Wednesday, January 6, 2016

Hipsters Coffee di Kampung Gajah

Assalamualaikum..
Biasanya bila hujung minggu je, ataupun ada cuti lama Sha pasti akan balik ke Kampung suami..
Kemudian ke Ayer Tawar, kg Sha.. Bila balik kampung ini, mulalah jalan-jalan nengokkan apa yang menarik, supaya boleh dikongsikan di blog Sha ini..

Sebenarnya dah lama perasan Gerai tepi jalan ini..
Cuma sebelum ini x berkesempatan nak singgah..
Kebetolan setiap petang Jumaat ada pasar malam dekat Pekan Kampung Gajah ini..
Maka kami pun berjalan-jalanlah di Pekan..

Kedudukan gerai Hipsters Coffee ini betul-betul berhadapan dengan stesen minyak shell..
Memang mudah sangat nak cari..
Dari tepi jalan utama pun boleh nampak..
Bunner dia cantik dan ohsem..

Macam biasalah, Sha akan mencuba perisa Mocha..
Alhamdulillah.. sedap dan ohsem..
Harganya RM4.50 sahaja.. Cup dia jenis besar...

Kalau lalu atau pergi ke Kampung Gajah, bolehlah mencuba..

 
Selalu tengok kaum adam yang berjual..
Kali ini cik akak yang chomel..
First time sebenarnya..

Menu standard.
 
 Special menu pun ada..

Sebelum ini Sha ada Share juga pasal Apa itu hipster? 
Jemputlah baca ye..

Wordless Wednesday #33

Assalamualaikum


Semoga doa ini mampu mengurangkan rasa marah kita...

Tuesday, January 5, 2016

The Scent

Assalamualaikum...
Hye Semua.. Xtau nak buat apa??
Jom tengok Filem Korea The Scent yang bertemakan comedy-thriller ini..
Tapi jangan menonton bersama anak-anak ye..
Filem ini ada adengan seks yang sangat tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak..

Filem yang menarik..
Mengisahkan seorang detektif yang digantung tugas kerana ditangkap kononnya membuat hubungan sulit dengan isteri ketua polis. Detektif tu kemudiannya membuka syarikat penyiasatan persendirian dengan fokus kes hubungan sulit pasangan suami isteri. Masalah datang bila seorang perempuan bernama Kim Soo-jin meminta bantuan detektif tersebut untuk menangkap suaminya yang melakukan hubungan sulit. Malangnya kes tersebut telah bertukar menjadi kes pembunuhan.. Bagaimana detektif tu nak menyelesaikan misteri di sebalik kematian dan siapakah pembunuh sebenar? Siapakah sebenarnya Kim Soo-jin?

Ohya.. kaitan tajuk dengan filem ini ialah Kim Soo-jin mempunyai bauan yang sangat exotic. Detektif Kang Seon-woo pula mempunyai deria bau yang sangat tajam. Tu je..

Memang ohsem sangat.. Cuma part x best bila adengan lucah.. Tu je..


Sihat dan Cantik Dengan Dried Roselle Tea

Assalamualaikum..
Sebelum ini Sha ada siarkan entry mengenai Dried Roselle Tea kan..
Kebaikan dan khasiat bila minum Dried Roselle Tea.

Entry kali ini pula adalah pengalaman Sha sendiri..
Sha dah pun terima Dried Roselle Tea dari Nadines.hut.
Siap dapat free gift lagi..
Sha beli dua balang sekaligus.
Satu balang letak kat rumah..
Satu lagi letak kat opis..

Sampai-sampai je terus test rasa..
Pergh!! Memang rasa dia sangat ohsem..
Menyegarkan dan mengasyikkan..

Sampai pada 30.12.2015
 
 Free Gift dari Nadines.hut

Cara Penyediaan Dried Roselle Tea
Masukkan 1-2 dried roselle ke dalam 250ml air panas. Tunggu 3-5 minit untuk diminum
Boleh tapis sebelum minum dan digunakan semula untuk rendaman kedua. Roselle rasanya masam. Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambahkan stevia, madu atau gula batu.
Kredit : Blog sihatimerahjambu
Ini bancuhan di pejabat.. 

Khasiat dan Kebaikan Dried Roselle Tea nie, Boleh klik SINI

TIDAK DIGALAKKAN UNTUK WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK

Monday, January 4, 2016

Sample Percuma Lactacyd

Assalamualaikum..
Terkejut Sha bila menerima sampul dari Lactacyd ini..
Sha pun sebenarnya x ingat bila sha memohon sample ini...
Kepada yang berminat nak mencuba boleh klik SINI.
Alhamdulillah.. bolehlah mencuba..

Lactacyd ini adalah pembersim intim wanita..
Ada 4 bauan yang sha dapat iaitu:- 
WHITE INTIMATE (Biru)
REVITALIZE (Kuning)
SOFT & SILKY (Purple)
ALL DAY FRESH (Hijau)
dan satu FEMINE WIPES.

Kalau nak tau lebih detail mengenai Lactacyd bolehlah ke website mereka.
http://www.lactacyd.com.my/homepage

Dekat website Lactacyd ini kita boleh buat ujian personality...
Selamat mencuba ye..


Result ujian personality Sha..

  Terima pada 30.12.2015

 
WHITE INTIMATE (Biru)
REVITALIZE (Kuning)
SOFT & SILKY (Purple)
ALL DAY FRESH (Hijau)
FEMINE WIPES.

16 Tips Urus Kewangan

Assalamualaikum..
Hye semua... 2016 sudahpun muncul...
Bagaimanakah keadaan kawan-kawan semua...
Sekadar ingin berkongsi apa yang sha baca..
Semoga bermanfaat kepada semua..

2016 di jangka Amat Mencabar....
Kos sara hidup naik..naik..naik.. Sampai ada yang kerja hanya kerja semata-mata untuk membayar orang lain.. Untuk diri sendiri lepas cukup-cukup makan saje.. Yang lebih menakutkan bila nagatif cash flow... Duit keluar lebih banyak dari yang masuk setiap bulan... Lagi 1 minggu nak gaji dah mula sesak..

Bagaimana nak urus kewangan supaya tak sesak?

Jawapan dia jaga cash flow..
  1. Rekod berapa banyak duit masuk.
  2. Rekod semua duit yang keluar setiap hari.
  3. Jika duit yang keluar lebih banyak dari yang masuk itu maknanya anda dah negatif cash flow.
  4. Buat senarai belanja tetap & senarai belanja tak tetap.
  5. Kos belanja yang tetap macam loan rumah, kereta, bil astro, upah orang jaga anak dan lain-lain.
  6. Kos tak tetap macam petrol, belanja makan, bil api, bil air, bil telefon dan lain-lain.
  7. Cuba fikir ada tak cara nak potong kos belanja tetap contoh potong astro dari pakej full ke pakej asas atau terus potong astro dan amik Njoy (Bayar sekali untuk siaran basic sahaja)
  8. Refinance rumah jika ada, mohon buat 30 tahun dapatkan cash out untuk setlekan loan kereta. Cara ni dapat kecilkan komitmen bulanan.
  9. Jika ada lebih cash setelkan hutang kredit kad & personal loan. Kemudian stopkan penggunaan kredit kad.
  10. Untuk belanja yang tak tetap contoh jika selalu makan kat luar ubah masak je di rumah. Bil air api jimatkan.. Mana-mana aktiviti yang buang duit Stopkan.
  11. Tukar dari pakai bill telefon kepada prepaid sebab prepaid boleh top up RM30 je sebulan. Pastu pandai-pandai la guna rm1 sehari.(hubungi saya untuk dapatkan prepaid tune talk toneexcel - RM30 percuma data 1gb untuk penggunaan sebulan :) ..hehehe.)
  12. Jika selalu pergi jalan-jalan atau bercuti tukar kepada percutian bajet dan kurangkan percutian atau jangan bercuti dahulu sehingga cash flow anda dibetulkan. Kemudian bolehlah rancang percutian yang menjimatkan dan menggembirakan.
  13. Tangguhkan apa-apa pembelian yang besar macam nak beli kereta baru, renovate rumah, installment sofa , tv dan lain-lain yang mana ia tak tambah duit malah kena keluar duit lagi ada la..
  14. Jika dah buat itu ini tapi masih negatif maka tak ada pilihan lain melainkan anda kena tambah duit masuk atau tambah income.
  15. Buat part time bisnes, nak jimat mula bisnes dari rumah. Apa sahaja boleh dijadikan sebagai permulaan. Jual semula pakaian anak atau pakaian sendiri yang masih elok melalui Facebook, Instagram dan medium sosial lain. Selain dari pakaian, anda juga boleh menjual hasil masakan seperti cup cake, kek, roti, kuih muih dan sebagainya. Kesemua ini boleh dilakukan mengikut kreativiti masing-masing.
  16. Bisnes dari rumah jimat, kos rendah dan risiko rendah tapi potensi pulangan tinggi. Masa untuk biz internet juga flexible, tak perlu berhenti kerja. Anda boleh melakukannya pada hujung minggu dan waktu senggang anda.
Diharapkan tips ini dapat membantu para pembaca semua.. Mana yang tak berkenan boleh abaikan.. Mana yang berguna ambillah jadikan panduan.. Kalau pembaca ada nak tambah boleh nyatakan di ruangan komen.. sama-sama kita berkongsi..

Sharing is Caring..

Sunday, January 3, 2016

Assassination

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem korea yang sangat ohsem..
Pasal pembunuhan mereka yang belot dan menceroboh korea..

Sha suka lakonan Jun Ji-hyun sebagai Ahn Ok-yun/Mitsuko..
Penembak tepat yang sangat ohsem..
Dan juga satu-satunya watak yang survive sepanjang cerita ini..
Membawakan dua watak iaitu Ahn Ok-yun penembak tepat dan Mitsuko.
Mereka ini kembar yang terpisah disebabkan pembelotan si ayah..
Seorang membesar sebagai pembunuh upahan dan yang seorang lagi membesar dalam keadaan mewah. Salah seorang dari mereka akan mati dibunuh oleh si ayah..

Cerita yang simple tapi penuh debaran dan aksi..
Memang ohsem..


Lenovo Golden Warrior Note 8 A936 Meragam

Assalamualaikum...
Sadis rasanya bila HP yang baru sahaja pakai meragam dan buat hal..
Kalau ikutkan memang salah sendirilah...
HP tu dijadikan tempat melepaskan geram..
Wakakaka...

Ganaskan?? Nak buat macam mana..
Itu je harta yang paling selamat untuk di wachakan..
Kenapa dan mengapa, biarlah rahsia..
Hehehehe... Bila emosi terganggu, macam tulah jadinya...

Padahal HP tu baru je pakai..
Boleh tengok SINI.. Baru lagikan.. Tak sampai setengah tahun pun lagi..
Sedih ya amat nie...
HP ini mula meragam start 26.12.2015...
Yang paling kritikal dia buat perangai masa 30.12.2015...
Pergh!!!! Langsung dia x nak menyala..
Nak nangis pun ada.. .. Sadis rasanya...

Zaman-zaman tengah gawat inilah HP ini nak meragam..
Mujurlah memang dah pesan dengan diri jangan beli HP mahal-mahal..
Walau secanggih manapun HP tu Sha tetap takkan beli sekiranya harga 800 ke atas...
Biarlah x mahal tapi berbaloi dipakai..
Sha memang guna semaksimum mungkin HP Sha.. Supaya menang memakai...

Lepas ini xde lah sha pakai HP screen besar lagi...
Warggghhhhh!!!! Sedihnya..

 Selamat Tinggal wahai teman....

Saturday, January 2, 2016

Maksimakan Cuti Anda Tahun 2016

Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian bersama agar mudah merancang percutian... 
Dibawah ini Sha kongsikan gambar yang Sha perolehi di Group WhatsApp..
Semoga anda semua dapat merancang cuti sebaik-baiknya..

Pilihanraya Kampus PSAS 2015/2016

Assalamualaikum...
Baru-baru ini sha terlibat dengan Pilihanraya Kampus PSAS 2015/2016..
Terlibat sebab nak masukkan dalam SKT 2016..

Lagipun ini first time dapat terlibat dengan Pilihanraya Kampus..
Letih rupanya.. Sha kena bertugas dari pukul 8.00pagi sampai 12.00tengahari..
Tugasnya semak dan tanda nama pelajar yang dah buang undi..

Walaupun duduk sahaja tapi tetap penat..
Pengalaman...

 Tarikh : 29.12.2015

Friday, January 1, 2016

Perhimpunan Bulanan dan High-Tea PKPSAS

Assalamualaikum semua...
Semoga sentiasa sihat dan ceria..

Perhimpunan Bulanan terakhir untuk tahun 2015...
Kemudian sempena akhir tahun adalah Jamuan sekali..
Dah lama juga tiada aktiviti besar seperti Makan Malam.. Hari Keluarga..
Tahun 2015 ditutup dengan Majlis High-Tea di Dewan Serbaguna PSAS..

Pengarah mengambil masa selama 1 jam untuk ucapan beliau..
Dan macam biasalah, sambil mendengar mata dan tangan melekat pada gadjet masing-masing..
Kemudian ada penyampaian hadiah untuk mereka yang menyertai pertandingan dan menang..
Cabutan bertuah.. serta penyampaian employee of the month untuk bulan oktober dan november..
oh ya untuk mereka yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 pun dapat juga..

Yang paling menarik sekali masa Perhimpunan Bulanan ini ialah kupon yang diberikan pada setiap staf untuk ditebus air Pirate Coffee... Pergh!!! Yang ini memang ohsem..
Sha amik 2 kupon.. Satu untuk sendiri dan satu untuk Encik suami...
Untung suami isteri kerja tempat yang sama... Wakakaka...

Sha juga rasa sangat bertuah apabila satu dari dua no cabutan sha bertuah...
Memang x sangka.. Lama dah x kena cabutan bertuah nie..
Hadiah yang sha dapat adalah sumbangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar..
Terima kasih pada yang menyumbang..

 
Tebusan kupon yang pertama.. 
Mocha flavour..
 
 Perbezaan diantara staf lelaki dan perempuan...

Alhamdulillah menang Cabutan bertuah..
280 yang sangat bertuah.. hehehe...

 Adik-adik Pirate Coffee yang didatangkan khas dari cawangan Behrang 2020..
Mereka ini meniaga berhadapan dengan TF..
 
 Tebusan kupon kedua..
Green Tea yang ohsem..

Dried Roselle Tea

Assalamualaikum...
Hari ini jalan-jalan blog kengkawan..
Tetibe terjumpa pasal Dried Roselle Tea ini dekat Blog SihatiMerahJambu.
Walaupun sebenarnya pernah dah terbaca tapi x amik seriuspun..
Tapi kali ini memang sha fokus sebab ada ayat boleh turun berat badan..

Selain dari turun berat, banyak juga khasiatnya...
Antaranya ialah seperti dibawah ini...

Khasiat Dried Roselle Tea 

Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.
Baik untuk kecantikkan kulit.
Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.
Meredakan panas badan.
Memutihkan kulit
Mengurangkan kolestrol
Mengekalkan badan yang sihat


Sha x tunggu lama terus order dengan Nadines.Hut.
Kebetulan diorang tengah buat potongan hargakan..
Rugilah tunggu lama-lama..
Order terus dua bekas 40g..
Excited nie nak cuba..
Nanti kalau dah sampai, sha share sini ye..


Cara penyediaan dan Khasiat mengenai Dried Roselle ini sha dapat dari blog SiHatiMerahJambu.

Tq tuan blog.. Ohsem sangat..

Cara Penyediaan Dried Roselle Tea 
Masukkan 1-2 dried roselle ke dalam 250ml air panas. Tunggu 3-5 minit untuk diminum
Boleh tapis sebelum minum dan digunakan semula untuk rendaman kedua. Roselle rasanya masam. Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tambahkan stevia, madu atau gula batu


Kalau korang berminat juga bolehlah gi jengah
Instagram : Nadine' Hut
Blog : Nadine's Blog

TIDAK DIGALAKKAN UNTUK WANITA HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com