Sunday, December 9, 2018

Menang Giveaway #1 by YEASLMN

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha Menang Giveaway #1 by YEASLMN.. Sha menang tudung.. Pengumuman pemenang boleh tengok di SINI.. Bertuah rupanya jadi peserta pertama ini.. Kikiki.. Terima kasih Yeaslmn sebab pilih Sha sebagai pemenang..

Jangan lupa terjah Blog Yeaslmn ye.. Klik SINI @ gamabr dibawah..


B Untuk Bunuh oleh Hazira Hanapi, Aman Wan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua dari siri Akademik Thriller.. Sebelum ini A Atau Mati oleh Aman Wan..

Allah.. Menakutkan betul novel ini.. Membunuh demi mendapatkan biasiswa.. Bila seorang pelajar yang dihimpit kemiskinan dan diejek rakan sekolah.. Syaitan pula menghasut maka kewarasan hilang dari akal.. Walaupun di didik dengan agama namun saat pilihan salah yang diteruskan maka kegelapan sahajalah yang mampu menjadi masa depan.. Saat kesedaran datang semuanya telah hilang..

Sangat menakutkan kalau ini realiti yang perlu dihadapi oleh anak-anak kita.. Usaha Sha untuk anak-anak ialah dengan menabung dan cuba memberikan pelajaran dan juga Agama.. semoga mereka tak tersalah pilih..

Sha baca dan selesai pada 07.12.2018..


Diterbitkan oleh Blank Book

Saturday, December 8, 2018

Siri Novel Akademik Thriller

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada share mengenai 2 buku dari siri ini yang Sha beli semasa sale di Bookcafe.. Boleh baca SINI.. Kali ini Sha nak share siri yang ada dalam Akademik Thriller ini.. Kesemuanya ada 4 tajuk setakat ini.. 2 Sha dah ada.. Tinggal nak beli lagi 2.. Kikiki.. Tunggu Slae lah baru beli.. kikiki.. Buat koleksi.. 

Tajuk-tajuknya ialah:-
B Untuk Bunuh oleh Hazira Hanapi, Aman Wan
C Untuk Culik oleh Fazla Idha, Azanil Fitri
D Macam Dajal oleh Haryani Kamilan, Azanil Fitri

Nak beli? Klik SINI..

A Atau Mati oleh Aman Wan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambung pembacaan.. Kali ini Sha pilih novel akademik thriller.. Novel ini memang menakitkan walaupun bukan thriller.. Bila guru tidak dihormati maka pelajar yang wujud adalah mereka yang tak berguna.. Mengundang kejadian jenayah di mana mana.. Bukan menjadi manusia sebaliknya menjadi sampah masyarakat.. Kes juvana juga menjadi-jadi hingga terciptanya hukuman yang mengerikan.. Manusia hilang kemanusiaannya bila dipaksa dan dikerah untuk menjadi yang terbaik.. Hasilnya wujudlah manusia yang patuh dan mengikut arahan.. Semoga ini tidak menjadi realiti.. Ngeri tau.. Dalam pada itu ada juga penulis menyentuh hubungan kekeluargaan, persahabatan dan juga pengorbanan..

Sha baca dan selesai pada 06.12.2018..


Diterbitkan oleh Blank Book

Jepun | Room Laundering (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..


Ingatkan ada Money Laundering je.. Rupanya Room Laundering pun ada..
Miko seorang perempuan yang boleh melihat hantu.. Beliau berkerja sebagai Room Laundering dimana beliau akan tinggal di dalam rumah yang mempunyai hantu dan menyelesaikan masalah hantu tu supaua hantu tu boleh Croseover.. Kemudian rumah tu pun bersih dari hantu.. Barulah boleh dijual/disewakan.. Cuma yang tak bestnya, pendek sangat.. Berjaya Laundering 2 tempat je.. Mujurlah hantunya baik dan tak hodoh..

Room Laundering
Also Known As: Rumu Rondaringgu
JDrama | Suspense, Drama, Supernatural | 4 Episodes | 4 Nov 2018 - 25 Nov 2018 |
Sinopsis: Yakumo Miko’s father died when she was 5 years old. The next year, Miko mother went missing. Miko then moved in with her grandmother, but, at the age of 18, Miko's grandmother passes away. She shuts herself away from others. One day, her uncle from her mother's side, Ikazuzi Goro appears. He sets up a place for Miko to live and also a place for her to do part-time work. Her part-time job is "room laundering." 

After starting her job, Miko sees ghosts. She struggles to solve the worries of the ghosts who are staying in rooms. Ikazuzi Goro tells Miko that her mother was able to see ghosts which affected her. Miko asks him to find her mother.

Friday, December 7, 2018

Aku, Kau & Hantu: Dua Dunia oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik komik ini.. Seram jenaka namanya.. kikiki.. Tapi dalam pada berjenaka pada setiap akhir komik, ada #notaberhantu yang menyelitkan nasihat dan petikan yang bernas.. Serta cadangan buku lain untuk bacaan..

Komik ini tak seram pun.. Lebih pada menyindir sikap manusia.. Memang menarik dan sesuai dibaca semua peringkat umur.. Ada 8 komik dari 8 penulis berbeza..

Sha baca pada 05.12.2018 dan selesai pada 06.12.2018..


Isi kandungan komik ini..

Filem Korea | The Vanished (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini memang suspen dan ada sedikit seram.. Mulanya Sha ingatkan filem ini filem seram sebab awal-awal filem ada sedikit gangguan di National Institute of Scientific Investigation.. Rupanya filem ini filem balas dendam.. Memang ohsemlah..

Bermula dengan kehilangan mayat seorang perempuan iaitu Seol-hee, gangguan dan pembongkaran si suami iaitu Kang-woo yang dituduh bunuh isteri (seol-hee) dia dan ada hubungan sulit dengan perempuan lain tapi berakhir dengan plot twist yang diluar jangkaan.. Cara polis tu tekan lelaki yang menjadi suspek itu memang berjaya buat kita ini meneka yang beliau itu jahat.. 

Cerita ini ohsem.. Memang menarik.. Sha suka cuma cara tu salah.. Tapi ialah bila dah dikuasai perasaan dendam dan pihak berkuasa pun tak berjaya mencari bukti maka manusia hilang rasionalnya.. Wah.. Suspen kan..

Update terkini: Filem ini rupanya remake dari filem Spanish bertajuk The Body (2012)..



THE VANISHED @ VANISHED NIGHT | 07 March 2018 | Thriller | KMovie |
The body of Yoon Seol-Hee disappears at the National Institute of Scientific Investigation. Detective Woo Joong-Sik (Kim Sang-Kyung) seeks clues on her disappearance, while her husband Park Jin-Han (Kim Kang-Woo) claims she is alive.

Koleksi Buku Sha 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan ada yang buat permintaan nak tengok koleksi buku Sha, makanya Sha buatlah entry ini.. Ini adalah gambaran buat masa ini.. Tak ada sudut atau bilik yang betul-betul menyimpan buku.. Pengemasan semula mungkin akan ada sebab cadangnya nak pindah ke rumah bawah.. Mungkin masa tu lah baru Sha kumpulkan semua buku di satu tempat.. Ada sebahagiannya Sha simpan dalam Stor.. Tak dapat nak dipunggah.. Hehehe.. Kalau berkesempatan nanti Sha akan kongsikan mengikut kategori dan terbitan secara terperinci ye.. Sebab Sha nak kemas dan balut buku-buku ini dalam plastik.. Nak elakkan dari buku ini kuning dan berabuk..

Rak buku ini dah hampir penuh.. Dua layer ini.. Yang banyak dah tentulah koleksi seram terbitan Buku Prima.. Projek Seram, Projek Thriller, solo seram, thriller cinta, koleksi penulis tertentu, novel cinta dan motivasi..
Projek Seram - 22
Seram - 21
Projek Thriller - 6
Thriller - 8
Lain-lain : 83

Yang ini pula buku-buku yang belum sempat Sha baca.. Ada 3 layer tu.. Beli je dulu.. Sampai kat tangan Sha, Sha balut.. Nanti nak baca, capai je.. Macam-macam genre tapi yang utama dah tentulah seram dan thriller.. Ada 93 buah buku yang belum dibaca.. banyak tapi tetap nak membeli.. Hahaha

Buku yang dah baca dan belum baca.. Layer ini ada buku motivasi.. Yang ini dah baca 29 buah dan belum baca ada 19 buah..

Dalam box ini pun ada buku, ada 41 buah.. Buku yang Sha simpan dalam ini, Sha dah baca..

Jumlah keseluruhan buku yang Sha ada ialah 322 buah buku.. Inipun tak campur komik dan buku cerita Amani..

Thursday, December 6, 2018

Mak Aku Ada Saka oleh Zhar Aruzi Hairi (Zine)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku atau zine ini Sha beli dengan Karangkraf Mall.. Boleh tengok entrynya di SINI.. Terbitan Buku Pojok.. Ada 32 muka surat je.. Sha tertarik nak beli sebab cover dia.. hehehe.. Ceritanya lebih pada seram komedi.. Tak adalah seram melampau pun.. saka nya kelakar.. Tapi memang menariklah dan masih ada pengajaran dihujung cerita.. Jangan percaya selain Allah.. Itu penegasan ceritanya..

Sha baca dan selesai pada 05.12.2018..

Buku ini terbitan Buku Pojok

Amani & Imani Tuisyen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti sekolah sudah bermula.. Main dan juga menonton tv antara yang seronok dilakukan.. Namun Sha tetap selitkan aktiviti mengulangkaji.. Sha minta adik Sha untuk buat tuisyen pada Amani dan juga Imani.. Seminggu sekali je.. Bermula hari Jumaat (30.11.2018) minggu pertama cuti sekolah.. Disebabkan pengasuh Sha cuti hari ini Sha bergilir dengan suami untuk jaga bebudak ini.. Sha amik shift petang.. Teruslah Sha bawa mereka rumah adik Sha..

Amani memang semangat nak belajar.. Imanilah agak rumit sedikit.. Imani ini tak boleh belajar lama-lama.. Dia mudah bosan.. Sha cuma nak dia boleh membaca saja.. Sebabnya bila dia tengok kakak dia membaca, dia asyik kacau sebab dia tak boleh membaca.. Imani juga selalu minta ajarkan untuk membaca.. Masalahnya bila mak ajar dia suka main-main dan menyakat mak.. Kalau ayah ajar, dia mahu dengar.. Sabar jelah mak nengok perangainya.. hahaha..

ezbuy PRIME: RM8.80 Penghantaran kadar rata tanpa had

Assalamualaikum..
Hye semua..


Sha sekarang ini lebih suka membeli belah secara atas talian.. Sebab lebih jimat masa dan boleh dilakukan dimana-mana pada bila-bila masa.. Lagipun semua keperluan sudah boleh didapatkan secara atas talian.. Yang paling best lagi bila harga yang ditawarkan secara atas talian jauh lebih murah dari di kedai.. Tambah-tambah bila hujung tahun ini bermacam-macam tawaran hebat dengan harga yang tak masuk akal ditawarkan.. Terutama sekali di ezbuy.. Jangan tunggu lagi, jom serbu ezbuy dan beli barang pada harga yang sangat berbaloi dengan bermacam-macam voucher yang istimewa..


Apa itu ezbuy MALAYSIA
ezbuy ini sama macam laman membeli belah seperti Zalora, Lazada dan lain-lain.. Perkara terbaik mengenai ezbuy ialah mereka ada perkhidmatan sesuai yang memberi banyak manfaat kepada pelanggan seperti Perkhidmatan Keahlian PRIME, Buy For Me dan banyak lagi. Penghantaran yang bijak, dengan harga terendah dari mana-mana platform membeli-belah dalam talian yang lain.. Macam sekarang ini tengah berlangsung jualan akhir tahun yang sangat meriah.. Bermacam-macam tawaran menarik yang di sediakan ezbuy untuk anda semua.. Bukan kata barangan dewasa, barangan kanak-kanak dan perabut juga dijual dengan harga yang sangat berbaloi.. Selain tawaran voucher yang meriah untuk anda dapatkan..


Antara yang menarik ialah Flash Deal yang berlangsung setiap hari dengan tawaran harga yang tak masuk akal.. 

Tawaran harga RM12 dengan penghantaran percuma.. Yang ini memang menarik.. Beg tangan, kasut, blouse dan barangan lain dijual pada harga RM12 sahaja.. Memang rambang mata tau memilih..

Barang terbaik dengan tawaran harga bawah RM30 diperbaharui setiap hari hanya untuk anda.. Jangan lepaskan peluang ini.. 

Perkhidmatan Keahlian PRIME
Perkhidmatan Keahlian Prime merupakan program keahlian yang memudahkan pengguna berbelanja dengan banyak tanpa perlu bimbang tentang kos penghantaran tanpa mengira saiz, berat atau kuantiti. Perkhidmatan Keahlian Prime menawarkan kos penghantaran tanpa had dengan harga RM8.80 sahaja.. Murah dan Sangat berbaloikan.. Sebelum mendapatkan keistimewaan ini, pelanggan kenalah mendaftar Perkhidmatan Keahlian Prime terlebih dahulu dan membeli barangan yang ditawarkan di dalam Prime List.. Terdapat lebih dari 4 juta barangan yang boleh dipilih di dalam list tersebut.. Selain itu pelanggan yang mendaftar sebagai ahli Prime secara tahunan juga akan mendapat voucher dan promosi eksklusif..

Terdapat 3 jenis keahlian Prime.. Buat yang ingin mencuba pertama kali, bolehlah mendaftar untuk tempoh percubaan dengan bayaran RM18.80 untuk tempoh 5 hari. Prime Trial ni, keistimewaannya terhad pada 'Wishlist'. 'Wishlist' ini merupakan kelebihan buat ahli Prime, dimana ahli Prime boleh menukarkan barangan yang tidak di dalam senarai Prime kepada status Prime. Dengan keahlian Prime juga, TIADA agen fee yang akan dikenakan. Untuk harga dan jenis keahlian Prime boleh rujuk gambar di atas..

Ini pula ialah kelebihan PRIME LITE.. Pilihan ahli selama 6 bulan dengan bayaran RM99 selama 6 bulan anda akan dapat kadar rata penghantaran RM8.80 dengan 24 wishlists..

 Antara kelebihan ahli PRIME ialah melihat apa yang ahli PRIME lain beli sebelum ini melalui Shopping Inspiration dan juga peluang untuk menukar barang yang tidak berada dalam list PRIME kepada barang PRIME..

 Kelebihan menjadi ahli Prime, anda akan dapat berjimat dengan lebih banyak pada kos penhantaran.. Maka bolehlah shopping lebih lagi..

Selain itu, sekiranya ahli Prime menghadapi masalah atau ada persoalan, anda boleh bersembang secara terus dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan secara eksklusif di Livechat Support yang disediakan khas untuk ahli Prime.. Perkhidmatan Livechat Support ini disediakan pada waktu pejabat sahaja..

Jadi.. Tunggu apa lagi.. Jom mendaftar di ezbuy dan terima baucar tunai RM15 eksklusif bersama dengan tambahan 15% diskaun bayaran perkapalan semasa pendaftaran... Daftar untuk ezbuy melalui pautan ini https://marketing.ezbuy.my/ezbuyMobileRegister/index_v2_MY.html?identId=xBATbs.. Tunggu untuk menerima baucar anda dalam akaun anda.

Jangan lupa pada 12.12 nanti ezbuy ada tawaran istimewa buat anda semua.. Nantikan kemunculannya pada 12.12..

Wednesday, December 5, 2018

Dark Figure of Crime (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini pasal penjenayah yang cuba memanipulasi polis dan juga undang-undang.. Dengan harapan dapat melepaskan diri dari jenayah yang dilakukan tanpa hukuman.. Memang licik.. Namun polis yang ingin diperdaya pun licik juga.. kikiki.. Barulah bertemu buku dengan ruas.. Ye tak..
Walaupun penjenayah tu cuba sehabis baik untuk melepaskan diri namun polis tu pun tak putus asa.. Walaupun diturunkan pangkat, namun polis tu tetap berusaha membela nasib mangsa-mangsa yang masih tidak diketahui.. Memang ohsemlah kisah ini.. Usaha polis tu membuahkan hasil..

DARK FIGURE OF CRIME | 03 October 2018 | Based on True Story, Drama, Serial Killer |
Sinopsis: Hyung-Min (Kim Yun-Seok) is a detective in Busan. He doesn't care about getting promotions, but instead focuses on solving cases. At a small restaurant in a traditional market, he meets up with Tae-O (Ju Ji-Hoon) through an informant. Tae-O discloses that he received money to bury the body of someone. As he is about to reveal the location of the body, cops descend on the restaurant and arrest Tae-O for the murder of his girlfriend.

While riding a cart on a golf course, Tae-O receives a phone call from Hyung-Min in prison. Hyung-Min reveals another bombshell. He states that he has killed 6 other people. Hyung-Min visits Tae-O in prison and there Tae-O drops hints about the 6 other murders. Hyung-Min's intuition tells him that Tae-O is telling the truth, while others are skeptical of Tae-O's confession. Hyung-Min now sets out to find the murdered victims without knowing their identities.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com