Monday, June 24, 2024

Indonesia | Agak Laen (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kan.. Tak terniat pun nak tengok filem ini tapikan disebabkan satu klip dekat FB ke Youtube, Sha tak ingat.. Teruslah tengok juga filem ini.. Memang kelakar walaupun ada sedikit seram.. hahaha.. 4 sekawan, buka rumah hantu.. Awalnya tak ada apa tapi hari pertama mereka bermula dengan misi baru, seorang lelaki mati disebabkan terlalu terkejut.. Lelaki tu memang ada sakit jantung jadinya bila terlalu takut teruslah meninggal.. Diorang pula ambil jalan singkat dengan menanam mayat lelaki tu dalam rumah hantu mereka.. Bermulalah episod rumah hantu mereka jadi viral kerana memiliki hantu sebenar iaitu lelaki yang mati tadi.. Awalnya semua okay sahaja sampailah polis mula mencari lelaki itu.. Lepas satu, satu perkara menimpa mereka.. Adoilah.. Tapi yelah, salah tetap salah lah kan..

Agak Laen
2024 ‧ Comedy/Horror ‧ 1h 59m
Four friends running a haunted house search for new ways to scare visitors, but hijinks ensue when they take things a step too far.

ebook | X-VENTURE Unexplained File L07 - The Tormented Triplets by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kali ini tentang Kembar Sempurna dan info mengenai Genetik.. Penerangan mengenai gen dan dna.. Kisah kehilangan seorang kembar dan hantu budak perempuan yang berlegar-legar didalam rumah memberikan info kepada Ash.. Mereka turut bertemu dengan musuh mereka iaitu cerebrus yang dikenali Madam White.. Penjahat yang menginginkan dunia yang sempurna hingga sanggup memperalatkan sepasang suami isteri hingga mengorbankan salah seorang dari mereka..

Sha baca dan selesai pada 21.06.2024..

Published February 1, 2017 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Imani & Nasyid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani sertai nasyid di sekolah agama.. Awalnya Sha ingatkan pertandingan biasa-biasa sahaja.. Tambahan pula banyak drama air mata dari Imani sejak dia sertai nasyid ini.. Mujurlah ustaznya sabar melayan dan mengajar.. Mereka pun baru pertama kali nak menghantar wakil untuk kategori nasyid ini..

Memang tak duga pun ke mana arahnya.. Bila Imani bagi tahu tarikh pertandingan pun Sha tak adalah kalut ke apa sebab buat hari Ahad.. Jumaat (21/06/2024) baru Sha jumpa ustaz dan tanya nak berkumpul pukul berapa dan dimana pertandingannya.. Masa ini barulah macam, eh.. Jauh juga tempatnya.. Pertandingan diadakan di Kuala Kubu Bharu dan ianya peringkat Daerah.. Alhamdulillah.. Walaupun hanya ada dua sekolah saja yang bertanding untuk kategori nasyid, sekolah Imani agak cemerlang untuk beberapa pertandingan lain.. Nasyid ini mereka dapat Johan untuk kategori perempuan, naib johan pula untuk kategori lelaki.. Lepas ini kena bertanding peringkat negeri pula.. Semoga lebih bersemangat dan lebih kemas persembahannya..

Bersama rakan-rakan dna tenaga pengajar..

India | Shaitaan (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Memang gila betul cerita ini.. Bagus ditonton sebenarnya.. Zaman sekarang, bukan boleh percaya orang sebarangan.. Bahaya.. Bahaya.. Kena fikir buruk dulu..

Macam cerita inilah.. Sebuah keluarga yang bahagia jadi huru hara bila tak sengaja terbaik dengan seorang lelaki.. Lelaki tu pula bagi anak perempuan dioarang makan apa entah sampai anak perempuan diorang dengar cakap lelaki tu.. Kira kena sihirlah.. Memang teruk jugalah keluarga lelaki ini kena dengan mamat gila tu.. Tapi semangat dan kasih sayang seorang ayah berjaya menyelamatkan anak perempuan dia.. Cuma sepanjang tengok cerita ini memang tak senang duduklah dibuatnya.. Jantung rasa nak meletup je tengok perangai gila lelaki jahat tu.. 

Shaitaan
2024 ‧ Horror/Drama/Thriller ‧ 2h 20m
A family outing takes a terrifying turn when an intruder takes over the body of the teenage daughter, putting her at the mercy of increasingly sinister orders.

Sunday, June 23, 2024

ebook | X-VENTURE Unexplained File L06 - The Marshland Monster by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jelmaan Berselut muncul membuat kacau, 2 manusia menjadi korban.. Semasa Ash dan Kelly menyiasat mereka bertemu Burt manusia bersisik yang dijadikan bahan uji kaji oleh penjahat.. Mereka bertemu musuh lama yang gila dan terlepas lagi namun mereka tak berjaya berjump dengan pembunuh yang dicari..

Kulit menjadi topik untuk komik kali ini.. Info yang dikongsikan adalah mengenai kulit merupakan organ paling besar untuk manusia, keratan rentas kulit, bagaimana kuku tumbuh, kitaran hidup rambut, bagaimana peluh terbentuk, kuman pada kulit, fungsi kulit dan beberapa lagi.. Owh ya dekat hujung komik ada kuiz tau..

Sha baca dan selesai pada 21.06.2024..

Published November 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Jepun | Lumberjack the Monster (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang padulah.. Cumanya kalau tak suka tengok babak gore janganlah tengok filem ini.. Selamba je dia bunuh orang.. Pembunuh bersiri serang Akira seorang peguam yang juga psikopat, tapi Akira berjaya lepaskan diri.. Sebelum pembunuh tu berjaya ditangkap polis, Akira nekad mencari.. Semuanya kerana ingin mendapatkan data yang dimiliki pembunuh.. Pembunuh tu sebenarnya ada kaitan dengan kes penculikan budak-budak yang berlaku belasan tahun dahulu.. Sasaran pembunuh tu memang budak-budak yang diculik dan dijadikan bahan eksperimen.. Paling tak sangka kesudahan cerita ini.. Adoilah..

Movie: Lumberjack the Monster
Also Known As: Monster the Woodman, Kaibutsu no Kikori
Director: Miike Takashi
Screenwriter: Koiwai Hiroyoshi
Genres: Thriller, Mystery
Country: Japan
Release Date: Oct 13, 2023
Duration: 1 hr. 58 min.
A bizarre, but bloody serial murder case takes place. The murders seem to be influenced by the picture book "Kaibutsu no Kikor." The serial killer wears the mask of the "Lumberjack Monster" and attacks his victims' with an ax to take their brains. The serial killer's next target becomes the lawyer Ninomiya Akira. The lawyer is unusual in that he lacks empathy for others. He is also a cold-blooded and heartless person and carries the traits of a psychopath.

Other people become involved in the case including profiler Toshiro Ranko, Ninomiya Akira’s fiancée Hasumi Emi, Dr. Sugitani Kuro and past murder case suspect Kenmochi Takeshi. The case needs to be solved like a puzzle, including finding out why the serial killer takes the victim's brain and why the next target was chosen. Ninomiya Akira must work to solve this puzzle to save his own life.

~~ Adapted from the novel "Kaibutsu no Kikori" by Kurai Mayusuke.~~

ebook | Seluruh Cinta Buatmu oleh Aina Hamra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk macam cerita cinta meleweh-leweh tapi bila baca rupanya tak.. Kisah si Ali yang menjaga Lily dari dibunuh.. Lily merupakan pewaris kepada syarikat gergasi di Jepun.. Diburu Kenzo yang dendam dengan mak si Lily ini sebab kena tolak.. Mak Lily berjaya dibunuh tapi Lily sempat diselamatkan Ali.. Membesar bersama dan selalu bersama membenihkan rasa cinta di hati masing-masing namun ketidak samaan status antara mereka menyebabkan Ali memendam rasa.. 

Ali dan Lily ini duduk di Malaysia namun bila Kenzo muncul di Malaysia, mereka balik semula ke Jepun.. Lily nak diturunkan kuasa, dalam masa yang sama perangkap dipasang untuk mennagkap si Kenzo ini.. Perangkap Ali dan perancang ayah serta atuk Lily bertembung.. Ali tercedera dan salah faham terjadi..  Jangan risau, penamatnya bahagia cuma adalah kacau bilau sikit sebab salah faham..

Sha baca dan selesai pada  20.06.2024..

Published January 1, 2020 by Hajar Humairah binti Rosely

Saturday, June 22, 2024

India | Jai Ganesh (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bagaimana seorang lelaki yang tak boleh berjalan, hidup dalam keadaan marah pada diri sendiri akhirnya berusaha sedaya upaya cuba menyelamatkan seorang budak yang diculik dan dikurung di suatu tempat yang tidak diketahui.. Keterbatasan dia membuatkan dia tak berdaya namun kata-kata semangat dari ayahnya akhirnya berjaya menaikkan semangat untuk terus berusaha hingga ke masa terakhir.. Memang bestlah..

Jai Ganesh
2024 ‧ Drama ‧ 2h 5m
Striving for normalcy, paraplegic designer Ganesh Gangadharan wrestles with inner demons in unforgiving shadows of sympathy.

ebook | X-VENTURE Unexplained File L05 - The Looming Dark by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik kali ini tentang sistem penghadaman.. Menarik okay.. Allen meminta bantuan Ash dan Kelly menyiasat kematian tiba-tiba.. Semasa menyiasat, Ash menyatakan terdapat unsur-unsur sihir menggunakan racun yang dibuat dari haiwan berbisa.. Namun Kelly mencari bukti saintifik.. Semntara itu kes kedua muncul dimana beberapa wanita yang mahir dalam membuat racun tersebut telah diculik.. Adakah dua kes ini saling berkaitan? 

Bercerita tentang pemakanan, piramid makan, sistem penghadaman dan macam-macam lagi berkaitan perut serta penghadaman..

Sha baca dan selesai pada 19.06.2024..

Published September 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Thailand | Slyth: The Hunt Saga (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem fantasi.. Sambil-sambil nak kosongkan fikiran.. Jomlah layan cerita yang tak logik ini.. Tapi isu yang dibawakan itu mengenai keadaan bumi yang tenat dan semakin sukar diduduki bukanlah benda yang asing.. Kalau kita tak jaga, lama-lama nak bernafas pun payah..

Kisahnya manusia memburu makhluk jadian bernama Slyth sebab kononya makhluk ini jahat.. Walhal ada seekor dari kalangan Slyth ini dengki tengok kerjasama manusia dan Slyth jadinya dia serang keluarga saintis dan bunuh isteri saintis tu.. Lepas tu dia bagi tahu saintis tu yang darah Slyth putih boleh hidupkan isteri dia.. Saintis ini pun buatlah game yang buat manusia bunuh Slyth untuk tangkap Slyth putih ini.. Senang betul kena tipu.. Mati memang matilah.. Tak ada nya mau hidup balik..

Movie: Slyth: The Hunt Saga
Also Known As: Slyth Project La
Screenwriter & Director: Peed Panchapong Kongkanoi
Screenwriter: Nuttapot Potchumnean
Genres: Action, Romance
Country: Thailand
Release Date: Dec 5, 2023
Duration: 1 hr. 39 min.
After a deadly forest fire sweeps the earth and fills the air with pollutants, society is on the brink of collapse and riddled with disease. The only hope seems to be in a legend come to life: that of the Slyth, a reptilian species that can disguise themselves as humans and possesses blood that can cure disease. The hunt is on.

Friday, June 21, 2024

ebook | X-VENTURE Unexplained File L04 - The Cursed Painting by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay kali ini buku ini cerita tentang bau dan lukisan puaka.. Buat pertama kalinya watak Allen muncul.. Allen ini polis yang menyiasat ke kematian seorang hartawan setelah membeli lukisan puaka ini tadi.. Betulkah lukisan tu membunuh atau ada yang cuba mengambil kesempatan.. Penyiasatan yang mantap dan mengujakan..

Info yang buku ini kongsikan pula tentang kenapa deria bau sangat penting buat manusia.. Bagaimana pernafasan berfungsi.. Apakah foktor yang membantu kita menghidu denban baik? 

Sha baca dan selesai pada 19.06.2024..

Published January 1, 2016

Tembikai Black Beauty & Hami Melon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama betul tak nampak tembikai jenis Black Beauty ini.. Bila jumpa memang belilah sebiji.. Alhamdulillah manis betul isinya.. Puas hatilah beli.. Sha memang suka betul makan tembikai sejak Ramadan tahun ini.. Boleh dikatakan, memang sentiasa adalah tembikai merah dalam peti ais.. Selalu beli yang bulat biasa tu je.. Bila jumpa Black Beauty ini, memang belilah sebab bukan selalu ada..

Hami Melon ini pertama kali Sha jumpa dekat pasaraya sini.. Belilah sebab nak rasa.. Boleh tahan juga harga dia.. Rasa dia manis tapi tak adalah terlalu manis.. Sedang-sedang je manis dia, yang pasti rangup dia tu.. Pergh!! Krup krap, krup krap bila gigit..

Tembikai Black Beauty (2.806kg) - RM12.04
(1kg = RM4.29)

Merah isinya dan biji dia banyak..

Hami Melon (2.060kg) - RM2.58

1kg = RM9.99
Hargapun mengancam.. kikiki..

Oren cantik isinya..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com