Assalamualaikum..
Hye semua..
Ingat tak hari tu Sha ada kongsikan pasal Gelung Sulaman Kayu untuk Imani.. Pertandingannya hari Rabu (02.07.2025) di Tapah.. Pergi dengan cikgu, jadinya Sha kirimkan duit minyak dan makan buat cikgu melalui Imani.. Pertama kali sebenarnya Sha bagi anak ikut pertandingan luar sekolah.. Imani berminat, Sha bagi jelah dan sokong dengan keperluan dan duit.. Sekurang-kurangnya Imani dapat pengalaman walaupun tak menang.. Kali ini nampaklah kematangan Imani dalam menerima kekalahan.. Imani sendiri maklumkan yang kerja jahitan dia terlalu ringkas tanpa hiasan sebab tu tak menang.. Penyertaan Imani pun pada saat-saat akhir.. Hasil kerjanya dekat sekolah, cikgu belum pulangkan.. Jadinya tak bolehlah Sha nak kongsikan disini.. Sha kongsikan hadiah yang Imani terima sahaja.. Sijil pun dapat..
Ini hadiah saguhati untuk penyertaan Imani..
Tuala rupanya.. Cantik dan serap air..
Ada peluang kita bagi anak- anak kita cipta kenangan kan...mesti da seronok..kalah takpe tapi ada pengalaman...nanti boleh cuba lagi
ReplyDeletecantik...rare coraknya
ReplyDeleteAlhamdulillah..Dpt pengalaman & hadiah..Ada byk masa lagi tk join competition yg lain =D
ReplyDeleteyang penting keberanian itu. lepas ni taulah tu kalau ada pertandingan mmg kena all out
ReplyDelete