Thursday, September 4, 2025

Jack 'n Jill Calbee: Salted Egg

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab nak mengunyah dalam kereta sambil menunggu.. Itupun tak habis.. Walaupun besar peknya tapi isi dia tak adalah penuh.. Pek ja besar.. Tapi masih perlukan masa untuk dihabiskan.. Rasa telur masin tu menarik dan tak adalah masin sangat.. Bolehlah layan buat kunyah-kunyah sambil menunggu.. Sha suka sebab kerepeknya berkedut dan tebal.. kikiki..

Jack 'n Jill Calbee: Salted Egg (150g) - RM8.50

Kemain jauh ke bawah keropoknya.. kikiki..

ebook | Tukang Masak oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Himpunan cerpen seram yang tak mengecewakan.. Kali ini lebih menarik dengan pelbagai twist.. 

Cerpen pertama mengenai gurauan.. Nampak macam tak berbahaya tapi akhirnya mengundang petaka.. Perkara yang melibatkan gurauan kalau tak kena gaya memang padahlah jawabnya.. Cerita yang kedua pula memang betul-betul luar jangkaan.. Plot twist dia lain macam.. Cerita ketiga pula mengenai pemberian, jangan sebarangan menerima sebab kita tak tahu apa yang datang dengan pemberian tersebut.. Cerita keempat mengenai pencarian.. Kadang ada benda yang tak perlu nak dicari kerana tak semua berpeluang menemuinya.. Cerita kelima tentang penjara.. Kisah yang tersembunyi tanpa siapa pun tahu.. Cerita leenam mengenai Covid.. Rindu pula kenangan pkp.. kikiki.. Cerita keenam tentang pendamping.. Lain macam betul jalan ceritanya.. huhuhu.. Kisah ketujuh ini sedikit sedih walaupun ada seramnya.. Kisah tragislah juga..  Cerita terakhir pula tentang perasaan.. Aduh!! Yang akhir ini memang lain macam ceritanya.. Cerita yang meninggalkan kesan yang tak dijangka dengan suntikan misteri..

Sha baca dan selesai pada 04.09.2025..

Published August 9, 2024 by Batcha Enterprise

Ah Huat White Coffee: Extra Rich, Smooth & Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mengancam kopi dari jenama Ah Huat ini.. Pekat dan mewah dengan rasa kopi.. Memang berbaloi dicuba.. kikiki.. Ini antara kopi yang beli Sha beli dan kongsi dalam Entry sebelum ini..

Ah Huat White Coffee: Extra Rich (30g) - RM2.19
Memang mewah dan pekat betul rasa kopi dia.. Puas hati dan lidah Sha bila minum.. Berbaloilah kalau nak beli peket besar.. 

Ah Huat White Coffee: Smooth (28g) - RM2.19
Kalau suka rasa yang lebih ringan dan halus, boleh cuba yang ini.. Memang halus ja rasa kopi dia lalu dekat tekak.. Ngam..

Ah Huat White Coffee: Hazelnut with Sugar Cane (36g) - RM2.29
Okay.. Untuk yang ini Sha tak berapa suka.. Pada Sha gandingan kacang hazel dengan gula tebu tu macam tak berapa ngam.. Tak Kenalah.. Ada rasa agak pelik.. Rasa kopi tu memang pekatlah cuma gandingan tu ja tak berapa menjadi..

Wednesday, September 3, 2025

Laksam & Laksa Lemak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka ja makan laksam cumanya jaranglah beli sebab susah jumpa.. Laksa lemak tu pertama kali Sha jumpa, okaylah sedap ja.. Lebih kurang macam makan laksa cuma kuahnya kuah laksam.. Dia punya mee tu pun lebih halus berbanding laksa.. Memang syoklah kunyah.. Sha tunjuklah laksa lemak tu dekat kawan yang memang asal Kelantan.. Dia cakap, laksa lemak tu tak lengkap.. Patutnya ada sambal lada, belacan dengan ulam sayur bukan kobis.. Nampak gayanya kena ke Kelantan jugalah nanti.. kikiki.. Alasan..

Ini laksam yang tak ada awasnya.. Kikiki.. Sha makan kosong ja.. Malas nak bubuh sayur dan sambal dia..

Laksa Lemak - RM6.00

Bila dah campur dengan kuah, sayur dan sambal..

Ritter Sport Crunchy Duo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alami keistimewaan gabungan coklat susu premium bersama inti rangup yang membawa anda ke dunia penuh kenikmatan rasa hanya dengan Ritter Sport Crunchy Duo..

Setiap gigitan menyajikan keenakan kacang hazel panggang, kekacang bergula karamel dan bijirin rangup yang serasi indah dengan coklat halus.. Buat pencinta coklat bertekstur rangup, Crunchy Duo ini sememangnya pilihan wajib! Ia menawarkan keseimbangan sempurna antara rasa coklat yang lembut dan kerangupan yang memuaskan..

Nikmatilah kerangupan yang mengujakan bersama Ritter Sport Crunchy Duo.. Memang layan..

Ritter Sport Crunchy Duo: Crispy Cream & Choco Crunch (218g) - RM18

Perbezaan antara crispy cream dan choco crunch..

Imani dan Sambutan Merdeka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang, Imani bawa baik hadiah dan lukisan yang diwarnakan.. Ada pertandingan sempena Sambutan Kemerdekaan di sekolah Imani.. Menang tempat pertama.. Sukalah dia.. Sha simpan sini untuk kenangan bersama..

Hasil kerja Imani

Hadiah Tempat Pertama
Ada buku nota, pemadam, pensil, gam dan sedikit jajan..

Tuesday, September 2, 2025

US | Red Sonja (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah pahlawan wanita bernama Red Sonja yang terpisah dan membesar di dalam hutan.. Kemudiannya ditangkap ketika cuba membalas perbuatan askar yang membunuh haiwan hutan.. Tapi kemudian Red Sonja tu terlepas termasuklah hamba lain yang terperangkap.. Maka bermulah perang antara Red Sonja dan raja kejam yang gila.. Red Sonja hampir mati namun pada saat akhir, kuda dia berjaya selamatkan Red Sonja.. 

Red Sonja
2025 ‧ Action/Fantasy/Adventure/Drama/Thriller ‧ 1h 50m
Captured, chained and forced to fight for survival, Red Sonja must battle her way through the blood-soaked pits of a tyrant's empire while rallying an army of outcasts to reclaim her freedom and take down Dragan and his ruthless bride, Dark Annisia.

ebook | Simpang Dua oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengandungi 8 cerita pendek.. Boleh dikatakan hampir ke semuanya berkaitan dengan perkara mistik dan seram kecuali cerita bertajuk Khalid dan Aridhah.. Cerita ini lebih kepada misteri dan sedikit thriller.. Kalaulah penuis jadikannya cerita penuh, mesti menarik.. Memang menariklah kompilasi dalam buku ini..

Sha baca dan selesai pada 02.09.2025..

Published August 9, 2024 by Batcha Enterprise

Harold's Iced Shaken Signature Coffee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalunya bila singgah Harold's, Sha beli roti ja.. Tapi ada satu hari tu rasa macam nak kena kopi.. Bila tengok harga dia macam berbaloi ja, jadinya kita belilah satu.. Memang padulah kopi dia.. Segar mata lepas minum.. Terus semangat memandu.. kikiki.. Bolehlah beli lagi lepas ini kalau teringin nak minum kopi yang padu.. Ngam lah rasa kopi dia untuk tekak Sha..

Harold's Iced Shaken Signature Coffee - RM6.60
(Add on dapat diskaun RM1.88)

Monday, September 1, 2025

Twisties Korean Flaming Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli sebab tak pernah cuba rasa ini.. Memang betul-betul pedaslah seperti selalunya makanan Korea.. Cumanya boleh lagi Sha makan sebab bergabung dengan rasa keju.. Itupun Sha makan berulang, tak boleh nak habiskna sekali hadap.. Terasa pedasnya.. kikiki..

Twisties Korean Flaming Cheese (60g)

Isi dalam dia, banyak tu ja sekarang ini..

ebook | Eskapisme oleh Maria Kajiwa & A.Miruu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini kompilasi seram dari dua penulis.. Satu otai dan satu lagi baru pertama kali Sha baca karyanya.. Memang uniklah sebab setiap cerita itu mempunyai penamat yang tak terduga.. Ada sesetngah cerita tu kalau dipanjabgkan memang mengancam.. Ada yang buat Sha toleh kiri dan kanan sebab meremang.. huhuhu.. Memang tak terbayang..

Sha baca dan selesai pada 01.09.2025..

KFC Treats: Mochi Durian & Strawberry Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mochi ini antara makanan kesukaan Sha.. Sha cuba yang KFC punya.. Boleh tahan.. CUmanya lepas beli memang terus kena makan baru sedap.. Terutama sekali yang durian tu.. Memang kena makan dalam tempoh sejam selepas pembelian.. Kalau tak mungkin lepas tu dia rosak kot.. Kotak dia pun cantik..

Mochi Durian (60g) - RM6.99
Strawberry Cheese (60g) - RM5.99

Ini Mochi Durian, memang mewahlah inti durian dia.. Masa dapat ini Sha terus makan sebab dah terbaca amaran kena makan dalam tempoh sejam selepas pembelian.. Memang agak lembutlah dah masa ini tapi masih lagi sedaplah sebab rasa durian dia tu ada kick.. Mochi ini sekali ngap ja, dah selesai.. Saiz dia comel dan lembut.. Satu pek ini ada 2 ketul..

Ini pula keratan rentas untuk mochi strawberi keju.. Ada lapisan putih dan jem strawberi.. Sha lagi suka yang ini sebab masih kenyal masa dikunyah dan gabungan keju dan strawberi tu ngam betul.. Sedap dan mengancam.. Saiz dia pun comel dan tak sesuai dimakan seketul terus, kena gigit separuh dan kunyah.. Sha makan seketul tu terus dan nyaris tercekik sebab dia masih kenyal.. kikiki.. Satu pek ini ada 2 ketul mochi..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com