopi ini dekat kedai ECO.. Paling menarik adalah pembungkusan kopi ini.. Bentuk macam cawan gitu.. Comel tau.. Menarik rasa dia.. Tak terlalu manis dan tak adalah kuat sangat kopinya.. Sedang sedang sahaja..

Kluang Mountain: White Coffee 3in1 (75g) - RM2.60

5 pcs X 15g

Pekat air dia..

Saturday, June 28, 2025

Coretan 28 Jun 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ke dobi pagi tadi.. Basuh cadar, selimut dengan sarung bantal anak-anak.. Ampai rumah penuh, jadinya kenalah ke dobi.. Boleh keringkan terus.. Bukan musim hujan ini, tak adalah nak menunggu lama.. Sampai ja dah boleh masukkan kain dalam mesin basuh.. Kalau musim hujan, memang jenuh menunggu.. Sambil tunggu sambil membaca.. 

Sejamlah juga nak selesai.. 25 minit basuh, 25 minit keringkan.. Ini masa dalam mesin, tak masuk masa nak ke dobi, punggah dari basuh ke kering lepas tu nak lipat pula lepas keringkan.. Tolak bahagi dalam 2 jam jugalah.. Kos pula lebih kurang RM12.. Sesekali, okay ja..

Bawa bekal menunggu.. Kopi dan Gardenia..

Selesai mendobi singgah ECO beli aiskrim.. 2 batang RM2.60.. Jadilah buat penuhkan sudut peti beku ini selain aiskrim seringgit dari kedai 99 Speedmart..

Anis Choc Moist Cake: Cream Cheese Chocolate Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya beli juga kek ini.. Terpengaruh sebenarnya lepas baca satu artikel pasal owner dia.. Boleh tahanlah kek dia.. Lembut, cukup rasa dan cream cheese tu tak muak dimakan.. Ngam ngam ja gandingan antara kek coklat dan cream cheese tu.. Saiz dan harga pun, boleh tahanlah.. Sesekali untuk diri sendiri, okay ja..

Anis Choc Moist Cake: Cream Cheese Chocolate Cake (120g) - RM7.50

Didatangkan bersama sudu comel.. Jadinya boleh terus makan..

Bahagian kek dan krim kejunya..

US | Fear Street: Prom Queen (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Lain macam ganasnya bila dah dijadikan filem.. Hahaha... Bila baca tu tak lah dasyat sangat rasanya.. Memang menakutkan seperti tajuknya.. Pembunuhan dasyat oleh sepasang suami isteri yang ingin mengawal keputusan pemenang bagi pertandingan ratu prom.. Satu demi satu calon ratu prom dibunuh mereka.. Semuanya kerana ingin mengawal keputusan dan melunaskan kegilaan mereka.. Lori pula terlalu taksub dengan nak menang sampai abaikan amaran kawan baik dia Megan.. Nyaris ja nak kena bunuh.. Bila tersedar pembunuh rupanya depan mata, memang padan mukalah..

Fear Street: Prom Queen
2025 ‧ Horror ‧ 1h 30m
Shadyside High's 1988 prom queen election becomes deadly for underdog Lori when a sinister figure begins killing the candidates.

Friday, June 27, 2025

Twinfish Makiato Macchiato Cocoa Crisp

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap rupanya.. Rasa coklat yang pekat.. Kenyal bila digigit dan di kunyah.... Bolehlah pada tekak Sha.. Selalu sangat tengok tergantung dekat MrDIY kan.. Sebelum ini harga dia dalam 5 lebih ja, la ni dah naik dah.. kikiki..

Twinfish Makiato Macchiato Cocoa Crisp (150g) - RM6.10

14 pek comel..

Gelap ja rupanya.. kikiki.. Coklat kan..

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Marilah kita hayati semangat hijrah dengan memperbaharui azam, memperbaiki diri serta meningkatkan amal soleh kita sebanyak yang boleh..

"Barang siapa berhijrah di jalan Allah, nescaya dia akan mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak."
(Surah an-Nisa’, ayat 100)

Salam Maal Hijrah semua..

Semoga tahun baru hijrah ini membawa keberkatan, keselamatan dan kejayaan dalam hidup kita sama ada di dunia mahupun di akhirat.. Aamiin..


Thursday, June 26, 2025

Cubaan Menulis Cerpen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat membaca.. Cubaan pertama.. Kalau sudi, tinggalkan komen ya..

Cerpen | Lakaran Memori Abah oleh Ejart14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerpen ini Sha baca dekat aplikasi Cereka.. Menariklah sebab menyampaikan betapa seorang ayah tu sentiasa berusaha mencari rezeki bagi memenuhi keperluan keluarga.. Bagaimana si ayah tak berputus asa dengan anaknya dan menyakinkan anaknya untuk terus belajar.. Akhirnya usaha si ayah dan anak berhasil.. Si anak berjaya ke menara gading.. Memang cerpen yang menyentuh perasaan..

Resensi Buku: Bicara Bersama Puan Nabun Binti Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha sertai Resensi Buku: Bicara Bersama Puan Nabun Binti Ahmad yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Ilmu Dan Maklumat Digital MITI.. Sha tahu pun sebab dapat notifikasi dekat Facebook tu yang boleh sertai..

Antara buku tulisan Puan Nabun ialah Sesat, Sahabat Misteri & Kiasan Bermadah Tersimpul Makna.. 2 buku yang pertama tu nampak sesuai untuk bacaan kanak-kanak..

Buku Sesat dan Sahabat Misteri tu saling berkait kalau mengikut penerangan penulis.. Buku Kiasan Bermadah Tersimpul Makna pula merupakan antologi pantun peribahasa yang ditulis bersama 5 penulis lain.. Boleh juga ikuti penulis di Facebook beliau..

Bil.4/2025

Rindu Itu Berat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau arwah abah masih ada sekarang ini usia beliau 76 tahun.. Figura yang sentiasa dirindui.. Perginya tak akan ada ganti.. Dirindu setiap masa.. Adakalanya rasa rindu tu terlalu menggebu-gebu.. Terasa-rasa sentuhan hangat beliau.. Baunya seolah-olah masih ada.. Terngiang-ngiang suaranya.. Namun siapalah kita untuk menidakkan takdir.. Andai sampai masa, kita juga akan pergi mengadap Ilahi.. 

Ya Allah… Ampunkan dosaku dan dosa kedua Ibu Bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka  mengasihaniku ketika aku masih kecil, berilah mereka balasan Syurga..

Ya Allah gantikan penat lelah buat Abah yang telah banyak berkorban dan membesarkan kami dengan setinggi-tinggi SyurgaMu di sana.. Aamiin.. Ya Allah, kurniakanlah ganjaran syurga FirdausMu untuk  Abah kami yang telah banyak berkorban membesarkan kami selama ini..
Ya Allah letakkanlah Arwah Abahku di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amiin Ya Mujib Ya Rabb Ya Zal Jalali Wal Ikram..

Sha tahu lagu ini dari blog Mummy Ayu.. Bila layan memang mencengkam jiwa.. 

Rindu Itu Berat
Song by Amir Jahari

Ini cerita kita
Terngadah dan berharap
Kau antara bintang 
Dan telah pergi selamanya

Rindu itu berat
Tak terdakap tubuh dan jasad
Runtuhlah jiwa jiwa yang kuat
Maka jadilah
Rindu itu berat

Ini sebuah derita
Yang dulu engkau jeritkan
Tanpa suara yang mendengar
Maafkanku teman

Rindu itu berat
Tak terdakap tubuh dan jasad
Runtuhlah jiwa jiwa yang kuat
Rindu pada yang tak berhayat

Teman rindu air mata
Musuh rindu adalah kenangan
Menjunjung kesal maaf kelewatan
Maka jadilah
Rindu itu berat

Wednesday, June 25, 2025

India | Eleven (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah bermula dengan mayat terbakar yang tak dapat di kenal pasti dan tidak ada laporan tentang orang hilang.. Awalnya kes disiasat oleh Ranjith tapi kemudian Ranjith kemalangan dan digantikan dengan Aravindan.. Memang sempoilah dia menyiasat.. Awalnya nampak macam susah nak jumpa klu tapi lepas terjumpa plat besi di tempat pembunuhan kes terus lancar.. Rupanya kes pembunuhan ini adalah jenayah terancang untuk kes balas dendam.. Semuanya sebab buli di zaman sekolah hingga menyebabkan kematian.. Bila hampir hujung kes pun mula didedahkan dan penjenayah tu memang kita penonton pun tak sangka sebab depan mata ja..Memang nicelah..

Eleven
2025 ‧ Crime/Mystery/Thriller ‧ 2h 15m
A brave and skilled officer with a strong record of solving tough cases is assigned to a new, more challenging serial killing investigation.

Jamuan Perpisahan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengahari tadi ada jamuan perpisahan.. Ada staf dari unit Pentadbiran bertukar keluar ke Seri Iskandar.. Sha sampai Pengarah baru berucap.. Tak lama lepas tu staf yang akan bertukar keluar pula buat ucapan.. Sedikit sedih.. Namun begitulah adatnya.. Pengarah baru masuk, staf pula bertukar keluar.. Sha tak pastilah dah berapa banyak staf yang bertukar keluar sejak Sha bertugas di sini.. huhuhu.. Rasa macam kerap pula jamuan perpisahannya..

Ini menu yang Sha ambil.. Nasi dengan ayam & kentang kari tanpa kuah, ulam-ulaman bersama sambal belacan dan cekodok udang.. Bubur kacang hijau, air sirap selasih dan aneka manisan (kek coklat, kek batik, krim puff & congo bar) serta kuih cara berlauk dan karipap sardin..

Jajan Viral

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli jajan ini dekat pasar pagi.. Ada 6 jenis jajan yang Sha pertama kali cuba.. Sebelum ini nampak dekat media sosial ja.. Tak sangka pula dekat pasar pagi ada jual.. Boleh beli sikit-sikit untuk cuba dahulu.. Kalau sedap baru kita beli pek besar.. Setakat ini yang sedap pada lidah Sha, konafetto dengan Peppinez.. 

Roshen Konafetto Cocoa, Roshen Crazy Bee, Tasty Chocolate, TwinFish Toborone, Peppinez Sour Candies dan Sour Kube..

TwinFish Tobo One Center Filled Triangular Wafer Bar (1 - 50 sen) - Sedaplah biskut dia sebab ada inti dekat bahagian tengah.. Sha beli rasa susu, coklat dan strawberi..

Roshen Peppinez Sour filled candies (3 biji - RM1) - Rasa dia masam betul.. Ada 3 rasa iaitu epal (yang warna hijau ini), blueberry (ungu) dan cherry (Merah)..

Roshen Crazy Bee (3 biji - RM1) - Gummy kenyal dan dalam dia ada sirap.. Okaylah rasa buah-buahan..

Tasty Chocolate (RM1 - 2pcs) - Coklat bentuk sudu dan garfu.. Rasa coklat susu yang agak manis tapi rapuh.. Comel ja bentuknya..

Sour Kube (RM1 - 2 pek) - Gula-gula rasa buah strawberi dan anggur yang bersalut serbuk masam.. Tapi tak adalah masam melampau.. Okay ja.. Sedang-sednag ja masam dia.. Gula-gula tu rasa kenyal bila dikunyah..

Tuesday, June 24, 2025

Twinfish Nutzbar Mix Nut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bar yang mengenyangkan.. Pertama kali Sha cuba dan terus suka.. Ada 3 jenis kacang dan rasa mereka memang menarik.. Sukalah sebab tak manis dan kacangnya pun banyak.. Boleh dijadikan snak sambil membaca atau menonton drama..

Twinfish Nutzbar Mix Nut (120g) - RM6.50

Hazelnut (5pcs), Almond (2pcs) & Cashew (5pcs)..

Ini kacang hazel, okaylah rasa dia..

Ini badam.. Sedap.. Memang mewahlah rasa badam tu..

Ini pula kacang gajus.. Menarik rasa dia..

Hershey's Exclusive in 99 Speedmart

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumpa juga edisi khas Hershey's dan 99 Speedmart ini.. Baru sampai semalam (23/06/2025) di area tempat Sha ini.. Ada 4 versi.. 2 kotak merah jambu dan dua kotak kuning.. Setiap kotak ada beg warna yang berbeza..

Sha tau pasal gandingan ni dekat threads, ada orang kongsikan dalam minggu lepas ke 2 minggu lepas macam tu.. Cumanya mungkin dia masuk berperingkat kot sebab minggu lepas Sha pergi Ulu Bernam dah ada tapi tak beli pun sebab tinggal warna kuning ja.. Lepas tu ada juga tanya area Behrang, staf 99 Speedmart tu cakap tak masuk kak.. Dekat gudang pun dah tak ada.. Bila tanya 99 Speedmart yang berdekatan dengan Sha dia cakap, Isnin baru masuk.. Tu yang semalam gigih pergi tengok.. Bila tengok ada, Sha cuba cari kesemua warna.. Alhamdulillah rezeki dapat semuanya..

Tempat korang ada ke?

2 kotak merah jambu dengan 2 warna beg (Merah jambu & Coklat), 2 kotak kuning dengan 2 warna beg (kuning & hitam)

Isi dalam setiap kotak merah jambu tu ada
Hershey's Kisses Coklat Susu (82g)
Hershey's Cookies 'N' Creme
Mini beg (coklat @ merah jambu)

Isi dalam setiap kotak kuning tu ada
Hershey's Kisses Coklat konfeksi putih dengan cebisan biskut (82g)
Hershey's Cookies 'N' Creme (40g)
Mini beg (hitam @ kuning)

Ada 4 warna iaitu coklat, merah jambu, hitam dan kuning..
Amani ambil warna merah jambu dan Imani ambil warna coklat.. Dua lagi emak punya..

Boleh dijadikan hadiah juga ya.. Bahagian atas kotak tu ada sudut kita boleh tulis nama penerima dan nama pemberi.. Menarikkan..

Gardenia Quick Bites: Durian & Strawberi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak tahu pula Gardenia ada keluar rasa baru dari rangkaian Quick Bites ini.. Tahu pun lepas tengok kawan update dekat whatsapp status.. Lepas tu dekat media sosial ramai yang kata susah nak jumpa.. Sha cubalah cari, memang tak ada ya kawan-kawan.. Sampailah Sha jumpa rasa strawberi tu seketul ja dekat kedai runcit kampung dan rasa durian tu Sha beli masa ke pasar pagi.. Masa ini kebetulan ada lori roti Gardenia tengah turunkan roti.. Sha pun tanyalah encik tu.. Encik tu kata rasa strawberi selalunya diorang hantar hari Khamis dan durian hari Ahad.. Lepas tu, setiap kali letak bukannya banyak pun.. Ini penghantaran sekitar tempat Sha tinggal tau.. Tempat korang Sha tak pastilah sama ke tak.. 

Gardenia Quick Bites: Durian (50g) - RM1.20
Gardenia Quick Bites: Strawberi (50g) - RM1.20

Durian ini bila buka plastik dia, semerbak bau durian.. Roti dia warna hijau tau.. Sha suka yang durian ini.. Inti dia memang ada rasa durian dan paling penting tak manis.. Ngam ja dekat lidah Sha.. Puas hatilah rasa dengan harga dia tu.. 

Menariklah rasa dia.. Ada rasa strawberi tu cuma tak kuat dan sedikit manis untuk lidah Sha.. Masih sedap untuk makanan yang cepat..

Monday, June 23, 2025

Segmen | Apa ChatGPT kata tentang blog saya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama betul tak sertai mana-mana segmen atau giveaway dari rakan blogger.. Hari ini sajalah Sha sertai segmen yang dianjurkan PhaIs ini.. Mudah ja segmennya.. Tanya ChatGPT ja..

Dan ini jawapan yang Sha dapat dari chatGPT : Blog KasihkuAmani oleh Sha Mohamed adalah ruang mesra kongsi coretan harian, ulasan novel, resepi, aktiviti keluarga dan penemuan santai seperti kopi atau buah pasar. Setiap entri bermula “Assalamualaikum… Hye semua…” menyuntik rasa peramah macam chat dengan kawan. Sha ialah pembantu pustakawan yang menulis secara sambilan, gemar membaca dan ‘review’ novel, tebus hadiah dari penulis serta ceritakan pengalaman anak-anak ke pejabat. Gaya tulisannya santai, penuh gelak “kikiki” dan emosi jujur, menjadikan pembaca terasa ikut serta dalam setiap detik kecil kehidupan Sha.

F&N Seasons Rose Soya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Air ini asalnya harga RM5.20 tapi bila beli dengan PWP dapatlah harga RM2.90 tu.. Kebetulan ada barang lain yang nak dibeli, bolehlah capai ini sekotak, buat rasa rasa.. Air ini cari masa bulan Ramadan hari tu tapi tak jumpa pun.. Elok dah Syawal baru jumpa.. Menariklah rasa soya yang digabungkan dengan ros ini.. Bau ros tu wangi, soyanya warna merah jambu dan lepas minum kita akan rasa ros tu tertinggal di lidah.. Sedap dan unik pada Sha.. 

F&N Seasons Rose Soya (1L) - RM2.90

Novel/ebook | Blood Maroon oleh Naim Tamdjis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kisah 3 orang rakan yang memanjat gunung demi sebuah content.. Semasa disini, Arjuna di ganggu manakala Navin dan Nelson tak boleh mendengar atau melihat gangguan yang dilalui Arjuna.. Namun bila mereka kembali ke khemah, perkara pelik berlaku dan mereka terjumpa gua.. Di dalam gua ini ada permata yang unik.. Nelson suruh mereka ambil secukupnya sahaja.. Jangan tamak namun ketika mereka nak balik, Arjuna dan Nelson terjatuh.. Bila Nelson sedar dia hilang keupayaan untuk berbahasa selain bahasa Melayu, manakala Arjuna pula telah meninggal.. Nelson juga mendapat kebolehan melihat makhluk yang manusia biasa tak boleh melihat.. Memang ada sesuatu yang tak kena pada Nelson dan ia ada kaitan dengan permata yang mereka ambil..

Manusia mudah tamak dan berpaling tadah saat melihat duit hingga nyawa yang tak bersalah terpaksa menjadi korban..

Sha baca dan selesai pada 20.06.2025..

Published August 1, 2024 by Naim Tamdjis

Sunday, June 22, 2025

HausBoom Strawberry Candy & Classic Orange

Assalamualaikum..
Hye semua..

HausBoom ini menarik tau.. Agak pelbagai rangkaian air dia.. Ini versi tin dan bergas namun rasa dia tu menarik.. Strawberry Candy tu rasa dia memang rasa strawberi tapi ada rasa lain pada strawberi tu macam gula-gula pun ada.. Rasa dia bukan tipikal strawberilah senang cerita.. Unik tapi sedap.. Classic Orange tu pun sama.. Rasa oren dia tak sama macam air oren biasa, dia macam ada sedikit rasa unik tapi tak pelik.. Cumanya air dia manis ya.. Kena tambah ais baru sedap minum..

HausBoom Strawberry Candy (325ml) - RM2.50
HausBoom Classic Orange (325ml) - RM2.50

Coretan 22 Jun 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi sakan berbelanja di pasar pagi.. Jarang Sha ke pasar pagi ini.. Bila sesekali menyinggah memang tak ingat dunia jadinya.. kikiki.. Puaslah membeli pelbagai jenis buah dengan harga yang okay.. Selalu tu mahal dan tak boleh nak beli banyak.. Ini bolehlah dapat dengan harga yang okay dan buah pun okay.. Lepas tu jumpa pula akak yang jual aneka tepung talam.. Lama tak nampak akak tu berniaga, rupanya suami dia tak sihat.. Bila dah jumpa ini, Sha belilah kuih kegemaran Sha.. Sha suka beli dekat kakak ini sebab boleh campur-campur.. Kuih dia pun sedap.. Jom tengok hasil tangkapan Sha..

Lepas tu masa nak balik, ternampak lori roti gardenia.. Sha pun cuba nasiblah tanya roti durian.. Yeah!! Ada rezeki.. Dapatlah beli 2 pek.. Jadilah kan..

Meriah hasil tangkapan buah hari ini.. Mangga tu RM10 (2kg), Jambu RM6 (3 biji) dan Buah campur tu RM20.. Ada pear merah (4 biji), pear hijau (5 biji), epal (5 biji) dan sepinggan limau kecik..

Sebekas jajan viral (RM15), sayur campur RM5 (kobis bunga, brokoli dan 2 biji lobak merah), cendawan sepeket (RM2.80), roti gardenia durian dan kuih kesukaan Sha (tepung talam, talam ubi dan koleh kacang).
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com