Monday, September 4, 2023

Julie's Buttons Crackers: Hot Curry/Mini Veggie/Cheezy Cheddar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli sebab pembungkusan dia yang comel.. Boleh sekali ngap sahaja.. Biskut dengan 3 jenis rasa.. Sayuran dan keju tu dah biasalah kan.. Tapi yang kari hangat tu macam unik je.. Alang-alang nak cuba, Sha beli je ketiga-tiganya.. 

Julie's Buttons Crackers: Hot Curry/Mini Veggie/Cheezy Cheddar (60g) - RM2

Julie's Buttons Crackers: Hot Curry - Bau kari, rasa kari tapi tak keterlaluan.. Ada rasa rempah dan sedikit hangat lepas dikunyah.. Hangat di lidah..kikiki..

Julie's Buttons Crackers: Hot Curry/Mini Veggie/Cheezy Cheddar - Bau sayurnya kuat, rasanya pun sedap.. Memang best..

Julie's Buttons Crackers: Cheezy Cheddar - Sedap dan rasa kejunya tak keterlauan snagat.. Memang layanlah.. kikiki..

Sunday, September 3, 2023

Korea | Numbers (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gila kejam Han Je Kyun ini.. Memang sakit hatilah bila tengok senyuman dia bila berjaya mengenakan orang..

Sha suka dua watak utama dalam cerita ini iaitu Ho Woo dan Seung Jo.. Mereka berdua ini awalnya tidaklah berapa baik sebab salah faham.. Masuk episod 5 nampaklah kerjasama antara mereka dalam usaha nak menjatuhkan Je Kyun yang juga bapa kepada Seung Jo ini.. Tapi ialah orang licikkan, bukan senang nak ditangkap.. Ada je helah dan caranya untuk melepaskan diri.. Syok layan walaupun Sha tak minat nombor dan juga akauntan.. Sha memang betul-betul layan sebab kimia antara Ho Woo dan Seung Jo je.. Ada masanya kelakar tengok diorang dua ini..

Drama: Numbers
Also Known As: Hoegyebeobin, Accounting Firm, Neombeoseu: Bildingsupui Gamsijadeul, NUM:ERS, NUMBERS, Numbers: Observers in the Building Forest
Screenwriter: Oh Hye Seok, Jung An
Director: Kim Chil Bong
Genres: Action, Thriller, Mystery, Drama
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Jun 23, 2023 - Jul 29, 2023
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: MBC
Duration: 60 min.
Ho Woo is the first and only high school graduate accountant to join the top accounting firm in the country. With his outstanding memory, observation, adaptation, and sense of justice that ordinary accountants rarely have, he is more than a perfect employee.

Je Kyun and Seung Jo are father and son, and Je Kyun is the Vice President of the accounting firm. Despite the fact that he is well-known for his generous personality, he is a man who does not hesitate to get what he wants. Seung Jo is the ace accountant of the firm who's quite the opposite of Ho Woo. These two work together with numbers to achieve their own goals. Their goals are different, but they are headed towards the same target. Will they be able to serve justice in this accounting firm?

Arabus Drip Coffee: Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap.. Mula tu macam ragu-ragu juga, risau manis tapi bila dah rasa.. Memang best.. Rasa coklat dan kopi tu ngam.. Masih ada rasa kopi yang pahit walaupun digabungkan dengan coklat.. Boleh beli lagi.. kikiki.. Cuma tulah.. Harga dia, mahal sikit.. kikiki..

Arabus Drip Coffee: Mocha (230ml) - RM6.90

US | Ruby Gillman, Teenage Kraken (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok layan animasi ini dengan anak-anak.. Selalu tengok kraken jahat dan mermaid baikkan.. Filem ini pula sebaliknya.. Cerita pasal Ruby seorang remaja dan juga puteri kraken.. Awalnya dia tak tahu pun yang dia tu kraken tapi sebab nak selamatkan pujaan hati, barulah Ruby tahu yang dirinya kraken.. Bila Ruby bertukar, nenek dia hantar pakcik Ruby untuk bawa Ruby balik tapi mak Ruby tak bagi.. Ruby pergi juga jumpa nenek dia dan dapat tahu yang dia sebenarnya pewaris dan mermaid merupakan musuh mereka.. Ruby tak boleh nak hadam semua berita ini dan blah.. Masa dalam perjalanan balik ini, Ruby tertangkap.. Mujurlah ada Chelsea, datang membantu.. Chelsea ini mermaid.. Merekaberkawan baik dan Ruby cuba membantu Chelseamendapatkan semula tongkat yang disembunyikan mak Ruby.. Tanpa Ruby sangka, Chelsea sebenarnya berniat tak baik dan kerana ini akhirnya identiti Ruby terbongkar kepada dunia.. Kelakar dan menarik.. 

Ruby Gillman, Teenage Kraken
2023 ‧ Animation/Action/Adventure ‧ 1h 31m
Ruby Gillman is a sweet and awkward high school student who discovers she's a direct descendant of the warrior kraken queens. The kraken are sworn to protect the oceans of the world against the vain, power-hungry mermaids. Destined to inherit the throne from her commanding grandmother, Ruby must use her newfound powers to protect those she loves most.

Saturday, September 2, 2023

7E Cafe: Oreo Crunchy Bites Dipped

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makanan ini manis tau seba biskut oreo yang comel tu disaluti coklat.. Sha pun makan berdikit-dikit.. Tapi memang bestlah cumanya harga dia.. Pergh!! Ngeri.. Sebabnya beli 7E Cafe kan.. Buat rasa-rasa bolehlah.. Nak beli selau macam tak berpada je.. kikiki.. Tapi memang bestlah.. Peminat biskut oreo dan coklat pasti akan layan biskut ini macam Sha..

Oreo Crunchy Bites Dipped (110g) - RM11.90

Dapatlah sebekas comel..

Indonesia | Sri Asih (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila kemarahan gagal dikawal, memang malanglah jadinya.. Alana yang membesar dengan kemarahan tak bertepi dan sering diganggu mimpi mengenai dewi api.. Alana dijadikan anak angkat oleh Sarita dan diajar untuk mengawal kemarahannya.. Alana dipaksa berlawan dengan Mateo namun harus kalah di tangan Mateo tapi Alana dikawal oleh Dewi Api dan mengalahkan Mateo.. Sudahnya Sarita yang jadi mangsa dan dipukul hingga koma.. Kala berjaya selamatkan Alana dari dibunuh oleh orang suruhan keluarga Mateo.. Kala akhirnya memberitahu kebenaran kepada Alana yang dia merupakan pewaris Sri Asih.. Makanya berjuanglah Alana menentang penjahat yang ingin menghidupkan Dewi Api..

Sha suka tengok babak masa Alana nak dimantapkan kuasa tu.. Cantik tengok gerak geri dia.. Geram je tengok rambut Jatmiko tu.. Serabai.. Sakit mata Sha..

Sri Asih
2022 ‧ Superhero/Drama/Action/Adventure ‧ 2h 15m
Alana doesn’t understand why she is always influenced by anger. But she has always been trying to fight it. As she reaches adulthood, Alana discover the truth about her origin: she’s not an ordinary human being. She may be the gift for humanity and become its protector as SRI ASIH. Or a destruction, if she can’t control her anger.

Jalan-jalan 31 Ogos 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti sekolah dah nak habis.. Sha punya permohonan cuti, tak diluluskan.. Imani nak main dengan arnab, makanya encik suami ajak ke Negeri Sembilan.. Tak ada perancangan khusus, tapi memang nak jelajah Negeri Sembilan mana yang dapat.. Maka bermulalah perjalanan kami seawal 7.30 pagi.. Pemanduan dimulakan oleh Sha sebab encik suami kepenatan dan tak cukup rehat.. Kami keluar tol Behrang dan masuk highway terus ke Tol Duta dan lalu Kajang, Semenyih, Broga dan terus ke Lenggeng untuk makan.. Memang betul-betul lalu jalan lama kami.. Tenang dan mengasyikkan sebab lalu jalan yang tak banyak kereta.. Balik je kami terus guna highway.. Dari Jasin kami terus ke Simpang Ampat untuk keluar highway.. Sha bawa dari Jasin sampailah ke RNR Dengkil.. Pastu encik suami bawa dari RNR Dengkil sampai rumah..

Hentian pertama kami ialah bersarapan di Nasi Lemak Ikan Sembilang, Lenggeng.. Tapi jadi brunch sebab sampai pun dah dekat pukul 10 lebih.. Gitu..

Sha memang teringin nak ke Highway Temiang Viral yang cantik ini.. Singgahlah sekejap sebab memang dalam laluan.. Cumanya kami tak berhenti pun, sekadar ambil gambar dari dalam kereta sahaja.. 

Inilah destinasi utama kami.. Nabila Agrofarm, Seremban.. Walaupun tempatnya tak lah luar biasa sangat tapi Imani puas hati.. Jumpa arnab, naik kuda dan main pelbagai jenis binatang comel.. Bayaran pun berpatutan..

Singgah ambil gambar sahaja ini.. Tanda hadir di Jelebu..

Berjaya juga jumpa kopi.. Nama dia unik kan.. Apacaba Coffee ini terletak dalam stesen minyak BH Petrol.. Cafe dia cantik sangat.. Kita recharge tenaga sebelum teruskan perjalanan..

Singgah tambah pengetahuan di Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu .. Puas hati jalan dalam ini.. Macam-macam info dapat.. Masaini tukar pemanduan.. Encik suami pula bawa..

Singgah di Jempol, Rompin & Mantai semata-mata untuk ambil gambar tanda hadir.. kikiki..

Hentian terakhir kami adalah makan malam.. Patutnya nak ke satu tempat lagi tapi bila Sha yang tengok Google Map, da terlajak ke Jasin pula.. kikiki.. Jadinya lepas makan nasi ayam, terus je gerak balik Behrang.. Esok kerja guys.. kikiki..

Friday, September 1, 2023

Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak jauh dari Apacaba Coffee, kami jumpa Muzium Adat.. Alang-alang dah nampak, jom singgah.. Tiada bayaran masuk dikenakan, cuma perlu tulis nama, jumlah pengunjung dan no telefon sahaja di buku pelawat.. Ada tiga tingkat semuanya.. Selait adat Negeri Sembilan, ada juga info mengenai Agong.. 

Waktu operasi..

Ayah tengah terangkan pasal ukiran dekat kakak Amani..

Kusyuk melihat pelbagai jenis peralatan yang dipamerkan..

Apacaba Coffee, Kuala Klawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjaya juga jumpa kopi.. Oleh kerana Sha tak pernah nampak jenama ini, maka menyinggahlah kita.. Beli signature kopi dia da chocolate frappe untuk Imani.. Kopi dia memang sedap dan kena dengan tekak Sha.. Rasa kopinya berlemak gitu.. Memang masuk senarai kopi kesukaan Sha lah.. kikiki.. Frappe dia pun sedap.. Mewah coklat.. Berbaloi sangat dengan harga.. Puas hati.. Owh ya, Sha ada beli Cookies dia juga.. Lupa nak snap gambar.. 2 keping RM4.. Pun sedap..

Unik betul nama dia.. Apacaba Coffee..

Apacaba Coffee Iced (L) - RM14.00
Cababaik (Chocolate) Frappe - RM15.00

Croissant ini diberikan percuma bila kita tinggalkan review di Google Maps.. Sedap gila croissant ini.. Lembut gila, rapuh dan rasa butter.. Memang jatuh cintalah.. kikiki..

Nabila Agrofarm, Seremban

Assalamualaikum..
Hye semua..

Inilah tujuan sebenarnya kami ke Negeri Sembilan.. Membawa Imani bermain dengan arnab.. Imani asyik sebut pasal arnab dari sebelum cuti sekolah lagi.. Patutnya tempat main arnab ini dekat je dengan rumah kami.. Bila Sha cari, rupanya dah tutup.. Jadi encik suami pun mulakanlah pencarian di dalam Google Maps.. Jumpalah Nabila Agrofarm ini.. Sebelum datang, Sha whatsapp dulu tanya buka ke tak.. Alhamdulillah buka.. Tempat ini memang buka waktu cuti umum, sabtu dan Ahad sahaja.. Hari biasa kena buat tempahan dengan kapasiti 30 orang.. Parkir dia luas dan masuk tak dikenakan bayaran.. Kita hanya perlu bayar untuk aktiviti yang nak kita lakukan sahaja.. Ada tempat makan juga..

3 pek makanan percuma diberikan bila kita bayar untuk Petting rabbit & taman mini haiwan..

Puas hati dia dapat bagi makan arnab, pegang arnab dan main..

Rusa pun ada.. Kami bagi makan pisang.. kikiki..

Ada juga kambing.. Ini anak kambing.. Jinak dan baik je..

Berpeluang juga naik kuda dengan bayaran RM10 untuk 3 pusingan.. Suka Imani..

Mak pun nak juga.. kikiki.. Awal tu macam takut juga.. Tapi adik tu kata imbangkan badan sahaja.. Suka dan kalau berpeluang, Sha nak naik lagi..

Kakak pun nak bagi makan juga..

Ini Train Joyride, perjalanan pusing ladang lebih kurang 1km.. Ada kuda, ladang kelapa dan sungai..

Bagi makan kambing dewasa.. Bubuh palatte dalam gayung tu dan sua dekat kambing.. Memang licinlah makanan.. Dalam kandang ini juga ada 2 ekor burung unta..

Ini bayaran yang perlu dibayar untuk aktiviti yang ingin dibuat.. Kami menunggang kuda (RM20 - untuk 2 orang), Petting rabbit & taman mini haiwan (RM20 - 4 orang) dan Train Joyride (RM18 - 3 dewasa, 1 kanak-kanak)..

Highway Temiang, Negeri Sembilan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berjaya juga sampai highway yang viral dan cantik ala New Zealand katanya.. Sha ingatkan adalah hentian atau tempat untuk snap gambar.. Nan hado.. Makanya kita lalu jelah.. kikiki.. Sha tak berhenti tepi jalan pun.. Memang betul-betul lalu sahaja..

Imani tolong snapkan gambar..

Pusing balik di bulatan ini..



SubhanaAllah.. Memang cantik sangat pandangannya.. Langit jernih dengan tompokkan awan.. Walaupun gambar tak berapa cun tapi memang Sha puas hatilah..

Nasi Lemak Ikan Sembilang, Lenggeng

Assalamualaikum..
Hye semua..

Brunch dengan nasi lemak lauk ikan sembilang goreng dan masak lemak ikan sembilang.. Unik tapi tak pelik.. Memang padu masak lemak dia.. Sedap walaupun pedas.. kikiki.. Ada je lauk lain, lupa pula nak snap.. Lauk pauk  dia memang macam kita makan nasi putih.. Pelbagai tau.. Menarik sangat cuma dari segi parkir ti kena pandailah.. Kedainya dalam pekan dan selalu jadi persinggahan sama ada keluarga ataupun penunggang basikal.. Kami ini pun bernasib baik sebab pejabat pos tutup.. kikiki.. Parkir depan pejabat pos..

Papan tanda kedai.. Kalau nak cari Google je nama kedai ini..

Sha makan nasi lemak dengan ikan sembilang goreng.. Nasi lemak bersambal tu encik suami punya.. Beliau amik ikan sembilang masak lemak.. Padu kuah masak lemak dia.. Puas hatilah..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com