Monday, November 7, 2016

Bila Handphone Rosak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoi ai.. Sedih rasanya bila HP tak berfungsi..
Dah beberapa hari dah duk kat kedai..
Tetiba HP hang..
Tak leh nak on..
Mujurlah bila anta kedai dia boleh nak baiki..
Tapi amik masa lah sebab nak anta tempat lain..
Senyap terus dunia.. Hahaha..
Lama gak nak baik tu..
Sabar jelah menunggu.. Hehehe..
Maaflah pada semua yang WhatsApp..
Memang btak leh nak buat apa..
Hahaha.. Sebab HP yang duk guna nie boleh mesej dan call je..
Aman dunia sekejap.. Hahaha..
HP Sha start rosak pada1 November 2016..
Masih lagi dalam urusan pembaikan.. huhuhu..

 
Sumber Gambar : Google Image

Inayah oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel inyah ini memang Sha tunggu-tunggu..
Karya Penulis Maria Kajiwa memang tak pernah mengecewakan Sha..
Novelnya penuh dengan emosi..
Walaupun seram namu tetap terselit sesuatu untuk dipelajari..

Pada Sha Inayah memberikan kepuasan yang okay.. Kerana karya Sis Maria Kajiwa tidak pernah mengecewakan.. Banyak pengajaran yang boleh dijadikan pedoman.. Kepercayaan kurafat seperti meminta bomoh datang memagar rumah sepatutnya tidak dilakukan.. Sentiasa yakin pada Allah dalam meminta bantuan.. Mendekatkan diri pada Allah.. Membawa keluarga dekat dengan Allah.. Berkenalan lah dengan jiran tetangga..

Inayah memberi satu perasaan istimewa kerana cerita yang disampaikan dekat dengan masyarakat.. Inayah juga bukanlah sekadar cerita seram.. Inayah walaupun nampak biasa-biasa tapi punya keistimewaan yang tersendiri.. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah..

 
 Baca dan selesai pada 29.10.2016

Tandatangan penulis dan button badge

Sinopsis belakang buku
"Aku ingin pulang."


Setelah tinggal lama di New York, Muhammad dan Aisya memutuskan untuk berpindah balik ke Malaysia dan memulakan hidup baharu. Mereka membeli sebuah rumah corner lot bagi memenuhi cita rasa mereka. Sayangnya tidak lama kemudian, salah seorang daripada anak kembar mereka menunjukkan tingkah laku aneh.

“I don’t like this house. It’s scary. Penny hates this house. Right, Penny?” - Adam

Muhammad dan Aisya pula diganggu dengan beberapa kejadian yang tidak dapat dijelaskan. Rumah tangga mereka mula berantakan apabila kedua-duanya tidak lagi saling percaya dan sehaluan lagi.

“Papa! You yang dah melampau! You just refuse to see it.” - Aisya
“See what?” - Muhammad
“Something is wrong with your son! - Aisya

Campur tangan daripada Suraya, ibu kepada Muhammad juga menambahkan lagi permasalahan yang ada. Suraya yang terlalu percaya akan kepercayaan karut bertindak memanggil bomoh untuk ‘memagar’ rumah anaknya itu. Namun, perkara itu mendapat tentangan daripada Aisya yang hanya percayakan Allah dengan apa yang telah berlaku.

“Dia tengah pagar rumah kamu ni. Biar tak masuk hantu. Biar keselamatan kamu sekeluarga terjamin.” - Suraya

“Ini semua khurafat, mak. Tak boleh ni.” - Aisya

Apakah sebenarnya yang telah berlaku di rumah itu? Berjayakah Muhammad dan Aisya menyelamatkan anak-anak mereka daripada gangguan makhluk yang sedang berusaha untuk membebaskan diri? Adakah sebenarnya mereka sudah terlambat?

“Siapa pun kamu, pulanglah kamu kepada pencipta-Mu Allah Ar Rahman. Pulanglah kamu pada pemilikmu, Allah Al Ghaffar! Pulanglah kamu pada tanahmu. Allahuakhbar!” - Imam Ali.


Goodreads - My Reading Challenge

Assalamualaikum..
Hye semua..
Cabaran semakin sampai penghujungnya..
Hari ini 30.10.2016 Sha berjaya menamatkan bacaan yang ke 97..
Tinggal lagi 3 buku sebelum cabaran Sha untuk membaca 100 buah buku pada 2016..

 
31.10.2016

 

Yeah!! Semoga akan berjaya melepasi cabaran ini..
Aamiin..

 
Ini pula pada 02.11.2016
Semakin menuju ke penamat..
Yeah!!

Sunday, November 6, 2016

Pageview Blog KasihkuAmani #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah antara post yang mendapat view yang tinggi bagi bulan Oktober..
Yang paling dicari adalah Drama Korea bertajuk Doktors..

 

 
Yang ini pula adalah Referring url, sites dan search Keywords..
Masih ada yang mencari lagu Janam janam..
hehehe..

Jepun | Kamen Rider Blade (2004-2005)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha da pernah tengok dah drama ini dulu..
Ada main kat tv..
Tapi tak tengok dari mula..
Tu yang tengok balik..
Citer ini pasal Kamen Rider Blade dan Garren yang melawan undead dan mengurung mereka dalam kad..
Watak tambahan yang handsome iaitu Aikawa Hajime..
Undead bernama Chalice/Joker tapi boleh jadi Kamen Rider..
Memang menarik..

Maaflah ye kalau rasa entry Sha ini agak kebudak-budakkan..
Nak buat macam mana, di hati tu masih muda.. Hahaha...
Sila jangan kecam saya.. 

Pada Sha cerita ini masih ada baiknya..
Sebab ada dipaparkan hubungan antara manusia..
Persahabatan.. Kepercayaan..
Mengatasi ketakutan... Tanggungjawab..

Bukanlah sekadar hiburan..
Namun ada terselit kebaikan..
Cumanya agak kebudak-budakkan lah sikit..
Sesekali release tension kan..

Owh ya.. Cerita ini ada 50 episod..
Setiap episod hanyalah setengah jam sahaja..
Selamat menonton..

 
Kamen Rider Garren dan Kamen Rider Blade
Sumber : yosuaonesimus.

 
Kamen Rider Chalice
Sumber : yosuaonesimus

Peminat setia Kamen Rider wei..
Cumanya Sha suka yang versi Baru..
Maksudnya yang keluar tahun 2000..
Sebab yang versi ini nampak real sikit..
Kamen Rider Blade - 2004 ke 2005
Kamen Rider Hibiki - 2005 ke 2006
Kamen Rider OOO - 2010 ke 2011
Kamen Rider Wizard - 2012
Kamen Rider Amazon - 2016
Ada antara drama ini Sha download..
Ada yang Sha tonton di TV2 dan NTV7..

Saturday, November 5, 2016

Bila Amani & Imani Menonton Hindustan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok dan asyik betul mereka menonton Hindustan..
Walaupun dah 3,4 kali tengok cerita Bajrangi Bhaijaan..
Suka sangat mereka tengok watak Shahida tu..
Ada je soalan yang nak ditanya..

 

 

Perpisahan Termanis - Lovarian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak share lirik lagu dengan u guys..
Sha jatuh cinta dengan lirik ini..
Kalau korang baca lirik dia memang ohsem..
Tajuk dia pun dah ohsem..

PERPISAHAN TERMANIS
LOVARIAN

Bila nanti kita berpisah
Jangan kau lupakan
Kengan yang indah
Kisah kita

Jika memang kau tak tercipta
Untuk ku miliki
Cobalah mengerti
Yang terjadi

Bila mungkin memang tak bisa
Jangan pernah coba memaksa
Tuk tetap bertahan
Di tengah kepedihan

Jadikan ini
Perpisahan yang termanis
Yang indah dalam hidupmu
Sepanjang Waktu

Semua berakhir
Tanpa dendam dalam hati
Maafkan semua salahku
Yang mungkin menyakitimu

Semoga kelakkan kau temukan
Kekasih sejati
Yang kan menyayangi
Lebih dariku

Bila mungkin memang tak bisa
Menyatukan perbedaan kita
Dan tetap bertahan
Ditengah kepedihan

Jadikan ini
Perpisahan yang termanis
Yang indah dalam hidupmu
Sepanjang Waktu

Semua berakhir
Tanpa dendam dalam hati
Maafkan semua salahku
Yang mungkin menyakitimu


Cuba tengok video ini..
Mesti lagi rasa menusuk di hati..
Hehehe.. Selamat menonton..

Friday, November 4, 2016

Hindustan - Sultan (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat ohsem..
Lakonan yang mantap dari Salman Khan sebagai Sultan Ali Khan..
Pengusti yang sangat dasyat..
Kebangkitan.. Kejatuhan dan kebangkitan semula..

Perjalanan hidup lelaki bernama Sultan sebagai penggusti..
Permulaannya kerana perempuan..
Kehilangannya dari dunia gusti juga kerana perempuan..
Kebangkitan semula Sultan demi menebus semula maruahnya..
Perjalanan yang sukar..
Memang seriously Ohsem..

Tapi bila part lawan-lawan tu Sha seriau sikit nak tengok..
Hahaha.. Agak kejam..
Sha ini bukanlah suka sangat aksi-aksi ganas macam tu..
Owh ya, anak Sha pun tengok tau cerita ini..
Peminat hindustan kan..
Hahaha..

Salman Khan sekarang ini makin banyak berlakon filem-filem yang best..
Karekter dia yang agak lucu tu masih ada walaupun untuk cerita serius..
Sha rasa Salman Makin best berbanding Shah Rukh..
Sila jangan kecam saya ye peminat Shah Rukh.. 

 
Sumber : Wikipedia

Imani Cabut Gigi Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ubat dah habis makan..
Bengkak pun dah tak ada..
Tiba masa untuk buang gigi yang rosak..

Doktornya sangat baik..
Disebabkan gigi Imani tak goyang so kena suntik sikit ubat bius..
Kalau sapu gel strawberry je nanti sakit masa cabut..
Jenuhlah pegang Imani..
Dia da nangis-nangis da..
Tapi kejap je ubat tu dah bagi kesan..
Tak sampai seminit..
Dah boleh cabut..

 
Muka happy nak jumpa Doktor..
Masa ini dia memang gembira.. Okay je nak cabut gigi..
 
 
Lepas cabut..
Menangis-nangis dia..
Sebab kena suntik sikit ubat bius kan..
Pastu masa kumur-kumur lepas suntik ubat bius, ada keluar darah..
Lagilah dia meraung.. Memang sedih habislah..
Lepas 5 minit nangis, dia okay dah..
 
 
Petang dah ceria balik..
Bawa dia gi jenjalan kat Pasar Malam..

Thursday, November 3, 2016

Lazada : Online Revolution – Jenama untuk Semua

Assalamualaikum..
Hye semua..

http://www.lazada.com.my/online-revolution/ 
Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara

Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.

Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.

 
 Bermula
11.11.2016 sehingga 14.12.2016

 
 Lazada : Online Revolution
“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.

Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.

Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari. “Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara. 

http://www.lazada.com.my/online-revolution/
Macam-macam ada..
Jangan lepaskan peluang untuk membeli belah...
Waktu ini adalah waktu terbaik untuk anda membeli belah sepuas hati..

Mini Karnival Komuniti Bahagia Keluarga Sejahtera di Behrang 2020, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Weekand ini tak tau nak kemana??
Jom ke Mini Karnival Komuniti Bahagia Keluarga Sejahtera di Behrang 2020, Perak..
Macam-macam aktiviti ada..

Antaranya ialah:
Temuduga Pekerjaan
Persembahan Live Band
Kempen Derma Darah'Senamrobik Keluarga
Free Market
Pameran dan Promosi Jabatan NGO & Swasta

Tempat : Padang Tabika Kemas, Bandar Behrang 2020
Tarikh : 06 November 2016 (Ahad)
Masa : 7.30pagi - 4.00petang

 
Poster Program
Tempat : Padang Tabika Kemas, Bandar Behrang 2020
Tarikh : 06 November 2016 (Ahad)
Masa : 7.30pagi - 4.00petang
 
 
Atucara Majlis..
Bermula Seawal 7.30 pagi dan akan berakhir pada jam 4.00 petang..

Hadiah Giveaway Amsterdam by SpendaLusuh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Hadiah dah sampai..
Teruja giler tau..
Entry mengenai kemenangan Sha ini boleh baca kat SINI.
Sekali lagi Sha ucapkan terima kasih pada Blog Spenda Lusuh atas hadiah yang ohsem ini..

Semoga makin murah rezeki..
Sha harap kawan-kawan yang baca entry ini boleh doakan sama untuk sahabat kita ini..
Kerana sekarang beliau dalam kesusahan.. Boleh baca entry beliau di SINI.
Sama-sama kita doakan semoga urusan beliau dalam mencari pekerjaan baru dipermudahkan..
Aamiin.. Aamiin.. Aamiin..

 

 
Hadiah selamat sampai pada 27.10.2016
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com