Saturday, June 3, 2023

10 Tahun Dahulu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ambil cuti tanpa gaji selama 7 bulan demi kesihatan mental..

Maaf pada yang terkeliru.. Ini kenangan 10 tahun dahulu.. 

FB imbas semula kenangan..

7-Eleven Manggo Gummy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Peknya besar namun isinya tak adalah banyak mana.. Bersesuaianlah dengan harga dia.. kikiki.. Lama dah Sha cari gummy mangga ini.. Akhirnya jumpa juga.. Mewah dengan rasa mangga.. Paling best dia pek secara individu.. kikiki.. Senanglah nak makan dan simpan.. Gitu..

7-Eleven Manggo Gummy (40g)
RM2.90

10pcs

US | SNAG (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang lelaki yang menyendiri selepas keksaihnya mati depan mata terpaksa buat kemunculan semula bila dia dapat tahu yang kekasihnya masih hidup dan ditangkap gengster.. Cerita ini tak adalah serius sangat cumanya tak sesuai tengok dengan anak-anak.. Sha pun tertengok je sebenarnya.. Sambil-sambil buat kerja, sajalah pasang nak bagi meriah.. Layanlah walaupun kelakar dan tak berapa nak real.. kikiki.. Tapi tu lah, bersambung pula.. huhuhu..

SNAG
Original title: Snag: Chapter One
2023 ‧ Action/Mystery/Thriller ‧ 1h 23m
An Australian lone wolf's quiet existence is shattered when he learns that the woman he once loved and thought was dead is alive and held captive by ruthless gangsters. Now, to take on this dangerous criminal organization, he must seek out allies and storm into a world of violence to rescue the love of his life in this gritty, modern day violent fairy tale.

Friday, June 2, 2023

7-Eleven Hazelnut Milk Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tu dia.. 7-Eleven pun dah keluarkan jenama coklat dia.. Cantik warna pembungkusan dia.. Cuma tu lah.. Tertipu pula tengok iklan dia.. Iklan dekat rak kata harganya RM3.50, tapi bila bayar RM4.50.. Sha perasan sebab minta resit, tu pun bila dah sampai rumah.. Pelik juga bila congak-congak sambil memandu.. Rupanya harga dia berbeza RM1.. huhuhu..

7-Eleven Hazelnut Milk Chocolate (37g)
RM4.50

Ada perkataan 7-Eleven dekat bar coklat tu..

Kacang hazel dia bukanlah seketul-seketul sebaliknya hancur tapi banyak.. Okaylah bila gigit tu ada rasa kacang..

Coretan 02 Jun 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha jatuh cinta lagi dengan perkerjaan Sha.. Teruja rasanya bila ada yang masuk dan melawat serta bertanyakan tentang buku.. Bahagia dan gembira sangat.. Teruja dia lain macam.. Lama dah tak merasa perasaan macam ini sejak berkerja di tempat baru.. hehehe..

Terima kasih sudi berkunjung dan bertanya tentang buku.. Pengalaman indah tahun 2023 ini..

Bersama Dr. Nomee Ashikin Dato' Mohammed Radzi dan Pengarah Hospital..

Berbual-bual tentang buku..

Lepas tu ada prbualan tambahan mengenai jenis buku, macam mana kalau nak menyumbang dan skop kerja Sha.. Malah sempatlah juga Sha bagi tahu mengenai Pinjaman Kelompok yang disediakan oelh PNM..

US | The Quest for Tom Sawyer's Gold (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pengembaraam yang menarik.. kisah 3 pelajar sekolah yang mengembara mengikuti buku catatan Tom Sawyer's demi mencari peti emas.. Pengembaraan yang sempoi dan kelakar ini diikuti oleh mak salah seorang pelajar tersebut dan juga seekor kucing yang boleh bercakap.. Filem yang santai untuk ditonton bersama anak-anak semasa cuti sekolah.. Ada pula watak buaya yang tiba-tiba boleh bercakap.. kikiki.. Kelakar dan seronoklah..

The Quest for Tom Sawyer's Gold
2023 ‧ Adventure/Family ‧ 1h 28m
A risk-averse English teacher is forced to face her fears when several of her students venture alone into the southern wilderness in search of Tom Sawyer's long lost gold.

Nomik | Nini Super Diva oleh Ney Joehan & Maghfirah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gabungan tulisan dan ilustrasi.. Macam gambar dibawah..

Buku ini menceritakan tentang Nini.. Penceritaan disampaikan dalam bentuk catatan diari Nini.. Nini telah berpindah ke tempat baru dan sekolah baru.. Di sekolah baru ini, Nini dapat kawan baru dan dia menyertai kelab muzik.. Nini juga menyertai persembahan drama.. Menarik sebagai bacaan santai.. Comel kerekter Nini ni.. hehehe.. 

Sha baca dan selesai pada 02.06.2023..

Published 2019 by PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Sha pinjam Perpustakaan

Nestle TRIX Cereal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab Imani minta.. Bukan setakat berwarna warni dan berbentuk buah, rasa dia pun rasa buah.. Memang best makan macam tu sahaja atau dengan susu.. Berperisa dan cantik di mata.. kikiki.. Beli di Shopee lagi murah pula.. huhuhu..

Nestle TRIX Cereal (330g)
RM9.31

Berwarna warni.. 

Thursday, June 1, 2023

Korea| Decoy: Part 2 (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gila.. Memang gila.. Bukan takat jahat dalam menipu tapi kejam betul membunuh.. Sudahlah mangsa ditipu duitnya, bila mangsa suruh polis menyiasat dan dia terpaksa lari ke China tetap juga dia berdendam dengan mangsa.. Memang betul-betul gila mamat Noh Sang Cheon ini.. Bolehlah pula dia berdendam dengan mangsa.. Alasan dia mangsa menyebakan dia terpaksalari ke China dan hidup melarat.. Walhal dia yang tipu mangsa.. Geram je Sha tengok mamat Noh Sang Cheon ini.. 


Drama: Decoy: Part 2
Director: Kim Hong Seon
Screenwriter: Kim Jin Wook
Genres: Thriller, Mystery, Crime, Drama
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Apr 7, 2023 - Apr 21, 2023
Aired On: Friday
Duration: 58 min.
Just under a decade ago, South Korea was shaken to the core by a financial fraud project. Thousands of unsuspecting victims were tricked into investing their life savings. After the project was exposed as a scam, its mastermind Noh Sang Cheon ran away to China in a bid to escape the police. But he was soon after reported to have died in mysterious circumstances. The trail went cold. But some eight years after he was reported dead, the evidence appears to suggest that the notorious fraudster is still alive! A spate of killings begins, with Noh Sang Cheon apparently linked to the deaths.

Trying to piece together the truth is the police officer and former lawyer Goo Do Han. Also on a quest for truth is a reporter named Cheon Na Yeon. She believes that a number of the murders have been covered – and that police investigations into the death may have been botched. The stakes begin to rise as games become deadly. What is really happening? And what role does Noh Sang Cheon play in these fatal events?

Goodreads | Mei 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Semangat membara kembali.. kikiki.. Tapi tu lah, layan ebook juga mudah.. Telefon sentiasa dekat tangan, jadi mudah sangat nak akses ebook.. Sebelum lelapkan mata biasanya Sha akan baca 1 ke 2 bab.. Sha baca juga buku fizikal sebab buat katalog.. Sambil-sambil tu kita layan sebuah dua.. kikiki..






Coretan Kenangan 31 Mei 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha terlibat dengan aktiviti Jabatan iaitu Sambutan Aidilfitri.. Yup sambutannya diadakan bukan dalam bulan Syawal kerana kekangan masa.. Meriahlah sebab setiap jabatan/unit akan hidangkan menu yang berbeza.. Ada gerai biskut raya, buah potong, rojak buah, sate, lemang dan rendang, nasi tomato, laksa, lontong, air balang, cendol, bubur kacang hijau, sandwich, kuih muih dan lontong.. Ini apa yang Sha nampak orang makanlah.. Sha memang tak tinggalkan gerai Sha pun sebab lauk ayam tu kena cedok, kalau tak ada yang ambil 2 ketul.. huhuhu..

Sha sempat makan cendol, rojak buah, buah potong dan kuih muih je.. Lain-lain hanya tengok orang lalu lalang bawak.. kikiki..

Sempat bergambar di pintu gerbang..

Gerai kami yang Sha akan bertugas nanti..

Antara gerai yang ada..

Ada gerai biskut raya juga..

Cantik dekorasinya..

Tengah bertugas.. Ini je gambar yang ada.. huhuhu..

Massimo Divino Chocolate Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap rotinya.. Makan bersama secawan kopi.. Krim berganda namun tak manis.. Bolehlah untuk dibeli lagi.. Harganya mahal 20 sen.. kikiki..

Massimo Divino Chocolate Hazelnut
RM1.40

Rotinya warna coklat dan ada cream coklat dan hazelnut..

Wajah baru dengan rasa yang sama..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com