Friday, September 6, 2019

Dressing Luka Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula hari Rabu sampailah luka Amani baik, Sha kena bawa Amani ke Klinik Komuniti @ Klinik Kesihatan untuk cuci luka Amani.. Amani pula tak nak ayah dia bawa.. Dia nak Sha yang bawa.. Hari pertama dan kedua, jenuh pujuk dia bertenang dan relax.. Amani punya takut tu, bukan biasa-biasa okay.. Memang boleh buat Sha hilang sabar.. huhuhu.. Lepas cuci boleh pula dia cakap.. Tak sakit pun cuci.. Kakak Kuat.. Hahaha.. Sabar jelah mak dengar.. Yang lama sesi memujuk.. Proses cuci tu sekejap je.. Hahaha.. Jadi mak ini jiwa memang kena kental.. Kena mengadap luka Amani tu setiap kali proses cuci dilakukan.. Mujurlah Sha memang dah biasa mengadap luka or minor surgery.. Darah, luka tu emmang tak ada masalahlah nak tengok walaupun lama dah tinggalkan.. (Dulu pernah kerja dekat klinik.. hehehe)

Kalau ke Klinik Komuniti kena bawa sendiri Cecair Dermacyn Wound Care.. Nurse cadangkan juga untuk beli Biopad Wound Dressing.. Yang ini kalis air.. Kalau mandi, tak adalah basah luka tu.. Sha memang kena beli yang kalis air ini.. Mudah untuk Amani mandi dengan betul.. Kalau tak dia mandi ala kadar je.. Geli bila pembalut luka tu basah kena air.. 

Biopad Wound dressing (9cm X 10cm)
-Waterproof and tranparent with absorbent pad.
-Suitable for post operation wounds & other wounds.
-Semi-permeable and allows skin to breath.
- Faster cicatrization
- Bacteria barrier
- High flexibility
- It is adaptable to all parts of the body allowing a total liberty of movement.

Dermacyn Wound Care
Merupakan cecair pencuci luka yang dapat membantu :
Membasmi bakteria daripada luka yang telah dijangkiti kuman atau bakteria.
Melindungi tisu sekeliling luka yang telah dijangkiti daripada bakteria.
pH Neutral, tidak menghakis.
Melembapkan luka yang akut dan kronik.
Mengurangkan bau penghasilan cecair yang dipenuhi bakteria (nanah atau sel mati) daripada luka.

Variasi pembalut luka kalis air..
Bosui Pad - RM6.90
ASGUARD Clear+Film Island Dressing - RM4.10
Biopad Wound Dressing - RM3.50

Nur Care Island Dressing - RM2.50

Thursday, September 5, 2019

Filem United States | X-Men: Dark Phoenix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini okaylah pada Sha.. Konflik dalaman seorang budak yang ditinggalkan ayahnya.. Kemudian ada pula kuasa yang masuk ke dalam badan dan mengganggu emosi.. Mencari jalan yang benar dan menerima takdir bukanlah mudah tapi berjaya diatasi.. Gitu.. Versi muda ini tak berapa menarik berbanding versi yang geng-geng otai.. Tak berapa masyuklah untuk Sha tengok.. Okaylah sekali tengok..


Top Commentor di Blog Mamapipie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Ada rezeki di bulan september ini.. Sha berjaya meninggalkan jejak yang banyak di Blog Mamapipie.. Tak sangka bersaing sengit dengan Anies.. hehehe.. Beza 1 komen je.. Pergh!! Berpeluh.. Kikikiki.. Boleh tengok entry Mamapp di SINI ye..


ebook | Malang oleh Nabil Latib

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat pertama kalinya Sha membaca menggunakan Google Play Books.. Terima kasih pada Ika Shoid yang berkongsi pasal buku FIXI di IG.. Ada 3 ebook percuma dari FIXI.. Sha baca Malang dahulu.. Macam biasa, Sha tak cadangkan bacaan ini untuk remaja..

Buku ini tak tebal tapi disebabkan baca menggunakan telefon bimbit, maka lambat sikitlah jadinya.. Agak penat membaca menggunakan telefon ini.. Cerita pasal kejadian malang yang mengikuti Pan.. 7 hari lepas Pan mengunjungi tempat baru akan ada kecelakaan berlaku.. Memang tak disangkalah.. Penceritaan yang menarik.. Cuma ending cerita ini macam akan ada sambungan.. Cover buku itu memang kenalah dengan ceritanya..

Sha baca pada 02.09.2019 dan selesai pada 04.09.2019..

ebook, 147 pages
Published August 2019 by Buku Fixi

Wednesday, September 4, 2019

Drama Jepun | Rider Time: Kamen Rider Shinobi (2018)

Assalamalaikum..
Hye semua..

Setiap siri Kamen Rider, akan ada beberapa spin-off  dan filem.. Ini spin-off lepas episod 17 Kamen Rider Zi-O.. Drama pendek ini pasal Kamen RIder Shinobi.. Sikit je ceritanya.. Mungkin nanti akan ada cerita penuh pasal Shinobi ini.. Shinobi ini inspirasi dari ninja.. Maka banyaklah trick ninja yang ditunjukkan.. Macam penyamaran.. Kelakar pun ada.. Suits dia cantik..

Special: Rider Time: Kamen Rider Shinobi
Country: Japan
Episodes: 3
Aired: Mar 31, 2019 - Apr 14, 2019
Aired On: Sunday
Duration: 17 min.
Sinopsis: Rider Time: Shinobi takes place in the year 2022. This timeline did not exist until it was created by Sougo Tokiwa following the events of the seventeenth episode. 

Drama & Filem September 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bawah ini Sha kongsikan drama dan filem terbaru yang akan keluar.. Ada drama dan filem dari Korea, Jepun.. Ini antara yang menarik perhatian Sha.. Ada yang menarik minat ke?? Sha selalu tengok online dekat FastDrama.. Filem lambatlah.. Kalau drama cepat je ada.. subtitle bahasa inggeris..

Drama: Kamen Rider Zero-One
Country: Japan
Episodes: 0
Aired: Sep 1, 2019 - ?
Aired On: Sunday

Drama: Flower Crew: Joseon Marriage Agency
Country: South Korea
Episodes: 16
Airs: Sep 16, 2019 - Nov 5, 2019
Airs On: Monday, Tuesday
Network: jTBC, Viki
Duration: 60 min.

Drama: Barrack O'Karma
Country: Hong Kong
Episodes: 20
Aired: Sep 16, 2019 - Oct 11, 2019
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday
Network: TVB Jade
Duration: 45 min.

Drama: When Camellia Blooms
Country: South Korea
Episodes: 32
Airs: Sep 18, 2019 - Nov 7, 2019
Airs On: Wednesday, Thursday
Network: KBS2
Duration: 35 min.

Drama: Vagabond
Country: South Korea
Episodes: 40
Airs: Sep 20, 2019 - Nov 23, 2019
Airs On: Friday, Saturday
Network: SBS, Netflix, Netflix, Netflix, Netflix
Duration: 35 min.

Drama: Melting Me Softly
Country: South Korea
Episodes: 16
Airs: Sep 28, 2019 - Nov 17, 2019
Airs On: Saturday, Sunday
Network: tvN
Duration: 60 min.


Movie: Cheer Up Mister Lee
Country: South Korea
Release Date: Sep 11, 2019

Duration: 1 hr. 51 min.


Movie: The Bad Guys: Reign of Chaos
Country: South Korea

Release Date: Sep 11, 2019

Novel | Hiatus oleh Budak Tomato

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha punya.. Sha beli sebab katanya cetakan yang ini ada masalah.. Ada berkaitan dengan panduan pelaporan media katanya.. Tak kisahlah.. Sha okay je baca.. Ada perkara yang baik boleh kita ambil untujk jadikan teladan ada perkara negetif yang kita kena letak tepi.. Ini ada dalam semua buku.. Baik yang kita cari, maka baiklah yang kita akan dapat..

Pada Sha Hiatus ini sangat sampai ke hati.. Sha faham perasaan Talhah dalam buku ini.. Rasa yang Talhah lalui itu pernah Sha hadap.. Sama macam Talhah Sha tak ekstrem untuk membunuh diri atau mencederakan diri.. Tapi Sha buat juga.. Cuma tak melukakan lah.. Ada cara yang tersendiri.. Untuk mereka yang pernah ada rasa itu, jangan mengalah.. Sentiasa berjuang.. Kerana kekuatan itu ada dalam diri.. Carilah bantuan dengan meluahkan.. Tak mudah.. Susah tapi usahalah.. Membaca memang satu terapi yang baik.. Hayati setiap bait yang disampaikan penulis.. Tak kisahlah buku itu inspirasi dari kisah benar atau rekaan tetap ada sesuatu yang mampu meresap ke hati.. Baca..

Sha baca pada 01.09.2019 dan selesai pada 02.09.2019.. 

Hak milik peribadi Sha..
Published October 2017 by Iman Publication

@imanpublication
Ramai dalam kalangan kalian yang bertanya berkenaan novel Hiatus tulisan Budak Tomato, @tls9._ terutama akhir-akhir ini.
Dengan penuh dukacita kami maklumkan bahawa penjualan Hiatus dihentikan buat waktu ini berikutan terdapat beberapa bahagian dalam novel tersebut yang tidak mematuhi Panduan Pelaporan Media berkaitan kesihatan mental yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kami tidak arif mengenai panduan ini sewaktu Hiatus diterbitkan, dan kami berazam untuk memperelok keadaan sehabis baik.
Keputusan ini pastinya tidak mudah, tetapi ia perlu diambil. Sebagai penerbit yang juga sebahagian daripada anggota masyarakat, kami bertanggungjawab penuh terhadap setiap buku yang kami keluarkan.
Dan ini adalah satu pengalaman yang berharga buat kami dalam menghasilkan konten yang terbaik untuk setiap pembaca IMAN.
Perbincangan dengan Mato masih berjalan dalam usaha mengemaskini isi kandungan novel ini, dan akan kami maklumkan perkembangannya dari masa ke masa.
Kami memohon maaf kepada para pembaca yang terkesan secara yang tidak kami ingini, dan juga kepada mereka yang tercari-cari Hiatus selama ini.
Because great contents, and you, matter.
Fatin Syamimy
Ketua Pegawai Eksekutif
Iman Publication Sdn Bhd
#hiatusmato

Tuesday, September 3, 2019

Bisul Amani Pecah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang dah sampai masa, bisul Amani pecah tengahari tadi.. Amani pun tak perasan.. Balik sekolah, pegasuh tengok baju sekolah Amani penuh darah.. Pengasuh telefon Sha.. Bergegas Sha ambil Amani dan bawa ke Kecemasan.. Kecemasan call Klinik Pakar SOPD.. Sebab ada surat temujanji kan.. Doktor pakar dekat Klinik SOPD suruh datang situ.. Terus Sha pergi Klinik Pakar SOPD untuk daftar.. Tak lama pun menunggu.. Dalam 5 minit macam tu dah dipanggil.. Doktor tengok, picit dan periksa terus nurse sediakan perkakasan.. Amani dah ready nak lari.. Jenuh juga pujuk dia untuk baring.. Tukar baju hospital sebab Sha memang tak bawa baju extra.. Dengan Sha sekali kena sarung.. Doktor risau darah dan nanah tu memancut sebab Sha kena pegang Amani sama..

40 minit jugalah proses buang nanah, darah kotor dan bersihkan tu.. Besar lubang dia.. 3 orang kena pegang Amani.. Kuat dia meronta.. Doktor toreh sikit nak bagi mudah nanah tu keluar.. Cuci, korek dan picit.. Bagus betullah doktor tu buat kerja.. Sha yang tengok pun ngeri.. Doktor cucuk juga ubat kebas sikit.. Amani dalam sakit-sakit tu boleh dia buat lawak cakap nak tidur.. Dia pejam mata sungguh.. Kami panggil 2,3 kali baru dia buka mata.. Doktor risau dia pengsan.. Dia boleh selamba je.. Sabar jelah.. Jenuh doktor dengan nurse tu gelak.. Amani.. Amani..

Doktor bagi surat untuk cuci luka setiap hari di Klinik Komuniti ataupun Klinik Kesihatan.. Hari-hari nak kena pergi cuci.. Besar betul lubang dia.. Tadi sebelum doktor tutup luka tu, doktor masukkan kain yang ada ubat dalam karung bisul tu.. Pastu baru bubuh plaster.. Malamnya kami ke farmasi cari kain dan salitape sebab plaster yang doktor bagi tu dah tertanggal..

Kenangan 03 September 2019..

Drama Jepun | Kamen Rider Zi-O (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awesome.. Layan drama ini je weekands aritu.. Layan dengan anak-anak.. Hahaha.. Sha tengok lepas habis semua siri ditayangkan.. Ada 49 episod semuanya.. Tapi 25 minit je setiap episod.. Pada Sha memang bestlah.. Sha memang minat Kamen Rider ini dari dulu lagi.. Kalau nak tengok online boleh ke FastDrama.. Sha memang selalu tengok kat sini.. Kalau drama laju lah update.. Filem lambat sikit..

Kamen Rider kali ini guna tema masa dan gabungan semua kamen rider yang sebelum-sebelum ini.. Bila masa depan makin kelam dan Kamen Rider jadi Overload yang jahat, ada askar yang mengembara ke zaman lampau untuk membunuh remaja yang bakal jadi kamen rider Overload.. Tapi remaja yang mereka jumpa langsung tak sama dengan Overload yang berada di masa hadapan.. Perubahan itu membuatkan askar dan remaja itu menjadi kawan.. Dalam masa yang sama ada tiga Time Jacker yang cuba mencari calon lain untuk menjadi Overload.. Episod demi episod menunjukkan penjahat yang sebenarnya.. Semuanya kerana askar dari masa hadapan yang kembali ke zaman silam.. Sejarah telah diganggu dan diubah maka masa hadapan mula menjadi kacau bilau.. Gitu.. Bila tengok drama macam ini, imaginasi kena tinggi dan tak boleh bergantung pada logik.. Sebab tu Sha suka.. Lari dari norma kehidupan realiti.. Kalau secara realitinya pun kita tak boleh ubah sejarah, kerana perubahan itu akan menghasilkan masa hadapan yang berbeza.. Setiap tindakan ada kesannya.. Itu kenyataan.. Nampak tak.. Walaupun fantasi tetap ada pengajaran.. Ambil yang positif, yang negetif jadikan sempadan.. Gitu..

Drama: Kamen Rider Zi-O
Country: Japan
Episodes: 49
Aired: Sep 2, 2018 - Aug 25, 2019
Aired On: Sunday
Duration: 24 min.
Sinopsis: In the fall of 2018, a time machine appears before a hero born in the year 2000. The hero has always dreamed of becoming a king. A mysterious girl appears from the time machine, telling the hero “I come from the year 2068, a world without hope where the king of demons reigns supreme.” The girl has come from the future in a desperate effort to change her own time. The girl then gives the hero an ominous warning “You will become Kamen Rider Zi-O, King of Time, the demon destined to rule the world.” Can this really be the hero’s fate? This is the story of a Kamen Rider who would be king, who will fight to save the past, present, and future, encountering the various Heisei Kamen Riders throughout space-time.

Aplikasi | Google Play Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkenalan Sha dengan aplikasi ini adalah melalui dua entry Instagram di bawah ini.. Sebelum ini pernah juga buka tapi agak complicated walaupun free.. Kali ini nampak lebih mudah.. Tak susah.. Klik je buku free yang kita nak, lepas tu dah boleh download.. Search je dekat Google Play Store.. Sekarang Sha tengah baca Malang.. Dah bab 5.. Terima kasih Sicashoid my books friends.. 

Buka je Instagram nampak Sicashoid kongsi pasal buku terbaru FIXI dan ada ayat terima kasih sebab bagi baca free.. Uish!! Pelik ini.. Terus Sha pergi IG FIXI..

Jumpa entry ini.. Nampak perkataan Google Play tu, tahu dah mesti ada dekat Aplikasi Play Books.. Buka aplikasi tu dan Sha search FIXI.. Keluarlah senarai buku yang dikehendaki.. hehehe.. Tapi kena cepatlah sebab ada tempoh masa tu.. Sampai 16 September je..

Paparan bila Sha buka aplikasi Play Book


Bila klik buku FIXI tajuk Malang oleh Nabil Latib.. Klik Download Now lepas tu dah boleh baca..

Dah baca jangan lupa bagi bintang dekat aplikasi Google Play Read dan Goodreads.. Support sikit buku ini..

Ini paparan lepas Sha download tiga ebook FIXI tu.. Download teruslah tiga-tiga buku itu.. Bonus wei.. Bukan senang nak dapat baca buku baru cam nie kalau tak beli..

Selain buku FIXI, ada je buku lain yang percuma.. Cuma banyak buku bahasa Inggeris lah.. Beli ebook lagi murahlah dari fizikal.. Kalau budget tak banyak, bolehlah beli ebook.. Tapi buku fizikal juga best..

Sunday, September 1, 2019

Bisul di Ketiak Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berkampung di Kecemasan.. Amani tumbuh bisul dekat bawah ketiak kanan.. Dah seminggu dan Sha baru dapat tahu.. Itupun sebab Imani bocor rahsia, mengadu kat ayah.. Kalau tunggu Amani cakap, memang dia tak akan cakap.. Amani takut kena pergi Hospital.. Sha pula memang lepas tahu terus ajak Encik Suami bawa ke bahagian kecemasan.. Sha memang lebih suka ke Hospital Kerajaan terlebih dahulu.. Bila doktor tengok, terus doktor tu call bahagian pembedahan.. Doktor pembedahan suruh bagi makan antibiotik dulu dan datang balik pada hari Jumaat nanti.. Amani dengar je terus pucat muka dia.. Pucat tak pucat memang kena hadap juga.. Jadi emak ini memang kena kental walaupun dalam hati, koyak habis.. Pengalaman seorang emak..

Dekat tanda bulat tulah bisulnya.. Muka risau habis.. Mujurlah kejap je kat Kecemasan ini.. Doktor dan misinya pun ramah dan sangat membantu..

Nestle Ice Cream Pika Pika Drumstick

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim lagi.. Makanan kesukaan kan..Kali ini Sha cuba Aiskrim Pikachu.. Sedapnya wei.. Rasa kacang dia ngam habislah.. Memang siapa-siapa yang suka kacang dan coklat, pasti akan suka aiskrim ini.. Cuma harganya agak mahal sikitlah.. RM3 kalau beli di Petronas.. RM2.80 kalau beli di 99Speedmart.. Kena pandailah pilih nak beli di mana.. Hehehe..

Comelkan packaging dia.. Pika Pika..

Aiskrim dengan rasa kacang pecan bercampur dengan sirup coklat di bahagian tengahnya.. Bahagian atas pula dihiasi coklat dan ketulan kacang badam..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com