Monday, March 4, 2024

Balut Buku Amani & Imani

Assalamualaikum.
Hye semua..

Sebelum cuti sekolah balut buku teks yang nak dipulangkan semula.. Masa cuti sekolah balut buku teks yang dah di terima untuk Amani dan Imani.. Kena balut juga buku-buku kerja diorang.. Begitulah selagi ada anak yang bersekolah.. Ini pun buku teks sekolah agama baru dapat masa bayar yuran.. Cumanya sekarang tak teruk sangat membalut sebab Amani tolong sama..

Ini buku sekolah agama (darjah 4) yang Sha balut semula sebelum pulang balik.. Biasalah anak-anak ini, sepanjang tahun guna tu, adalah yang koyak.. Jadinya kita balut semula.. Buku teks sekolah Amani tingkatan 1 dan 2 pun sama kita balut mana yang rosak sahaja..

Balut buku teks Imani.. Imani dapat buku teks baru untuk darjah 5.. Semuanya kena balut..

Hari ini dapat buku teks sekolah agama Imani tapi yang nak kena balut 4 buah saja.. Legalah.. Balut juga buku aktiviti Imani dan Amani.. Bubuh siap nama dekat buku.. Sha guna pelekat je.. Tempah dekat kawan.. Amani pun tolong balut sama.. Buat berdua pun dua jam baru siap.. Kalau buat sorang, tak tahulah berapa jam.. kikiki..

2 comments:

  1. samalah ammi pun. balut mana yang pembalutnya rosak je. dan sekarang ammi beli pembalut yang jenis self-adhesive tu. dan lepas setahun anak-anak guna pun pembalut tu masih elok melekat kat buku tak tercabut. budak yang seterusnya dapat buku pun senang tak perlu bazir duit beli pembalut

    ReplyDelete
  2. rindu pulak moments nak balut buku teks zaman-zaman sekolah dulu .hehe pakai pembalut gulung tu la . tapi sekarang dah mudah tinggal sarung jer dengan plastik buku tu settle

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com