Monday, July 8, 2024

Lee: Biskut Berperisa Pandan Kelapa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Meronta-ronta hati nak beli bungkusna biskut ini saat pertama kali terpandang.. Warna hijaunya sangat memikat.. Bila tengok rasa dia pandan dan kelapa, lagilah teruja nak ambil.. Sudahnya beli jugalah 2 minggu kemudian sebab asyik teringat-ingat saja.. Alhamdulillah.. Sedap biskutnya.. Memang kenalah dengan selera Sha.. Rasa pandan dan kelapa memang ngam.. Berbaloi sangat beli.. kikiki.. Wangi pandan kelapa tu menyelerakan..

Lee: Biskut Berperisa Pandan Kelapa (520g) - RM9.50

20 pek X 26g

1 pek ada 6 keping biskut..

Warna hijau dan ada gula halus dekat bahagian atas biskut..

Pindah Dan Kemas Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu dan Ahad, Sha dan encik suami serta anak-anak bertungkus lumus mengalih, memindah dan menyusun semula barang-barang kami.. Ada 3 bilik yang perlu kami kemaskan untuk memudahkan kerja-kerja membaiki lantai.. 

Awalnya ini bilik bacaan Sha tapi Sha tukarkan menjadi bilik gosok baju dan gantung baju.. Bilik yang sepatutnya jadi bilik tidur Amani telah bertukar jadi bilik buku dan bilik menyimpan barang-barang.. Memang penatlah dua hari tu bertungkus lumus mengalih, mengubah dan membuang apa yang patut.. kikiki.. Bila kemas macam ini, barulah nampak apa yang tak perlu.. Masih ada satu lagi bilik yang perlu dikemas untuk kerja-kerja baiki lantai.. Aduh..

Buku-buku yang dikeluarkan dari rak sebelum rak dibuang..

Setelah disusun semula ke rak besi..

Bilik ini asalnya bilik tidur anak-anak tapi mereka tak nak tidur di sini sebab bilik ini panas..

Mesin jahit encik suami, laptop dan mesin cetak..

Asalnya bilik baca dah bertukar jadi bilik baju..

Sunday, July 7, 2024

Ulat Buku Sebenar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila buku rosak dan almari rosak.. Makanya kita buang sajalah.. Mujur satu je buku yang dia makan.. Mujur jugalah asbab nak baiki lantai, kena kemas dan pindah barang barulah jumpa buku yang rosak ini.. Kalau tak memang habislah semua buku..

Nampak tak ulat tu..

Lama sudah dia memamah buku ini, tengoklah corak yang terbentuk hasil kunyahan gigi mereka..

Banyak betul di bahagian bawah buku tu..

Corak yang terbentuk..

Banyak betul serbuk hasil kunyahan mereka..

Ini pula bucu almari yang dah dikunyah ulat..

Korea | A Company Man (2012)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pada pandangan mata, nampak macam pekerja pejabat biasa sahaja.. Namun sebenarnya mereka pembunuh upahan yang menyamar sebagai pekerja pejabat.. Semuanya berubah dengan kemunculan Ra Hoon dan Mi Yun dalam kehidupan Hyung Do.. Kalau sebelum ini dia membunuh tanpa perasaan dan tak fikir apa, kemunculan dua manusia ini buat dia berubah.. Tapikan bukan senang nak berhenti, bila nyawa Ra Hoon dan Mi Yun dalam bahaya, Hyung Do menyerang mereka yang cuba menganggu keinginan dia.. 

Movie: A Company Man
Also Known As: Hoesawon, A Company Employee, An Office Worker, A White Collar Worker
Director: Im Sang Yoon
Genres: Action, Thriller, Drama
Country: South Korea
Release Date: Oct 18, 2012
Duration: 1 hr. 36 min.
Hyung Do wears a suit and a tie like any other white-collar worker, except his profession is murder. He is a professional contract killer - a hitman - loyal to his employer and regarded as the best in the business. But one day, to the surprise of his colleagues and his enemies, he suddenly decides to quit his job for a woman. Seen as the ultimate betrayal, Hyung Do is immediately hunted down by his former employers. Will he be able to escape with his life, much less with his love?

137 degrees Almond Milk with Avocado with Vegetables

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal tu Sha ingat rasa susu ini akan peliklah sebab bercampur-campur bahannya tapi bila minum, eh.. Sedap rasa dia.. Tak adalah rasa pelik ke apa.. Gabungan susu badam dengan sayur-sayuran tu memang ngam.. Suka Sha dengan rasa dia dan bila minum memang mengenyangkan..

137 degrees Almond Milk with Avocado with Vegetables (3x180ml) - RM14.25
Ingredients: Almond milk 80.5% (whole almonds 13%), Mixed vegetables (Avocado, Spinach, Kale, Cabbage, Pumpkin, Winter Melon, Taro) 11.5%, Sunflower Seeds 5%, Fiber 3%

Warna hijau susunya..

Saturday, July 6, 2024

Philippines | The Ghost Bride (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seram... Hahaha.. Mayen yang tengah sesak dan kesempitan didatangi pencari jodoh.. Malangnya yang datang bukan nak cari pengantin untuk manusia sebaliknya orang dah mati.. Kerana terdesak, Mayen terima juga dan bermulalah mimpi buruk Mayen.. Siapa sahaja yang menghalang akan mati sehinggalah muncul David.. David memberitahu kebenaran tentang perkahwinan yang ditawarkan kepada Mayen.. Namun bukan senang untuk mereka memutuskan perjanjian tu..

Movie: The Ghost Bride
Screenwriter & Director: Chito S. Roño
Screenwriter: Cathy Camarillo, Enrico C. Santos
Genres: Thriller, Horror, Supernatural
Country: Philippines
Release Date: Nov 1, 2017
Duration: 1 hr. 51 min.
To save her family from being homeless and her father suffering from a heart condition, Mayen desperately agrees to take the offer of a Chinese matchmaker for a huge amount of money. In exchange, Mayen must submit herself as a Ghost Bride to a wealthy but dead Chinese man. This deal, however, happens to be a deadly curse when the deceased groom's ghost becomes jealous and possessive of Mayen. It begins to take a toll on her and the people close to her heart. Ultimately, Mayen must make a choice on how to save herself and, most especially, her family.

SUNDROP Premium Blend Milk Coffee & Coffee-O

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi susu dan kopi o.. Dua-dua menarik dan sedap.. Kurang manis tau.. Tu yang buat dia best.. Lagi best kalau simpan dulu dalam peti ais bagi sejuk baru minum.. Sha beli di Kedai Mesra Petronas..

SUNDROP Premium Blend Milk Coffee (300ml) - RM3.50

SUNDROP Premium Blend Coffee-O (300ml) - RM3.50

Jepun | Humanoid Monster, Bem (2012)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini sambungan drama Yokai Ningen Bem (2011).. Lepas kalahkan kejahatan, mereka bertiga kembali mengembara.. Namun kembali ke tempat yang pernah mereka duduki suatu masa dahulu.. Disini mereka pernah selamatkan seorang kanak-kanak dan ditembak polis akibat salah faham.. Tanpa mereka sedari, mereka telah meninggalkan sesuatu yang mengakibatkan perkara tak baik berlaku di kawasan tersebut.. Namun setelah mengetahui perkara itu, mereka berusaha memulihkan keadaan..

Movie: Humanoid Monster, Bem
Also Known As: Eiga Yokai Ningen Bem ,
Screenwriter: Nishida Masafumi
Director: Kariyama Shunsuke
Genres: Adventure, Mystery, Family, Supernatural
Country: Japan
Release Date: Dec 15, 2012
Duration: 2 hr. 4 min.
Bem, Bela and Belo arrive at a new town plagued by a series of mysterious, unsolved cases which, as they discover, are caused by another youkai, one more powerful than they have ever encountered.
The story will also focus on Belo's first love, and his increasing desire to become human. In the meantime, Bem and Bela have found a way to become human, but are conflicted about whether to let just Belo turn human, or along with Belo, become humans themselves.

Friday, July 5, 2024

Perginya Kenalan Facebook

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengahari tadi ada rakan-rakan di Facebook kongsikan yang kak Nur Athirah Noel Abdullah telah dijemput Ilahi.. Perginya pada pagi Jumaat.. Salam takziah buat keluarga arwah.. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya, ditempatkan bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh.. Aamiin aamiin ya Rabbal 'alamin..
.
*إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن*
  *اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافها وَاعْف عنها*ُ

الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ ۞ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ۞ مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ۞ إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ۞ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ۞ صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ۞ امين

Selalu je Sha intai FB dia kiranya ada cerita terbaru tapi memang tak sangkalah dapat berita sedih ini.. Namun siapalah kita yang hendak menolak takdir Ilahi kan.. Semoga roh Kak Athirah dicucuri rahmatNya.. Aamiin..

Kenalan yang sangat membahagiakan.. Walaupun tak kenal secara rapat namun setiap pos beliau pasti menghiburkan.. Sha suka dengan kimchi yang beliau buat.. Betul-betul kena dengan tekak Sha.. Memang teringat-ingatlah..

Beryl's 70% & 80% Cacao Dark Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coklat Beryl's ini tak pernah lah tak sedap.. Sha suka coklat gelap dia ini.. Memang puaslah makan.. Saja beli yang berbeza kandungan.. Isi tak adalah banyak.. Tapi bolehlah nak puaskan jiwa yang serabut.. kikiki.. Sha dan coklat memang kawan baik.. kikiki.. Rasa dia ada beza tau.. Yang 70% tu masih ada sedikit rasa manis coklat manakala yang 80% tu memang pure coklat tanpa ada rasa manis.. Sedap tau.. Kalau tak suka manis.. Bolehlah cuba coklat gelap ini..

Beryl's 70% Cacao Dark Chocolate (60g) - RM6.99
Beryl's 80% Cacao Dark Chocolate (60g) - RM6.99

Beryl's 70% - 10pcs
Beryl's 80% - 10pcs

Macam tak ada beza je kan.. Atas yang 70% dan bawah 80%

Jepun | Yokai Ningen Bem (2011)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama lama.. Tentang tiga makhluk iaitu Bem, Bela & Belo yang dicipta manusia.. Mereka berusaha untuk jadi manusia dengan buat kebaikan dan mencari pembuat mereka.. Namun setiap kali mereka diserang emosi mereka akan bertukar jadi monster.. Manusia selalu menghalau dan tak menerima mereka bila mengetahui wajah sebenar mereka.. Hinggalah mereka berjumpa dengan Natsume seorang detektif yang baik hati.. Walaupun tahu mengenai wajah sebenar mereka, Natsume tetap menerima mereka.. Malah slaing berkerjasama membenteras penjahat.. Bila sampai di dua episod terakhir barulah mereka bertiga tahu mereka dicipta dari apa dan bagaimana untuk bertukar menjadi manusia..

Drama: Yokai Ningen Bem
Also Known As: Humanoid Monster, Bem
Screenwriter: Nishida Masafumi
Director: Kariyama Shunsuke, Sakuma Noriyoshi
Genres: Adventure, Horror, Fantasy, Supernatural
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Oct 22, 2011 - Dec 24, 2011
Aired On: Saturday
Original Network: NTV
Duration: 45 min.
Bem, Bella and Bello are ugly monsters that are neither human nor animals, but they are peace-loving, righteous heroes who feel compelled to help humans in trouble. Because they are monsters, they are feared and detested by humans and, on top of that, pursued by the police.

However, a friendship develops between them and a detective by mere accident. Through their contact with humans, Bem, Bella and Bello's earnest wish to become human grows increasingly stronger. They battle evil for the sake of mankind, in the belief that they will be able to become humans one day.

~~ Adapted from the 1968 anime series "Humanoid Monster Bem" ( 妖怪人間ベム) by Daiichi Kikaku.~~

Variety Korea | The Backpacker Chef (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ekstrem betul mereka memasak.. Bermula dengan masakan untuk budak-budak, kemudian kena mendaki gunung, di tengah laut, memasak untuk 300 orang tentera, memasak untuk atlet sukan, ahli bomba, warga emas, kanak-kanak di pusat asuhan dan pelbagai lagi cabaran.. Memang syoklah tengok.. Sesekali akan ada orang kelima yang datang membantu mereka.. 

Syok tengok diorang memasak dalam tempoh waktu yang ditetapkan.. Bila ada krisis secara tiba-tiba Baek Jong Won pasti akan ada penyelesaian.. Dari krisis yang nampak biasa hinggalah krisis luar biasa, beliau pasti akan ada penyelesaian.. Kehebatan tukang masak yang cintakan pekerjaannya..

TV Show: The Backpacker Chef
Also Known As: Baekpaekkeo
Genres: Food, Adventure
Country: South Korea
Episodes: 20
Aired: May 26, 2022 - Oct 6, 2022
Aired On: Thursday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 40 min.
The members of this show go to unexpected places with their backpacks. From the mountains to the sea, they go wherever their clients call them. Baek Jong Won leads the team, and Oh Dae Hwan, Ahn Bo Hyun, and DinDin join the team. The four members will pack their backpacks to go cater food. A request sheet is given to them, and they will find out the details about the mission when they arrive at the location. They need to be prepared for every possible situation since they have no idea what will happen to them. What will the members pack in their backpacks to satisfy their clients? And what kind of food will they create in various situations?

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com