Saturday, April 8, 2017

Ajaib oleh Syafiq Aizat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang seterusnya..
Kali ini Sha pilih untuk baca buku FIXI..
Buku yang dah lama Sha beli..
Tapi Sha simpan sampai Sha dapat sambungan buku ini..
Buku ini trilogi.. tapi Sha tak akan baca sambungannya lepas ini..
Sha kena baca buku lain dulu.. Otakku tepu..

Buku ini sangat nipis.. ada 276 muka surat sahaja..
Tapi isi dia sangat padat dan berat..

Kupasan dalam novel ini boleh buat kepala kau berpusing..
Bayangkan budak sekolah rendah selesaikan masalah yang patutnya orang dewasa selesaikan..
Budak tu memang sangat ajaib..

Tajuk buku ini juga cukup untuk memberi makna keseluruhan isinya.. AJAIB..
Dan kesemua masalah yang diutarakan dalam buku ini berlaku,,,\
Sedang berlaku dan akan terus berlaku..
Semoga kita semua dijauhkan dari semua perkara tak baik ini..

Owh ya.. Buku ini tak sesuai untuk bacaan anak2 kecil ye..
Sekurang-kurangnya biarlah yang dah berusai 18 tahun ke atas..

Sha berjaya settlekan pembacaan dalam sehari sahaja.. 06.04.2017

The Girl With All The Gift (2016)

Assalammualaikum..
Hye semua..

Jom menonton..
Filem yang ohsem dan menyeramkan..
Manusia bertukar menjadi Zombieland disebabkan fungus..
Namun ada sekawan kanak-kanak yang normal tapi bahaya..
Kanak-kanak ini tak boleh bau manusia atau hidupan.. Nanti mereka akan menyerang..
Kanak-kanak ini juga menjadi bahan uji kaji untuk mengubat virus yang merebak..
Cerita tentang kemanusiaan..

Sumber gambar : Google Image

Friday, April 7, 2017

Projek Seram Lif oleh Ninie Othman, Resmanshah & Helmi Effendy

Assalammualaikum..
Hye semua..

Buku yang kelima Sha baca untuk bulan April..
Alhamdulillah, mood membaca dah makin okay..
Novel ini Sha beli Preloved dekat kawan Instagram..

Kau Ku Seru oleh Ninie Othman
"Dia mungkin sudah mati tetapi dia tetap ada."
Kawasan yang memang suram..
Dengan kegelapan dan kengerian..
Namun disebabkan sikap yang sukakan perkara mistik menyebabkan sahabat mereka mati..
Jangan sesekali menyeru mereka yang mati.. kerana petaka yang akan datang..
Sejarah sesuatu tempat tu wajib dicari..

Khilaf oleh Resmanshah
"Ada mata yang memerhati."
Cerita ini betul-betul spin off..
Banyak je manusia yang cengginie..
Bila ditimpa kesusahan berpaling dari Allah..
Merosakkan manusia lain sehingga menyebabkan kematian..
Hanya kerana emak tu tak sempurna, malu nak mengaku..
Manusia memang macam tu..
Bila ditimpa musibah baru nak insaf..
Yang paling dasyat bila begitu berani menjatuhkan hukuman kepada manusia lain.. Menyebarkan aib manusia lain tanpa rasa bersalah.. Bukannya nak menginsafi ataupun muhasabah diri..

Aras 77 oleh Helmi Effendy
"Lif itu ialah pintu kepada setiap memori hitam manusia!"
Cerita yang mengujakan..
Terubat rindu dekat Citra dan Badruz..
Bila ada yang berjanji dengan syaitan..
Manusia lain yang jadi mangsa..
Syaitan itu sentiasa menyesatkan..

Sha baca pada 05.04.2017 dan selesai pada 06.04.2017..

Sayur Sawi Bunga Berjaya Dituai

Assalammualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah..
Pokok Sawi Bunga Sha dah cukup Matang..
Encik Suami bagi tuai..
Sha tuai pokok ini pada 05.04.2013

Besar kan?
Ada yang dah nak keluar bunganya..

Tak tuai banyak.. Just nak buat rencah maggi goreng je..

Berbeza rasa masakan menggunakan Sayur yang ditanam sendiri..

Kung Fu Yoga (2017)

Assalammualaikum..
Hye semua..

Filem terbaru Jackie Chan..
Permulaan filem macam nengok citer kartun.. hehehe..
Aksi okay lah..
Masih ada identiti Jackie Chan..
Tapi citer dia cam dah boleh predict la..
Part ending yang paling best sebenarnya..
Dari serious, boleh lak mereka gembira menari.. hahaha..

Masa nengok citer ini tetiba teringat ada satu cite Jackie Chan yang kat dalam gua..
Tajuk The Myth.. Macam sama.. Tapi berbeza..

 
Sumber gambar : Google image
Poster ini ohsem.. 
Part Jackie Chan dengan Singa ini memang menarik.. Hahaha..

Kuiz Celik Siber @ PNM

INFO Semasa..

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa. 
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM),Bahagian Sumber Elektronik sedang giat mengadakan pelbagai aktiviti untuk pengguna bagi mempromosikan bahan sumber elektronik PNM.  Salah satu aktiviti bulanan yang diadakan adalah Kuiz Celik Siber @ PNM dalam talian.
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah melayari laman web PNM untuk mengakses soalan kuiz secara dalam talian.
Mohon jasa baik YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk membuat hebahan kepada pengunjung perpustakaan mengenai aktiviti ini. 
Sekian, terima kasih.

http://www.pnm.gov.my/kuiz/
Kalau nak joint, boleh Klik Gambar atas ini atau klik SINI.


Syarat-syaratnya..

Thursday, April 6, 2017

Cinta Cape Town oleh Nora Isma Fuad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya habiskan..
Lama tau buku ini Sha aim nak baca..
Akhirnya berjaya juga..
Novel yang mengisahkan hubungan suami isteri..
Hubungan yang terbina tanpa sengaja..
Bila dah terlalu lama, masing-masing dah lupa untuk bercinta..
Bagaimana sikap suami yang terlalu amik mudah..
Akhirnya suami tersedar bila berjauhan..
Komunikasi memang sangat penting dalam hubungan suami isteri..
Ohsem dan terbaik..

Kupasan dalam novel ini bagus tau..
Membawa kepada perbincangan mengenai hubungan suami isteri..
Bukan novel biasa.. Ada isi dan pengajaran..

Sha baca pada 04.04.2017 dan selesai pada 05.04.2017

Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia

First Time Membeli di Ezbuy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya membeli di Ezbuy..
Saja cuba-cuba..
Sha beli pada 04.04.2017..

Jom tengok sha beli apa..






Ini adalah barang-barang yang Sha beli..
KIta tengok nanti ketibaannya ye..
Ini adalah percubaan pertama..

Buruan oleh Aiman Hazziq

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel mengenai pelarian penjara..
Pertembungan dan juga cara logik akalnya berfikir..
Bacaan ini untuk dewasa sahaja..
Sebab ada adegan yang tak sesuai dibaca kanak-kanak atau remaja.. Risau jadi ikutan..
Ada kupasan yang menarik..
Olahan cerita juga buat ko rasa ko jadi buruan..
Bagaimana lelaki yang jadi buruan menjaga diri dari diserang akibat penyamaran..
Pemangsa menjadi mangsa tapi bertukar menjadi pemangsa semula..
Pening ke?? Sha pun pening juga.. hehehe
Kenalah baca untuk tahu keseluruhan cerita..

Hanafis yang bertukar menjadi apis..
Maya yang menjadi Zalea..
Mikail yang akhirnya menjadi Hanafis...

Semua dalam buruan..
Siapa yang jadi buruan dan memburu..

Sambutan Harijadi Sekolah Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha masih lagi dalam sindrom mak first time anak sekolah.. Hehehe..
Disebabkan itu, apa sahaja aktiviti Amani dan sekolah.. Sha joint..
Isnin (03.04.2017) Sekolah Amani buat Sambutan Harijadi Sekolah..
Ada jemputan untuk ibu bapa datang..
Mulanya Sha macam nak amik half day je..
Tapi bila fikir balik, baik amik cuti je..
Mujurlah amik cuti.. Lama juga rupanya..
Jam 1.30petang baru habis..

Antara aktiviti yang ada, ucapan dari wakil Jabatan Pendidikan..
Ucapan Guru Besar..
Pastu ada upacara potong kek.. Makan pagi..
Kemudian ada persembahan dari pelajar, cikgu dan guru besar..
Guru besar dia sporting dan ohsem tau.. Hehehe..
Yang paling menyengat persembahan dari adik Pra-Sekolah..
Nyanyi lagu Aiman Tino.. Memang bergegarlah sekolah.. Hehehe..

Lepas persembahan ada aktiviti bersama Jabatan Statistik Malaysia..
Untuk Tahap 1 (darjah 1, 2 & 3) aktiviti mewarna..
Untuk Tahap 2 (darjah 4, 5 & 6) fun matematik..
Dalam kul 12.30 tengahari mereka buat penyampaian hadiah..
Habis dah aktiviti..
Tapi tak boleh balik lagi.. Belum pukul 1..
Makanya ustazah pun buatlah test beramai-ramai..
Suruh baca Al-Fatihah, Bacaan Tahiyat Awal dan Akhir.. Berselawat..
Pelajar dilepaskan sekitar jam 1.25pm camtu..

Pergh!! Penat mak menunggu.. Hehehe..

 

 

 

 

 

Wednesday, April 5, 2017

My Personal Time

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama Sha tak habiskan masa untuk diri sendiri..
Kebetulan dapat peluang..
Sha tak kemana pun..

Just lepak dekat Pizza Hut..
Kebetulan tak ada orang..

Memang rasa macam itu Pizza Hut, saya yang punya..
Best gak.. Lepak-lepak..
Makan-makan.. sambil baca novel..

Kalau korang, korang buat apa je?

 
Order untuk seorang..
Tapi rasa cam makan berdua.. Hehehe..
Pasta tu okaylah.. Saje nak test.. 

 
Baca novel nie..

September Yang Pertama oleh Antasya Balkis

Assalammualaikum..
Hye semua..

Novel cinta tapi penuh kepedihan..
Menginsafkan..
Derita yang ditanggung akibat gangguan seksual..
Semuanya kerana rahsia seorang bapa demi menjaga hati insan yang disayangi..
Cerita yang penuh rasa sedih.. sunyi dan derita..
Membaca novel ini buat hati tersayat sama..
Namun watak utamanya sangat kuat dan tabah..
Tetap tersenyum dan berkorban perasaan demi ayah yang disayangi..
Novel yang penuh pengajaran..
Syabas pada penulis..

Sha baca dan tamat pada 02.04.2017

 
Buku ini Sha dapat percuma dan akan diberikan pada sahabat WhatsApp..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com