Sunday, February 10, 2019

On Beyond Bugs (The Cat in the Hat's Learning Library) by Tish Rabe, Aristides Ruiz (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita baca mengenai serangga pula.. Penerangan ringkas mengenai jenis serangga.. ada juga diceritakan dengan lebih sedikit mengenai lebah, semut, rama-rama dan nyamuk.. Seronok baca buku inggeris kanak-kanak ini.. Cepat dan laju je.. Penuh gambar dan bahasanya ringkas.. Memang senang faham..

Sha baca dan selesai pada 08.02.2019..


Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia
Terbitan Random House Inc.

Wish for a Fish (The Cat in the Hat's Learning Library) by Bonnie Worth, Aristides Ruiz (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang menarik.. Bergambar, bahasa Inggeris yang mudah.. Penerangan mengenai penghuni laut mengikut kedalaman.. Memang seronok dibaca bersama anak-anak..

Sha baca dan selesai pada 08.02.2019..


Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia
Terbitan Random House Inc.

HausBoom Sparkling Real Juice: Blackcurrant

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha beli perasa Blackcurrant dan Lemonade pula.. Hari tu dah rasa Strawberry dan Lemonade.. Sha memang suka Lemonade, sedap dan memikat.. Tu yang beli lagi perisa Lemonade.. Blackcurrant tak rasa lagi kan.. Tu amik perisa ini.. Area rumah Sha ini memang jumpa tiga rasa ini je.. Tak jumpa lagi yang lain.. Sebab masih ada promosi beli 1 percuma 1, kita beli lah lagi.. Blackcurrant ini pun not bad.. Sedap.. Tapi tak sesedap Lemonade.. Hahaha.. Korang dah cuba ke? Kalau ikut 7Eleven dekat tempat Sha ini, promosi beli 1 percuma 1 ini sampai 25 Februari 2019 je.. 

Botol dia memang eksklusif.. Suka Sha..

Saturday, February 9, 2019

Sarah dan Kerusi Ajaib oleh Amir Sabri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke empat untuk bulan Februari.. Kan dah kata.. Mood macam tenggelam ke laut dalam je bulan ini.. Jadinya kita cuba baca buku kanak-kanak dulu.. Manalah tahu nanti semangat membaca datang balik.. Hehehe..

Buku ini comel dan sangat mudah dibaca.. Berwarna warni, bergambar dan penggunaan bahasa yang mudah difahami.. Cerita pasal Sarah yang suka membaca.. Dari pembacaan, Sarah mula berimaginasi.. Memang membaca itu satu amalan yang bagus.. Jomlah kita membaca seperti Sarah..

Sha baca dan selesai pada 08.02.2019..



Keunikan dan Kepelikan Bibliofil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kongsikan apa yang unik dan peliknya seorang Bibliofil.. Adakah anda seorang Bibliofil?? Cuba tengok senarai dibawah..

Keunikan dan Kepelikan Bibliofil

1. Pernahkah anda ke kedai buku dan membeli buku yang anda minati, kemudian apabila pulang ke rumah menyedari anda telah pun mempunyai buku tersebut dan membeli buat kali kedua?

2. Pernahkah apabila ke kompleks membeli belah, tempat pertama anda kunjungi ialah kedai buku, kemudian baru kedai lain?

3. Pernahkah anda menghadapi keadaan tidak mengingati bilangan buku yang anda ada dan jumlah yang dihabiskan untuk membeli buku?

4. Pernahkah anda ke pasar atau ke mana-mana sahaja yang tujuannya untuk membeli barangan keperluan atau produk lain yang bukan buku, tetapi akhirnya membeli buku sehingga mengganggu perbelanjaan yang sepatutnya diperuntukkan untuk barangan keperluan?

5. Pernahkah anda berjaya mendapat buku yang anda ingini di kedai buku ketika staf atau pekerja kedai buku gagal mencari atau mendapatkannya?

6. Pernahkah anda menonton televisyen dengan buku di riba, khususnya, apabila waktu iklan, atau ketika menonton siaran bola sepak dengan anda memperlahankan suara siarannya?

7. Pernahkah anda menyedari bahawa anda telah membeli terlalu banyak buku yang tersimpan di perpustakaan peribadi, tetapi satu pun tidak sempat anda baca?

8. Pernahkah anda membeli buku semata-mata kerana ada jualan murah atau diskaun yang tinggi ataupun jual lambak?

9. Pernahkah anda hadapi keadaan apabila mengunjungi salon dandan rambut atau menunggu bas atau keadaan yang memerlukan anda menunggu, dan ketika itu anda tidak membawa atau mempunyai bahan bacaan untuk dibaca?

10. Pernahkah anda mengembara atau ke bandar lain (outstation) tanpa pernah melupakan buku di dalam bag kembara anda?

11. Pernahkah isteri atau suami anda atau orang tersayang menegur anda kerana terlalu banyak membeli buku sehingga beranggapan tiada benda lain yang lebih penting lagi melainkan buku?

Sekiranya beberapa senario atau keadaan di atas pernah berlaku pada anda, ANDA sebenarnya seorang bibliofil.

Petikan dari buku bertajuk Biblioholisme: menelusuri pesona dunia buku dan pencintanya oleh Shaharom T. M. Sulaiman..


Ovomaltine Crunchy Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sarapan apa tu?? Sha sarapan roti je hari ini.. Cepat dan mudah.. Yang iya nya malas.. Hahaha.. Maafkan kemalasan diri ini.. Sesekali makan roti dengan sapuan yang mewah macam Ovomaltine ini memnag sedap.. Tapi tu lah.. Susah nak jumpa.. Setakat ini hanya ada di jual di Tesco sahaja.. Masa Sha beli ini tak sale, harganya sedikit mahal.. RM23.50.. Kalau time sale, adik Sha cakap harganya dalam belas-belas je..


percuma pisau sapuan.. comel je..

Friday, February 8, 2019

Korean Drama (Februari 2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Antara drama yang menarik untuk bulan Februari ini.. Pilihan Sha ialah drama yang ada unsur thriller, penyiasatan, misteri, komedi, sejarah dan seram.. Sekadar cadangan untuk anda menontonnya.. Manalah tahu tengah tercari-cari nak tonton apa kan.. Selamat menonton..

Drama: Item
Country: South Korea
Episodes: 32
Airs: Feb 11, 2019 - Apr 2, 2019
Airs On: Monday, Tuesday
Network: MBC
Duration: 35 min.

Drama: Touch Your Heart
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Feb 6, 2019 - Mar 28, 2019
Aired On: Wednesday, Thursday
Network: tvN
Duration: 60 min.

Drama: Haechi
Country: South Korea
Episodes: 48
Airs: Feb 11, 2019 - Apr 30, 2019
Airs On: Monday, Tuesday
Network: SBS
Duration: 35 min.

Drama: The Fiery Priest
Country: South Korea
Episodes: 40
Airs: Feb 15, 2019 - Apr 20, 2019
Airs On: Friday, Saturday
Network: SBS
Duration: 35 min.

Vanilla Coke & Pepsi Vanilla

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ingatkan Coke je ada perisa Vanilla, Pepsi pun ada juga.. Botol Pepsi nampak lebih menarik dari Coke.. Namun dari segi rasa Coke lebih sedap untuk tekak Sha..

 Vanilla Coke tu RM1 je.. Manakala Pepsi Vanilla tu pula masih dalam harga promosi katanya.. RM2 je.. Packaging dia cantik la pula.. 

Yang ini memang kesukaan Sha.. Rasa vanilla tu lembut je dan sedap difandingkan dengan Coke.. Boleh nak beli lagi dan lagi.. Tapi tak adalah dok minum hari hari..

Pertama kali rasa.. Tak kena langsung dengan tekak.. Rasa vanilla dia keras.. Tak sedap untuk tekak Sha.. Setakat rasa je..

Urusan Rumah - Betulkan Jeriji Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ambil cuti untuk urusan cukai tanah, cukai taksiran dan bil indah water rumah Sha di Ipoh.. Sambil-sambil bayar apa yang patut, Sha singgah rumah Sha di Ipoh.. Nak bubuh aluminium zink dekat jeriji belakang.. Kena pasang zink tu supaya bila hujan air tak tempias masuk dalam rumah.. Kesian dekat penyewa.. Basah dapur dibuatnya.. Dua jam baru siap.. Mujurlah ada encik suami yang tahu bertukang.. Tak masuk pun rumah.. Masuk dekat bahagian belakang je.. Rumah dah ada penyewa dan penyewa tu balik kampung.. Sha maklumkan nak datang dan buat kerja dekat belakang je.. Harapnya tak masuk dahlah tempias air..

 Asalnya buat macam ini.. 

 Bubuh zink sementara.. Air masih juga masuk bila hujan..

 Terus beli zink aluminium yang kalau kena air tak karat dan pasang elok-elok..

Harapnya lepas ini tak masuk dahlah air.. Ada rezeki baru buat awning..

Thursday, February 7, 2019

Koleksi Buku Februari 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak update pasal buku kan.. Nak buat macam mana, perbelanjaan agak ketat sedikit tahun ini.. Lepas itu, encik suami pun dah jeling-jeling tengok rak buku yang penuh.. hahaha.. Untuk tahun 2019 ini banyak buku yang Sha beli secara pra tempahan.. Bila sampai terus baca dan review.. Buku dibawah ini Sha beli sebagai sokongan kepada penulis dan ada yang preloved..

Hantu oleh Mesbo
 Buku ini Sha beli terus dengan penulis.. Tanda sokongan.. Kalau korang berminat untuk dapatkan klik SINI.. Sampai pada 06.02.2019..

566 Hari Mencari Cinta oleh Ilya Abdullah
The Silent Killer oleh Nurizzah Hani
Seruan Pertama oleh ISmi Fa Ismail
Buku yang ini pula Sha beli secara preloved di SINI.. Buku 566 Hari Mencari cinta oleh Ilya Abdullah tu memang dah lama Sha cari.. Buat koleksi.. Buku rare katanya.. 3 buku ini RM44 termasuk postage..

Random Photo #3

Assalamualaikum..
hye semua..

Banyak sangat gambar dalam handphone.. Share sinilah.. Nanti boleh tengok balikkan.. Tapi.. tulah.. banyak gambar makanan.. hahaha.. Maaflah ye kalau terliur..

Tambah stok ikan pekasam.. Ikan pekasam ini memnag kesukaan Sha.. Ikan Lampan.. Walaupun banyak tulang tapi bila digoreng garing bersama cili padi.. Pergh!! Habis sepinggan nasi.. Ini beli lebih sebab nak bagi kawan sama..

Nescafe Latte Mocha berwajah baru.. Memang lebih creamy dan chocolaty rasanya..

Bila nak cepat, kita sambar je Wonda Coffee ini.. Terus minum.. Hahaha..

 Sarapan pagi Isnin.. Bila tak ada orang dekat pejabat dan kena bertugas dekat kaunter, makanya sarapan pun dikaunterlah.. Bukan kata kantin pejabat je tutup, kedai makan Sha selalu pergi pun tutup.. Beli jelah mana yang jumpa.. Tu yang nasi, sambal dan telur rebus secoet je yang ada.. Sedih..

 Kari kambing ohsem..

Rendang Arnab.. Rasa dagingnya sedikit liat.. Sekali pandang macam daging itik pun ada.. 

Wednesday, February 6, 2019

Playlist Update

Assalamualaikum..
Hye semua..

Playlist dekat hanphone dah update.. Kikiki.. Sambil buat kerja, sambil layan lagu.. Kali ini macam banyak lagu Melayu pula.. Hahaha.. Terdengar masa jalan-jalan dekat youtube.. Macam best pula.. Macam biasa, emosi Sha memainkan peranan penting bila Sha buat playlist.. 

Lagu ini muzik dan lirik dia catchy.. Lepas tu macam comel je bila tengok Syamel menari.. Sha memang suka suara si Syamel ini.. Dia macam husky gitu..

Lagu ini best dan Sha selalu dengar sebelum ini, cuma tak tahu siapa penyanyi dia.. Suara Kaer tu unik pada Sha.. Gandingan dia dengan Amylea memang sweetlah.. Sha tak tengok sangat drama Nur.. Cuma tahu lagu ini OST untuk drama Nur.. Lirik dia pun not bad juga..

Talk Love - K.Will
Lirik dia ohsem.. Muzik dia simple.. Tapi Sha tak tengok pun drama DOTS ini.. Tak tahulah kenapa tapi macam tak berapa nak layan.. Hahaha.. Tapi lagu ini memang best..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com