Thursday, January 4, 2018

Pengalaman Melalui Rawang Bypass

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Ye.. Sha naik juga.. Walaupun dah bnayak kali cakap tak nak lalu dekat situ.. Sebab Sha gayat pada ketinggian.. Bukan buat-buat ye.. Memang betul-betul gayat.. Tapi Sha lalu juga.. Namun begitu, bukan Sha yang memandu.. Tapi encik suami.. Memang betul-betul singkat masa yang diperlukan untuk sampai ke Selayang dari Serendah.. Lebih kurang 10 ke 15 minit je.. Memang gayat tau.. Sha rasa betapa tingginya kita bila lalu atas lebuhraya itu.. Pening sekejap la.. Udahlah gayat, boleh pula encik suami ulang lalu dekat lebuhraya tu tiga kali.. Wargh!! Rasa cam nak nangis.. Memula lalu sebab nak ke Selayang.. Lepastu masa balik, encik suami tersalah simpang.. Patutnya lalu bawah nak ke Rawang tapi dia gi naik Rawang Bypass.. Lepas itu encik suami patah balik ke Selayang sebab nak pergi juga Rawang.. Jadinya dalam takut dan gayat, Sha berjaya berada di atas lebuhraya Rawang Bypass sebanyak 3 kali.. Yeah!! Mujur tak muntah-muntah.. Sha lalu pada 31.12.2017.. Penghujung tahun 2017.. 

" Lebuh raya sepanjang 23 kilometer ini merupakan jalan pintas yang menghubungkan Rawang ke Serendah bertujuan bagi mengatasi kesesakan melampau di Bandar Rawang. Dengan ketinggian maksimum 60 meter, Rawang Bypass adalah antara projek yang paling kompleks dan paling sukar dalam sejarah pembinaan lebuh raya di Malaysia. " Petikan dari -  http://says.com/my/seismik/rawang-bypass-lebuh-raya-tertinggi-dan-paling-gayat-di-malaysia 

 

Wednesday, January 3, 2018

My 2018 Reading Challenge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cabaran membaca untuk tahun 2018 sudah bermula.. Sha berfikir-fikir juga untuk meletakkan target Sha.. Tak nak lah tambah banyak sangat.. Karang pening pula nak mengejar.. Hehehe.. Sha dah pun mula membaca pada 1 Januari 2018.. Buku pertama bertajuk Retina terbitan Fixi.. Ada kawan-kawan yang buat cabaran membaca macam Sha.. Jom share link dikomen.. Boleh Sha gi usha..



Ini adalah target Sha..
200 buah buku.. Sebab tahun lepas cecah 242 kan..
Sha akan pastikan ada kepelbagaian..
Bukan novel BM sahaja tapi Novel BI juga..
Bukan Novel sahaja.. Serta buku-buku yang boleh dibaca..

Hari Pertama Persekolahan Amani dan Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari pertama persekolahan untuk 2018 sudah bermula (02.01.2018).. Amani okay dan tak ada masalah.. Sampai je sekolah dia terus je ke tempat berkumpul dan beratur..

Imani je ada sikit drama.. Dekat 15 minit nak pujuk dia masuk dalam kelas..Lepas berjaya pujuk dia masuk kelas, Sha terus tinggalkan sekolah.. Ajak encik suami pergi makan.. sambil makan sambil dok fikir Imani.. Risau dia meragam.. Sha buat keputusan nak cuti je.. Encik suami ajak pergi jenguk dia semula.. Masa kami sampai mereka tengah nak minum pagi.. Sha dan encik suami intai dari jauh je, tak bagi dia nampak kami.. Elok je dia beratur amik air dengan kawan.. Tak ada meragam pun.. Adoilah.. sabar jelah.. Dah alang-alang tu, pergi jenguk sekali kelas Amani dekat mana.. Masa lalu depan kelas dia, Amani tengah terima buku teks dan buku kerja.. Dah settle tu terus balik.. Sha tak jadi cuti.. Masuk kerja.. Hehehe...

Pukul 11.30pagi Sha dan encik suami pergi balik sekolah Imani nak tengok Imani naik van untuk ke rumah transit.. Alhamdulillah okay je semuanya.. Pemantauan bersambung untuk esok pula..

Amani pula Alhamdulillah.. Semuanya okay.. Seronok je dia ke sekolah..

Malamnya pula sesi menampal nama, menulis nama kelas dan membalut buku-buku Amani..
Semoga semuanya baik-baik sahaja buat Amani dan juga Imani..

Cik Serba Tahu oleh Syamnuriezmil

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Buku penulis ini memang tak pernah mengecewakan.. Dan sekali lagi Sha baca buku ini guna applikasi PNM e-Reader.. Memang best dan mudah.. Sha pun tak sangka dapat baca awal sebab masa scroll dekat website PNM buku ini dah dipinjam.. Sha reserved jelah dulu.. Esoknya dah boleh collect.. Memang ohsemlah.. Tak yah bawa buku cuma perlu ada handphone je.. Hehehe..

Cik Serba Tahu memang tahu macam-macam.. Malangnya bila berkaitan dengan diri dia, dia tak tahu apa-apa.. Itulahkebaikan Carl yang muncul tiba-tiba.. Untuk memberitahu Cik Serba Tahu apa yang dia terlupa.. Kikiki.. Cerita yang sangat relaks dan menggembirakan hati.. Walupun nampak macam santai tapi masih ada mesejnya yang tersendiri.. I really fall in love with this writer.. Never fail to satisfied my need in reading something different.. Tetibe tercakap English pula.. Nice story and make me happy..

Sha baca dan selesai pada 30 Disember 2017.. Buku terakhir untuk tahun 2017.. 

(ebook - PNM e-Reader)

Wordless Wednesday #Actofkindness


Tuesday, January 2, 2018

Sticker Nama

Assalamualaikum..
hye semua..

Mak-mak zaman modenkan.. Kikiki.. Sebenanrnya Sha dah lama nak tempah sticker nama ini tapi biasalah.. Asyik lupa je.. Kebetulan ternampak posting Shida Radzuan di Facebook.. dekat posting tu ada link whatsapp, teruslah tekan.. Terus tanya harga dan tempah.. Tapi masa ini belum gaji lagi.. Hehehe.. Booking dulu, karang lambat-lambat lupa pula.. Mujurlah Shida ini okay je layan soalan-soalan Sha.. Dan okay je bila Sha cakap nak bayar masa gaji nanti.. Sha order pada 15.12.2017 tapi Sha bayar pada 21.12.2017.. Lepas bayar baru Shida proses order Sha.. Disebabkan Sha bayar hari Khamis makanya lambatlah sikit proses penghantaran.. Yallah nak cetak nama dulukan atas sticker.. Sticker Sha siap hari Jumaat tapi Shida maklumkan dia akan pos pada next week.. Sha okay je..

So Rabu (27.12.2017) shida pos sticker kepada Sha.. Dan stiker sampai pada 28.12.2017.. Yeah!! Sha suka.. Memudahkan kerja Sha.. Hahaha.. Nampak sangat malasnya.. Kikiki..

Posting Shida yang Sha jumpa dan terus WhatsApp..

Sticker dah sampai.. Kalau ikutkan dari apa yang shida cakap, nama nie boleh dapat dalam 60 keping lebih.. Tapi bila Sha kira, dapat 100pcs tau nama Amani untuk setiap A3 tu.. Sha order 2pcs A3.. Jadinya ada 200pcs nama Amani.. Yeah!! Berbaloi-baloi.. Jumlah nie bergantung juga pada kepanjangan nama anak anda ye.. 

Nak order? Pergi je ke Facebook Shida Radzuan.. 

Membeli di Lazada

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak share pasal Lazada.. Baru ini Sha dapat rezeki lebih.. Kebetulan client suka dengan hasil kerja Sha, dapatlah rezeki lebih sikit.. Memang seronok sangat.. Sha pula memang dah lama aim nak beli Headphone yang jenis tak yah pakai wayar.. Asyik terbayang-bayang je.. Bila ada rezeki lebih, teruslah Sha rembat satu.. Lepas tu belikan barang untuk kenalan Sha.. Sebab Sha dah pernah beli barang tu, memang okaylah untuk digunakan.. Owh ya.. sha beli barang-barang ini pada 29.12.2017.. Penghujung 2017.. Hadiah tahun baru untuk diri sendiri..

http://www.lazada.com.my/ajkoy-ayebeau-nx-8252-wireless-bluetooth-earphone-big-casque-audio-cordless-headphone-headset-for-computer-head-phone-pc-with-mic-red-62388030.html?utm_source=Orderconfirmation&utm_medium=Email&utm_campaign=LineItem
Sha beli model ini.. Dah beli baru perasan dari China.. Hahaha.. Lamalah menunggu ketibaan barang ini.. Kikiki.. Dijangka sampai sekitar 17 Januari 2018.. Takpelah, nanti sampai Sha review ye..

http://www.lazada.com.my/ultra-slim-tv-wall-mount-tv-bracket-263939-553939-lcd-led-3d-plasma-3707196.html?utm_source=Orderconfirmation&utm_medium=Email&utm_campaign=LineItem
Alat ini digunakan untuk pasang tv flat ke dinding.. Lebih selamat.. Tambah kalau ada anak kecil kat rumah.. Seller ini memang best.. Barang yang ini dijangka sampai pada 06 Januari 2018.. Jomlah menunggu.. Hehehe..

My Year 2017 in Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun 2017 baru je berlalu.. Sha nak imbas semula buku-buku yang telah berjaya Sha baca sepanjang 2017.. Semoga perkongsian Sha ini akan memberi inspirasi kepada anda semua.. 

 
Ini adalah perjalanan hobi Sha sepanjang 2017.. Jemput baca ye.. 

 Sha berjaya membaca sebanyak 240 buah buku sepanjang 2017 bersamaan dengan 79,906 ribu helai muka surat.. Ohsem.. Adakah 2018 akan dapat sebanyak ini?? Kena usahalahkan..

Buku yang paling pendek bertajuk Akif Terperangkap oleh N. Hadzmy dan buku yang paling panjang bertajuk Hikayat Cinta Si Pematah Hati oleh E-Man Sufi..Tu la yang paling tebal Sha pernah baca.. Pergh!!

Ada juga buku yang paling popular dan juga tak popular langsung yang Sha baca.. Hehehe..

Buku pertama yang Sha baca dan review untuk tahun 2017

Buku terakhir dan juga review terakhir untuk tahun 2017.. Kalau ikutkan macam nak baca je buku lagi.. Tapi kita stop dululah.. New Year baru baca lagi.. Hehehe..

Jumlah keseluruhan sebenarnya 242.. Tapi dekat Goodreads keluar 241 je.. sebab ada satu buku dari Muhammad fatrim tak ada dalam Goodreads.. Booklet tu diterbitkan sendiri oleh beliau dan tak ada ISBN.. Jadinya tak adalah dalam Goodreads..

Tahun 2017 Sha berjaya mencabar diri dengan membaca lebih dari yang sepatutnya.. Tahun 2018 kena tengoklah pada tahap kesibukkan dan juga masa yang Sha ada..

Untuk tahun 2016 boleh tengok SINI.

Monday, January 1, 2018

Bacaan Bulan Disember 2017

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan terakhir untuk tahun 2017.. Penutup ini tak tahulah berapa banyak buku yang boleh Sha baca.. Bukan apa.. Bulan ini agak kesibukkan sedikit.. Kalau ada masa lapang pun agak terhad.. Dan Sha berjaya baca 19 buah buku sahaja itupun ada 2 buku terakhir yang sha baca menggunakan app e-reader.. Menarik juga apps tu.. Jumlah muka surat pun sikit je.. Dapatlah 7237 je..

Antara buku yang Sha berjaya baca:-

1. Penunggu Mencari Tuan
     Qaf
     Rapik Asura
     191 muka surat

2. Salju Kyoto
    Sara Aisha
    Karya Seni
    749 muka surat 

3. Sejak Kita Bertemu
     Camellia
     Karya Seni
     605 muka surat

4. Cinta Bas Ekspres : Siti & Polis Comel
     Shima Awang & Aein Dhiyanuddin
     Novel Mania
     608 muka surat

5. Projek Seram : Terowong
     A. Darwisy, Zaifuzaman Ahmad &  Syasya Bellyna
     Buku Prima
     384 muka surat 

6. #CeritaSeram
     Jarr Nadjmuddean
     Dubook
     124 muka surat

7. Please...Jangan 'Tackle' Aku!
    Siti Rozilah
    Buku Prima
    672 muka surat

8. Lendu
    Blue
    Fixi
    196 muka surat

9. Mitos
    Ramlee Awang Murshid
    RAMFC
    242 muka surat

10. Aku Lelakimu
      Sara Aisha
      Karya Seni
      743 muka surat

11. Kanvas
      Ayumi
      Prolog Media
      325 muka surat

12. Geng Budak Sengal
      Khairy Tajudin, Syauqie M.K., Harith Hakeem & Rafnah Ismail
      KTR Press
      213 muka surat

13. Lari
      Mesbo
      SO Publishing
      263 muka surat

14. Pukau
      Muhammad Fatrim
      Muhammad Fatrim
      75 muka surat

15. Kecubung Sari
      Shukriah Md Rodzi
      Penerbitan Layar Pena
      324 muka surat

16. Apa Jadi Dengan Sekolah Kita?
      Sharina Elisa
      Gempak Starz
      235 muka surat

17. Cinta Paling Agung
      Umie Nadzimah
      Karya Seni
      549 muka surat

18. Romantis
      Nuril Basri
      Fixi
      438 muka surat

19. Cik Serba Tahu
      Syamnuriezmil
      October
      301 muka surat




Bright (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Filem ini hanya ditayangkan di Netflix.. Bukan tayangan pawagam.. sha tengok pun sebab iklannya lalu lalang dekat IG Sha.. Kalau tak, sha pun tak tahu pasal filem ini.. 

Tambah menarik untuk ditonton sebab ada Will Smith.. Lepas tu ceritanya more to fantasy dan aksi.. Pada Sha ceritanya agak lajulah juga.. Will smith berlakon sebagai polis dan terpaksa berpasangan dengan polis Orc yang pertama.. Zaman ini makhluk-makhluk fantasy hidup bersama-sama manusia secara terang-terangan tapi ada bandar-bandar dia sendiri.. Orc ini kalau ikutkan makhluk jahat yang bersekongkol dengan Dark Lord.. Tapi Orc yang jadi polis ini dia baik.. Dia memang nak jadi polis dan berbakti.. So dalam krisis diorang ini nak serasi diorang kena selamatkan Elf dan magic wand.. Tanpa disedari rupanya will smith adalah seorang Bright (orang yang boleh memegang magic wand tanpa hancur menjadi debu).. Ending dia menarik.. 

Pada Sha jalan cerita dia walaupun nampak macam simple tapi sebenarnya menarik.. Lakonan will smith memang tak mengecewakan.. Saat anak will smith cakap dia tak nak ayah dia jadi polis memang menyentuh perasaan.. 

Sinopsis : Set in a world where mystical creatures live side by side with humans. A human cop is forced to work with an Orc to find a weapon everyone is prepared to kill for.

Beli Komik RM5

Assalamualaikum..
hye semua..

Sha terjumpa promosi ini dekat Facebook.. Satu naskah komik ini dijual dengan harga RM5 dan RM8.. Disebabkan budget tak berapa banyak makanya Sha beli yang RM5 tu dulu satu set.. Ada 13 tajuk.. Campur postage jadilah RM65 + RM15 = RM80.. Pada Sha harga ini sangat-sangat berbaloi.. Sha bayar pada 26.12.2017..

https://www.facebook.com/humairabookstore/
Untuk komik RM5 ini senarainya
Pendekar jati
Skuad kampung
Obes itu tak ok
Sayang abi
Sayang ummi
Budak flat
Kisah jet
Haip jangan jadi 1/2 muslim
Abdul & kambing
Zabidi dan robot
Formula Jodoh Kuasa Dua
Kapten Deen
Dunia Didi
Komik RM8 pula ini senarainya
33 pesan nabi vol 1
33 pesan nabi vol 2
33 pesan nabi vol 3
hari2 sayang nabi vol 1
hari2 sayang nabi vol 2
macam nilah akhlak
islam sehari2
5 pesan damai
 
Kotak sampai pada 28.12.2017

 
13 naskah komik yang Sha beli dengan harga RM5 sebuah..

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini permulaan bagi tahun 2018..
Kepada rakan-rakan yang memegang status sama seperti Sha iaitu Penjawat Awam, Sha kongsikan jadual pembayaran gaji untuk tahun 2018.. Sila berhati-hati semasa berbelanja ye kawan-kawan.. Tahun ini ada 3 bulan kita akan menerima gaji awal.. Sila rancang perbelanjaan dengan baik..

 
Tips dari Sha, walaupun gaji dah masuk jangan ambil dulu.. Biarkan je sampai pada tarikh biasa kita menerima gaji.. Baru perbelanjaan tidak kacau bilau..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com