Monday, August 4, 2025

Pautan Buku Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Meh Sha kongsikan dimana selalunya Sha baca ebuku yang Sha kongsikan dalam blog Sha ini.. Sebelum anda ke laman sesawang Elib, anda perlu mendaftar dengan UPustaka terlebih dahulu.. Setelah mendaftar, barulah anda boleh akses laman sesawang Elib menggunakan email dan password yang anda daftarkan di UPustaka tadi.. Untuk membaca pula, anda perlu memuat turun aplikasi eSentral dan kemudian daftar masuk menggunakan email dan password yang sama anda daftarkan di UPustaka tu.. Selain dari Elib ini, ada banyak lagi pangkalan data yang anda boleh akses di UPustaka ini..

Laman sesawang u-Pustaka - https://www.u-library.gov.my/

Semua elib yang ada tulisan Allows Public Access di bahagian atasnya, anda boleh akses dan pinjam.. Cuma untuk National Library of Malaysia tu ja boleh akses tapi tak boleh pinjam..

Anda boleh memuat turun melalui Google Play.. Logonya berbentuk e tu.. Selain itu anda juga boleh membeli ebuku melalui laman sesawan eSentral.. Akses menggunakan email dan password yang sama anda daftarkan di uPustaka tadi..

Satu lagi aplikasi yang Sha gunakan untuk membaca ialah Oakbee Buffet.. Aplikasi ini anda boleh muat turun melalui Google Play dan kemudian akses menggunakan email dan password yang anda daftarkan di uPustaka.. Melalui uPustaka tu, anda pergi ja ke bahagian eSumber dan klik Pangkalan Data, cari gambar diatas dan ikut ja panduan yang diberikan..

Lampu Break Ketiga Kuda Merah Terbakar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lampu break ketiga Sha dah terbakar dari minggu lepas lagi.. Semalam baru maklumkan dekat encik suami.. Kebetulan kereta dekat depan MrDIY, jomlah kita cari mentolnya.. Satu pek ada 2 mentol.. Beli je lah, yang baki tu kita buat spare.. Sha perasan pun sebab suruh anak periksa.. Selalu tu bila tekan break kita boleh nampak pantulan warna merah tu dekat cermin belakang.. Ini tak ada, bila anak tengok memang dia cakap tak ada.. Bahaya bila tak ada lampu break ketiga ini.. Risau orang tak perasan kita break..

Terbakar sudah dia..

Car bulb LA-511 S25-WH (2pcs) - RM3.50

Selamat Tinggal Kaunter Nombor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hampir 2 bulan lebih dah Sha tak bertugas disini memberi nombor kepada pesakit klinik pakar untuk pendaftaran sebelum ke klinik pakar.. Kerja Sha disini berakhir pada 27 May 2025.. Lama jugalah Sha bertugas disini, membantu bahagian pendaftaran dan menjadi kaunter pertanyaan.. Sha bertugas disini bermula 12 September 2023 menggunakan kad nombor berwarna-warni dan kemudiannya beralih kepada mesin ini.. Mesin ini awalnya mengeluarkan dua salinan nombor dan kemudiannya berjaya dinaik taraf supaya mengeluarkan satu nombor sahaja.. Barulah jimat kertas.. Bertahan setahun 8 bulan lah juga bertugas disini.. Membantu barisan hadapan gitu..

Kaunter nombor yang ditinggalkan.. 

Sunday, August 3, 2025

Jepun | Ghost Killer (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula tu macam tak best tapi lepas watak utama iaitu Fumika terjumpa dengan kelosong peluru barulah jalan cerita dia nampak menarik.. Bersama dengan kelosong peluru itu ada hantu bernama Hideo.. Hideo ini pembunuh upahan yang kena bunuh, jadinya dendam dia membuatkan dia melekat dekat kelosong peluru itu.. Bila Fumika ambil kelosong peluru tu, Hideo muncul dan boleh merasuk Fumika setiap kali mereka berpegang tangan.. Hideo ini minta tolong Fumika untuk cari pembunuh yang bunuh dirinya demi melunaskan dendam dibunuh.. Awalnya Fumika ini tak nak tapi disebabkan satu peristiwa, Fumika akhirnya bersetuju..

Jalan cerita dia mudah dan tak meleret.. Babak berlawan dia memang syoklah tengok..

Movie: Ghost Killer
Also Known As: Goosuto Kiraa
Screenwriter: Sakamoto Yugo
Director: Sonomura Kensuke
Genres: Action, Horror, Crime, Drama
Country: Japan
Release Date: Apr 11, 2025
Duration: 1 hr. 44 min.
Fumika, a college student living through stressful days, discovers a single bullet on the street one day. After bringing the bullet home, Fumika becomes possessed by the ghost of Kudo, a hitman who was murdered and is unable to find peace in the afterlife. When Kudo takes over Fumika’s body, the two realize that his physical abilities have transferred to her as well. Together, they set out on a path of revenge to settle Kudo’s unfinished business…

Potongan Rambut Tak Jadi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lain yang kita minta, lain pula kejadiannya.. Makin teruk pula perkhidmatan gunting rambut kat sini.. Selalu tu, okay ja.. Kemas.. Kali ini rosak terus tak seperti yang diharapkan.. Sha memang jaranglah gunting rambut.. Selalu tu encik suami tolong potongkan sikit ja.. Kali ini macam nak potong elok sikitlah.. Terus pendek jadinya.. Geram pula hati kita.. Lepas tu sebok suruh kita cuci rambut.. Kitanya nak potong rambut ja, dah memang budgetnya untuk potong rambut.. Perkhidmatan yang dibayar bukan murah tau.. Potonglah ikut kehendak pelanggan bukan ikut suka hati.. Memang tak lah nak datang sini lagi.. 

Sha sia tunjukkan gambar potongan rambut yang Sha mahu dari depan dan juga belakang.. Bukan main cakap mulut ja.. Memang lari jauhlah dengan gambar yang ditunjukkan tu..

Mahal bayarannya untuk potongan yang tak menepati kehendak pelnaggan..

ebook | Miss Princess Celebrity oleh Alam Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seperti tajuknya, buku ini menceritakan tentang artis bernama Dahlia yang menjadi mangsa penghendap.. Ada saja cubaan menjatuhkan nama baik Dahlia.. Memang obses betul si penghendap ini.. Cumanya bila berada di Korea kerana dipilih sebagai duta, barulah Dahlia tahu yang dirinya diintip.. Awal tu kan Sha ingat penghendap tu dalam pantauan penyiasat tapi bila sampai hujung cerita barulah tahu rupanya penghendap turut dihendap untuk dihukum.. Okaylah cerita dia pada Sha.. Jadi artis ini bukan mudah tapi akan lebih bermakna kalau berilmu dan pandai jaga diri..

Sha baca dan selesai pada 30.07.2025..

Published April 30, 2024 by Bookiut

Saturday, August 2, 2025

Hanjuku Cheese: Cookies & Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalunya Sha akan beli Hanjuku Cheese setiap kali ke Family Mart tapi bila terjumpa rasa yang baru ini, terus terjatuh cinta.. Sha rasa versi cookies & cream ini lebih menarik sebab ada gabungan rasa lemak berkrim serta rangup biskut.. Rasa dia yang original tu memang dah sedap cuma bila dia buat versi ini, rasa dia jadi lebih mengancam.. Gitu.. Memang boleh beli lagilah.. 

Hanjuku Cheese: Cookies & Cream - RM4.20

Bahagian tas tu ketulan biskut yang rangup.. Menarik tau..

ebook | Dimensi Paranormal: Mek Dagang oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua ini membawakan kisah mistik tentang sebuah kedai makan yang memiliki patung bernama mek dagang.. 4 sekawan iaitu Linda, Hyniyah, Farid dan Nazli telah ke kedai makan ini mencari patung mek dagang.. Nazli kemudiannya telah mencium patung tersebut dan membuat hajat.. Masalah mula timbul lepas tu bila Linda hilang, Farid dan Nazli mati.. Hyniyah nyaris mati namun kemudiannya diselamatkan.. Peristiwa ini akhirnya mnejadi punca misteri kehilangan seorang usahawan dan juga gadi-gadis yang hilang termasuk Linda berjaya diselesaikan.. Namun misteri juga bertambah.. Siapakah orang kerdil yang ditemui Hyniyah malam selepas mereka berjumpa patung mek dagang tu? 

Sha baca dan selesai pada 29.07.2025..

Published May 30, 2024 by Penerbit-X

US | Abraham Lincoln: Vampire Hunter (2012)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Watak utama dia nama Abraham Lincoln atau nama manja dia Abe.. Masa kecik Abe ini tengok mak dia kena bunuh dengan Jack Barts seekor vampire.. Masa ini dia tak tau lagi Barts ini vampire, bila dah besar Abe cubalah nak bunuh Barts ini tapi tak berjaya.. Henry muncul untuk selamatkan Abe dan bagi tahu tentang vampire.. Kiranya dengan tunjuk ajar Henry ini, berjayalah si Abe ini jadi pemburu vampire.. Henry dah pesan jangan berkawan, jangan bercinta tapi Abe ni manusia biasakan.. Sampailah satu masa kawan baik dia nama Will kena culik dengan ketua vampire.. Mujur ada Speed, kalau tak memang mati si Abe dengan Will.. Masa ini juga dia tau yang Henry tu pun vampire tapi sebab Henry tak boleh bunuh vampire dia kena gunakan manusia.. Henry ini pun berdendam dengan vampire.. 

Lepas tu adalah perang apa semua, Abe ini jadi President dan pihak musuh guna vampire sebagai askar.. Masa inilah Abe gunakan helah untuk bantu askar dia lawan vampire dan bunuh ketua vampire.. Henry pun bantu juga..

Abraham Lincoln: Vampire Hunter
2012 ‧ Horror/Action/Fantasy ‧ 1h 45m
Taglines: Are you a patriot or a vampire?
Abraham Lincoln loses his mother at a young age and discovers that she was killed by a vampire. Years later, he becomes the president of the USA and makes it his mission to wipe out the bloodsuckers.


Friday, August 1, 2025

Ucapan Dari Rakan Sekerja

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi masuk pejabat tengok ada ucapan yang ditinggalkan untuk Sha dari beliau.. Sempat lagi beliau menulis di papan putih ini.. Selalunya disini kami catatkan urusan kami kemana atau hari bercuti.. Lepas ini sebelah nama Sha tu akan bertukar dengan nama yang baru.. Semoga beliau cemerlang di tempat baru..

Terima kasih atas ucapannya..

CME 01 Ogos 2025

Assalamualaikum.
Hye semua..

Pagi tadi sempatlah ikut CME anjuran Unit Rekod Perubatan dengan tajuk Osteoporosis dan Penyediaan dan Kepentingan Laporan Perubatan yang Berkualiti Kepada Pelanggan.. Menarik maklumat yang diterima.. Sekejap ja CME nya.. Mula jam 8 pagi dan berakhir jam 9.05 pagi..

Mujurlah terjumpa staf yang nak ke CME ini dalam lif, dapatlah sertai.. Kalau tak memang tak taulah ada CME..

Tajuk Osteoporosis dari bahagian Orthopedic..


Kemudian baru dari Unit Rekod Perubatan..

ebook | Dimensi Paranormal: Mayat Pintal oleh Khairul Nizam Khairani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Permulaan yang penuh dengan misteri.. Kita tahu akan kewujudan makhluk pelik yang boleh menyebabkan manusia mati dengan terpintal namun misteri siapa Arif dan lelaki tak bernama masih belum terungkai.. Itu belum lagi tentang siapa sebenarnya yang meracun anak-anak yatim.. Misteri dan misteri.. Amira yang hidup semula dan tidak bersuara pun penuh misteri, sebab dihujung cerita tiba-tiba elok ja Amira bersuara.. Penulis memang pandai memainkan emosi pembaca.. Tak sabar nak baca sambungannya..

Sha baca pada 28.07.2025 dan selesai pada 29.07.2025..

Published April 21, 2024 by Penerbit X
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com