Thursday, December 25, 2025

Persiapan Sekolah Sesi 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu (20/12/2025) Sha dah mula membeli barang-barang keperluan untuk sekolah Amani dan Imani.. Perkara yang paling penting dah tentulah kain ela untuk buat tudung, dan kain sekolah.. Kain ela ini kena beli awal sebab nak kena tempah dengan tukang jahit.. Risau tak sempat tempah sebab selain sekolah, orang dah mula menempah baju raya juga.. Ada yang Sha tempah atas talian juga sebab tak jual di kedai..

Sabtu Sha beli kain ela dekat Tanjung Malim untuk buat 2 helai kain Puteri Islam, 1 tudung pink, 7 tudung putih dan 3 kain biru sekolah menengah.. Kain biru tu untuk Imani sahaja sebab kain sekolah Amani elok lagi.. Kain ini sahaja RM255.30.. Percuma kalendar 2 saiz..

Hari Ahadnya Sha beli baju putih pula di Hari Hari.. 3 helai untuk Amani dan 3 helai untuk Imani.. Semua sekali RM200.25, guna voucher yang sekolah rendah bagi dapat diskaun RM20, jadi bayar RM180.25 sahaja.. Percuma 1 sapu tangan gantung dan 5 kalender kecil.. Bekas makanan tu, Imani nak.. Belikan lah juga..

Kalendar Hari Hari ini Edisi Sunset.. Sha dapat Senja Kuala Lumpur - 3, dan Pulau Pinang - 2..

Tshirt Muslimah Puteri Islam saiz M dan XXXL ini Sha beli atas talian di Shopee.. Dua ini RM61.60.. Sha beli kain jenis Jersey sebab Amani kata boleh pakai kain jenis jersey ini.. Kain jenis ini cepat kering.. Sedang elok ja dengan Amani dan Imani..

Hershey's Special Creations: Strawberry 'N' Creme

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hershey ini merupakan coklat yang diinspirasikan dari aiskrim.. Menggabungkan rasa strawberi yang berkrim dan ketulan biskut yang meriah.. Sebab dia guna coklat putih, jadi agak manis sedikitlah.. Tapi masih okay sebab coklatnya nipis dan tak tebal.. Sha beli buat rasa-rasa.. Sha suka pembungkusan dia tu..

Hershey's Special Creations: Strawberry 'N' Creme (38g)

Meriah ketulan biskutnya..

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran (SSKP)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin (22.12.2025) Cikgu Amani masukkan makluman mengenai SSKP ini tapi Sha baca dah petang.. Jadinya pagi Selasalah baru Sha buka.. Sekali dia bubuh situ semakan ikut negeri.. Kikiki.. Perak hari Rabu baru boleh semak.. 

Jadinya semalam, berjayalah Sha buka.. Alhamdulillah.. Adalah peningkatan untuk Amani cuma subjek Matematik tu dia kena usaha lebih lagi.. Tahun depan Amani akan teruskan kelas Sains Komputer dengan subjek tambahan Sains Sukan.. Semoga lebih baik.. Insya Allah..

Makluman ini dimasukkan pada hari Isnin..

Sha buka hari Selasa.. Eh.. Tak boleh lagi rupanya untuk Perak.. Sabar je lah dulu.. kikiki..

Wednesday, December 24, 2025

Oatside Cereal Bar: Chocolate, Peanut Butter & Strawberry White Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat bar ni dibuat menggunakan oat, jadi sesuailah untuk tambah tenaga.. Bila makan buat kita tak cepat lapar.. Teksturnya walaupun sedikit keras tapi masih lagi okay untuk kunyahan santai masa kerja atau waktu rehat.. Bonus point dia dah tentulah pada rasa yang tak terlalu manis.. Secara ringkasnya, ini bukan sekadar snek tapi mini mood booster yang boleh bagi semangat..

Oatside Cereal Bar: Chocolate (18g) - RM2.50
Sedap.. Mewah betul rasa coklat dia.. Ada oat, cip coklat, bertih beras, coklat gelap, potongan kekacang.. Memang sedang eloklah untuk snek.. 

Oatside Cereal Bar: Peanut Butter (18g) - RM2.50
Bau mentega kacang tu memang wangi dan sedap.. Tapi sama macam coklat, bar yang ini pun agak keras.. Tapi okaylah untuk makan sebagai snek..

Oatside Cereal Bar: Strawberry White Chocolate (18g) - RM2.50
Bila makan yang ini, dia bagi letupan manis masam yang comel di hujung rasa..

Borang Pendaftaran Tingkatan 1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Borang untuk pendaftaran tingkatan 1 ini, cikgu darjah 6 dah bagi awal-awal dalam whatsapp pada hari Rabu (17.12.2025) sebelum sesi sekolah 2025 berakhir.. Cikgu siap ingatkan mak bapa jangan keluar lagi dari group whatsapp darjah 6.. Cikgu risau mak bapa terlepas info untuk tingkatan 1.. Sha pula baru teringat pasal borang ini.. Jadinya pagi Selasa (23.12.2025) tu gigihlah Sha mencetak dan membuat salinan dokumen yang diperlukan.. Sha letakkan dalam satu fail.. Bila buat awal-awal ini tak adalah kalut dan harapnya tak ada yang keciciranlah..

Selain group whatsapp kelas darjah 6, semua mak/ayah pelajar yang akan masuk ke tingkatan 1 telah dimasukkan ke dalam satu group khas tingkatan 1.. Info mengenai pendaftaran tingkatan 1, pertukaran sekolah, keputusan rayuan ke sekolah lain dan makluman mengenai fail pelajar, semua dibubuh dalam group ini.. Memang mantaplah usaha guru-guru dalam memudahkan mak bapa.. Mak bapa cuma perlu sentiasa peka ja dengan info yang disampaikan..

Borang ini kena isi seperti yang diminta ya..

Ini pula senarai semak dokumen yang diperlukan.. Alhamdulillah semua ada termasuk gambar tu.. No 11 tu ja tak payah.. kikiki..

Super 3in1 & 2in1 Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan ulasan Sha untuk kopi jenama Super ini pula.. Sha cuba yang original, rich dan tanpa gula.. Kalau korang berminat nak beli boleh ke Shopee.. Sha dapat kopi ini percuma masa beli kopi banyak-banyak hari tu.. Kalau korang berminat nak cuba, klik ja gambar dekat bawah ini.. Boleh beli by sachet ja untuk cuba, macam Sha selalu beli..


Bancuh je terus dapat rasa lemak susu dengan manis yang agak ketara.. Tekstur dia smooth, tak berketul, dan mudah larut.. Rasa kopi dia tak terlalu kuat, lebih kepada comfort drink pagi sebelum kerja atau minum petang sambil makan biskut.. Cuma kalau jenis tak tahan manis atau suka kopi kaw, mungkin rasa dia terlalu ringan dan gula agak dominan.

Minuman yang ini pula lebih mewah tapi masih sedikit manis dan rasa kopi dia tidaklah terlalu kuat.. Bolehlah nak layan..

Yang ini lebih terasa kopi cumanya masih tidak terlalu kuat walaupun tiada gula, jadi aroma dan rasa kopi lebih jelas naik.. Rasa lebih berkrim dan sedikit pahit.. Sesuai untuk yang nak cepat tetapi masih nak rasa kopi yang ada karakter.. Kalau nak tambah sedikit gula atau ais, pun boleh juga..

Tuesday, December 23, 2025

Temujanji MOPD Terakhir Tahun 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi bawa encik suami jumpa doktor di klinik MOPD.. Purata gula encik suami naik dari 7.4 kepada 7.7.. Doktor nak tambah dos ubat ja.. Encik suami minta tangguh dulu.. Jadinya 6 bulan lagi baru jumpa doktor balik.. Kolestrol, buah pinggang dan darah tinggi semua okay.. Doktor tanya juga, encik suami ada sakit kepala ke.. Encik suami kata tak ada.. Berat encik suami pun naik.. Memang kena bersenam dan jaga makan..

Pesakit pertama jumpa doktor.. Jumpanya sekejap ja..

Tunggu untuk ambil ubat pula..

Vida 100% Air Kelapa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang rasa air kelapa tulen tanpa gula.. Bila minum ini, hujung-hujung tu ada rasa pahit sikit.. Airnya dah sedap, tapi jadi kurang pada Sha sebab tak ada isi kelapa.. kikiki.. Kalau ada isi kelapa, lagi padu rasa dia.. Sha beli dekat Pasaraya TF Value Mart.. Sebelum minum, Sha simpan dalam peti ais dulu bagi sejuk.. Barulah syok minum.. Segar ja lalu kat tekak..

Vida 100% Air Kelapa (350ml) - RM3.49

Durian Bukit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah lama terimgin nak beli durian bukit ini.. Nak tahulah apa bza durian bukit ini dengan durian lain kan.. Dari sehari ke sehari.. Tak berbeli-beli.. Sudahnya semalam lepas makan kenduri dekat Bidor, menyinggahlah kejap dekat gerai durian depan Petronas Slim River.. Belilah sebiji buat rasa-rasa.. Sebiji tu RM24.00.. Sha minta dia kupaskan sekali.. Jenuh juga Sha tengok budak tu nak mengopek duriannya.. Kulit dia liat dan pangsa dia tak ada sangat.. Memang seksalah Sha tengok adik tu mengupas.. Mujurlah Sha minta dia kupaskan terus, kalau Sha yang kupas tu memang jahanam buah tu Sha kerjakan.. Hahaha.. Kebetulan orang kedai tu sediakan bekas sekali, mudahlah kerja.. Kupas dan terus masukkan dalam bekas..

Isi dia tebal betul.. Rasanya manis tapi taklah terlalu manis dan ada rasa pahit-pahit sikit dekat hujung-hujung tu.. Memang sedaplah untuk tekak Sha.. Pada Sha memang rasa puaslah makan dan berbaloi bayar..

Sekarang ini Sha rasa kalau nak makan durian, Sha nak beli yang berbaloi dibayar sebab tak boleh nak makan banyak-banyak dah sekarang.. Kena jaga juga paras gula Sha.. 

Sekilo RM15 - Buahnya besar-besar..

Dapatlah 5 ulas dari sebiji buah yang Sha beli.. Bekas ini kena bayar tau.. RM2.. Sebekas ini, 2 hari baru habis..

Monday, December 22, 2025

Hershey's Special Creations: Almond Crunch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli dekat kawan pejabat.. Kalau ikutkan ada 4 rasa dari Hershey's Special Creations ini.. Sha dapat 2 rasa ja.. Sha suka sangat yang ini sebab coklat gelap.. Coklatnya nipis, tak manis dan ketulan badam tu banyak.. Walaupun bukan badam seketul tapi mewahlah dalam setiap gigitan.. Bila makan coklat gelap ini rasa dia lebih puas dan tidak muak.. Memang kesukaan Sha lah..

Hershey's Special Creations: Almond Crunch (38g) - RM

Nipis ja coklat dia.. Lepastu bila terbalikkan nampaklah ketulan-ketulan kecil badam tu..

Tamat Sudah Sesi 2025 - Van Sekolah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berakhirlah sekolah untuk sesi 2025.. Habislah sudah anak Sha, Imani di sekolah rendah dan sekolah agama.. Tiadalah lagi makluman untuk bayar dan naik van sekolah.. Sedihlah pula.. huhuhu.. 

07 Februari 2022 Imani mula naik van putih untuk balik dari sekolah pagi.. Sha pakai van ini sebab van sebelum ini dah tak beroperasi.. Kiranya ini van dan pemandu yang ketigalah.. Sebelum tu pemandu perempuan nama dia Kak Zah.. Kak Zah ini dia buat kerja ambil dan hantar anak ini sebab dia uruskan anak dia juga.. Bila anak dia dah masuk sekolah menengah, tak adalah dia buat dah.. Kemudian anak Sha naik dengan van En. Bob, yang ini sekejap ja.. En. Bob ini tak lalu nak layan kerenah mak ayah.. Van yang terakhir dan sampailah Imani habis sekolah, Imani naik van putih dan pemandunya nama Ustaz Din.. Memang baik sangatlah pemandu ini.. Rajin layan kerenah Imani.. Hari terakhir Imani naik van ini pada waktu tengahari Jumaat (19.12.2025).. 

Hari Jumaat (19.12.2025), hari terakhir Sha bayar yuran van untuk sekolah agama.. Lama juga Imani naik van sekolah ini untuk ke sekolah agama.. Bermula 22 Mac 2023 dan berakhir pada 18 Disember 2025.. Jumaat (19.12.2025) tu Imani dah tak naik van untuk ke sekolah agama.. 

Bayaran untuk sekolah pagi sehala dari sekolah ke rumah transit hanyalah RM30.. Manakala untuk ke sekolah agama sehala sahaja, hanyalah RM5 untuk hari yang naik sahaja.. Pergi sekolah pagi Sha hantar dan balik sekolah agama Sha ambil.. 

Lepas ini tak naik van atau bas sekolah dah..

Oriental Kopi: White Coffee Extra Kaw & Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua rasa yang sangat menarik dari jenama Oriental ini.. Sha beli 1 sachet ja untuk cuba.. Kandungan untuk satu sachet ini pun dah padu.. Kalau berminat nak cuba boleh klik link Oriental Kopi: White Coffee Extra Kaw & Oriental Kopi: White Coffee Hazelnut..

Memang betul-betul kaw lah kopinya.. Terasa pekat dan padu kopi tu.. Walaupun 3in1 tapi rasa manis tu todak berlebihan.. Memang padu minum waktu pagi.. Menyegarkan..
Gandingan kopi dan kacang hazel tu saling melengkapi.. Tidak ada yang terlalu menguasai.. Rasa kacang hazel dia tidak terlalu kuat dan mengganggu rasa kopi tapi cukup untuk lidah kita tahu rasa tu ada.. Kopi dia memang padulah dan tak manis..

Sunday, December 21, 2025

Menjelajah ke 7E Cafe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi bawa Amani dan Imani cari baju dekat Hari Hari.. Lepas tu mereka ajak menyinggah ke 7E nak mencari komik dan novel.. Makanya jomlah kita menerjah 7E.. Dua 7E yang Sha bawa diorang demi mencari komik dan novel keluaran GempakStarz.. Berjayalah jumpa.. Buku-buku ini mereka guna duit sendiri.. Sha memang jaranglah nak belikan kecuali kalau ada hari istimewa ataupun hadiah untuk mereka.. Selalunya memang Amani dan Imani akan kumpul duit belanja untuk beli buku.. Bertambahlah koleksi mereka.. Mak pun tumpang baca juga.. Adalah pengisian untuk cuti sekolah ini nanti..

Ini buku Amani.. Kalau ikutkan, ada lagi yang dia nak beli tapi dia tahan diri.. Nak minta Sha beli atas talian katanya..

Ini pula buku Imani..

Jemputan Kenduri di Bidor, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengahari tadi Sha dan encik suami ke Bidor ada jemputan kenduri.. Kenduri kahwin anak staf dekat pejabat.. Awal dia jemput Sha.. Tu yang luangkan masa siap-siap.. Memang ke Bidor tu untuk makan kenduri ja, lepas tu terus gerak balik sebab encik suami tak sihat.. 

Cantik pintu gerbang dia.. 

Buah tangannya Biskut Mentega.. Encik suami ja yang dapat..

UK/US | The Running Man (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Halah.. Halah.. Gila sangat ini.. Kisahnya Ben ini dah terdesak.. Jadinya dia masuklah rancangan realiti demi sesuap nasi.. Masalahnya, pemilik rancangan realiti tu gila.. Namanya Dan.. Dan ini tak ada niat pun nak bagi pemenang tu menang.. Dia nak manipulasi penonton ja.. Tu belum lagi dia aniaya orang sesuka hati.. Bila Ben tahu kebenaran, dia cubalah dedahkan tapi bukanlah mudah.. Bila dah ujung-ujung tu barulah sukses.. Kalahlah penjahat bernama Dan tu.. Macam tu lah..

The Running Man
Taglines: Hunt him down.
2025 ‧ Action/Sci-fi/Adventure/Thriller ‧ 2h 13m
In the near future, "The Running Man" is the top-rated show on television, a deadly competition where contestants must survive 30 days while being hunted by professional assassins. Desperate for money to save his sick daughter, Ben Richards is convinced by the show's ruthless producer to enter the game as a last resort. Ratings soon skyrocket as Ben's defiance, instincts and grit turn him into an unexpected fan favorite, as well as a threat to the entire system.

Saturday, December 20, 2025

Menghantar Pengantin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengahari tadi Sha dan anak-anak ikut encik suami Ke Ulu Slim menghantar sepupu suami untuk majlis bertandang.. Kami mewakili pengantin lelaki.. Kendurinya buat di dewan.. Cantik betul baju songket yang dipakai pengantin.. Rezeki mereka bila menjadi penyewa pertama untuk baju songket tu.. Warna ungu seakan-akan kulit buah manggis masak.. 

Berkumpul di rimah pengantin lelaki.. Jam 12.30 bergerak ramai-ramai ke dewan.. Selepas pengantin naik duduk di pelamin, keluarga belah lelaki diminta naik untuk salam restu dan bergambar.. Lepas tu keluarga belah perempuan.. Bacaan doa dan pengantin dkminta turun ke meja makan untuk makan beradab.. Kami gerak balik jam 1.30 petang selepas makan.. 

Ini kek untuk pengantin potong.. Mereka gunakan brownies.. Cantik dan kelainan yang menarik..

Ini kami dapat masa nak keluar pagar dewan.. Walaupun Sha dah dapat goodies bag semasa makan beradap pengantin, nak keluar tu mereka bagi lagi.. Rezekikan.. Terima sahaja..

Isi dalam kotak tu ada tuala tangan, buku Yassin dan biskut..

Ini pula dari meja wakil pengantin lelaki.. Bunga telur tu diberikan pada kami masa kami bergambar dengan pengantin.. Sha dapat yang warna merah dan encik suami dapat yang warna putih..

Ini isi dalam goodies bag tu.. Ada biskut dalam tin, air kotak dan bag..

Besar juga bag wooven tu.. 

Malaysia | Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Eh!! Geram pula kita dengan si Pekan ini.. Sampai ke besar, perangai pentingkan diri tu tak berubah.. Masa kecik dia makan telur tembakul sampai habis, sedangkan Mak Tanjung dah penat mencari lauk.. Bila dah besar pun tetaplah dengan perangai pentingkan diri.. Mak Tanjung mati ditelan Batu Belah Batu Bertangkup.. Pekan dan Melur mengembara dan sampai ke rumah Nek Yan.. Kemudiannya mereka tinggal bersama Nek Yan.. Perselisihan berlaku bila Raja mencari pahlawan.. Melur dan Pekan saling berbalah dan cuba membuktikan diri.. Tapi akhirnya berjaya juga mereka mengalahkan Batu Belah Bertangkup..

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup
Series | 6 Episodes | 2025
Pelakon : Fimie Don, Arabella Ellen, Niezam Zaidi, Ezzanie Jasny, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Mikael Noah, Qisya Hairulzain, Diana Danielle, Alif Satar
Episod 1 - Ibu Kempunan
Episod 2 - Bertemu Nek Yan
Episod 3 - Mencari Pahlawan
Episod 4 - Merawat Raja
Episod 5 - Beradik Berantakan
Episod 6 - Pertembungan Terakhir
Sinopsis : Selepas kehilangan ibu akibat Batu Belah Batu Bertangkup, dua beradik Melur dan Pekan mengharungi rintangan dalam pengembaraan mereka berhadapan dengan batu berpuaka.

Jamuan Akhir Tahun Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam sekolah Amani buat jamuan akhir tahun.. Oleh kerana kelas Amani memang buat kutipan duit setiap bulan, makanya makanan utama dah selesai.. Pelajar dari kelas Amani cuma bawa makanan ringan, sampingan sahaja.. Amani minta belikan wafer ja untuk dia bawa.. Mudah nak bawa katanya.. Mak okay ja..

Lepas jamuan, mereka akan buat gotong-royong kemas kelas dan sekolah.. Kira penutup tahunlah..

Amani bawa wafer jenama Lee ini..

Tengahari tu lepas ambil Amani balik sekolah, dia tunjuk makanan yang dia bawa balik.. Sebalang kuih loyan dibawanya.. Amani kata dia dah tanya kawan-kawan, tak ada siapa yang nak.. Jadi dia bawalah balik.. Kuih tu tak berbuka pun.. Sha memang pesan siap dengan Amani.. Tunggu majlis habis, tanya kawan-kawan dulu baru ambil lebihan makanan.. Lebihan makanan yang Amani bawa balik seperti di gambar.. Siap ada aiskrim..

Ini pula Imani bawa balik.. Kawan yang selalu ejek dia bagi.. Kawan tu minta maaf dari Imani, siap peluk-peluk kata Imani.. Imani terima ja dan minta maaf juga.. Maka berbaiklah anak-anak sebelum berpisah.. Alhamdulillah.. Isi dalam tu brownies sebekas dan bath bomb.. 

Sunshine Komugi Gold: Hana Ocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Roti ini dihasilkan menggunakan tepung gandum Jepun dan digabungkan dengan biji bijan hitam, oat serta serbuk teh Melur.. Jadinya bila buka bungkusan tu memang ada bau wangi Melur.. Rasa dia unik tau bila kita makan.. Ada macam sentuhan manis tapi samar-samar ja.. Bila makan roti ini, memang mengenyangkan dan beri satu kelainan pada lidah kita.. Boleh makan macam tu saja.. Boleh juga tambah butter ataupun jem.. Ikut kesesuaian selera.. Sha tambah juga sapuan coklat, memang sedap..

Nampak tak biji bijan hitam yang meriah pada roti..

Sunshine Komugi Gold: Hana Ocha (300g) - RM6.00

Friday, December 19, 2025

Wall's Lava Delight

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wall's Lava Delight ialah bar ais krim yang mempunyai lapisan unik dan mengancam dari segi rasa serta warna.. Menampilkan aiskrim teh susu Camellia putih, cangkerang coklat putih, sos keju lava berkrim dan inti ais krim raspberi-strawberi.. Gigitan pertama memberikan gabungan perisa bunga, buah dan krim keju dengan tekstur yang berbeza-beza.. Meletup-letup rasanya di mulut.. Selepas itu gigitan yang seterusnya akan menemukan lidah dengan rasa raspberi-strawberi pula.. Memang sedaplah gabungan rasa dia.. 

Wall's Lava Delight (65ml/64g) - RM2.95

Lapisan putih tu luarnya ialah aiskrim teh susu Camellia putih dan dibahagian dalamnya ada lapisan nipis coklat putih.. Jadi bila gigit tu akan ada bunyi krak..

Bila gigitan pertama, kita akan ditemukan dengan rasa keju yang berkrim..

Selepas itu barulah jumpa rasa aiskrim raspberi-strawberi ini.. Warna pink yang cantik dan rasa masam yang tidak keterlaluan langsung..

Hadiah Perpisahan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis (11/12/2025) ada jamuan perpisahan untuk 3 orang staf dari Unit Sumber dan Aset yang akan bertukar keluar dari HSR.. Sha tak dapat datang sebab bercuti rehat.. Pagi Jumaat (12/12/2025), Sha masuk kerja tengok ada bungkusan atas meja Sha.. Hadiah dari 2 staf yang akan bertukar keluar tu.. Semoga 2 adik manis yang akan bertukar keluar, dipermudahkan urusan di tempat baru.. Setahun 5,6 orang bertukar keluar dan masuklah orang baru.. Tak sempat nak membina hubungan mesra dan rapat sudah mengucapkan perpisahan.. Begitulah adat dunia.. Bersilih ganti berjumpa dan berpisah..

Bungkusan istimewa..

Sehelai tudung berwarna biru.. Bila ambil gambar jadi warna lain pula..

Hari ini melaram pakai tudung baru.. Cantik bila bawah cahaya pagi..

Ini dalam kereta, guna cahaya flash camera telefon.. Lain jadi warnanya..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com