Sunday, August 31, 2025

Ganti Kasut & Beg Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas Sha perasan beg sekolah Amani dah terkoyak besar.. Amani ini kalau Sha tak periksa atau perasan, memang dia tak akan bagi tahu.. Selagi boleh pakai, dia pakai ja.. Imani pun sama.. Mereka serba salah sebab selalu nak ganti beg dan kasut.. Pada Sha dan suami, ini keperluan bukannya kehendak jadi kalau dah rosak memang kena gantilah.. Semalam Sha keluar beli barang rumah, terus cari beg dan kasut mereka.. Sha simpan sini untuk rekod berapa lama kasut dan beg ini akan bertahan.. Kasut dan beg Amani sebelum ini hanya bertahan 4 bulan sahaja, Sha beli pada April 2025..

Kasut Amani ini dari awal bulan dah koyak tapi dia kata boleh pakai lagi.. Koyak di bahagian tepi.. Kasut keluaran Bata ini.. Baru lagi beli..

Imani punya kasut pula, patah dan koyak dibahagian tapak.. Sama juga dari bulan lepas lagi rosaknya..

Ini beg sekolah Imani.. Terkoyak bahagian atas..

Ini pula beg Amani.. Sama juga koyak bahagian atas, tapi lagi tetuk koyakkannya.. Ada kesan jahit, dia jahit untuk guna lagi.. Beg mereka ini berat, banyak buku nak kena bawa.. Memang mudahlah nak rosak..

Kasut baru.. Kali ini Sha beli di PasarayaKu.. Amani punya RM31.50 dan Imani punya RM30.00.. Kita tengok berapa lama kasut ini akan bertahan..

Beg sekolah Amani dan Imani.. Kali ini Sha beli di Pasaraya Hari Hari.. 2 ini RM99.80.. Sama ja bentuknya, warna ja berbeza.. 

Ritter Sport Coffee Duo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli coklat ini dari rakan sekerja.. Sha sangkakan saiznya comel ja.. Tak sangka pula besar betul saiz coklatnya.. Memang puas hatilah.. kikiki.. Bungkusan dia pun cantik.. Sesuai betul kalau nak dijadikan hadiah..

Bila kopi bertemu coklat, memang gabungan yang mantap dan menggoda.. Bayangkan aroma kopi yang wangi bergabung dengan coklat susu yang lembut dan cair di mulut, pergh!! Mengasyikkan..

Dibuat daripada coklat susu premium, diisi dengan krim kopi, susu, kepingan beras dan krim koko – setiap gigitan, berjaya memang buat lidah kita terbuai dengan rasanya yang mengasyikkan.. Ada sentuhan vanilla Madagascar lagi, weh! Bukan main-main tau rasa dia..

Yang bestnya, Coffee Duo ni datang dengan dua gaya.. Satu bahagian Milky Macchiato yang lembut dan berkrim, satu lagi bahagian Crunchy Coffee untuk yang suka rasa kopi yang lebih rangup.. Dua-dua sedap, dua-dua wajib cuba.. 

Kalau korang peminat kopi sejati, coklat ni confirm buat korang tersenyum puas macam Sha.. Serius, coklat ini memang ngam sangat dekat tekak Sha.. kikiki.. Rasa kopi dia tu bukan main-main tau.. Berbaloi sangat untuk Sha yang meminati kopi dan juga coklat..

Ritter Sport Coffee Duo: Milky Macchiato & Crunchy Coffee (218g) - RM18

Bahagian yang bertulis Ritter Sport tu rasa Milky Macchiato dan yang ada perkataan Duo tu Crunchy Coffee.. Sekeping ini tahan 3 minggu..

Crunchy Coffee yang ada serbuk hitam yang rangup di tengahnya, manakala Milky Macchiato pula yang berwarna coklat di bahagian tengahnya..

ebook | K-Pop Girl: The B Yang Bersemangat oleh Tihaa Ris

Assalamualaikum..
Hye semua..

Comel betul buku ini.. Kali ini penulis bawa kita bertemu dengan peminat kepada kumpulan Th Boyz.. Sha tak berapa kenal sangat kumpulan ini tapi bolehlah layan buku ini.. Kisahnya Atiya yang sangat menggemarinkumpulan The Boyz dan menhantar sekeping lukisan kepada mereka.. Melalui lukisan tersebut Atiya berjaya jumpa kumpulan yang diminatinya.. Pada masa yang sama Atiya turut menghadapi masalah untuk berbaik dengan pasangan regu badmintonnya.. Memang comel dan menariklah jalan ceritanya.. Ada unsur-unsur fantasi tapi tak keterlaluan..

Sha baca pada 27.08.2025 dan selesai pada 28.08.2025..

Published January 23, 2024 by Bookiut

Saturday, August 30, 2025

Kopi, Teh dan Minuman Malt Pelbagai Jenis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bahaya mengadap shopee ini, tambah-tambah masa emosi tak stabil.. kikiki.. Sha nak cari sejenis kopi ja tapi bila dah jumpa nampak pula kopi dan teh yang pelbagai jenis.. Mata pun mulalah rambang, jadinya terbelilah juga kopi, teh dan minuman lainnya.. Itu yang bila sampai jadi sebundut..

Sebundut kopi, teh dan minuman malt pelbagai jenis..

Asalnya nak beli yang ini ja.. Lama dah teringin nak cuba.. Tapi tak nak beli sepeket besar, risau tak kena dengan selera..

Sudahnya turut di beli.. Adalah bahan cerita nak update di blog nanti..

Ini pula percuma dari penjual.. Memang syoklah bila dapat hadiah percuma, walaupun sekadar kopi buasa dan krimer..

ebook | Penjara Rasa oleh Shahariah Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah tentang Dazran yang hanyut kembai semula ke kampung.. Bila di kampung, Dazran bertemu kembali dengan Azwin.. Azwin gadis yang pernah dicemburui Nazran, hanya kerana kemunculannya yang tiba-tiba.. Namun bila dewasa Azwin dikagumi sebab berjaya berdikari dan mulalh timbul satu perasaan lain.. Dazran takut dan terpenjara dalam rasa yang tak diduga.. Kemunculan Amirul sepupu Dazran menyebabkan hubungannya dengan Azwin menjadi keruh.. Berjayakah Dazran keluar dari penjara perasaannya sendiri.. Kenalah baca..

Sha baca dan selesai pada 29.08.2025..

Published August 1, 2025

India | Andhera (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini best.. Bermain dengan psikologi dan juga sesuatu yang tak terjangkau dek akal fikiran.. Sesuatu yang gelap dan menakutkan.. Adhera tu maksud dia Kegelapan..

Bermula dengan kehilangan seorang gadis dan penyiasatan yang dilakukan oleh seorang pegawai polis perempuan bernama Kalpana menemukan dia dengan Jay yang merasa bersalah menjadi penyebab abangnya koma.. Walhal antara Jay, gadis yang hilang dan abang yang koma mempunyai satu kaitan iaitu mesin merawat kemurungan.. Ada sesuatu yang gelap bersembunyi disebalik perubatan secara sains tersebut.. Sesuatu yang gelap, yang cuba menakluk dunia dan menjadikan dunia gelap..

Tapi tu lah.. Penamat dia macam akan ada sambungan iaitu permulaan kepada kemunculan kegelapan itu sendiri oleh seorang perempuan yang akhirnya dituduh gila..

Andhera
2025 ‧ Supernatural/Horror/Thriller ‧ 1 season ‧ 50m
A police officer and a medical student embark on a quest to uncover the truth behind an enigmatic phenomenon after a young woman's disappearance.


S1.E1 ∙ Andhera Kha Gaya
S1.E2 ∙ It watches us
S1.E3 ∙ Patient x
S1.E4 ∙ Aatma
S1.E5 ∙ Maut ko maat
S1.E6 ∙ Kya tumhara naam Tama hai?
S1.E7 ∙ Follow the data
S1.E8 ∙ Eternal Night

Friday, August 29, 2025

ebook | Berbahagi Mimpi oleh Syameen Khalili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang klasik dan unik.. Betul-betul menarik buku penulis ini.. Menjadi betul gaya misteri paranormal dan persabatan pada karya penulis ini.. Memikat sungguh bila dibaca, tak boleh nak berhenti.. Sekali hadap ja selesai..

5 sahabat yang mempunyai nama klasik dan unik.. Namun antara mereka ada yang memendan perasaan, ada yang menjadi pemerhati kawan-kawan.. Sakti dan Cahya saling bermimpi hingga akhirnya mereka bertemu dan saling meluah rasa.. Maka bertautlah hati-hati yang merindu..

Sha baca dan selesai pada 27.08.2025..

Published August 1, 2025

Halls XS Blueberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Harga gula-gula ini bergantung di mana anda membelinya.. Kalau beli di 99 Speedmart, harganya sedikit murah berbanding di kedai-kedai lain.. Isi dalam dia tak adalah banyak, tambahan pula saiznya comel.. Rasa gula-gula ini lepas makan macam rasa ubat pun ada.. Sesuailah nak bagi mata tu segar.. Berangin tapi tak keterlaluan sangat.. Tahanlah juga bila beli sebekas ini..

Halls XS Blueberry (12.6g) - RM2.55

ebook | Zayra Di Hati Tuan oleh Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoilah!! Geram pula baca buku ini.. Geram dengan ego Zayra dan juga Zafril.. Kedua-duanya terllau melayan ego sampai tak menghargai antara satu sama lain.. Terlalu mengikutkan ego sampai menyakiti perasaan masing-masing.. Geram ja perasaan bila baca.. Tapi realitinya memang banyak ja manusia macam ni..

Sha baca dan selesai pada 26.08.2025..

Published August 1, 2025

Thursday, August 28, 2025

Servis Pertama Kuda Merah Delima

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha ambil cuti, bawa kereta ke Pusat Servis Proton.. Servis pertama, kenalah pergi pusat servis.. Sha tempah masa dan hari melalui Proton Advisor yang sama.. Tempah jam 9 pagi tapi dapat jam 10 pagi.. Okay ja.. Tak adalah awal atau lambat sangat..

Sha sampai jam 9.30 pagi.. Berbaloi Sha datang awal, walaupun kena menunggu jugalah sebab ramaikan.. Jam 10.30 pagi staf panggil untuk periksa kereta sebelum di servis.. Jam 11 pagi kereta masuk servis bay.. Jam 11.30 pagi kereta selesai di servis dan keluar untuk cucian pula.. Jam 12.48 tengahari kereta siap, Sha buat bayaran dan balik.. Berkilat kereta..

Tak sampai seribu km lagi tapi ini ja masa yang ada..

Selesai servis..

Ha'ritage Hola! Granola Cup Cocoa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih lagi cerita tentang granola dari 7E Cafe ini.. Kali ini Sha makan perisa koko.. Granolanya yang disaluti koko ya kawan-kawan.. Sedikit pahit dari rasa koko tu, membuatkan rasanya jadi lebih enak.. Pada Sha lah.. Memang ngamlah makan waktu pagi atau malam sekiranya anda tidak mahu sarapan yang berat..

Ha'ritage Hola! Granola Cup Cocoa (35g) - RM4.90

Isi dalam dia, 1 sachet granola koko, sudu dan juga tisu..

Sebelum dibancuh..

Setelah ditambah susu oat.. Terus berubah warna susu tu jadi coklat..

Selamat Tinggal Kertas, Jumpa Lagi Jadi Cebisan!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula 19 Ogos 2025 sampailah 27.08.2025, gigih Sha dan rakan sekerja buat kerja mericih buku sumbangan yang lama-lama dari jabatan lain kepada perpustakaan kami.. Kemudian longgokkan dan tunggu Adgenta kutip.. Barulah terasa lapang dan bersih perpustakaan..

Buku-buku lama yang perlu dilupuskan.. Setimbun.. Bahagian atas tu sahaja..

Hari pertama.. Jenuh mengoyak dan memasukkan ke dalam mesin.. Tak boleh nak buat banyak-banyak terus, kena sikit-sikit, kemudian rehat supaya mesin tu tak panas..

Akhirnya setelah bertungkus lumus.. Berjaya juga membundutkan kertas-kertas tersebut..

Wednesday, August 27, 2025

Mexico | Coyotl, Hero and Beast (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay.. Drama ini agak ganas dan ada babak 18 tahun ke atas.. Tak sesuai ditonton bersama keluarga.. Sha pun terjumpa drama ini.. Nampak perkataan paranormal dna tengok poster macam menarik ja, jadinya layanlah..

Kisah seorang lelaki yang ada nahual dan boleh berubah bentuk.. Kalau ikutkan dia dah mati ditembak tapi nahual dia dibangkitkan dan dia boleh berubah menjadi agak ganas macam serigala jadian tapi yang ini coyote jadian.. Lelaki ini asalnya jadi coyote jadian untuk melindung tanah tumpah darah dia tapi disebabkan gangguan kartel dadah, dia mula menjadi ganas membunuh penjahat.. Ketika nahual dia cuba mengambil ali tubuh dia, dia perlu berperang dengan penjahat dan juga nahual tersebut.. Bukan mudah namun misi dia melindungi sentiasa ada yang membantu..

Coyotl, Hero and Beast
Original title: Cóyotl: Héroe y Bestia
2025 ∙ TV series ∙ Fantasy/Supernatural ∙ 59m
Language: Spanish
The story of a Mexican hero who defends his people in an epic struggle between good and evil.

S1.E1 ∙ La Bestia
S1.E2 ∙ Instinto
S1.E3 ∙ El Corrido del Cóyotl
S1.E4 ∙ El Cazador y la Presa
S1.E5 ∙ Las Botas Rojas
S1.E6 ∙ Pueblo Fantasma
S1.E7 ∙ La Última Tentación de Lupe
S1.E8 ∙ Un Nuevo Norte

Nestle Crunch: Double Chocolate with Peanuts

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim coklat yang dislauticoklat dengan taburan kacang.. Kemudian bahagian tengah dia ada ketulan coklat lagi.. Pergh!! Berganda-ganda coklatnya.. Puas hati makan aiskrim ini.. Memang mewah dengan coklat dan kacang.. 

Nestle Crunch: Double Chocolate with Peanuts - RM2.50

Meriah kacang dia..

Bahagian tengah tu ada coklat lagi tau..

ebook | Experimental Hero oleh Mahizan Husain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini membawa kita ke sebuah kota yang maju dimana saintisnya berjaya mencipta robot dan mewujudkan hero.. Namun bila ada kebaikan pasti akan ada kejahatan.. Sewaktu eksperimen hero dijalankan, hanya separuh saja yang berjaya disiapkan diserahkan kepada 3 remaja.. Kematian sintis tersebut menyebabkan 3 remaja ini tadi membawa diri.. Sehinggaah mereka berumur 18 tahun, mereka bertemu kembali dan berkerjasama menghapuskan musuh..

Sha baca dan selesai pada 26.08.2025..

Published December 25, 2023 by Bookiut

Tuesday, August 26, 2025

Temujanji MOPD (Susulan MRI)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha teman encik suami untuk temujanji MOPD.. Temujanji susulan untuk lihat keputusan MRI dan keputusan darah.. Alhamdulillah, keputusan MRI baik cuma kami tanya jugalah simptom yang perlu dipantau.. Bolehlah kita berjaga-jaga, sekiranya simptom mula muncul.. Keputusan darah pun okay kecuali gula.. Doktor minta encik suami pantau pengambilan gula beliau sebelum jumpa semula lagi 4 bulan.. Kalau tak ada perubahan, mungkin kena cucuk insulin.. huhuhu.. Harapnya makin baiklah.. Kena pantang betul-betul ini..

Dapat no 1 tapi pesakit kedua yang dipanggil..

Ambil slip nombor dulu di farmasi, petang baru pergi balik untuk ambi ubat..

ebook | Squad Relik 03: Pandora Tamadun Mesir Purba oleh Angel_K20

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Frezay bersama Kai, Rienna dan Vishvak telah dihantar ke Tamadun Mesir Purba untuk menjejak satu kotak pandora dan sebatang anak kunci khas.. Mixzof iaitu musuh mereka telah bersedia menanti mereka dengan perangkap yang pelbagai.. Mereka berempat nyaris tumas, mujurlah penyelamat datang di saat-saat akhir.. Mereka berempat berjaya balik ke masa depan walaupun Vishvak cedera teruk.. Akhirnya kebenaran terbongkar juga dan dalang yang bersembunyi berjaya ditemui.. Namun mereka maish ada misi yang pelu dilaksanakan..

Sha baca dan selesai pada 25.08.2025..

Published February 28, 2024 by Bookiut

Iced Brown Butter Oat Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang suka ja cuba kopi.. Janji ada yang minum sama dengan Sha.. Kali ini Sha kongsi dengan Amani.. Rasa kopi dia memang uniklah sebab menggabungkan rasa dari mentega perang, susu oat, dan espresso ais.. Gabungan ini menghasilkan rasa karamel hangat dan tekstur yang lemak tetapi menyegarkan ketika dihidangkan sejuk.. Memang puaslah minum dan gabungan tu menghasilkan rasa unik tapi sedap.. Cumanya rasa kopi dia tak adalah kuat, ia lebih kepada rasa kopi yang lembut dan sedikit manis.. 

Sha beli dengan harga RM7.99

Harga kalau beli air sahaja dan add-on dengan makanan lain berbeza RM1.. Banyak juga bezanya tu..

Monday, August 25, 2025

Redmi Note 14 Pro+ 5G

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamulillah, satu lagi pencapaian untuk Sha.. Naik taraf telefon bimbit.. Sha dah lama letak matlamat untuk naik taraf telefon, kali ini kita beli ja.. Tak fikir dah.. Kalau fikir-fikir, memang tak belilah.. Telefon Redmi Note 11S Sha pun dah mula meragam.. Kadang tu tiba-tiba ja dia mati sendiri.. Mungkin disebabkan memori dia dah makin kecil sebab terlalu banyak aplikasi yang nak disumbat.. kikiki.. Sha pakai Redmi Note 11S ini sejak Mac 2022.. Lamalah juga bertahannya, hampir 3 tahun 5 bulan.. Selalunya Sha naik taraf telefon Sha bila telefon dah mula kurang ruang memori.. Selagi boleh pakai, memang Sha pakai ja.. Sha pula memang setia, lama dah Sha pakai Note siri dari Redmi ini.. Ino model ke 5 dari siri Note ini yang Sha dah pakai..

Sha beli terus di DirectD, Petaling jaya.. Asalnya nak beli warna hitam tapi dah tak ada stok.. Makanya kita ambillah warna ungu.. Bukan nampak pun belakang tu, sebab pakai pelindung getah warna hitam.. Sha ambil terus yang memori dia ada 512.. Besar terus.. Beli pada 24 Ogos 2025, kebetulan ada jualan murah sempena merdeka.. Bolehlah ambil yang 14 Pro+ ini..

Yang diidam-idamkan..

Yang dibeli..

𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐜𝐭 𝐇𝐢𝐠𝐡𝐥𝐢𝐠𝐡𝐭𝐬 :
5G
Dual SIM
6.67" CrystalRes AMOLED display
Refresh rate: Up to 120Hz
Brightness: 3000nits peak brightnesst
Color depth: 12bit, DCI-P3 wide color gamut
Resolution: 2712 x 1220 (1.5K resolution)
12GB + 512GB
LPDDR4X + UFS2.2
*Available storage and RAM are less than the total memory due to storage of the operating system and software pre-installed on the device.
Snapdragon® 7s Gen 3
200MP main camera + 8MP ultra-wide camera + 2MP macro camera
20MP front camera
Xiaomi HyperOS
5110mAh battery
120W HyperCharge
USB Type-C
AI Features: Circle to Search with Google, Google Gemini, AI Interpreter, AI Notes, AI Recorder, AI Subtitles, AI Film, AI image editing
Cooling System : LiquidCool technology
In-screen fingerprint sensor
AI face unlock
IP68 Water & Dust Resistance
Wi-Fi: Wi-Fi 6/6E/Wi-Fi 5/Wi-Fi 4/802.11a/b/g Supports 2.4GHz Wi-Fi | 5GHz Wi-Fi Supports 2x2 MIMO,Wi-Fi Direct
Bluetooth 5.4 , NFC 
Dual speakers, Dolby Atmos®
Sensors: Proximity sensor | Ambient light sensor | Accelerometer | Electronic compass | IR blaster|Flicker sensor | Gyroscope | X-axis linear motor

Wall's Vanilla Choux Puff

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mahal ye tuan-tuan aiskrim ini sebab beli di 7-Eleven.. Kalau di kedai biasa mungkin akan murah sedikit, tapi tu lah.. Tak jumpa pula di kedai biasa.. Aiskrim vanilanya agak manis pada lidah encik suami.. Pada lidah Sha pula, biasa-biasa sahaja.. Begitulah bila dua lidah yang merasa.. Pastry yang membalut aiskrim, nipis sahaja.. Terasalah di lidah namun aiskrim tu lebih menguasai.. Okaylah untuk cuba, beli selalu tu mungkinlah tidak.. Mahal.. kikiki..

Wall's Vanilla Choux Puff (50g) - RM4.80

Touch 'n Go Enhanced Card

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli kad ini pada Ogos 2023 dan 24 Ogos 2025 baru berjaya pakai.. Semuanya disebabkan kad touch n go yang lama tu tertinggal dalam kuda merah Sha.. Memang tak teringat langsung nak ambil kad touch n go tu.. Semalam nak keluar ke Cheras, barulah kalut cari dan teringat yang Sha tertinggal kad tu dalam kuda merah api Sha.. Nasib baik teringatkan touch n go enhanced kad ini.. Mujurlah masih ada dan boleh digunakan lagi.. Kalau tak memang kena beli barulah.. Mudah ja nak link kan dengan telefon dan tambah duit.. Lagi jimat masa, tak payah nak cari kiosk touch n go dah.. Sha beli kad ini melalui aplikasi Touch 'n Go ja.. Kadnya kosong tak ada isi.. Bila dah sampai pada tangan barulah tambah duit.. Tapi pastikan telefon kita ada NFC ya, baru boleh link kan dan guna kad ini..

Touch 'n Go Enhanced Card - RM10.00 (Postage RM4.90)

Cantik ja kad dia..

Sunday, August 24, 2025

Coklat Daim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat kawan pejabat.. Beliau ini memang pembekal pelbagai makanan.. Kalau Sha tertengok story wasup dia, memang akan terbelilah sebab Sha memang gemar mencuba apa sahaja makanan yang nampak menarik.. kikiki.. Kali ini beliau jual coklat, memang memboronglah Sha..  Nak ke Langkawi macam tak sampai-sampai ja.. Kita beli jelah dekat kawan-kawan yang boleh dapat bekalan coklat..

Coklat Daim ni walaupun kecil ja, tapi rasa dia memang padu.. Bahagian luar dia lembut dengan coklat susu, dalam pula ada karamel keras yang rangup dan manis lemak serta ketulan kecil kekacang.. Gabungan tekstur dia tu memang buat kita yang makan ni puas hati.. Cair, rangup, dan cukup ‘kick’ dia.. Sekeping memang tak cukuplah.. kikiki..

Daim (200g) - RM15

Ada 30 pek comel dalam dia..

Inilah rupa coklatnya.. Licin ja lapisan coklat dia.. Bahagian dalamnya ada toffee rangup yang keras tapi mudah cair bila dikunyah..

Ziarah Saudara

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi seawal jam 7.30 pagi kami sekeluarga dah keluar rumah.. Singgah makan di Sg. Behrang kemudian ke Behrang 2020 hantar baju di rumah transit.. Lepas tu terus gerak ke Cheras ziarah mak saudara Sha yang baru keluar hospital.. Mak Lang Sha ini memang selalulah Sha jumpa masa raya tapi tahun ini tak berkesempatan.. Kebetulan encik suami lapang hari ini, makanya jomlah kita ziarah.. Lepas ziarah mak saudara Sha, kami terus ke Seksyen 16, Shah Alam untuk makan tengahari.. Kenyang, terus gerak ke Saujana Utama pula nak ziarah sepupu Sha yang jatuh tangga.. Lepas tu terus gerak balik..

Sempatlah tapau kunafa RM5 ini sebagai pemanis mulut.. Tak manis sebab air gula tu ikut permintaan kita.. Sebelum diberikan pada pelanggan, dia panaskan dulu dalam microwave.. Memang cunlah..

Ha'ritage Hola! Granola Cup Honey Almond

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha tambah air panas separuh dan separuh lagi susu oat.. Sedap ja sebab isi dalam dia tu memang ada serbuk susu kan.. Cuma kali ini lebih asyik sebab ada biji kuaci.. Ngam betul bila dikunyah dan mengenyangkan.. Sha makan waktu sarapan.. Mantap untuk perut..

Ha'ritage Hola! Granola Cup Honey Almond (35g) - RM4.90

Sama ja isi dia.. 1 sachet honey almond, tisu dan sudu..

Sebelum dibancuh..

Setelah dibancuh bersama air panas dan sedikit susu oat..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com