Tuesday, August 11, 2026

Malaysia | Pewaris Susuk (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu benda yang Sha boleh cakap selepas habis tengok Pewaris Susuk... Maya memang boleh buat Sha geram! ๐Ÿ˜‚ Adoilah.. Sabar ja lah dengan perangai Maya tu.. Tapi nak salahkan Maya 100% pun tak boleh juga..

Ceritanya tentang susuk, rahsia keluarga dan perjanjian yang diwarisi ini sebenarnya menarik.. Sha suka konsepnya dan rasa unsur mistik yang diketengahkan memang ada potensi untuk jadi lebih seram dan mengganggu.. Permulaan dia ja dah penuh misteri.. Mula tu macam keliru jugalah dengan gambar yang Maya duk pegang tu.. Bila Seroja tengok, barulah faham.. 

Babak seram dia okay-okaylah.. Taklah terlalu seram.. Bolehlah nak layan..

Pewaris Susuk
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 30 April 2026
Pelakon: Sarimah Ibrahim, Alya Iman, Rosyam Nor, Dayang Fajra, Trisha Ooi, Hairie Othman, Aleza Shadan, Abon, Sherie Merlis

Sinopsis Pewaris Susuk
Plot: Dalam dunia yang dipenuhi kuasa dan pengaruh, tersembunyi rahsia gelap yang diwarisi tanpa pilihan. Seroja menjalani kehidupan sempurna, namun terikat dengan perjanjian terlarang yang menuntut kesetiaan sehidup semati. Segala yang dimiliki hanyalah pinjaman, dan setiap pinjaman datang dengan harga. Kerakusan manusia semakin membara. Demi kekuatan, nyawa menjadi taruhan.

Di tengah kekalutan, Maya mula menyelongkar misteri, dia tanpa sedar terperangkap dalam permainan berbahaya. Kepercayaan menjadi kelemahan, dan rasa ingin tahu membuka pintu yang tidak boleh ditutup.

Dalam pertarungan antara darah dan pengorbanan, seseorang harus membuat pilihan terakhir.

5 comments:

  1. teringin nak tengok tapi takut lak kot seram heheeheh kita penakut

    ReplyDelete
  2. Filem Pewaris Susuk ni jalan cerita misteri perjanjian keluarga dia memang menarik! Paling geram dengan watak Maya tu. Plot susuk & perjanjian terlarang memang suspen.

    ReplyDelete
  3. belum berkesempatan nak tengok movie ni.. Harap keluar kat netflix nanti..

    ReplyDelete
  4. Ngeri kalau dah bicara susuk dan perjanjian dengan jin ini ๐Ÿ˜…. Apalagi kalau ada tumbal nyawa.

    Dah lama tak nonton film horor. Sebab saya pun penakut ๐Ÿคฃ. Dan sering sendirian di rumah

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com