Tuesday, January 12, 2016

AGM PUSPANITA PSAS

Assalamualaikum..
Hye semua..Ini #throwback entry..
Mana yang kerja kerajaan mesti tau pasal PUSPANITA nie kan..
PUSPANITA = Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia.
Sha joint jadi ahli biasa je.. X aktif pun..
Sekadar nak cukupkan syarat untuk letak dalam LNPT dan SKT..

Biasanya awal tahun mesti ada AGM nie..
Kali ini katanya ada doorgift menarik..
Jemputan telah diedarkan bermula pada 31.12.2015 lagi..


Selain dari AGM PUSPANITA, turut diselitkan Kursus Penjagaan Kesihatan selama 1 jam 45 minit dengan diambil kira sebagai 1 hari berkursus.. Alhamdulillah, dapat dah satu hari.. Tinggal 11 hari lagi nak cari.. Kursus Penjagaan Kesihatan ini dibawakan oleh Medifeet (Medical Health Shoes Solutions). Kasut yang direka untuk menjaga kesihatan katanya..

 Kasut-kasut yang dijual.. Ohsem dan lawa-lawa..
Teringin juga nak beli.. Berkenan ngn satu design nie tapi nantilah kot...
X berjaya bodek Encik Suami untuk belanja.. Wakakaka..
 
 Pengarah tengah bagi ucapan Perasmian..

 X ramai yang datang... X samapai 50 orang pun..
Sedihkan..

Masa sesi soal jawab ada satu soalan cepu mas..
Soalan yang ditanya ialah "Apakah kelebihan yang boleh PUSPANITA PSAS berikan pada staf selain yang dah termaktub dalam PUSPANITA Kebangsaan?" Pergh!!!
Selain itu ada juga maklumat yang disampaikan mengenai bantuan kewangan kepada ahli yang mempunyai anak yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA @ IPTS. Bantuan pendahuluan kemasukan ke IPTA @ IPTS.. Tapi x pasti la pula sama ada bantuan itu diberikan tanpa bayaran balik atau kena bayar balik.. Xde penjelasan.. Kepada yang membaca, kalau tau bolehlah share kat sini ye..

1 comment:

  1. saya tak masuk puspanita. biasanya dorg pilih2 je. untuk gred tinggi2 je

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »