Tuesday, December 26, 2023

ebook | Dr. Hadi : Biar 'Rasa' Berbicara oleh Sara Hezra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama betul si Hada dengan Hadi ini.. Awalnya memang terang-terang Hadi jatuh cinta dengan Hada tapi tu lah.. Ego lelaki tak pernah nak mengaku.. Malah dimarahnya Hada kerana terhegeh-hegeh memberi perhatian pada dirinya.. Bila berita mengenai pertunangan Hada sampai ke pengetahuannya pandai pula merajuk dan bawa diri.. Kalau dah jodoh, pasti terjumpa juga.. Baru nak mengecap kebahagian, Ain pula muncul mengacau.. Sudahnya Hada lari balik ke Malaysia meninggalkan Hadi.. Hadi cuba memujuk tapi Ain tetap mengganggu.. 

Masalahnya komunikasi.. Kalau bincang elok-elok tak adalah masalah berlanjutan.. Apa pun berakhir bahagia..

Sha baca dan selesai pada 26.12.2023..

Published June 1, 2020 by OraBook Publication

Aik Cheong It’s Cup Cappuccino Choco Topping

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli cup ini dekat Kedai Mesra Petronas.. Warna biru dia mengancam.. kikiki.. Awalnya nak bancuh dan minum sambil memandu tapi tu lah.. Dah lambat.. Sampai pejabat baru bancuh dan minum.. Menarik sebab kita boleh tentukan kemanisan air.. Datang dengan 2 sachet gula perang tapi Sha guna 1 saja.. Tu pun dah sedap tambahan pula ada serbuk coklat sebagai topping dia.. Memang layan..

Aik Cheong It’s Cup Cappuccino Choco Topping

Cappuccino (25g)
Choco topping (0.5g)
Brown sugar (5g x 2pcs)
Pengacau air..

Ada tanda aras air panas sampai mana..

Air yang dah siap dibancuh, 1 sachet serbuk koko dan dua sachet gula perang..

Bubuh choco topping dengan satu sachet gula perang..

Sedap.. Tak manis..

ebook | Dari Alam Angker: Remang Gelisar oleh Core, Puyuh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik seram dari siri Alam angker ini memang lain macam.. Tak kisahlah siapa penulis mahupun pelukis dia.. Tambah bila berwarna cuma kali ini hampir separuh komiknya hantu membantu.. Atau lebih tepat memerlukan pertolongan dan mahu dibantu.. Kira macam terperangkap sebab tak ada yang tahu kematian mereka.. Gitu..

Sha baca dan selesai pada 25.12.2023..

Published September 1, 2015 by Gala Unggul Resources

Monday, December 25, 2023

Mesra | White Chocolate Vanilla Bites

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wangi bau vanila bila buka bungkusan ini.. Jumlah coklat dalam ini tak sama macam Milk & White Chocolate Bites yang Sha kongsikan sebelum ini.. Rasanya sedap mungkin sebab digandingkan vanila.. Sha memang tak gemar coklat putih tapi yang in Sha suka.. Tak manis sangat dan rasa vanila tu membantu memberi rasa yang berbeza pada coklat putih ini..

Mesra | White Chocolate Vanilla Bites (100g) - RM4.50

12 ketul

Comel dan wangi..

Novel | Owarinashi oleh Hyun Yunzz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau tak nak serabut, jangan baca novel ini.. Sha beli sebab tajuk dia yang unik.. Sinopsis dia pun boleh tahan.. Memang tak baca langsung review dekat Goodreads sebelum beli buku ini.. Sha dah 3/4 baca buku ini baru Sha baca review.. kikiki.. Sudah terlambat.. Sudah tiada penyesalan disitu..

Novel ini okay je sebenarnya untuk Sha lah.. Walaupun jalan cerita dia berterabur dan agak menyerabutkan namun Sha faham je.. Cerita dalam cerita.. 

Kisah Coco yang menderita sedari kecil dan mewujudkan dunia bayangan yang tidak berpenghujung.. Tujuannya untuk mencapai bahagia namun tak berjaya sebab setiap cerita yang Coco buat akan bertembung dengan cerita yang lain dan tak akan berkesudahan sebab realitinya bukan mudah menggapai bahagia kalau kita sendiri tak mampu menerima kesakitan..

Pening korang nak hadam cerita ini sebenarnya tambahan pula ayat dan tatabahasa dia tunggang langgang.. Sha faham pun mungkin sebab keadaan mental Sha yang dah memang sedia serabut jadi keserabutan yang buku ini bagi seolah-olah menenangkan keserabutan sedia ada dalam otak Sha.. Faham tak?? Huhuhu..

Buat penulis semoga terus berkarya..

Sha baca dan selesai pada 25.12.2023..

Published February 1, 2022 by Fajar Pakeer

Korea | A Man of Reason (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kim Nam Gil ini kalau bawa watak psiko memang ohsemlah.. Filem ini heronya Woo Sung yang bawa wata Soo Hyuk.. Soo Hyuk ini tak sangka yang dia ada anak perempuan, dia tahu pun lepas keluar dari penjara.. Bila tahu kata dia ada anak perempuan, dia nak cuci tanganlah dari kerja-kerja tak elok.. Tapi biasalah, ada je yang dengki dan cuba melakukan sesuatu yang tak elok pada Soo Hyuk.. Naik anginlah kawan tambah bila awek dia mati.. Lepas tu anak perempuan dia kena culik.. Mengamuklah kawan..

Movie: A Man of Reason
Also Known As: The Protector , The Guardian , Bohoja
Director: Jung Woo Sung
Genres: Action, Drama
Country: South Korea
Release Date: Aug 15, 2023
Duration: 1 hr. 43 min.
After 10 years in the prison on behalf of his boss, Soo Hyuk is released, but the boss doubts his loyalty. When Soo Hyuk visits his long-abandoned girlfriend, he finds out that he, now, is a father of young girl. He wants to cut ties with the gang, but the boss is not ready to release him, and hires a notorious killer. The killer takes the daughter as hostage, and Soo Hyuk decides to take revenge in a way that he`s best at; violence.

Sunday, December 24, 2023

137 Degrees Pistachio Milk Double Belgian Chocolate

Asslamualaikum..
Hye semua..

Pekat betul coklatnya ditambah pula dengan rasa kaca Pistachio tu.. Bertambah-tambah umph lah.. Sha letak dekat pejabat, jadinya memang air ini tak sejulah.. Kalau korang simpan dalam peti ais, lagi sedaplah minum.. Sha tambah ais, jadinya lagi tak manislah.. Pada Sha airnya tak manis walaupun tak tambah ais..

137 Degrees Pistachio Milk Double Belgian Chocolate (180ml x 3s) - RM14.80

Kenalah tambah ais.. Sejuk lagi sedap minum.. Mengenyangkan juga..

ebook | KKN di Desa Penari oleh SimpleMan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filemnya Sha tak tengok pun.. Sha tertarik nak baca buku dia pun sebab ada kawan FB review kata best tapi di abaca versi BM.. Sha baca versi Indonesia dekat Google Play Books.. Menarik sebab ada dua POV.. POV Widya dan juga Nur.. Jadinya bila baca tu memnag kita fahamlah keseluruhan cerita.. 

Asalnya 6 rakan ini ke desa tu untuk buat kerja khusus Universiti.. Ayu yang menemukan desa tu.. Desanya pula terletak jauh didalam hutan dan aksesnya hanyalah motor.. Awal-awal dah ada gangguan pada Widya dan Nur, cumanya kita akan tahu lepas baca POV kedua-duanya.. Lebih terperinci dalam POV Nur.. Mangsa yang terpesona 2 orang dan akhirnya terperangkap jiwanya tapi bila baca POV Nur, mangsa sebenarnya yang sepatutnya ialah Widya tapi mujurlah Nur sempat menyelamatkan.. Cumanya Nur terlambat bagi tahu ketua kampung je, kalau tak dua kawan diorang tu tak akan jadi mangsa walaupun sebenarnya memnag kesalahan diornag yang kalah pada nafsu.. ish.. ish..

Baca je lah, tengok mungkin tidak.. Baca pun dah terbayang-bayang.. kikiki..

Sha baca dan selesai pada 22.12.2023..

Published September 1, 2019 by Bukune

Saturday, December 23, 2023

Mesra | Milk & White Chocolate Bites

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak menjelajah dalam Kedai Mesra Petronas.. Tak sangka dia ada keluarkan coklat baru.. Sedap.. Gabungan coklat susu dan coklat putih.. Ngam betul dengan lidah Sha.. Jarang Sha suka coklat putih.. Satu pek ini Ada 11 ketul.. Atas coklat putih dan bawah coklat susu.. Menarik tau rasa dia..

Mesra | Milk & White Chocolate Bites (100g) - RM4.50

11 ketul

Gabungan putih dan coklat..

ebook | Stalker oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik betul jalan ceritanya.. Kisah seorang peminat yang sangat obses dengan instafamous.. Semuanya dibunuh hanya kerana perasaan obses dan ingin memiliki.. Namun semakin cerita bergerak, obsesi pembunuh bukan setakat pada kecantikkan tetapi darah.. Awal-awal membaca Sha ingatkan pembunuh tu seorang psikopat yang mempunyai dua identiti tetapi rupanya pembunuh memang psiko yang gila dan tak disangka-sangka.. Pembunuh tu memang sangat mengejutkan dan rakan subahatnya memang dah Sha jangka.. Aduh!! Sampai ke akhirnya pun penulis berjaya menyembunyikan identiti pelaku.. Terbaik!!

Sha baca dan selesai pada 21.12.2023..

Published June 1, 2021 by Iris Publication

137 Degrees Almond Milk Iced Coffee Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa kopi yang bergandingan dengan badam tu memang ohsem.. Terasa kacangnya air tu tau.. Tak manis paling penting.. Sedap tu nombor dua.. Kalau suka kopi dan badam, air ini pasti akan disukai..

137 Degrees Almond Milk Iced Coffee Latte 180ml x 3s - RM13.00

Sha bubuh dalam cawan sebab nak tambah ais.. Ini minum kat pejabat..

Friday, December 22, 2023

Komik | Siri Putera 19: Pembela Maruah Topik: Adat Jepun oleh Candy Factory, Kaoru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini milik Amani dan Imani.. Bersiri tapi membawakan topik berbeza.. Kali ini komik ini bercerita tentang negara dan ada di Jepun.. Kesemuanputera mengambil cuti mengejut dan ke Jepun semata-mata ingin menolong Putera Junta yang telah kembali menetap di Jepun dari abangnya Putera Shintarou.. Putera Ciel telah salah faham dengan niat Putera Shintarou.. Namun mereka merasa seronok dapat kembali berkumpul bersama-sama Putera Junta.. Seronok baca komik ini sebab turut terselit info mengenai Negara Jepun..

Sha baca dan selesai pada 20.12.2023..

Published November 1, 2018 by Kadokawa Gempak Starz
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com