Monday, March 4, 2024

Balut Buku Amani & Imani

Assalamualaikum.
Hye semua..

Sebelum cuti sekolah balut buku teks yang nak dipulangkan semula.. Masa cuti sekolah balut buku teks yang dah di terima untuk Amani dan Imani.. Kena balut juga buku-buku kerja diorang.. Begitulah selagi ada anak yang bersekolah.. Ini pun buku teks sekolah agama baru dapat masa bayar yuran.. Cumanya sekarang tak teruk sangat membalut sebab Amani tolong sama..

Ini buku sekolah agama (darjah 4) yang Sha balut semula sebelum pulang balik.. Biasalah anak-anak ini, sepanjang tahun guna tu, adalah yang koyak.. Jadinya kita balut semula.. Buku teks sekolah Amani tingkatan 1 dan 2 pun sama kita balut mana yang rosak sahaja..

Balut buku teks Imani.. Imani dapat buku teks baru untuk darjah 5.. Semuanya kena balut..

Hari ini dapat buku teks sekolah agama Imani tapi yang nak kena balut 4 buah saja.. Legalah.. Balut juga buku aktiviti Imani dan Amani.. Bubuh siap nama dekat buku.. Sha guna pelekat je.. Tempah dekat kawan.. Amani pun tolong balut sama.. Buat berdua pun dua jam baru siap.. Kalau buat sorang, tak tahulah berapa jam.. kikiki..

Coretan 04 Mac 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seawal jam 8 pagi Sha dan anak-anak dah keluar dari rumah nak ke sekolah.. Hari ini memang Sha ambil cuti untuk uruskan pembelian buku Amani dan bayaran yuran sekolah Agama Imani.. Mujurlah sampai awal di sekolah Amani.. Jam 9.45 pagi dah selesai bayar dan ambil buku.. Lepas tu terus ke sekolah agama Imani pula.. Sini lagi cepat.. Sampai je terus bayar.. Tak sampai 5 minit dah selesai.. Buku teks pun terus dapat waktu ini.. Alhamdulillah.. Senang urusan..

Selesai je urusan di sekolah, Sha bawa anak-anak ke Tanjong Malim nak beli baju puteri Islam buat Amani, tambahan stokin dan juga gunting rambut mereka.. Pergi waktu pagi ini, cepat je semua urusan selesai, orang tak ramai.. Tambahan pula hari kerjakan.. Memang lengang lah.. Senang urusan.. Lega rasanya bila dah selesai..

Sarapan dulu.. Kena makan baru ada tenaga nak ke hulu dan ke hilir.. kikiki..

Sha makan nasi ulam dengan daging kerutuk..

Selesai beli buku, bayar yuran dan terima buku teks.. Lepas ini membalutlah kita..

Jepun | Nowhere Girl (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal tu macam boring je cerita dia tapi lepas hampir habis tiba-tiba jadi menarik sebab watak utama mula tunjukkan skil berlawan menentang askar.. 

Ai ini macam terperangkap dalam trauma dan hilang kesedaran.. Melalui kehidupan sehari-hari dalam keadaan yang tak bermaya, hinggalah gegaran demi gegaran berlaku dan kemudiannya Ai ini macam tersedar.. Rupanya filem ini bukanlah filem biasa, ianya lebih pada emosi manusia yang terperangkap selepas melalui trauma yang besar..

Movie: Nowhere Girl
Also Known As: Tokyo Statelessness Girl, Tokyo Mukokuseki Shoujo
Director: Oshii Mamoru
Genres: Action, Thriller, Youth, Drama
Country: Japan
Release Date: Jul 25, 2015
Duration: 1 hr. 25 min.
Ai is a student at an all-girls' art high school, known to be extremely gifted in the arts. Her days become like a nightmare though, due to jealous classmates and adults wanting to use her for their own selfish reasons. Ai suffers because of her situation, but doesn't have anywhere to escape. Her daily life becomes a war and she begins to collapse.

Sunday, March 3, 2024

Regal Marie Duo: Peanut Butter

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli biskut ini dekat 99 Speedmart.. Sha teruja sebab ada krim dekat tengah dia.. Selalu makan biskut marie yang biasa je.. Dah lah saiz biskut dia comel, lepas tu ada inti pula kat tengah.. Intinya kesukaan Sha pula tu.. Memang terujalah nak rasa.. Sedap wei.. Saiz dia pun comel je, sekali ngap.. Paling best sebab dia pek kecil, dalam setiap pek tu ada 3 keping biskut.. Bolehlah nak bubuh dalam beg tangan ke, nak grab makan sambil memandu ke.. Memang sempoilah..

Regal Marie Duo: Peanut Butter - RM4.95

12 mini pek

3 keping dalam dia..

Korea | Marry My Husband (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini berjaya buat Sha tonton tanpa menunggu ianya berakhir ditayangkan..Sha tengok sampai episod 4 je lepas tu Sha berhenti.. Tunggu jugalah sampai episod akhir keluar walaupun tak sabar nak tahu apa jadi.. 

Sha sangat-sangat teruja nak tahu apa sebenarnya yang jadi dekat Ji Won.. Kenapa Ji Hyeok bersungguh cuba membantu Ji Won.. Episod demi episod diterangkan macam mana mereka pernah kenal satu waktu dahulu.. Macam mana boleh kembali ke masa lalu dan ubah sejarah.. Memang lain macamlah drama ini tambahan pula bila Ji Won ubah nasib dia, nasib malang tu berpindah pada orang yang tak sepatutnya sampaikan Ji Won terpaksa pastikan nasib malang dia tu memang pergi dekat Su Min dan Min Hwan.. Tambah-tambah dengan kemunculan Yura.. Lagi masyuk jadinya cerita..

Banyak perkara positif yang kita boleh belajar dari drama ini.. Terutama sekali bila berlaku penceraian, bukan salah anak dan kita boleh je teruskan hidup dengan siapa yang kita ada.. Bukan menyalahkan anak dan hidup dalam keadaan teruk.. Malah kita yang menentukan siapa diri kita, sama ada menderita atau berbahagia.. Bila dapat kawan yang baik patut hargai bukannya seksa dia hanya kerana kita tak puas hati.. Bukan senang nak dapat kawan yang baik..

Drama: Marry My Husband
Also Known As: Please Marry My Husband, Nae Nampyeongwa Gyeolhonhaejwo
Director: Park Won Gook
Screenwriter: Shin Yoo Dam
Genres: Comedy, Romance, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Jan 1, 2024 - Feb 20, 2024
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: TVING, tvN
Duration: 1 hr. 10 min.
Kang Ji Won is married to Park Min Hwan, but their marriage is troubled due to Min Hwan's selfishness and his demanding mother. Ji Won is the primary breadwinner for the family, while Min Hwan is unemployed and in debt. Ji Won also handles all the household chores herself.

One day, Ji Won receives the devastating news that she has cancer and not much time left to live. To make things worse, she catches her husband and her close friend, Jung Soo Min, having an affair. A physical struggle ensues, resulting in her tragic death at the hands of her husband.

Suddenly, she wakes up in the past, 10 years earlier, when she was dating Min Hwan. Determined to change her life, she decides to make Soo Min marry Min Hwan. Meanwhile, at work, Yoo Ji Hyeok, who serves as a chief in the same department as Ji Won, has feelings for her and slowly begins to reveal them. He also harbors a secret.

~~ Adapted from the web novel "Marry My Husband" (내 남편과 결혼해줘) by Seong So Jak (성소작). ~~

Meiji Milk Coffee Latte Zero Sucrose

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Yang ini betul-betul padu rasa kopi dia.. Tanpa gula.. Memang sedap.. Puas hati betul minum kopi susu macam ini.. kikiki.. Kopi ini datangnya dari Thailand.. Buah tangan encik suami untuk Sha.. 

Meiji Milk Coffee Latte Zero Sucrose (450ml)

Saturday, March 2, 2024

China | Death Chasing (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tonton filem ini di aplikasi iQiyi.. Cari filem lain sebenarnya tapi baca sinopsis macam best je, Sha pun layanlah.. Kisah seorang polis perempuan bernama Shen Ke yang menyiasat kehilangan perempuan yang tinggal bersendirian.. Semasa menyiasat Shen Ke mendapatkan bantuan dar seorang profesor bernama Zheng Yuan.. Awal-awal Sha dah syak Zheng Yuan ini tapi motif je lah tak pasti kenapa.. Bila dah tengok keseluruhan cerita barulah kita tahu kenapa penjahat melakukan apa yang dia lakukan.. Kononnya trauma masa kecil dan dendam.. Ingat bunuh orang tu boleh hapuskan dendam ke.. Memang taklah.. Shen Ke pun nyaris terkorban, mujurlah jenis melawan.. Tu yang syok tengok.. Heroin tak lembik..

Movie: Death Chasing
Also Known As: Life and Death, Sheng Si Zhui Xiong
Genres: Action, Thriller, Mystery, Crime
Country: China
Release Date: Dec 1, 2019
Duration: 1 hr. 23 min.
After a series of missing women cases hit her desk, Criminal Investigation Officer Shen Ke begins a meticulous investigation into their disappearance. Under the guidance of her superior, Inspector Liu Ling, Shen Ke moves closer to the solution she's looking for but also equally closer to the seemingly invisible killer lurking in the shadows.

Baju Raya 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai beli baju untuk tahun ini.. Kali ini kami pilih satu warna tapi berbeza tona dengan corak baju tak sama.. Amani dan Imani dah ada pilihan sendiri.. Anak perempuan dah pandai melawa.. Amani lebih gemarkan baju yang coraknya sikit.. Imani pula citarasanya hampir sama dengan kakak tapi sebab dia lambat memilih, haruslah dia cari yang berbeza.. Imani pun dah pakai saiz dewasa XS.. Amani pula saiz M.. huhuhu.. Sekejap sahaja besarnya anak-anak ini.. Sedikit demi sedikit semakin kurang masa mereka akan bersama kita.. 

Dah siap basuh.. Pilihan Sha tetaplah jenama Sabella.. 

Thailand/US | Hellhound (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Ganas sangat filem ini.. Gabungan kan.. Seorang pembunuh upahan menerima kerja akhir sebelum bersara.. Kerana kesilapan kecil, beliau diburu penjenayah gila.. Memang betul-betul mencabar kerja kali ini.. Dua sahabat baik mati semasa menjalankan tugas.. Tapi akhirnya tetaplah menang walaupun agak payah dan berliku juga jalan kemenangan tu.. kikikiki..

Penamat dia tu.. Hurm..

Hellhound
2024 ‧ Action/Crime/Thriller ‧ 1h 43m
Tired and ready for retirement, an assassin agrees to help an old acquaintance with one last job. He reluctantly travels to Bangkok, where a decision to delay the hit nearly costs him the entire job and sets him on a violent downward spiral.

Friday, March 1, 2024

ebook | Ceritera Cinta Ekspres oleh akuorgbiasa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sweet gila cerita ini walaupun ada unsur-unsur sihir.. Memang setiap yang berlaku tu ada hikmahnya.. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.. Pandai penulis olah cerita ini.. Bermula dengan babak dimaa Laila datang ke majlis pernikahan sepupu dia yang bernama Ain dan juga pasangannya Apit.. Ain menceritakan permulaan dia mengenali Apit dan bagaimana pernikahan tu boleh terjadi.. Memang sweetlah walaupun Apit dan Ain bersembang macam kawan..

Penulis selitkan kisah Ain yang disihir dan bagaimana keluarganya tersalah berubat dan Ain semakin teruk hinggalah dia pulang ke kampung dan bertemu Apit.. Tanpa disedari penyakit Ain bukan sahaja mengubah Ain malah turut menyedarkan Apit tentang tanggungjawabnya sebagai muslim.

Sha baca dan selesai pada 01.03.2024..

Published October 1, 2020 by EFFJAY REOSURCES

Jepun | House of Ninjas (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita tentang sekeluarga ninja yang dah berhenti melakukan tugas kerana kematian salah seorang ahli keluarganya namun mereka dipanggil bertugas semula bila berlaku kematian besar-besaran.. 

Masa ini mereka memang teruji.. Si bapa tak nak terlibat dengan shinobi tapi isteri dia ambil tugas sebab nak kan duit.. Anak perempuan pula pergi ke muzium curi artifak dan kembalikan semula lepas 3 hari.. Bila mereka kembali bersatu untuk menyiasat, anak yang disangkakan mati muncul semula namun bukanlah seperti yang disangkakan..

Kerja dengan kerajaan tak semuanya mengikut kehendak hati.. Malah mungkin dimanipulasi untuk kepentingan orang berpangkat..

Drama: House of Ninjas
Native Title: 忍びの家 House of Ninjas
Also Known As: Shinobi no Ie: House of Ninjas
Screenwriter: Yamaura Masahiro
Genres: Action, Thriller, Drama
Country: Japan
Episodes: 8
Aired: Feb 15, 2024
Aired On: Thursday
Original Network: Netflix
Duration: 55 min.
Set in modern-day Japan, “House of Ninjas,” tells the story of the Tawara family, the last ninja clan. It had abandoned its roots after an incident in the past, but now the family must take on the greatest crisis in Japanese history, one that threatens to shake the nation to its core.

Koh-Kae Peanut Coffee Flavour Coated

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap kacang dia.. Bau kopi tu ada tapi tak adalah kuat semerbak.. Hujung-hujung je.. Rasa pun macam tu, tak kuat mana.. Hujung-hujung je.. Bolehlah layan sambil membaca.. kikiki.. Rasa kopi tu pada salutan tepung dekat kacang..

Koh-Kae Peanut Coffee Flavour Coated (225g)

Tak penuh pun isi dia.. Jauh ke dalam.. Tin je tinggi.. Setengah lebih sikit camtu je.. huhuhu.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com