Sunday, February 9, 2020

Menang Peraduan Novel Bramfield House

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki dapat sagu hati untuk Peraduan Novel Bramfield House.. Saja cuba-cuba.. Lagipun Sha ini bukan kreatif sangat.. kikiki.. Bila menang nie, teruja dia lain macam.. Terima kasih pada novelis yang sudi menganjurkan peraduan.. Tahniah juga buat rakan-rakan lain yang menang..


Alhamdulillah.. Rezeki bulan Februari 2020..

Saturday, February 8, 2020

Filrm China | Once Upon A Time (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedih filemnya.. Dua kekasih yang bercinta.. Melalui 3 kehidupan.. Namun kerana gangguan pihak ketiga mereka terpisah.. Saat cerita sebenar terbongkar, kekasih hati tak dapat diselamatkan kerana melakukan pengorbanan.. Filem fantasi yang menarik mengenai rubah berekor sembilan dan anak raja syurga..

Tapi Sha tengok sebab ada Yang Yang.. Senyumannya manis.. Kebetulan dalam filem ini dia banyak tersenyum berbanding dengan watak dalam drama Love O2O.. hehehe..

Once Upon A Time
Also Known As: San Sheng Sanshi, Shili Taohua , Three Lives Three Worlds, Ten Miles of Peach Blossoms , 三生三世,十里桃花 , San Sheng San Shi Shi Li Tao Hua
Screenwriters: Tang Vivien
Genres: Historical, Romance, Wuxia, Drama, Fantasy, Melodrama
Country: China
Type: Movie
Release Date: Aug 4, 2017
Duration: 1 hr. 40 min.
Three hundred years ago, Bai Qian stood on the Zhu Xian Terrace, turned around and jumped off without regret. Ye Hua stood by the bronze mirror to witness with his own eyes her death. 

Three hundred years later, in the East Sea Dragon Palace, the two meet unexpectedly. Another lifetime another world, after suffering betrayal Bai Qian no longer feels anything, yet she can't seem to comprehend Ye Hua's actions. Three lives three worlds, her and him, are they fated to love again? 

Based on the novel by Táng Qī Gōngzǐ

ebook | Lebanese oleh Andra Ziyyad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah cinta terlarang dua wanita.. Tanpa sedar perasaan hadir dalam hati Hani dan Julia.. Mereka hanyut dibawa nafsu.. Namun teguran dan hinaan dari Fikri menyedarkan Hani hingga Hani menghilang dari hidup Julia.. Namun takdir menemukan mereka sekali lagi hingga mereka hanyut kembali.. Teguran datang kepada Julia pula melalui anak buahnya.. Julai nekad berubah dan tinggalkan Hani..

Kisah yang dikupas menarik namun menggunakan terlalu banyak Bahasa Inggeris, membuatkan cerita jadi kurang menarik.. Kisah sonsang yang dikupas dengan cara tersendiri.. Peranan kawan-kawan dan keluarga turut dipaparkan.. Jangan risau, tak ada babak seks..

Sha baca dan selesai pada 07.02.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published February 21st 2017 by Buku Pojok

Filem Korea | Metamorphosis (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem mengenai seorang paderi yang gagal menyelamatkan seorang budak perempuan yang dirasuk setan.. Setan tu bersumpah akan mengganggu keluarga paderi itu.. Paderi itu hidup dalam keadaan bersalah.. Abang paderi tu dan keluarganya terpaksa berpindah akibat peristiwa itu.. Malangnya rumah yang mereka duduk bukanlah rumah yang baik.. Ada sesuatu yang sudah sedia ada dalam rumah itu dan bakal mengganggu keluarga tersebut.. Siapakah yang jahat dan berjayakah paderi tu menyelamatkan keluarga abangnya.. 

Filem yang lurus tanpa perlu meneka siapa penjahatnya dan bergerak dengan mood suspen bila setan menyamar menjadi salah seoran ahli keluarga dan berperangai pelik.. Gore gila.. Kalau tak minat darah dan seram, baik jangan tengok.. Meremanglah bulu roma Sha masa tengok filem ini..

Movie: Metamorphosis
Also Known As: Transformation
Directors: Kim Hong Seon
Genres: Thriller, Horror, Psychological, Supernatural
Country: South Korea
Release Date: Aug 21, 2019
Duration: 1 hr. 53 min.
An evil spirit that changes faces infiltrates one family placing one brother in danger while the other tries to save him.
(Source: HanCinema)

Friday, February 7, 2020

Novel | Semanis Tart Ceri oleh Maslina Ngadiman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisahnya begitu lurus dengan ayat tak berbinga.. Kepelbagaian karekter yang dibuat penulis untuk cerita ini membuatkan buku ini jadi menarik.. Ada pengakhiran untuk kebanyakkan watak namun untuk Rehana dan Khairul agak tergantung.. Rasanya macam ada sambungan untuk novel ini sebab kesudahan watak utama pun masih tergantung..

Sha baca pada 05.02.2020 dan selesai pada 07.02.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published August 16th 2010 by PTS One Sdn Bhd

Drama Taiwan | The Ghost Bride (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini ada 6 episod je.. Ditayangkan di Netflix.. Sha betul-betul tergoda nak tengok drama ini lepas tertengok trailer dekat bawah ini di Youtube.. Menarik dan memikat..

Kisah Li Lan yang dipaksa berkahwin dengan lelaki yang dah mati.. Li Lan menolak namun hantu lelaki yang dah mati tu menghantui Li Lan untuk tetap menjadi pengantinnya.. Lelaki yang dah mati tu jahat dan perasan bagus.. Dia tak crossover sebab merasuah pengawal dunia kematian untuk terus kekal diantara dua alam supaya tak dibicarakan.. Tiba-tiba ayah Li Lan berada dalam keadaan koma dan Li Lan membuat perjanjian dengan lelaki mati tu untuk mencari pembunuh lelaki tu dalam masa 10 hari.. Saat hampir menemui pembunuh, Li Lan koma..  Selain Li Lan ada Pengawal syurga yang turut menyiasat kematian lelaki jahat tu.. Pembunuh lelaki jahat tu memang tak disangka.. Plot twist sungguh..

Trailer The Ghost Bride yang buatkan Sha tertarik nak tengok drama Taiwan ini..
Inilah hero dan heroinnya..

Ghost Bride @ 彼岸之嫁 @ BI An Zhi Jia
TW/SEA Drama | NETFLIX | Released : 23 January 2020 | 6 Episodes | Genre : History, Mystery, Horror, Drama, Supernatural, Thriller
PLOT: In 1890s Malacca, Li Lan finds herself in the afterlife. She was forced to marry a dead man as a ghost bride in exchange to have her family's financial debt forgiven. Her attempt to escape the obligation was complicated by her discovery of a conspiracy that was much bigger and more mysterious than she ever thought she would be in..

Hot & Roll Cheezy Jumbo Wrap

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hot & Roll tengah promosi sekarang ini.. Bayar dengan Touch 'n Go eWallet harga jadi RM2.50 sahaja untuk tiga menu ini iaitu Cheezy Jumbo Wrap, Cheezy Beef Wholemeal Wrap dan Cheezy Chicken Wholemeal Wrap.. Sha cuba Cheezy Jumbo Wrap, memang puas hatilah.. Bayar RM2.50 dapat wrap yang besar dan penuh isi kat dalam.. Mengenyangkan tau.. Promosi ini sampai 29 Februari 2020 je.. Jadi tunggu apa lagi, pergilah grab dan cuba..

Cheezy Jumbo Wrap

Tengoklah isi dalam dia.. Sosej jumbo tu besar, ada sayur, sos dan roti yang mengenyangkan.. Memang puas hati dan berbaloi bayar.. Harga asal RM7.90

Promosi Touch 'n Go eWallet..

Thursday, February 6, 2020

Random Photo #4 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila tak tahu nak up entry apa, jomlah kita tengok koleksi gambar dalam telefon sebelum gambar ini lenyap.. Bila buat entry dekat blog ini, adalah kenangan untuk dikenang.. Hehehe..

Cikgu hantar dalam group whatsapp.. Seronoklah tu kat sekolah.. Tahun ini 3 hari pakai baju sukan.. Selasa, Rabu dan Jumaat.. Dua hari je pakai baju kurung.. Takdelah berat sangat nak menggosok dan membasuh baju putihnya.. Tapi baju sekolah agama tetap 5 pasang.. Cuma yang kecik ini pembersih sikit, memang mudahlah nak basuh bajunya..

Aiskrim ini sedap.. Bila beli kali kedua baru tahu datang dari mana rasa masin tu.. Ada karamel dekat aiskrim vanila tu.. Tu yang ada rasa masin.. 

Rezeki dari staf Unit Psikologi.. Sha buat pemeriksaan aset, nak balik dapat gift ini pula.. Beras Basmathi.. Alhamdulillah..

Rezeki lagi.. Anak staf sepejabat dengan Sha buat sambutan birthday dekat sekolah tadika bagi makanan kat atas ini.. Mak nya bagilah kat kami-kami juga.. Sedap dan Sha cadang macam nak buat untuk Imani juga nanti awal bulan 3 ini.. Bawa ke sekolah..

Murah betul rezeki hari ini.. Dapat biskut pula buat kudap-kudap petang.. hehehe.. Makan jelah kerjanya.. 

Drama China | Love O2O (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada tengok Love O2O (2016) versi filem.. Best dan ohsem.. Drama ini tak tergerak pun nak tengok.. Cuma lepas tengok My Amazing Boyfriend rasa macam nak tengok drama fantasi lagi.. Sha cuba cari dekat Youtube drama yang menarik.. Terjumpa drama ini.. Cuba tengok 1 episod, wah best.. Patutlah Tiara recommend.. Boleh baca review Tiara di entry Love O2O.. Drama ini ada versi filem tapi guna pelakon lain boleh baca review Sha di entry bertajuk Filem China | Love O2O (2016)..

Drama ini jadi seronok nak tengok bila dia selitkan babak dari game tu.. Buat kita rasa teruja tengok hubungan hero dan heroin yang ala sweet je dalam game tu.. Hubungan hero dengan rakan-rakan dia pun best.. Cerita dia memang lain dari biasa.. Tak ada adegan cinta tiga segi ke apa ke.. Hero memang dari episod pertama dah tertarik dengan heroin dan berkenalan dengan heroin melalui game.. Manakala heroin pula jatuh cinta dengan hero dalam game dan kemudian baru jatuh cinta dengan hero secara real.. Gangguan pun datang dari salah faham orang disekeliling namun hero tak mudah terpengaruh dan percayakan heroin.. Bila tengok diorang berkerja untuk bangunkan mobile game memang seronok.. Cara hero layan heroin pun ohsem.. Malah tak ada lah sweet ke apa tapi kita rasa dia punya sweet tu.. Tengok drama ini memang boleh buat kita senyum sendiri.. Tak logik tapi menghiburkan.. Hehehe.. 

Drama: Love O2O
Also Known As: A Smile is Beautiful, Weiwei's Beautiful Smile, Just One Smile is Very Alluring, Wei Wei Yi Xiao Hen Qing Cheng, Love Online to Offline, Cinderella is Online, Your Smile is very Alluring
Screenwriters: Gu Man
Directors: Lin Yu Fen
Genres: Adventure, Friendship, Business, Comedy, Romance, Drama
Country: China
Episodes: 30
Aired: Aug 22, 2016 - Sep 6, 2016
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday
Original Network: JSTV
Duration: 45 min.
Xiao Nai is a gaming expert who, courtesy of his basketball skills, academic excellence, swimming talent and game company presidency, also happens to be the most popular student on campus. When he first comes across the gorgeous computer science major Bei Wei Wei, the infinitely talented wunderkind immediately falls in love. But it’s not Bei’s looks that he notices; it’s the ridiculous mastery with which she is commanding her guild and owning everyone in an online multiplayer game that makes her impossible to forget. Now, Xiao Nai must use his skills both in real life and online to capture the adorable but dorky Bei’s heart. But does their love have the XP to succeed, or will this relationship never level up?

Sarapan & Bekal Anak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sarapan apa pagi ini?? Sha bawa roti telur dan roti sosej.. Lebihan bekal anak ke sekolah.. Sekarang ini setiap pagi kena sediakan bekal buat Amani dan juga Imani.. Kadang sampai tak tahu nak masakkan apa.. Sebab mereka punya selera berlainan.. hehehe.. Kalau Imani nak roti sosej, kakak nak roti telur.. Kalau adik bawa roti sapu planta dan bubuh gula, kakak pula nak roti bakar dan telur dadar.. Mak lah pening setiap pagi kena fikirkan apa yang nak dimasak.. hehehe.. 

Pagi ini memang masak banyak, tu yang Sha bawak lebihan tu ke pejabat.. Lepas tu singgah kanti pejabat, tapau sambal sardin.. Buat cicah.. Jadilah sarapan pagi ini.. Esok, kita fikir lain nak masak apa.. hehehe.. Jemput sarapan..

Wednesday, February 5, 2020

Novel | Srikandi vs Arjuna oleh Izza Aripin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini mengisahkan percintaan 3 segi antara Zaihan, Ridd dan Shahrein.. Ridd dah pun ditunankan dengan Shahrein disebabkan ayah Ridd yang suruh namun Ridd menganggap Shahrein hanya sebagai abang.. Bila sambung belajar, Ridd berkenalan dengan Zaihan dan mereka bermusuh namun dari permusuhan terdetik rasa cinta.. Namun ayah Ridd menghalang dan Ridd tetap dikahwinkan dengan Shahrein.. Konflik bermula bila Shahrein bukanlah lelaki yang baik.. Hidup Ridd sangat terseksa dengan perlakuan Shahrein.. Sehinggalah Ridd kembali menetap di KL dan mula kembali bersemangat untuk mempertahankan hak dan anak yang dikasihi.. Masa ini Ridd bertemu kembali dengan Zaihan.. Dengan bantuan nasihat dan guaman dari Zaihan, Ridd bangkit melawan Shahrein demi mempertahankan hak..

Penulis berjaya menyelitkan konflik suami isteri yang menarik untuk dijadikan tauladan kepada pembaca.. Konflik yang dibawakan penulis memang ada terjadi dalam masyarakat cuma kaum wanita agak takut untuk mempertahankan hak disebabkan proses penceraian yang lama dan juga tipu helah suami dalam usaha tidak mahu membebaskan isteri.. Pada Sha novel ini menarik bila dah masuk separuh akhir..

Sha baca pada 01.02.2020 dan selesai pada 04.02.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published June 9th 2011 by Alaf 21

Filem Jepun | Girls in the Dark (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ngeri bila perempuan mula menunjukkan belang psiko.. Cerita dimulakan dengan kematian Shiraishi Itsumi.. Kemudian ahli kelab literature yang masih tinggal meneruskan perjumpaan mereka seperti biasa dan berkongsi cerita mengenai Shiraishi Itsumi dari sudut pandangan mereka.. Namun cerita yang terakhir memberikan pendedahan yang mengejutkan.. Dikalangan mereka wujudnya manusia yang berhati kering.. Ngeri oii bila tahu kesudahan filem ini.. Owh ya, sila jangan tonton dengan anak-anak.. Ada babak yang agak sensual di hujung-hujung cerita..

Movie: Girls in the Dark
Also Known As: Ankokou Joushi, Ankoku Joshi, The Dark Maidens
Directors: Yakumo Saiji
Country: Japan
Release Date: Apr 1, 2017
Duration: 1 hr. 45 min.
One day, Shiraishi Itsumi dies at Seibo Maria Girls High School. She falls off from the rooftop of a school building. Itsumi is the daughter of the administrator at the school and she was envied by all the other students there. Did Itsumi kill herself or was she killed accidentally or intentionally? At the time of her death, she held a lily of the valley flower in her hand. A rumor spreads that somebody in the literature club killed Itsumi. Itsumi was the president of the literature club. A friend of Itsumi, Sayuri, is now the president and she holds a regular club meeting, reading stories written by members. The theme of the meeting is “Shiraishi Itsumi’s death”. (Source:  AsianWiki)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com