Tuesday, May 7, 2019

Farm Fresh: Susu Soya Segar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Air apa berbuka nanti?? Apa kata cuba Air soya dari Farm Fresh ini.. Sedap sebab tak manis.. Campur cincau memang terbaiklah.. Hehehe.. Sila jangan meleleh air liur ye.. Sha tunjuk kotak je.. Idea ini untuk buat berbuka..


Yang Tertulis Kelmarin oleh Tina Derika

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jalan cerita dia menarik tapi Sha tak pasti kenapa Sha tak berapa nak klik.. Jenuh juga Sha nak menghabiskan novel ini.. Sebab dah bacakan.. Gigih jugalah habiskan..

Kisah Hana yang hilang ingatan akibat kemalangan dan berkawan dengan Harraz yang melanggar dan merawat beliau.. Muncul pula Rizal yang gila mengatakan Hana tu bekas tunang dia.. Keluarga Hana dan Harraz yang menyimpan rahsia.. Rizal yang cuba mendekat walau dah ada isteri.. Geram pula Sha tengok kan perangai lelaki macam Rizal tu.. Dah tinggalkan dan sakitkan, datang balik menjilat ludah.. Walhal dah ada isteri tapi masih merindu kekasih lama.. Yang sebenarnya rasa bersalah tu yang mengganggu jiwa tapi tak sedar diri..

Sha baca pada 05.05.2019 dan

Koleksi peribadi Sha..
Dah dijadikan hadiah untuk aktiviti pertukaran buku..
Published September 2017 by Penulisan2u

Krisis Bravo oleh Khairul Nizam Khairani, B.Maryani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dalam ini ada 2 cerita dari 2 penulis.. Memang menarik dan mendebarkan..

Ottawa oleh Khairul Nizam Khairani
Kisah yang sadis dan menyedihkan.. Bila virus bahaya menyerang dan nyawa manusia menjadi taruhan.. Bukan mudah untuk bertindak tanpa perikemanusiaan tambahan pula manusia itu sendiri punya hati dan perasaan..

0035 oleh B. Maryan
Memang cerita mengenai dendam.. Tapi penghujungnya tak Sha sangka.. Permulaan yang mendebarkan dengan sebaran mengenai harta dan rumah kosong yang menggerunkan.. Letupan dan kehilangan seorang budak.. Ancaman sms yang tak terduga menyebabkan 3 sekawan merempuh masuk bagi menyelesaikan teka teki.. Ada rahsia yang tersembunyi melibatkan salah seorang dari mereka.. Berjaya atau tak misi mereka menyelesaikan misteri..??

Sha baca pada 04.05.2019 dan selesai pada 05.05.2019

Koleksi Sha..
Published May 2017 by TEBOOK PRESS

Monday, May 6, 2019

Random Photo #12

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak share gambar dari telefon Sha.. Macam biasalah.. Kebanyakkannya gambar makanan.. Adalah gambar lain tapi tak banyak..

Beli anggur hijau (sebekas RM7) dan Blueberry (sebekas RM9.50) dekat Aeon.. Sedap pulan anggur tu.. Tak masam.. Blueberry tu ada yang manis dan ada yang masam..

Pretzel Almond.. Baru pertama kali cuba.. Sedap.. Sha makan camtu je.. Tak bubuhpun sos yang dia bagi tu.. Malas nak berlemuih.. hehehe..

Pretzel Nuggets.. Dalam dia ada cheese.. Sedap.. Kesukaan anak-anak Sha dan Sha..

Menu baru di KFC rasanya, lupa pula nama dia apa.. Sha ternampak dan tercuba.. Tak kena dengan tekak.. Berminyak sangat.. Tak pastilah memang macam tu ke atau sebab Sha bawa balik.. Rasa dia tu tak berapa kena dekat tekak Sha..

Buah banyak.. Kitapun mengutiplah.. Nampak tak beza Sha dengan pokok?? Hehehe.. Ke tak nampak..

Makanan kesukaan Sha dan arwah abah.. Putu mayam.. Memang rindulah tiap kali tengok menu ini.. Huhuhu.. Kenangan terindah.. Rindu yang tak bertepi..

Bertemu atas urusan kerja dan akhirnya menjadi sahabat.. Memang tak disangkalah boleh serasi.. Jarang berjumpa tapi selalu keep in touch melalui media sosial..

Kudapan semasa membaca buku.. Hehehe.. Kesukaan ini.. Beli kedai ECO je.. Situ je yang jumpa..

Mewarisi betul.. Dia dulu rasmi buku yang Anies bagi (tengok SINI).. Mujur dah balut..

Mengejar Tetamu Di Waktu Senja oleh A. Samad Said

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita 5 orang remaja yang menghabiskan masa cuti dengan melakukan perkara-perkara yang menarik.. Mereka merancang ingin belajar bagaimana sebuah rumah terbina.. Dalam pada mereka mula memerhatikan perkerja kontrak melakukan kerja mereka menemui satu keganjilan.. Ada kereta besar yang datang ke pondok buruk di kaki bukit setiap petang.. Penyiasatan mereka berjaya membongkar satu kes penipuan yang tak tersangka.. Memang menarik..

Baca dan selesai pada 04.05.2019..

Koleksi Sha..
Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara
Published March 1st 2011 by PTS Pop Sdn. Bhd (first published 1996)

Ramadhan 2019

Puasa pertama tanpa abah.. Emosi dan jiwa memang kacau bilau.. Rasa separuh jiwa pergi tanpa mampu ditahan.. Perasaan kosong tanpa dipinta.. Redha dan rindu, dua perasaan yang berbeza.. Merindu tak semestinya tak Redha.. Kehilangan yang tak dipinta, namun harus dilalui.. Semoga Ramadhan ini memberi kekuatan buat Sha.. Semoga roh abah dirahmatinya dan ditempatkan bersama mereka yang Soleh.. Aamiin..

Sunday, May 5, 2019

Koleksi Buku Mei 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila perasaan gundah gulana, kedai bukulah tempat Sha melepaskan tekanan.. Bila dah masuk kedai buku dalam keadaan hati kacau bilau, memang tajuk-tajuk yang diambil pun luarbiasa lah sikit.. Sha beli 9 buah buku.. Kebetulan Popular tengah buat sale 20% diskaun untuk kebanyakkan buku.. Memang berbaloi sangat-sangatlah kan.. Jimat RM33.80 untuk 9 buah buku ini.. Jom tengok buku apa yang Sha beli..

Semua ini RM155.20

Dua buah komik Doraemon
Koleksi Dinosour
Koleksi Robot Serba Boleh

Buku motivasi
Hiatus oleh Budak Tomato
Ngeteh Di Kubur Ayah oleh Hamka Kereta Mayat (buku ini dekat dengan Sha..)
Komik Mimpi Bintangku 2: Mimpi Ngeri oleh Abeben

Buku seram dan thriller
Igau: "ia ada bersama malam"  oleh Azani Quasha,  Fatinilam Sari Ahmad, Arisa Eriza 
Projek Seram Grab oleh Fitri Hussin,  Arifful Baqi, Hasrudi Jawawi
Ari oleh Mahizan Husain
Kontra Yang Menyatukan oleh Maya Iris

2019 Reading Challenge - Almost Half Success

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dalam mengejar masa menuju ke Ramadhan, Sha masih meneruskan aktiviti membaca.. Walau hati menangis dilanda ribut.. Namun hidup tetap perlu diteruskan.. Maafkan Sha sekiranya masih bersedih dan merindu.. Namun hati tak mampu ditahan dari terus merindu.. Kadang-kadang mata basah tanpa sedar.. Ujian yang tak siapa sangka akan dilalui walaupun hakikat kematian itu pasti..

Hari ini bacaan Sha dah menjejak angka 100.. Tak sangka sebab dugaan yang datang bertimpa-timpa tapi tetap berjaya melaksanakannya.. Cabaran untuk diri sendiri..


Mencari sesuatu yang tak pasti.. Kembali pada Nya.. Namun kita tetap manusia biasa.. Ada masanya hanyut dibawa emosi.. Namun jangan terlalu berlama-lama.. Emosi adalah musuh yang memakan jiwa manusia dalam senyap.. Tak mudah tapi boleh cuba..

Melayu | Voice Note (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tertengok sebab ada rakan kongsikan dekat Facebook.. Disebabkan cerita ini bersiaran di TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, memang tak sempatlah nak tengokkan.. Sha tonton online je dekat Youtube TV3MALAYSIA Official.. Nak tengok? Klik je link dekat bawah tu.. Ada Sha sharekan.. Takpun cari je di Youtube..

Drama yang sangat suspen pada Sha.. Memang penamat dia Sha tak sangkalah.. Hahaha.. Stress pula bila tengok yang tak bersalah dihukum dan yang bersalah terlepas.. Kesian jugalah dekat si Sara tu..  Walaupun 4 episod tapi cukp rencahnya.. Pada Sha lah..

Sinopsis Drama Voice Note
Sara merasa sangat teruja pada hari pertama dia mendaftarkan diri sebagai pensyarah di Kolej Srivilla. Namun, sebaik kakinya melangkah masuk ke dalam kolej itu, bulu romanya merinding. Dia merasakan sesuatu yang ganjil di dalam kolej itu. Dia mula tidak sedap hati.
Pada malamnya, Sara tiba-tiba menerima voice note daripada pengirim misteri. Voice note tersebut berbunyi, “Hi, Madam Sara! Saya Mira. Selamat datang ke Kolej Srivilla. Semoga Madam dapat melindungi diri Madam daripada kejahatan mereka.” Sara terkedu dan kata-kata tersebut membuatkan Sara tidak dapat tidur malam dengan lena.
Keesokannya, Sara cuba mencari siapakah Mira dengan menelefon dan whatsapp nombor Mira tetapi tidak berjaya. Sehinggalah Sara menerima voice note terbaru daripada Mira yang mula bercerita mengenai kisahnya bersama dua orang lagi rakan kolejnya iaitu Ika dan Tasya dan mahu Sara merungkai misteri kematian kedua-dua kawan baiknya itu. Sara akhirnya mendengar kerana ingin tahu ada apa di sebalik kolej itu.

Ayah Ku Kirimkan Doa – Laoneis Band

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terdengar lagu ini masa Program di pra sekolah Imani.. Anak pra menyanyikan lagu ini.. Memang menyentuh perasaan betul.. Hari ini genap sebulan 3 hari arwah ayah Sha pergi.. Semalam teman adik pergi ambil batu nisan untuk letak dekat kubur.. Sakit rindu yang tak berpenghujung.. Tak daya ditanggung namun tak mampu dibendung..  Tambahan pula esok kita akan berpuasa.. Puasa pertama tanpa abah.. Semoga roh arwah abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.. Aamiin..



ayah ku kirimkan doa
semoga engkau tenang di alam syurga
ayah kan ku ingat selalu
pengorbanan yang telah engkau berikan

ayah terlalu cepat kau pergi
meninggalkan aku sendiri
ayah tak bisa aku ingkari
tanpa engkau hidupku terasa sunyi

ayah dengarkanlah
dan teringat saat kepergianmu
ku taburi bunga mawar untukmu
dan berdoa untuk melepaskanmu
ayah berlinang air mataku

ayah terlalu cepat kau pergi
meninggalkan aku sendiri
ayah tak bisa aku ingkari
tanpa engkau hidupku terasa sunyi
ayah dengarkanlah

dan teringat saat kepergianmu
ku taburi bunga mawar untukmu
dan berdoa untuk melepaskanmu
ayah berlinang air mataku, berlinang air mataku

ayah tak bisa aku ingkari
tanpa engkau hidupku terasa sunyi

Saturday, May 4, 2019

Hadiah Penghargaan Dari Anies #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari Jumaat (03.05.2019), hadiah dari Anies selamat sampai ke tangan Sha.. Terharu dan rasa berbunga-bunga hati bila terima hadiah Anies.. Kali ini Sha terima hadiah yang sangat comel.. Amani duk pandang je buku yang Anies bagi tu.. Siap tanya buku tu siapa punya.. Hahaha.. Dah balut nanti baru bagi kat dia.. Kepada Anies, Sha ucapkan ribuan terima kasih untuk hadiah yang Awesome ini.. Sha doakan semoga Allah lapangkan dan luaskan rezeki Anies.. Aamiin.. Aamiin..

Nota comel dari Anies..

Parti Superpink Ana oleh Syuhada Safian
Dua peket sampul duit raya Ana Solehah
Dua fridge magnet

Ini kali ketiga Sha terima hadiah penghargaan dari Anies.. Terima aksih Anies..
1. Hadiah Penghargaan Dari Anies
2. Hadiah Penghargaan Dari Anies #1
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com