Tuesday, January 7, 2025

WinWin Baked Potato Crisp: Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Wah.. Tak sangka kepingan kentang rangup ini datang dalam perasa kopi.. Walaupun rasa kopi dia tak adalah kuat tapi okaylah.. Bolehlah nak layan sambil lepak-lepak.. Rangup, ada rasa kopi dan tak manis walaupun bahagian atas ada serbuk gula.. Suka Sha kunyah kepingan kentang ini.. Memang rangup..

WinWin Baked Potato Crisp: Coffee (100g) - RM2.40

5 pek individu

Ada 5 keping dalam setiap pek individu..

Lawatan Berpandu Ke Perpustakaan Negara Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Siapa kata perpustakaan 
cuma tempat baca buku? 

Jom datang ke PNM dan rasai pengalaman baharu yang penuh dengan ilmu, teknologi, dan suasana yang seronok! 📚💡 

Masuk adalah PERCUMA! 

Tak perlu tunggu lagi, mohon sekarang dan mulakan perjalanan pengetahuan anda bersama kami. 📝🎓 


Borang Permohonan Lawatan di laman sesawang PNM 👇👇👇👇👇 


Pertanyaan lanjut hubungi :
Bahagian Komunikasi Korporat, PNM
☎️ : 03-2687 1876/1846 

Monday, January 6, 2025

Oatside: Mocha & Caramel Machiato

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman oat keluarkan perisa baru iaitu mocha dan caramel machiato.. Kotak airnya pun bentuk lain.. Lebih mudah untuk minum tanpa perlu gunakan straw.. Rasa mocha dia sedap dan sedang elok.. Tak manis dan mengenyangkan pada Sha.. Suka rasa kopi dan coklat yang seimbang.. Tak saling mengganggu.. Mantap untuk tekak Sha..

Caramel Machiato ini memang kena betullah dengan tekak Sha.. Sedap rasa dia.. Tak terlalu manis dan kopinya pun tak terlalu kuat.. Sedang elok je.. Memang jatuh cintalah bila dah minum..

Oatside: Mocha (200ml) - RM4.50
Oatside Caramel Machiato (200ml) - RM4.50

Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2024

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermulalah peperiksaan UPKK bagi tahun 2024 hari ini.. Semoga berjaya buat anak-anak yang akan menempuh peperiksaan hari ini.. 

Sunday, January 5, 2025

Family Mart | Peeling Gummy Grape & Strawberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekarang kan popular jeli yang boleh kopek kopek macam kopek buah.. Sha belilah perasa strawberi dan anggur.. Ingatkan cantiklah kopeknya macam yang selalu kita tengok di video mukbang.. Ala tak pun.. Biasa biasa saja.. Rasa dia pula agak manis dan ada bau peach.. Okaylah untuk sekali cuba.. Jenuh juga nak habiskan..

Peeling Gummy Grape (40g) - RM2.80
Peeling Gummy Strawberry (40g) - RM2.80

Tak boleh nak kopek cantik-cantik pun.. Melekat jelinya.. Ini je yang dapat..

Chocolate Lovers

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat semua peminat coklat.. Ini untuk anda.. 





Saturday, January 4, 2025

Pemulangan dan Penerimaan Buku Teks

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis dan Jumaat dah selesai hal buku teks Amani dan Imani untuk tingkatan 3 dan darjah 6.. Cuma buku teks sekolah agama masih ditunda sebab minggu depan Imani ada peperiksaan UPKK.. Lepas tu lah baru pulangkan..

Imani pulang buku teks hari Khamis.. Makluman pemulangan buku teks, guru kelas dah bagi pada hari terakhir persekolahan.. Jadi ibu bapa dan pelajar ada masa nak beli buku ganti bagi buku yang hilang atau rosak teruk.. Sha memang suruh Imani periksa siap-siap buku teks dia.. Rupanya ada satu novel BI dia hilang.. Terus Sha beli melalui Shopee.. Nak ke Pustaka Rawang semata-mata beli sebuah buku, memang tak berbaloi.. kikiki.. Bila dah sampa, balut dan ikat semua buku untuk dipulangkan pada hari Khamis (02.01.2025)..

Ini buku yang Imani terima pada hari Khamis (02.01.2025) untuk darjah 6.. 7 buah buku ini balutannya dalam keadaan baik, jadinya tak payah dibalut.. Tulis nama sahaja..

8 buah buku ini pula balutannya dalam keadaan tak berapa okay, jadinya kenalah balut semula.. Sha memang sentiasa ada pembalut buku dekat rumah, jadi hari ini kita balut terus.. 

Ini pula buku teks Amani untuk tingkatan 3.. Amani dapat hari Jumaat (03.01.2025).. Balik rumah terus dia balut mana yang tak berbalut dan balutan rosak dia tukar baru.. Amani dah buat sendiri sejak tingkatan 1 lagi.. Legalah sikit mak.. kikiki.. Buku teks tingkatan 2 pun Amani balut semula mana yang rosak sebelum dipulangkan.. Buku teks tingkatan 2 dah dipulangkan awal pada Rabu (04.12.2024) selepas selesai peperiksaan akhir tahun..

Hari Interaksi Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ke sekolah Imani untuk hari Interaksi.. Lupa pula bawa duit untuk bayar duit buku.. Oleh kerana masa kami sampai tu tak ramai mak ayah, cepatlah dapat jumpa cikgu kelas.. Pelajaran Imani pun ada peningkatan cuma untuk subjek sains dan matematik perlu lebih usaha.. Bahasa Melayu, Arab dan Inggeris dia cemerlang.. Alhamdulillah.. Pendidikan Islam pun okay cuma tu lah, sipi sipi je markahnya.. Banyak main Imani ini.. Perangai dalam kelas pun okay cuma kedatangan ja tak cantik sebab banyak temujanji dengan klinik dan Imani sendiri tak sihat.. Cikgu maklumkan pasal kedatangan tu sebab ganggu jugalah dari segi pembelajaran cuma cikgunya faham Imani tak ponteng sebab ada surat..


Tuesday, December 31, 2024

Corntoz Rose Carbonara

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli di 7-Eleven pada harga promosi tapi korang boleh beli di kedai ECO juga dengan harga RM2.40 sahaja.. Sha suka je rasa dia sebab ada rasa manis dan pedas cumanya bila makan banyak memang terasa pedasnya.. kikiki.. Bolehlah nak makan dua tiga kali untuk sebungkus ini.. Tak terhabis Sha kalau sekali hadap.. Pedasnya tu datang kemudian.. kikiki..

Corntoz Rose Carbonara (80g) - RM3.20

Korea | The Fiery Priest Season 2 (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas 5 tahun The Fiery Priest (2019) keluar, akhirnya musim kedua pun muncul.. Sha tengok memang semata-mata sebab pelakon dia ja.. Walaupun ramai yang kritik drama ini tapi Sha okay ja layan sebab nak enjoy ja.. Bukannya nak serius sangat pun.. Pada Sha jalan ceritanya masih ada namun yang penting aksi dan keserasian antara Kim Na Gil dan Lee Ha Nee tu lebih memikat.. kikiki..

Episod 1 pada Sha, okay-okay sajalah dan sedikit sedih.. Masuk episod 2 terus rasa macam tonton cerita komedi yang penuh kemarahan.. Hahaha.. Walaupun babak tu serius tapi perangai sengal Paderi Kim dan sekutu dia tetap mampu buat kita ketawa.. Semuanya bermula dengan kecederaan pada seorang budak akibat dadah.. Makanya Paderi Kim mula menjalankan misi sebagai bellator dengan bantuan dari Comes dan juga Fautor.. Penjahat dalam cerita ini pun sengal-sengal ubi.. Walaupun ganas boleh pula terjatuh cinta dekat Pendakwaraya Park.. Sabar jelah..

Okaylah jalan cerita dia.. Serius namun di kaburi dengan aksi komedi.. Kalau ikutkan apa yang dipaparkan tu memang ganas okay.. Berkaitan kartel dadah, menggunakan orang tua sebagai perkerja penghasilan dadah dan penganiayaan belia dan orang tua dengan dadah.. Memang gilalah.. Bayangkan diorang guna orang tua yang hidup sendiri dan tak dipedulikan anak sebagai perkerja.. Bila mati tak ada siapa ambil tindakan pada mereka..

Drama: The Fiery Priest Season 2
Also Known As: Hot Blooded Priest 2, Passionate Priest 2, The Fiery Priest 2, Yeolhyeolsaje 2
Screenwriter: Park Jae Bum
Director: Park Bo Ram
Genres: Action, Comedy, Crime, Drama
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Nov 8, 2024 - Dec 27, 2024
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: SBS
Duration: 60 min.
Kim Hae Il is a hot-tempered Catholic priest with a burning sense of justice. He heads to Busan to pursue a drug case which originated in Gudam-district, Seoul. Helping him in his pursuit are Prosecutor Park Kyung Sun, Detective Gu Dae Young from Gudam Police Station, and Detective Gu Ja Young from Busan.

Monday, December 30, 2024

Malaysia | Dongeng Sang Kancil

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha tengok filem Dongeng Sang Kancil.. Menariklah filem dia.. Filem animasi yang sedikit ganas tapi masih okay untuk ditonton.. Kisah sang kancil yang nakal dan bijaksana dalam mengatasi pelbagai masalah di rimba.. Pada waktu yang sama berusaha mencari bayang hitam yang membunuh ibunya.. Sang Kancil akhirnya berjaya jumpa dengan bayang hitam itu.. Itupun setelah ditipu oleh gagak yang cuba memerangkap kancil.. Namun dengan bantuan tupai kancil terlepas.. Bersama haiwan lain mereka berkerjasama menghapuskan ancaman dari bayang hitam..

Lagu-lagu yang disiarkan menarik semuanya.. Cumanya Sha rasa macam audio filem ini terlalu kuat.. Tak macam biasa.. Ataupun Sha yang dah tua.. hahaha.. Kali ini tiket filem macam murah sikit.. Huhuhu.. Sha beli atas talian ja menggunakan aplikasi TGV.. Mudah dan cepat..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com