Monday, December 30, 2024

Jalan-Jalan Cuti Sekolah Disember 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dan encik suami bawa anak-anak tengok wayang dan jalan-jalan.. Semalam ja yang sempat untuk keluar.. Sepanjang minggu cuti sekolah encik suami kena jaga MIL sebab adik dia balik kampung.. Makanya anak-anak duduk rumah ja lah.. Sha dan encik suami kerja macam biasa.. 

Awal pagi kami dah keluar ke AEON Rawang untuk tengok wayang.. Sha pilih pagi sebab hall nya besar dan tak ramai orang.. Kami singgah sarapan di Nasi Kandar Melayu Serendah.. Pilihan makanan banyak dekat sini, lauk pun sedap-sedap dan harga berpatutan.. 

Lepas makan terus pergi AEON.. Sha beli popcorn, air dan latte.. Syok juga layan animasi Malaysia ini.. Lepas tengok wayang, Sha bawa anak-anak pergi beli sushi dan onigiri..

Lepas tu kami makan tengahari dekat area Kuala Selangor.. Makan seafood celup tepung.. Kenyang perut kami sanmbung jalan ke ECO Shop dan ECO Bakery di Sungai Besar.. Lepas tu terus gerak balik..

Saturday, December 28, 2024

Ubi Yacon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha cuba ubi ini.. Ubi yang kita kupas dan terus makan.. Kulitnya nipis sahaja, warna oren buahnya selepas dikupas.. Rasanya pula macam buah rock melon tapi tak manis.. Nak kata macam sengkuang pun boleh juga cuma tak sepadat sengkuanglah.. Buah ini crossover antara sengkuang dan rock melon.. kikiki.. Kalau makan dengan kuah rojak atau serbuk asam boi lebih sedap..

Ubi Yacon (1.1kg) RM13

Friday, December 27, 2024

Delfi Chacha: Milk Chocolate & Peanut Milk Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka coklat macam ini.. Tambah bila membaca, mulut tu rajin ja nak kunyah-kunyah.. Sambil kunyah-kunyah kita membaca.. Gitu.. Coklat ini banyak juga isi dia dan syok kunyah tambah bila ada kacang dalam dia.. Pergh!! Layan.. Nak kata manis tu, manis biasa saja kot.. Bukan makan selalu pun.. Sesekali melayan tekak..

Delfi Chacha: Milk Chocolate (40g) - RM2.40
Delfi Chacha: Peanut Milk Chocolate (40g) - RM2.40

ebook | Sebiru Air Laut oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini penulis bawakan kita kisah Nurrie yang bercuti di pantai dan menyewa teman lelaki dengan harapan dapat melupakan bekas kekasih yang menyakitkan hati.. Malangnya teman lelaki sewa iaotu Aman meruapkan seorang lelaki yang sombong dan acuh tak acuh sahaja melayan Nurrie.. Bila mereka ditimpa tragedi di tengah laut, mereka akhirnya mula mendekat.. Perasaan mula hadir dalam diri masing-masing namun kerana tersalah sangka mereka terpisah.. Tapi tu lah, kalau dah jodoh pasti bahagiakan..

Sha baca dan selesai 27.12.2024..

Published October 1, 2024

Tuesday, December 24, 2024

Temujanji Ortodontik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan Temujanji Ortodontik & X-Ray 2 minggu lepas.. Jumaat (20.12.2024) aritu, Imani perlu ke Klinik Ortodontik lagi.. Kali ini doktor bagi plan untuk pakai pendakap gigi atau gigi palsu.. Ini kerana gigi taring Imani kemungkinan besar tak dapat nak diselamatkan.. Namun keputusan perlu tunggu setahun lagi.. Doktor tunggu sampai Imani betul-betul dewasa sebelum ambil tindakan.. Kiranya lepas ini memang kena pilih antara 2 lah.. Gigi taring tu dah jauh sengetnya.. huhuhu..

Menanti tarikh temujanji seterusnya..

Friday, December 20, 2024

Samyang Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Teringin nak cuba, Sha belilah juga.. Ingatkan bila ada cheese, kuranglah pedas dia.. Tidak ya saudara saudari.. Sha bubuh sikit je sos dia pun tetap pedas ya amat.. Jadinya kita makan sesudu saja.. Lepas tu menung tengok ramen ini.. Demi keselamatan perut, tidaklah Sha teruskan memakan.. Seram.. Risau perkara lain pula yang jadi kalau terus makan.. Makanya kita pandang mi, mi tu pandang kita.. huhuhu..

Samyang Cheese RM7.65 (105g)

Isi dalam dia.. Ada perencah, serbuk keju dan mi..

Setelah digaul semuanya.. Inipun Sha bubuh perencah dia tu separuh ja..

Korea | Light Shop (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini membawa kita ke sebuah kedai lampu misteri yang dibuka hanya pada waktu malam. Jung Won-young (lakonan Ju Ji-hoon) adalah pemilik kedai lampu ini, yang bukan sahaja menjual lampu tetapi juga menjadi saksi kepada pelbagai kisah manusia (dan roh!) yang melangkah masuk ke kedainya..

Apa yang membuatkan drama ini istimewa ialah gabungan suasana misteri, seram dengan penceritaan yang perlahan tetapi penuh emosi.. Watak-watak dalam cerita ini, termasuk Kwon Young-ji (Park Bo-young) dan Lee Ji-young (Kim Seol-hyun), membawa kita melalui pelbagai konflik dalaman mereka.. Setiap pengunjung kedai lampu ini tidak hanya mencari cahaya fizikal, tetapi juga pencerahan jiwa..

Apa yang Sha suka dengan drama ini ialah:

Latar kedai yang unik dan penuh simbolik.
Lakonan mantap Ju Ji-hoon yang benar-benar membawa wataknya..
Elemen seram dan misteri yang tidak klise tetapi tetap menarik perhatian..

Apa yang mungkin kurang dan tidak digemari penonton lain:

Tempo cerita mungkin terasa perlahan bagi sesetengah penonton..
Beberapa subplot seperti tergantung tanpa penjelasan penuh, jadinya kita kena fikirkan sendiri..

Secara keseluruhan, Light Shop adalah drama yang bukan hanya menarik dari segi visual tetapi juga menyentuh hati.. Ia membuatkan Sha berfikir tentang cahaya, baik yang kita cari dalam hidup mahupun yang kita berikan kepada orang lain..

Drama: Light Shop
Also Known As: Lighting Store, Shop of the Lamp, Lighting Shop, Lightshop Keeper, Jomyeonggage
Director: Kim Hee Won
Screenwriter: Kang Full
Genres: Thriller, Mystery, Horror, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 8
Aired: Dec 4, 2024 - Dec 18, 2024
Aired On: Wednesday
Original Network: Disney+
Duration: 42 min.
The series follows the story of a group of strangers who are all having a hard time processing a horrible experience from their past. Each of them is going about their normal lives when they are all strangely pulled to a light shop located at the end of a dubious alleyway. A cautious shopkeeper guards the light shop, which may contain the key to the strangers' pasts, present, and futures.

~~ Adapted from the webtoon "Shop of the Lamp" (조명가게) by Kang Full (강풀).~~

Thursday, December 19, 2024

ebook | Sahabat Misi 3Q #1: Suatu Permulaan oleh Ben Wong, A. Ubaidillah Alias (Penulis)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang menyentuh hati.. Dengan watak utama Akid Fitri, komik ini membawa kita memahami pentingnya kasih sayang keluarga, persahabatan yang ikhlas, dan kekuatan dalam menghadapi cabaran hidup.. Gabungan nilai qudwah, qanaah, dan quwwah menjadikan cerita ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga panduan untuk memperbaiki diri. Gaya lukisan Ben Wong yang menarik dan cerita mendalam oleh Ubaidillah Alias menjadikan komik ini sesuai untuk pembaca pelbagai usia..

Komik ini komik bersiri.. Buku pertama ini bermula dengan perkenalan kita pembaca kepada 3 watak utamanya iaitu Akid, Ilham dan juga Izz.. Bagi siri satu ini, penulis membangkitkan permasalahan buli dan peras ugut dan sikap pelajar yang membawa barang terlarang.. Bagaimana usaha sekolah dalam mengatasi permasalahan ini..

Sha baca dan selesai pada 19.12.2024..

Published June 13, 2022 by Komik-M

US | Venom: The Last Dance (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau tengok ending macam akan ada lagi.. kikiki..

Eddie menjadi buruan Xenophage yang dihantar oleh Knull.. Knull ini pencipta Venom.. Oleh kerana Eddie dengan Venom bergabung, dalam badan mereka ada Codex yang boleh membebaskan Knull dari penjara dan ini menjadi penyebab lebih banyak Xenophage dihantar ke bumi.. Makanya terpaksalah Eddie melepaskan simbiot lain yang ada dalam tahanan tentera untuk melawan Xenophage.. Pada akhirnya Venom terpaksa mengorbankan diri dia demi menyelamatkan bumi dari serangan Xenophage yang menggila..

Venom: The Last Dance
2024 ‧ Action/Sci-fi ‧ 1h 49m
Eddie Brock and Venom must make a devastating decision as they're pursued by a mysterious military man and alien monsters from Venom's home world.

Yeo's Yeogurt Mangga

Assalamualaikum
Hye semua..

Sha beli air ini dekat kedai ECO, dua kotak dengan harga RM2.40.. Rasa mangga yang sangat mewah dan sedap.. Nak lagi sedap, sejukkan dahulu kemudian minum.. Pergh!! Melegakan tekak.. Jarang ada air yogurt dari jenama Yeo's ini di kedai ECO.. Bila jumpa haruslah kita beli sebab sedap..

Yeo's Yeogurt Mangga (200ml) RM1.20

Wednesday, December 18, 2024

USA | Red One (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita yang simple dan tak perlu penng-pening.. Kisahnya santa claus kena culik disebabkan Jack bocorkan kordinat Santa.. Masalanya Jack tak percayakan Santa dan dia tak tahu pun yang dia dah bocorkan kordinat Santa.. Callum bengang dengan Jack tapi mereka terpaksa berkerjasama sebab hanya Jack sahaja yang boleh bantu Callum cari balik Santa.. Rupanya yang culik dnata ialah ahli sihir.. Ahli sihir ini nak kurung semua budak yang ada dalam senarai jahat, dan ini termasuklah Jack.. Kesudahannya bahagia.. Semua budak yang berada dalam senarai baik dapat hadiah.. Santa berjaya diselamatkan dan Jack berbaik dengan anak dia serta berubah jadi baik..

Red One
2024 ‧ Action/Comedy ‧ 2h 3m
When a villain kidnaps Santa Claus from the North Pole, an E.L.F. (Extremely Large and Formidable) operative joins forces with the world's most accomplished tracker to find him and save Christmas.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com