Monday, November 15, 2021

Novel | Gothik Puaka Eden oleh Hasrul Rizwan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuba untuk mengurangkan buku-buku yang bersusun di Rak TBR.. hehehe..

Kali ini kita baca buku comel dwi bahasa ni.. Ada tulisan rumi dan juga jawi.. Keluaran Fixi.. Kisah 3 ekor hantu iaitu Toyu (Toyol), Mat Keping (Hantu Raya) & Bustamam (Pocong) yang hidup sekali dengan manusia.. Ketiga-tiganya selalu menimbulkan masalah dalam cuba menyelesaikan masalah.. hehehe.. Memang kelakar sebagai bacaan santai..

Sha baca dan selesai pada 13.11.2021..

Sha baca koleksi peribadi Sha..
Published October 4th 2019 by Buku Fixi

Pepsi Black Lime

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak adalah melampau sangat rasa limau tu.. Dia macam ringan je rasa limau tu.. Rasa pepsi tu masih mendominasi secara keseluruhannya.. hehehe.. Saja beli sebab botol dia cantik.. kikiki..

RM2.40 - Beli di Kedai Mesra Petronas..

Sunday, November 14, 2021

Komik | Pendekar Jati oleh Indra Qirana

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Jati yang berdendam dengan datuknya akibat fitnah orang sekeliling.. Walhal Jati langsung tak mengetahui cerita sebenar.. Sehinggalah Jati bertemu dengan Qarin yang cuba memperdaya orang ramai.. Jati berjaya mengalahkan Qarin namun kemudiannya Jati terpedaya dengan kenyataan Qarin.. Bila marah menguasai diri, akhirya Jati tewas di tangan Qarin.. Datuk Jati berdepan dan menceritakan hal sebenar.. Maka Jati akhirnya kembali kepada Islam dan berjaya mengalahkan Qarin..

Sha baca dan selesai pada 12.11.2021..

Sha baca koleksi peribadi Sha..
Published December 2015 by Humaira Publication Sdn Bhd

Twin Cafe Behrang, Sg. Behrang Perak

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi perkongsian Sha mengenai kedai makan yang menarik di Behrang.. Kali ini dalam Felda Sg. Behrang.. Senang je nak cari kedainya, Google kan aja nama kedai iaitu Twin Cafe Behrang.. Pasti berjumpa.. Sebelah kafe ini ada stall berger dan char kuew tiaw.. Boleh je duduk kafe ini tapi order dari stall berger tu.. Macam yang kami buat ini.. kikiki..

Ini menunya..
Paling best nasi bajet dia.. Cuma kali ini tak makan nasi, jadi tak bolehlah nak share.. hehehe..

Senarai minuman yang ada.. Siap harga..

Cheezy wedges (RM3.50) Kesukaan Amani dan kami juga.. hehehe..

Berger daging yang mengancam.. Ini menu Sha dan encik suami, sesekali..

Char kuew tiaw (RM5) tanpa sayur, kegemaran Imani..

Berger Crispy (RM5) yang mengancam dan berbaloi dimakan.. Ini tanpa sayur dan sos, kegemaran Amani dan juga Imani..

Sesekali kami makan ayamnya sahaja.. Rasa dia macam ayam kfc.. Sedap..

Komik | Kisah Jet: Remaja Bijak, Penyelesai Masalah oleh Xsrizal

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah si Jet yang menjadi penyelesai masalah pada jiran tetangganya.. Perkongsian dalam komik ini lebih kepada teguran manja yang menyentap jiwa.. Ada yang kelakar dan kena tepat ke diri.. kikiki.. Seronok je baca komik berteladan macam ni.. Jom baca.. 

Sha baca dan selesai pada 12.11.2021..

Sha baca koleksi peribadi Sha..
Published February 29th 2016 by Humaira Publications

Mee Kari Kak Bibi, Slim River Perak

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang dah lama nak singgah beli mee kicap di stall ini cumanya sebelum ini dia tak bubuh banner macam gambar dibawah, jadinya Sha kuranglah yakin nak menyinggah.. hehehe.. Stall Mee Kari Kak Bibi ini duduknya dekat Restoran Biriyani Maju Jaya.. Sha dah dua kali beli dekat sini.. Memang sedap.. Beli bungkus dan makan dirumah.. Cumanya masa beli kali pertama ada cili kicap untuk mee kari tapi kali kedua beli dia bagi sambal tumis.. Mee kicap pula dia bagi cili jeruk..

Mee Kari Kak Bibi.. Kalau nak search kena bubuh Restoran Biriyani Maju Jaya dekat Google Map..
Antara menu yang ada dekat stall ini ialah Mee Sup, Mee Kari, Mee Kicap, Wantan Mee Kicap, Yee Mee dan Mihun Sup..

Stall nya mengadap jalan..

Wantan mee kicap kuah sup.. Sedap dan kena dengan selera Sha..
Mee kicap ini boleh juga dikawankan dengan kuah kari.. 

Mee Kari Kerang - RM6
Agak pedas sedikit sambal dia..

Saturday, November 13, 2021

Komik | Misi Straight A Plus oleh Nazry Salam, Afiq Salam

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Komik ini menghimpunkan 3 komik dari siri Komik Misi iaitu Misi 10A Finale, Misi 4 Flat serta MisiXMAP... Selain itu ada 1 tambahan komik eksklusif bertajuk Misi Upih Rider.. 3 komik tu Sha dah baca sebelum ini.. Pada Sha, okay je lah baca lagi seklai.. Tapi yang paling best dah tentulah komik eksklusif Misi Upih Rider.. Cerita pasal permainan tarik upih yang gempak dan kalau dibuat lebih panjang pasti akan jadi gempak..

Sha baca dan selesai pada 12.11.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2018 by PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Filem US | The Man from U.N.C.L.E. (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Handsome pula tengok si Henry Cavill dalam filem ini.. hahaha.. Kelakar gila gandingan diorang ini.. Satu ejen CIa, yang stau lagi ejen KGB.. Kena berkerjasama nak menghalang penjahat.. Yang sorang baran, yang sorang lagi kaki perempuan.. Memang filem yang sempoi dan kelakar.. Bolehlah nak buat layan santai-santai.. Tak ada babak pelik-pelik pun.. hehehe..

The Man From U.N.C.L.E.
2015 ‧ Action/Comedy ‧ 1h 56m
Napoleon Solo, a CIA agent, and Illya Kuryakin, a KGB operative, must set aside their differences and work together to thwart the plans of a criminal organization that wants to use nuclear weapons.

ebook | Misi x MAP (Komik Misi) oleh Nazry Salam, Afiq, Tim Misi, Hanza (Pelukis)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini jadi sangat ohsem bila bergabung dengan motivasi.. Komik ini membantu anak-anak mencari cara belajar yang bersesuaian dengan diri dalam usaha menimba ilmu.. Ada banyak teknik dan strategi belajar yang dikongsikan oleh penulis dalam komik ini.. Bacalah untuk menambah ilmu dan mengenal teknik.. Tambahan pula komik ini berwarna, ini juga bakal menarik minat anda..

Sha baca dan selesai pada 12.11.2021..

Sha baca di aplikasi Google Play Books..
Published March 15th 2016 by Komik-M, PTS Pop Sdn Bhd

Wall's Ice Cream Cornetto Cookies & Cream

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim ini sedap sebab ada rasa masin dan manis.. kikiki.. Sha pun tak tahu kenapa Sha tersuka kombinasi rasa ini.. Harga dan saiznya pada Sha, Okaylah.. Sesekali makan kan.. Aiskrim perisa vanila yang creamy bersama ketulan biskut didalam aiskrim.. Kemudiannya ada coklat dibahagian atas bersama taburan serbuk biskut.. Memang bestlah..

RM3 - Sha beli di Petronas

Sedap wei coklat dia.. Siap ada cebisan biskut..

Lapisan coklat yang tebal bila dilihat dari tepi..

Ada ketulan biskut dekat bahagian aiskrim tu juga..

Friday, November 12, 2021

Komik | Obes Itu Tak Ok oleh Ayoi (Penulis), Uchot (Pelukis)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini mengisahkan tentang Badrul yang dari kecil tak mengawal pemakanan.. Oleh kerana itu Badrul sering menjadi mangsa ejekan dan ini telah menyebabkan Badrul sering menyendiri.. Bila sambung belajar di Kolej, ada seorang rakan yang cuba membantu Badrul untuk mengurangkan berat badannya namun Badrul kembali kepada keadaan asal bila kawan dia dah tamat belajar.. Masuk alam perkerjaan juga Badrul tetap menerima nasib yang sama.. Menjadi mangsa buli dan ejek.. Badrul sendiri tak nak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal pemakanan.. Kemudian, komik ini habis tanpa kesudahan.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 11.11.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published April 2016 by Humaira Publication Sdn Bhd

Rak 'To Be Read' ebook & Buku Fizikal di Goodreads

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha rasa lagi mudah buat rak di Goodreads ini.. Jadinya untuk mengelakkan Sha dari terbeli buku/ebook yang sama makanya Sha buat dua rak tambahan di Goodreads.. Satu rak To Be Read (TBR) ebook dan satu lagi untuk buku fizikal.. Sha selalu rujuk Goodreads sebelum beli buku.. Jadinya bila buat rak TBR ini senanglah Sha nak jejak buku yang dah ada tapi belum baca.. kikiki.. 

Buku fizikal ada 125 buah.. ebook pula ada 50 buah..

Inilah dia rak TBR buku fizikal.. hehehe..

Ini pula antara ebook yang Sha dah beli tapi belum baca.. hehehe..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com