Shoplinks.Asia

Monday, January 4, 2016

16 Tips Urus Kewangan

Assalamualaikum..
Hye semua... 2016 sudahpun muncul...
Bagaimanakah keadaan kawan-kawan semua...
Sekadar ingin berkongsi apa yang sha baca..
Semoga bermanfaat kepada semua..

2016 di jangka Amat Mencabar....
Kos sara hidup naik..naik..naik.. Sampai ada yang kerja hanya kerja semata-mata untuk membayar orang lain.. Untuk diri sendiri lepas cukup-cukup makan saje.. Yang lebih menakutkan bila nagatif cash flow... Duit keluar lebih banyak dari yang masuk setiap bulan... Lagi 1 minggu nak gaji dah mula sesak..

Bagaimana nak urus kewangan supaya tak sesak?

Jawapan dia jaga cash flow..
  1. Rekod berapa banyak duit masuk.
  2. Rekod semua duit yang keluar setiap hari.
  3. Jika duit yang keluar lebih banyak dari yang masuk itu maknanya anda dah negatif cash flow.
  4. Buat senarai belanja tetap & senarai belanja tak tetap.
  5. Kos belanja yang tetap macam loan rumah, kereta, bil astro, upah orang jaga anak dan lain-lain.
  6. Kos tak tetap macam petrol, belanja makan, bil api, bil air, bil telefon dan lain-lain.
  7. Cuba fikir ada tak cara nak potong kos belanja tetap contoh potong astro dari pakej full ke pakej asas atau terus potong astro dan amik Njoy (Bayar sekali untuk siaran basic sahaja)
  8. Refinance rumah jika ada, mohon buat 30 tahun dapatkan cash out untuk setlekan loan kereta. Cara ni dapat kecilkan komitmen bulanan.
  9. Jika ada lebih cash setelkan hutang kredit kad & personal loan. Kemudian stopkan penggunaan kredit kad.
  10. Untuk belanja yang tak tetap contoh jika selalu makan kat luar ubah masak je di rumah. Bil air api jimatkan.. Mana-mana aktiviti yang buang duit Stopkan.
  11. Tukar dari pakai bill telefon kepada prepaid sebab prepaid boleh top up RM30 je sebulan. Pastu pandai-pandai la guna rm1 sehari.(hubungi saya untuk dapatkan prepaid tune talk toneexcel - RM30 percuma data 1gb untuk penggunaan sebulan :) ..hehehe.)
  12. Jika selalu pergi jalan-jalan atau bercuti tukar kepada percutian bajet dan kurangkan percutian atau jangan bercuti dahulu sehingga cash flow anda dibetulkan. Kemudian bolehlah rancang percutian yang menjimatkan dan menggembirakan.
  13. Tangguhkan apa-apa pembelian yang besar macam nak beli kereta baru, renovate rumah, installment sofa , tv dan lain-lain yang mana ia tak tambah duit malah kena keluar duit lagi ada la..
  14. Jika dah buat itu ini tapi masih negatif maka tak ada pilihan lain melainkan anda kena tambah duit masuk atau tambah income.
  15. Buat part time bisnes, nak jimat mula bisnes dari rumah. Apa sahaja boleh dijadikan sebagai permulaan. Jual semula pakaian anak atau pakaian sendiri yang masih elok melalui Facebook, Instagram dan medium sosial lain. Selain dari pakaian, anda juga boleh menjual hasil masakan seperti cup cake, kek, roti, kuih muih dan sebagainya. Kesemua ini boleh dilakukan mengikut kreativiti masing-masing.
  16. Bisnes dari rumah jimat, kos rendah dan risiko rendah tapi potensi pulangan tinggi. Masa untuk biz internet juga flexible, tak perlu berhenti kerja. Anda boleh melakukannya pada hujung minggu dan waktu senggang anda.
Diharapkan tips ini dapat membantu para pembaca semua.. Mana yang tak berkenan boleh abaikan.. Mana yang berguna ambillah jadikan panduan.. Kalau pembaca ada nak tambah boleh nyatakan di ruangan komen.. sama-sama kita berkongsi..

Sharing is Caring..

2 comments:

  1. memang nak kena buat part time bisnes..huhuhu.

    ReplyDelete
  2. siap ada promotion.. haha

    good job kak ~

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI