Sunday, February 4, 2024

Novel | Sihir Orang Minyak oleh Khairul Naim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Nadzmir, wartawan yang diberhentikan kerana terlalu berani.. Bukan sahaja diberhentikan, malah disekat dari terus berkerja hinggalah muncul seorang lelaki mahu mengupah dirinya menyiasat tentang anaknya yang disihir menjadi orang minyak.. Awalnya Nadzmir menolak sebab dia tak percaya kes tu ada.. Namun setelah berjumpa beberapa maklumat dan Nadzmir sendiri hampir mati dilanggar, Nadzmir mula menyiasat.. Penyiasatan Nadzmir membawa beliau ke Kelantan.. Walaupun dihalang, Nadzmir tetap berjaya menyiasat kejadian sebenar malah Nadzmir berjaya kembali ke masa lalu dan menyelamatkan keadaan.. Penjenayah sebenar berjaya ditangkap dan kebenaran mengenai Nadzmir terbongkar..

Sha baca dan selesai pada 02.02.2024..

Published February 1, 2019 by Paluan Seni

Saturday, February 3, 2024

Mister Potato Crisp Chili Lime

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terbaiklah gabungan rasa cili dan limau tu.. Masam-masa pedas gitu.. Tapi tak adalah melampau sangat rasa limau tu, manja je rasa dia.. Pedas tu pun sama, manja gitu.. kikiki.. Sedap rupanya.. Ngam betul dengan tekak Sha.. Memang boleh beli lagi buat kunyah-kunyah sambil membaca atau menonton drama.. Layan.. Tau-tau je dah habis.. Limited Edition katanya.. Sha beli dekat Pasaraya TF Value Mart sebab promosi.. Kalau mahal, memang nengok jelah..

Mister Potato Crisp Chili Lime (125g) - RM3.28

Komik | Siri Barisan Hadapan 07: Padam Ledakan Kebakaran oleh Oga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siri barisan hadapan ini tak pernah tak seronok dibaca.. Kali ini mereka perlu berganding bahu membantu jabatan bomba menyelesaikan kes rumah warga emas yang tinggal berseorangan dan terbakar.. Penjenayah pandai menyasarkan mangsanya.. Mujurlah pasukan barisan hadapan cekap menyiasat.. Akhirnya penjenayah tertangkap juga..

Sha baca dan selesai pada 02.02.2024

Published January 1, 2022 by Kadokawa Gempak Starz

Adabi: Sardin Dalam Sos Tomato Dengan Cili

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha cari kari sardin sebenarnya tapi jumpa sardin dalam sos tomata dengan cili ini.. Pertama kali tahu ada dia buh cili dalam ini.. Menarik.. Kita belilah setin buat rasa.. Kalau sedap, bolehlah beli lagi.. Sha tetap masak dengan cili kering kisar.. Kalau tak bubuh cili kering kisar, tak padu.. Sebelum masak tu, Sha rasa dulu sos dia.. Memang ada rasa cili tapi tak adalah pedas melampau.. Pedas manja saja.. Bolehlah buat stok kat rumah.. Tak ada idea, masak saja sardin Adabi ini.. Encik suami Sha pun suka dengan rasa sardin Adabi ini.. Kira kenalah dengan tekak kami berdua.. 

Sha beli sardin ini di Pasaraya Segi.. Lain tempat, lain harganya ye..

Adabi: Sardin Dalam Sos Tomato Dengan  Cili (155g) - RM4.69

Kuah dia tu memang nampaklah ada cili tapi tak adalah pedas mana.. Okay je..

Adalah dalam 4 ke 5 ketul ikan sardin dalam tin comel tu..

Sha tambah kentang yang dipotong dadu.. Sedap makan dengan roti..

Friday, February 2, 2024

Zine | A Gift For D'Cleft oleh C.T. Roxalynna, Roxalynne

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kesemuan cerpen yang diletakkan dalam zine ini menarik dibaca cumanya tak puas.. Pendek sangatkan.. Pada Sha ada cerita yang boleh dikembangkan lagi menjadi novel panjang.. Namun ada juga cerita yang biasa-biasa sahaja.. 

Ini antara tajuk-tajuk yang ada dalam zine comel ini:-
Anak Si Kudung - Erescia Dee
Bayu Indah - Dayah Yusof
Hati Milik Siapa - Cheeq Zai
Jangan Benci, Nanti Cinta - Cik Bee
Tercipta Buatku - Nura 'Ainsya
Terima Kasih Sahabat - Ayra Awatif
Kerusi Malas Abah - Roxalynne

Sha baca dan selesai pada 02.02.2024

Published September 1, 2018 by Cactus Zine Enterprise

Frenché Roast: Nutty Hazelnut

Assalamualiakum..
Hye semua..

Air ini Sha beli di Kedai ECO, Sha tak jumpa lagi dekat kedai atau pasaraya lain.. Ini rasa baru dari Frenché Roast.. Rasa kopi dan kacang Hazel tu seimbang.. Tidak terlalu berlebihan antara satu sama lain.. Owh ya, kopi jenama ini lembut rasanya.. Sha minum sejuk, memang sedap.. Berbaoilah dengan harga dia.. Paling memikat tin dia tu.. Cantik..

Frenché Roast: Nutty Hazelnut (240ml) RM2.40

Beryl's Camior Paraline & Almond

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha memnag selalu beli coklat Beryl's ini dekat 7E sebab harga dia RM1, dan  coklat dia memang sedap.. Tapi bila 7E naikkan harga jadi RM1.20, Sha dah tak beli.. Lama dah Sha tak beli.. Baru-baru ini je Sha beli balik sebab 7E buat promosi RM1.. Bila turun harga ini memang Sha belilah.. Tambahan pula coklat Beryl's jenis yang ini hanya ada jual di 7E sahaja.. Sha tak jumpa lagi dekat pasaraya lain.. Kalau kawan-kawan tau dekat mana lagi ada jual, boleh maklumkan dekat komen ya.. 

Bila murah ini, faham-faham je lah.. Selalunya tarikh luput dia dah tak lama.. Coklat yang Sha beli ini tarikh luput dia ada yang jatuh pada 14/06, 06/10, 27/10 dan selebihnya pada 19/11 tahun 2024.. Masih okaylah pada Sha sebabnya bukannya Sha nak simpan lama pun.. Sehari makan satu, lama-lama habislah..

Warna kuning tu Camior Paraline dan yang merah tu Camior Almond..
Walaupun Paraline tapi dalam dia masih ada ketulan kecil badam.. Jadinya memang layan jugalah..

Buku | Dajal Dalam Diri oleh SisYoujae

Assalamualaikum..
Hye semua..

Suka Sha baca buku ni sebab topik-topik dalam dia memang buatkan kita cukup terkena dengan ‘kejahatan’ dan ‘keburukan’ yang pernah kita buat selama ini, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.. Memang buku yang sangat bermanfaat dan sesuai dibaca semua peringkat umur.. Tegurannya terlalu tepat ke hati.. Malah dalam masa yang sama penulis juga turut masukkan senarai untuk kita semak sama ada kita ada atau tidak sikap yang dibincangkan..

Sha baca dan selesai pada 02.02.2024

Published March 1, 2020 by Kadokawa Gempak Starz

Thursday, February 1, 2024

Jepun | Maboroshi (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas satu letupan dan rekahan pada langit, mereka terperangkap di bandar tu tanpa dapat ke mana-mana.. Setiap kali mereka merasakan perasaan yang terlalu menekan, rekahan muncul dan memakan mereka.. Masamune kemudiannya dibawa ke kilang lama oleh Mutsumi dan berkenalan dengan Itsumi.. Itsumi bukanlah dari kalangan mereka sebaliknya dari dunia nyata.. Bila kebenaran mengenai dunia nyata mula mereka terima, Itsumi harus dihantar semula ke dunia nyata.. 

Maboroshi
Original title: Alice to Therese no Maboroshi Koujou
2023 ‧ Drama/Animation/Fantasy ‧ 1h 51m
A factory explosion plunges a small town into a timeless freeze, leaving 14-year-old Masamune and his pals to grapple with a quickly collapsing reality.

Novel | Sakti Bunian oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah beli.. Baru ini tergerak nak baca.. Kali ini penulis membawakan kisah tentang manusia dan bunian.. Bagaimanapun manusia tetap manusia.. Ada yang boleh bersederhana dan mengikut arahan namun ada juga yang jenis tunjuk pandai dan melanggar arahan.. Hanya kerana percayakan kata-kata jin laut, Tony sanggup menghantar 4 manusia ke pulau itu demi mendapatkan Geliga Bunian.. Walaupun setiap manusia yang dihantar tak berjaya dan mati, Tony tetap mencari dan menghantar.. Kali ini Nurain, Pak Derih, Farid dan Elly menjadi pilihan.. Salah seorang dari mereka punya pertalian dengan Damak.. Ada yang tamak dan berniat jahat hingga menyebabkan kematian, ada yang tak berjaya diselamatkan kerana terlalu takut dan ada yang selamat kerana hatinya bersih..

Sha baca dan selesai pada 01.02.2024

Published February 1, 2022 by Fajar Pakeer

Pengalaman Misteri Di Pagi 01 Februari 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi ada kejadian pelik, misteri dan menakutkan Sha berlaku.. Sha jemur baju jam 5.40 pagi.. Masa asyik menjemur.. Tinggal nak sangkut stoking je, Sha terdengar bunyi macam orang berjalan.. Mula tu abaikan sebab pagi sangat untuk budak-budak main.. Tapi entah macam mana, Sha toleh juga ke kiri dan ternampak kepala orang tengah mengintai Sha.. Paniklah sekejap tapi Sha pergi jenguk dan nampaklah macam kelibat yang mengelak dari pandangan Sha.. Masa ini Sha ingatkan encik suami nak menyakat Sha.. Encik suami tidur rumah mak dia.. Tapi macam tak logik pula dia nak balik awal pagi dan buat macam tu.. Sha terus tinggalkan bakul baju, stoking dekat luar dan masuk dalam rumah.. kunci grill, tutup sliding doo dan tarik langsir.. Masa ini memang fikir manusia nak buat jahat.. Masuk rumah, Sha telefon encik suami.. Sha tanya dia kat mana, encik suami peliklah.. Dia bagi tahu dia kat rumah maklah.. Sha gelak-gelaklah cakap dia nak menyakat Sha ke.. Dia kata mana ada, dia memang kat rumah mak.. Dia tanyalah kenapa, Sha bagi tahulah ada nampak kelibat mengintai.. Encik suami bagi tahu dia tak balik..

Sha pun teruslah mandi dan siapkan anak-anak.. Kepala masih fikir siapa pulalah mengintai pagi-pagi ini.. Riasu betul sebab kami bertiga perempuankan.. Mujurlah masa nak keluar rumah tu dah meriah ada mak bapa lain yang dah keluar juga nak hantar anak ke sekolah.. 

Sampai pejabat, encik suami telefon.. Masa sembang dengan encik suami ini, Sha ceritalah dengan lebih terperinci.. Encik suami bagi tahu kalau entiti ghaib, rumah kami tu ustaz dah pagar sebab kawasan Sha duduk ini memang ada cuma dia tak mengacaulah.. Jadinya encik suami syak manusia.. Sebab pagi-pagi memang Sha atau Amani selalu jemur baju kat koridor tu.. Nampak gayanya lepas ini memang kena jemur waktu dah cerahlah.. Risau pula jadinya..

Sha masih terbayang-bayang kepala yang mengintai tu..

Malaysia | BoBoiBoy Galaxy SORI (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Animasi 6 episod ini memang kelakar.. Kikiki.. Boboiboy kembali beraksi bersama rakan-rakannya demi mengeluarkan kuasa elemental ketiga mereka.. Episod 5&6 memang kelakar bila Boboiboy berpecah 3 terlalu lama, mereka akan hilang ingatan.. Boleh pula dia hilang ingatan dan berkawad.. hahaha.. Sabar je lah perangai.. Elemental fusion dia memang ohsemlah.. Solar campur Duri jadilah SORI.. kikiki..

BoBoiBoy Galaxy SORI
Original Release: December 3, 2023 (YouTube, Netflix)
Genre: Action, Adventure
Ikuti pengembaraan BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam misi mencari Power Sphera PasuBot. Dengan bantuan PasuBot, benih Oakuat pemberian Tuan Guru Gaharum boleh membesar dengan lebih pantas! 

Episod:-
1. Kembali Beraksi!
2. Rahsia King Balakung
3. Resipi Warisan Terulung!
4. Belantara Penuh Bahaya!
5. Puak Purba Kadruax!
6. Paduan Dua Kuasa (FINALE)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com