Tuesday, February 25, 2020

Wall's Cornetto Black Hōjicha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Untuk tekak Sha aiskrim ini biasa-biasa je.. Sekali rasa dah cukup.. Nak beli lagi memang tak kot.. Aiskrim ini tak manis dan sos coklat ditengahnya menyelamatkan rasa dia.. Sha beli sebab tertarik dengan pembungkusan dia yang hitam dan seksi.. Hahaha.. Hitam itu sentiasa memikat.. Gitu.. Sha jumpa dekat TF Value Mart.. Dekat 7Eleven, Petronas atau 99 Speedmart tak nampak pula.. 

RM3 satu ini

Rupa dia bila dah buka pembalut.. Hitam.. 

Atas tu macam biskut.. rangup dan crunchy..

Kat tengah dia ada sos coklat.. sampai ke hujung tau.. Yang ini jelah penyedapnya pun..

Pengalaman Menaiki ETS Gold

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pengalaman pertama menaik ETS Gold.. Sha beli tiket ETS ini 24 jam sebelum naik.. Sebab perjalanan pendek dia jual dalam tempoh 24 jam sebelum perjalanan.. Sha nai ETS ini sebab entry Jalan-jalan Naik Motor ini.. Ini je pengangkutan awam yang paling cepat untuk ke Ipoh.. Harga Tiket dari Tanjung Malim ke Ipoh untuk seorang dewasa ialah RM25.. Laju dan selesa.. Cuma Sha tak jelajahlah ETS ini.. 

Beli tiket ini pagi ahad jam 8.41 pagi untuk perjalanan hari Isnin jam 8.41 pagi.. Sha beli di kaunter KTM.. Pekerja itu minta nama penuh, no IC dan no fon.. Nama dan No IC itu nanti akan dicetak diatas tiket..

Wajah-wajah teruja nak menaiki ETS.. hehehe..

Monday, February 24, 2020

Jalan-jalan Naik Motor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Penat.. Hehehe.. Seperti dalam entry Sha pagi tadi, Sha melakukan aktiviti menunggang motor bersama encik suami.. Sebenarnya tujuan asal ialah ambil motor encik suami di Ipoh.. Beliau beli motor baru.. Motor Honda RS 150R.. huhuhu.. Kat Ipoh je yang murah dan berbaloi.. Dah alang-alang ke Ipoh, Sha ajak encik suami naik Cameron Highlands dari Simpang Pulai dan turun ke Tapah.. Merasalah pengalaman menunggang motor dengan jarak yang jauh.. hahaha.. Kami ke Ipoh naik ETS.. Dari Stesen Keretapi Ipoh ke Silibin, kami naik Grab.. Okaylah driver grab tu.. 

Motor baru encik suami.. Beliau beli di kedai motor Kin Wah Motorcycle Shop, Jalan Silibin di Ipoh.. Memang murah dari harga di Tanjung Malim atau Slim River.. Sales person dia pun ohsem sangat.. Memang Sha recommend lah kedai ini..

Sebelum naik CH, singgah isi perut dulu.. Lapar wei.. Lepas makan terus gerak naik CH.. Sejuknya suhu.. Sempatlah singgah bergambar dan cuci mata tengok pelbagai jenis sayur, bunga dan buah.. Beli strawberry dan sayur baby kailan je..

Singgah kejap dekat Kampung Sedia makan aiskrim strawberry dan beli scones.. Lepas tu solat kejap dan gerak turun ke Tapah.. 

Masa turun ke Tapah jumpa tempat ini.. Actually ada juga bila naik dari Simpang Pulai tapi Sha tak singgah.. Sha tinggah yang nak turun ke Tapah je.. Cantik wei..

Turun Tapah singgah dekat kedai Mee Rebus.. Sha makan mee rebus daging (RM7).. Okaylah..

Encik Suami pula makan mee rebus biasa (RM5)..

Lepas makan terus keluar highway untuk gerak balik.. Dari Tapah ke Poli lebih kurang 40 minit.. Kali ini tak rasa seram, motor agak stabil.. Cuma seat dia je keras..

Let's Ride & Dating

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aktiviti yang dirancang tanpa sengaja untuk tahun 2020.. Pertama kali mencuba sebenarnya.. Selalunya kami naik kereta.. Kali ini kami naik motor.. Nanti Sha update di entry lain ye.. Doakan perjalanan kami selamat ye.. 


HelloDoktor | Pantang Larang Ibu Mengandung Terbukti Oleh Sains

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info menarik dari HelloDoktor ini wajib dibaca semua..

Oleh Mohammad Nazri ZulkafliFakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan


Kepada wanita yang telah disahkan mengandung, tahniah! Dalam masa kurang daripada setahun, jika tiada apa-apa kesulitan, anda akan bergelar ibu. Dalam menempuh tempoh kehamilan tersebut, pasti anda pernah terdengar pelbagai jenis ura-ura yang berupa pantang larang ibu mengandung, kan?

Biasalah, apabila anda berbadan dua, jika tidak dijaga dengan baik, alamatnya teruklah tahap kesihatan si ibu kelak. Kesihatan si ibu akan mempengaruhi tahap tumbesaran si manja. Maka, penting buat anda untuk mengetahui sama ada pantang larang tersebut bercanggah dengan konsep sains (mitos) atau merupakan fakta yang telah terbukti oleh kajian.

Kita tidak mahu mengamalkan sesuatu pantang larang tanpa mengetahui sebab di sebaliknya, kan? Baca artikel ini untuk tahu berkenaan dengan 3 pantang larang ibu mengandung yang telah terbukti oleh kajian sains.

Boleh ke pegang kucing sewaktu anda mengandung? 


Boleh, namun masa bersama dengan haiwan peliharaan tersebut perlu dipendekkan berikutan ia boleh menyebabkan komplikasi kehamilan yang serius. Ini mungkin antara pantang larang ibu mengandung yang paling sukar untuk anda ikuti tetapi ingat, kucing anda boleh menjadi sumber kepada mikroorganisma yang dikenali sebagai Toxoplasma gondhii.

Ia merupakan parasit yang boleh menyebabkan jangkitan toksoplasmosis melalui najis kucing, daging yang tidak dimasak dengan betul dan air yang tercemar. Oleh sebab itulah, wanita mengandung tidak disarankan untuk membersihkan najis kucing. Mereka boleh dijangkiti dan kesannya boleh melarat kepada bayi di dalam kandungan.

Perkara yang lebih menakutkan adalah, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) kebanyakan individu yang dijangkiti dengan parasit ini tidak menunjukkan sebarang simptom. Segelintir individu akan mengalami simptom seakan-akan selesema, bengkak kelenjar limfa dan sakit badan.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2014 melibatkan 219 wanita hamil di Malaysia telah menunjukkan bahawa prevalens bagi jangkitan ini berada pada peratusan 42.47. Jumlah peratusan tersebut agak membimbangkan berikutan bayi di dalam kandungan berisiko untuk mendapat jangkitan toksoplasmosis tahap serius jika ibu mempunyai status jangkitan aktif. 

Kebanyakan bayi yang terjangkit, lahir dalam keadaan bebas simptom namun mereka berisiko untuk mengalami simptom yang teruk kelak. Simptom/gejala yang boleh dialami oleh bayi tersebut seringkali berupa kerosakan mata, otak dan organ lain serta terdedah kepada jangkitan mikroorganisma kesan daripada sistem pertahanan badan yang lemah.

Jika anda perlu menguruskan najis kucing dan tiada siapa boleh membantu anda pada saat itu, gunakan sarung tangan. 

Boleh ke ambil minuman berkafein?


Jika anda merupakan peminum kopi tegar, ini mungkin berita buruk buat anda. Kafein adalah bahan yang seharusnya dikurangkan pengambilannya berikutan ia merupakan sebahagian daripada pantang larang ibu mengandung yang seharusnya dituruti. 

Bukannya tak boleh jika anda ingin mengenakan secawan kopi bagi melengkapkan rutin pagi anda. Namun jumlah pengambilannya perlu dikawal bagi memastikan kesihatan ibu dan anak berada pada tahap yang baik. 

The American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) telah menyarankan pengambilan kafein tidak melebihi 200 mg sehari jika anda sedang hamil. Bergantung kepada jenis minuman kopi (latte, mocca, americano), jumlahnya bersamaan dengan 1-2 cawan kopi. 

Pengambilan minuman kopi melebihi had tersebut boleh melanggar pantang larang ibu mengandung seterusnya menyebabkan komplikasi kepada bayi yang dikandung.

Jika anda suka minum teh, berita buruk untuk anda juga. Minuman teh turut mengandungi kafein walaupun jumlahnya mungkin jauh lebih rendah berbanding dengan minuman kopi. Menurut ACOG, anda dibenarkan untuk mengambil di antara 2 hingga 4 cawan teh bergantung kepada jenisnya (teh halia, teh peppermint).

Kafein bukan sahaja terkandung di dalam minuman kopi dan teh. Ia juga terdapat dalam minuman soda dan minuman tenaga. Berbanding dengan teh dan kopi, minuman soda dan minuman tenaga mempunyai jumlah gula yang tinggi. 

Leceh, kan? Oleh sebab itulah, jika boleh, jangan ambil sebarang minuman berkafein sepanjang tempoh kehamilan. Ia merupakan alternatif yang lebih selamat. Anda tidak perlu risau berkenaan dengan apa-apa sukatan. Minum sahaja air kosong.

Jika anda masih ingin mengenakan secawan dua minuman berkafein, saranan pantang larang ibu mengandung ini wajar diambil serius. Hal ini kerana, pengambilan minuman berkafein secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang, keguguran dan masalah bayi kurang berat badan semasa lahir.

Boleh ke buat prosedur pergigian semasa hamil?


Perubahan hormon yang dialami ketika tempoh kehamilan boleh menyebabkan gusi anda menjadi bengkak, berdarah dan mengalami iritasi kesan daripada makanan yang terperangkap pada celahan gigi. Anda mungkin tertanya-tanya adakah rawatan gigi merupakan prosedur yang perlu dielakkan semasa hamil? 

Ia bukanlah satu bentuk pantang larang ibu mengandung yang definitif. Secara amnya, adalah lebih baik jika prosedur tersebut ditangguhkan sehingga selepas bersalin. Namun buat sesetengah kes yang berisiko untuk menyebabkan jangkitan gusi, ia wajar dirawat dengan kadar segera. 

Para ibu kebiasaannya digalakkan untuk menjalani pemeriksaan dan prosedur pergigian pada trimester kedua fasa kehamilan. Oleh sebab ubat tahan sakit dan antibiotik yang diberikan semasa rawatan tersebut berlangsung mempunyai keupayaan untuk menembusi dinding darah plasenta (blood-placenta barrier), kebanyakan ibu khuatir untuk melaksanakan prosedur tersebut pada trimester pertama.

Setakat ini tiada bukti klinikal yang jelas menunjukkan bahawa terdapat kesan buruk yang dialami oleh wanita hamil yang mendapatkan rawatan pergigian pada trimester pertama. Namun, bagi mengurangkan kerisauan si ibu dan jika prosedur pergigian tersebut bukanlah prosedur kecemasan, tidak salah untuk mereka menjalaninya pada trimester kedua.

Kenapa tidak pada trimester ketiga? Jika terdapat keperluan kepada wanita hamil untuk menjalani prosedur pergigian pada trimester ketiga, ia boleh dilakukan. Cuma si ibu mungkin akan merasa tidak selesa berbaring dengan perut yang membesar untuk satu tempoh masa yang lama. Rawatan gigi elektif seperti pembersihan dan pemutihan gigi, sebaiknya ditangguhkan sehingga selepas bersalin bagi mengelakkan risiko kelahiran pramatang.

Konklusi

Jangan mudah percaya dengan ura-ura berkenaan dengan pantang larang ibu mengandung. Dapatkan pengesahan daripada pihak profesional. Pastikan perkara yang anda ingin terapkan sepanjang pengalaman anda hamil tidak akan memberikan kemudaratan kepada anda ataupun anak anda. 

Sebagai contoh, jika anda berhasrat untuk mengambil 2 cawan kopi sehari, pastikan anda ambil kira berapa cawan kopi yang telah anda minum dalam masa sehari. Jangan ambil lebih daripada apa yang disarankan kerana ia boleh menyebabkan kesan negatif terhadap anda dan perkembangan anak anda secara menyeluruh.

Info menarik di https://hellodoktor.com/ms/

Saturday, February 22, 2020

Novel | Bramfield House: Rumah Inggeris Bertiang Seri oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha ambil masa untuk baca sebab sayang nak habiskan... hehehe.. Ada kisah yang tersembunyi dalam rumah Inggeris ini.. Ianya terbongkar bila keluarga Brock datang untuk melihat.. Rumah yang sangat menyeramkan dan ada pula yang cuba membangkitkan semangat yang dah dikunci demi melunaskan dendam..

Asalnya berpunca dari ketaksuban Brock terhadap amalan pawang sehingga meletakkan semangat dalam tiang seri rumahnya.. Namun nafsunya bukan setakat amalan khurafat malah anak dara orang kampung juga nak disebatnya.. Kerana satu peristiwa, ramai nyawa yang menjadi korban.. Kedatangan keluarga Brock membongkar semua sejarah yang tersimpan rapi..

Cerita yang sangat menarik dan bagus dijadikan teladan..

Sha baca pada 18.02.2020 dan selesai pada 20.02.2020..

Koleksi peribadi Sha.. Hadiah dari penulis..
Published January 1st 2020 by FAJAR PAKEER

Friday, February 21, 2020

Korea Variety | SJ Return S3

Assalamualaikum..
Hye semua..


Variety oleh Super Junior.. Kali ini cukup ahli mereka 9 orang.. Kyun Hyun dah habis khidmat tenteranya.. Seronok tengok mereka berkumpul dan berbincang untuk album baru mereka.. Disampung aktiviti berkumpulan, ditunjukkan juga aktiviti solo ahli-ahli Super Junior.. Memang mereka ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dan berjaya sama ada secara berkumpulan mahupun solo.. Lagu-lagu baru yang diorang keluarkan bila dah kembali bersembilan pun best dan menarik.. Semuanya best-best.. Shin Dong yang chubby pun dah makin kurus.. Selain kerjaya berkumpulan, kerjaya solo setiap ahli pun makin ohsem..

Walaupun tak cukup semua, sembilan pun dah okay..

TV Show: SJ Returns 3
Country: South Korea
Episodes: 54
Aired: Sep 9, 2019 - Oct 20, 2019
Aired On: Monday, Wednesday, Friday
Original Network: Naver TV Cast, vLive
Duration: 5 min.
The show will follow the members on their individual activities, as well as their preparations for their new album that will be released this year. It will show the members choosing their title track, recording the music, practicing choreography, and participating in photo shoots for the album. (Source: soompi)

Tips Membaca Ketika Sibuk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom sha kongsikan tips yang menarik dari Facebook Must Read untuk pembaca yang disayangi semua.. Tips yang bagus untuk membantu kita supaya terus bersemangat membaca walaupun sibuk dengan aktiviti harian..

"Membaca ni selain daripada menambahkan ilmu, ia juga membantu meningkatkan kreativiti kita. Luas pembacaan, luaslah pemandangan. Baru kita dapat berfikiran lebih jelas, optimis dan kreatif!"


HelloDoktor | Realiti Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info ini bagus untuk bacaan semua.. Tak kisahlah anda ada anak, tak ada anak, dah berkahwin atau belum berkahwin..

Oleh Mohammad Nazri Zulkafli Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan


Penyakit mental kian meningkat saban tahun. Pada tahun 2016, kajian terhadap pelajar yang menuntut di sekolah bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia telah menunjukkan bahawa 2 daripada 10 pelajar sekolah di negara ini mengalami gejala penyakit mental yang serius.

Bukan senang buat ibu bapa untuk tahu berkenaan dengan risiko anak untuk mendapat penyakit mental. Ia merupakan keadaan kesihatan yang kebiasaannya tidak terzahir pada rupa luaran. Jika ia tidak dibendung, mereka boleh didiagnosis dengan penyakit mental kronik yang boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka kelak.

Artikel ini akan mengupas tajuk penyakit mental dalam kalangan kanak-kanak. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.
Kanak-kanak 10 tahun ditemui mati tergantung

Hancur hati seorang ibu apabila melihat anaknya mati tergantung pada pemegang tangga. Hakikatnya, percubaan untuk membunuh diri (sama ada berjaya ataupun tidak) dalam kalangan mereka yang menghidap penyakit mental agak tinggi.

Anak yang berusia 10 tahun itu tidak mempunyai rekod penyakit mental. Tiada bukti keganasan seksual mahupun perbuatan jenayah telah direkodkan dalam laporan bedah siasat. Punca pemergiannya hanyalah disebabkan oleh gantung diri. 

Ini bukanlah kali pertama kes menyayat hati sebegini terjadi. Beberapa kes cubaan bunuh diri oleh kanak-kanak pernah berlaku kebelakangan ini. Ingat lagikah anda akan kes kanak-kanak perempuan yang cuba untuk terjun daripada tingkat 19 selepas bertengkar dengan ibunya? 

Apakah yang telah terjadi? Adakah kita terlalu memberikan tumpuan kepada risiko untuk orang dewasa membunuh diri walhal anak-anak juga mengalami kemurungan dek tekanan hidup? Peristiwa sebeginilah yang menjadi bukti bahawasanya jiwa anak-anak muda sedang bergolak.

Masalah yang dialami oleh mereka seperti buli, perceraian ibu bapa dan kehilangan insan tersayang membuatkan perbuatan menamatkan hidup seakan-akan alternatif yang munasabah. Mereka lebih rela untuk mengambil jalan mudah daripada menghadapi stigma yang kian menebal dalam kalangan masyarakat.

Ada sahaja yang tidak kena. Mengaitkan penyakit kemurungan dengan gila tidak akan membantu mana-mana pihak. Gejala tersebut perlu dirawat dan jika ibu bapa mendapati terdapat kelainan pada corak tingkah laku anak, bawalah mereka berjumpa dengan doktor. Kesihatan mereka jauh lebih penting daripada maruah keluarga yang sering dianggap akan tercalar dek diagnosis penyakit mental.
Jumlah kes bunuh diri kian meningkat di Malaysia

Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NMHS) 2017, terdapat peningkatan pada peratusan individu yang berusia di antara 13 hingga 17 tahun daripada perspektif tingkah laku bunuh diri. Anda perlu tahu bahawa tingkah laku bunuh diri ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
Idea ingin bunuh diri: Hanya timbul idea untuk membunuh diri
Mempunyai perancangan untuk bunuh diri: Mempunyai idea dan perancangan berkenaan dengan kaedah untuk membunuh diri
Cubaan bunuh diri: Melaksanakan perancangan bunuh diri. Ia boleh berjaya atau gagal

Menurut NMHS 2017, prevalen individu yang mempunyai idea untuk bunuh diri meningkat daripada 7.9% (2012) kepada 10%. Prevalen bagi mereka yang merancang pula meningkat daripada 6.4% (2012) kepada 7.3%. Bagaimana pula dengan cubaan untuk membunuh diri?

Peratusan prevalen bagi mereka yang cuba untuk membunuh diri meningkat sebanyak 0.1% (6.9%) daripada nilai peratusan NMHS 2012. Dalam kalangan 10 hingga 40 cubaan membunuh diri, 1 kes berjaya. Bunuh diri merupakan antara 10 punca utama kematian di dunia.

Bukan semua orang yang membunuh diri mempunyai masalah kemurungan. Ada yang mengalami diagnosis penyakit mental yang lain. Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kemurungan merupakan punca utama kepada terjadinya permasalahan ini.
Bukan di Malaysia sahaja, penyakit mental kian teruk


Jika anda beranggapan bahawa peningkatan kepada kes bunuh diri ini khusus buat negara Malaysia sahaja, anda silap. Negara maju seperti England juga mengalami permasalahan yang sama. Peratusan kanak-kanak yang mendapatkan rawatan penyakit mental meningkat sebanyak 50% pada tahun 2018 berbanding dengan tahun 2015.

Syarat yang dikenakan kepada kanak-kanak yang boleh dirawat dikatakan tidak masuk akal. Kira-kira ⅓ daripada jumlah pusat kesihatan di England tidak akan memberikan rawatan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai penyakit mental tahap serius. Secara asasnya, jika tiada cubaan membunuh diri, tiada siapa pun akan mengambil kisah.

Peningkatan pada masalah kesihatan mental di negara tersebut berpunca daripada tekanan untuk mendapatkan prestasi cemerlang dan perkara yang berkaitan dengan media sosial. Kekurangan jumlah pusat kesihatan yang berperanan dalam merawat gejala kesihatan mental pada peringkat awal boleh menyebabkan komplikasi kronik.

Bayangkan, kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda awal penyakit mental disarankan untuk mendapatkan bantuan daripada badan amal kebajikan. Masalahnya, kebanyakan gerakan tersebut hanya boleh memberikan khidmat kaunseling memandangkan mereka kekurangan doktor pakar yang berlesen untuk merawat pesakit tersebut.

Kaji selidik yang telah dijalankan oleh badan amal YoungMinds telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai penyakit mental tidak mahu berkongsi perasaan mereka dengan keluarga, guru atau rakan-rakan. Antara faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan mental mereka adalah seperti berikut:
Tekanan untuk mencapai prestasi cemerlang di sekolah (77%)
Risau dengan rupa paras mereka (69%)
Masalah dengan rakan-rakan (52%)
Terlalu banyak menghabiskan masa di media sosial (27%)
Buli di alam maya

Jumlah kanak-kanak yang berusia di bawah 11 tahun yang mendapatkan rawatan penyakit mental pada tahun 2018 di England meningkat kepada 31,531 daripada 21,125 pada tahun 2015. Perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang serius memandangkan guru dan pekerja sekolah seringkali menemui pelajar yang menghantukkan kepala ke dinding berikutan tidak dapat mengawal tekanan emosi.

Selain daripada sebab yang dinyatakan di atas, kegiatan buli di alam maya juga memainkan peranan penting dalam peningkatan kes penyakit mental tersebut. Antara gejala yang boleh dialami oleh mereka yang melalui keadaan tersebut adalah:
Mengalami tekanan emosi selepas menggunakan telefon pintar atau internet
Tidak bergaul dengan keluarga, rakan-rakan atau melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sosial
Tidak mahu bercampur dengan kanak-kanak lain di sekolah
Prestasi menurun dan cepat mengamuk di rumah
Mengalami perubahan pada mood, tingkah laku, tidur dan selera makan
Berhasrat untuk tidak menggunakan telefon pintar atau komputer
Gelisah atau melatah tatkala menerima pesanan ringkas di telefon atau e-mel
Tidak mahu berbual mengenai aktiviti di alam maya (media sosial dan sebagainya)

Konklusi

Jika anak anda menunjukkan sebarang gejala atau perubahan pada tingkah laku, jangan membuat sebarang tindakan melulu berasaskan anggapan. Bawa mereka berjumpa dengan golongan profesional untuk khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan. Ingat, penyakit mental tidak khusus buat golongan dewasa sahaja!

Lebih banyak info menarik di https://hellodoktor.com/ms/

Thursday, February 20, 2020

Lirik | Eclipse by Moonbyul

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagu baru dari Korea ini Sha suka dengar.. Muzik dia ohsem dan catchy.. Bila Sha tengok makna lirik dia pun best.. Lagu yang melindungi.. Menjadi semangat dan penerang pada yang disayangi.. Gitu.. hehehe... Bila ada translation in english, bolehlah dengar dan faham.. Kalau tak ada tu, selalunya Sha layan sebab muzik dan penyanyi dia.. hehehe..



Moonbyul - Eclipse
[English Translation]

The twilight is coming
But why you're just looking at me
When the moon covers the sun
I feel Ilike I'm alone

(eclipse)

The dark hypocrite shows face
It covers the two eyes that are dyed red
Phantom that feels behind back
The pattern repeats itself like a nightmare again
Don't get away from me
I'm gonna cut out the terrible pain

Dark side of the moon that no one could reach
We'll face it, so a tightly closed door yeah

Ready set go, follow me, Follow
Dda dda dda dda dda dda dda (Eclipse)

Moon moon what moon Moonstar who will protect you
Monster to hide over the moon and swallow the light
Moon moon what moon Moonstar who will protect you
Swallow the dark world, What

When the moon covers the sun
When it loses its light and the darkness comes down
I'll become a star and shine you
Get over darkness and light up, light up, light up
I will save you, with my light
When the moon covers the sun
The one that will fill you with bright light
I'll become a star and shine you
(I'll become a star and shine you)

Dark side of the moon that no one could reach
We'll face it, so a tightly closed door yeah
Ready set go, follow me, Follow
Dda dda dda dda dda dda dda (Eclipse)

Moon moon what moon Moonstar who will protect you
Monster to hide over the moon and swallow the light
Moon moon what moon Moonstar who will protect you
I'll wake you up to your hidden instincts, What

When the moon covers the sun
When it loses its light and the darkness comes down
I'll become a star and shine you
Get over darkness and light up, light up, light up
I will save you, with my light
When the moon covers the sun
The one that will fill you with bright light
I'll become a star and shine you

Moon moon what moon
Moon moon what moon

When the moon covers the sun
When it loses its light and the darkness comes down
I'll become a star and shine you
Get over darkness and light up, light up, light up
I will save you, with my light
When the moon covers the sun
The one that will fill you with bright light
I'll become a star and shine you
(I'll become a star and shine you)


Promosi KFC 20.02.2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini KFC ada buat promosi ohsem tau.. Dua set Snack Plate pada harga RM20 sahaja.. Memang tak lepaskan peluanglahkan.. Kebetulan pula baru lepas Audit ETAC dan bos puas hati dengan performance kami, maka dibelanjanya kami KFC.. Teruslah rakan pejabat pergi beli.. Bayangkan sampai KFC pukul 10.03 pagi pun dah bersusun orang beratur.. Kalau pergi masa makan tengahari lagilah bersusun orang.. Tapi KFC memang dah bersedia menerima pelanggan sebab selalunya menu snack plate ini bermula jam 11 pagikan.. Ini buka je KFC dah boleh beli menu ini.. Baguslah pada Sha.. KFC juga hadkan pembelian.. Seorang boleh beli 3 set sahaja.. Maknanya kalau nak beli banyak, kenalah pergi bertiga atau lebih.. hehehe.. Ini dekat KFC di tempat Sha ini tau.. KFC kawasan lain tak pastilah pula macam mana proses pembeliannya..

Dua set snack plate.. Satu Sha punya, satu lagi rakan opis punya..

Tunjuk je gambar kat atas ini.. 

Wednesday, February 19, 2020

Shopee | Tayar Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ini Sha beli lagi tayar untuk Scooter.. Kali ini nak ganti tayar depan pula.. Dah gelong sangat dah tayar lama tu.. Risau tergelincir dan Sha jatuh berdebuk je.. Hahaha.. sebelum jatuh lagi, baiklah ganti dulu.. Macam biasalah.. Beli dekat Shopee je.. Harganya tak sampai RM50 pun.. Wraping pun okay.. Sekarang ini tunggu encik suami free je untuk ganti.. sementara tu kita kenalah bawa pelan-pelan.. hehehe..

Tayar RM42.40 lepas tu encik suami tumpang sekaki beli minyak untuk motor dia.. 
Beli pada 13.02.2020 dan tayar selamat sampai pada 17.02.2020.. Okaylah.. Cepat je..

My tayar dan minyak motor encik suami..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com