Assalamualaikum..
Hye semua..
Kali ini kisah 3 orang rakan yang memanjat gunung demi sebuah content.. Semasa disini, Arjuna di ganggu manakala Navin dan Nelson tak boleh mendengar atau melihat gangguan yang dilalui Arjuna.. Namun bila mereka kembali ke khemah, perkara pelik berlaku dan mereka terjumpa gua.. Di dalam gua ini ada permata yang unik.. Nelson suruh mereka ambil secukupnya sahaja.. Jangan tamak namun ketika mereka nak balik, Arjuna dan Nelson terjatuh.. Bila Nelson sedar dia hilang keupayaan untuk berbahasa selain bahasa Melayu, manakala Arjuna pula telah meninggal.. Nelson juga mendapat kebolehan melihat makhluk yang manusia biasa tak boleh melihat.. Memang ada sesuatu yang tak kena pada Nelson dan ia ada kaitan dengan permata yang mereka ambil..
Manusia mudah tamak dan berpaling tadah saat melihat duit hingga nyawa yang tak bersalah terpaksa menjadi korban..
Sha baca dan selesai pada 20.06.2025..
Published August 1, 2024 by Naim Tamdjis
"baca dan selesai pada 20.06.2025..".. pergh, habis baca 1 hari saja.. hebat..
ReplyDelete