Saturday, October 4, 2025

Big Country Cranberry Oat Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat biskut ini dari rakan sekerja.. Dia beli satu bekas besar, dalam bekas tu ada pek comel-comel macam ini.. Sedap biskutnya.. Buka ja bungkusan, bau wangi kranberi tu menyerlah.. Bila gigit memang terasalah kraberinya dan oat tu.. Sedap dan mengenyangkan..

Dapatlah 3 pek comel..

Setiap pek ada sekeping je biskut..

Mengatasi Kegerunan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu ini Imani habis PSRA.. Kiranya ini tahun akhirlah anak Sha akan bersekolah agama.. Sha masih ingat lagi waktu mula-mula carikan sekolah agama untuk Amani.. Masa ini tahun 2016.. 3 ke 4 bulan sebelum Amani habis sekolah Pasti.. Oleh kerana Sha duduk di sempadan Selangor dan Perak, Sha cari sekolah agama Amani di sebelah Selangor.. Ini pun bukan sahaja sebab dekat tapi juga disebabkan kos.. Kos pembelajaran bagi sekolah agama di Selangor lebih mesra poket..

Masa survey ini, memang Sha pergi sekolah atas bukit ini dulu tapi disebabkan masa tu jalan nya lebih curam dan sedikit sempit, Sha suruh encik suami cari yang lain dulu.. Sha yang akan uruskan anak jadi biarlah pilih sekolah yang mudah dan senang Sha nak akses.. Tambahan pula bila kereta yang Sha pakai masa ini manual.. Ngeri okay nak panjat bukit ini.. Tu yang Sha sekolahkan Amani di Kg. Serigala, sebab sekolahnya tepi jalan sahaja.. 

Masa Amani periksa UPKK dia buat secara atas talian sebab musim PKP.. Masa periksa PSRA, Amani menumpang di sekolah atas bukit ini tapi ustaz ustazah yang uruskan.. Imani UPKK dekat sekolah Serigala sebab masa ini ada pelajar SRITI yang menumpang jadinya cukuplah jumlah pelajar untuk sekolah Serigala dijadikan pusat periksa.. Cuma bila nak PSRA ja, Imani terpaksa menumpang di sekolah atas bukit ini sebab mereka hanya ada 4 orang sahaja.. Tak cukup jumlah pelajar untuk sekolah jadi pusat periksa.. 

Sha pula memang ambil cuti seminggu untuk uruskan Imani.. Jadinya hari Isnin petang, ustaznya dah Whatsapp maklumkan yang ibu bapa kena ambil sendiri anak dari sekolah atas bukit ini.. Memang Sha tawakal ja lah.. Lagipun kereta dah tukar auto, encik suami pun dah cakap.. Kereta auto ini dia tak akan mengundur bila gear duduk dekat D.. Yakinlah sikitkan.. Alhamdulillah.. Sha berjaya naik dan turun bukit ini dengan selamat sepanjang minggu peperiksaan PSRA Imani.. Gemuruh dan berdebar tu memang adalah tapi berjaya juga diatasi demi seorang anak..

Ini pemandangan dari seberang jalan..
Sha tak pasti bila tapi rasanya macam sebelum PKP diorang lebarkan jalan nak naik ke sekolah agama ini.. Tapi Sha memang tak pernah naik.. 

Pemandangan sebelum naik..

Ini video semasa naik bukit..

Ini pula video turun bukit..

Nutrigen Milk: Brown Sugar Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susu kopi jenama ini, tak terlalu manis.. Sedaplah minum waktu pagi walaupun sejuk.. Memang ngamlah rasa kopi tu.. Saiz dan harga tu, okaylah untuk Sha.. Sha pun pertama kali cuba, ini ja saiz yang paling kecik Sha jumpa.. kikiki.. Sha beli dekat pasaraya TF Value Mart..

Nutrigen Milk: Brown Sugar Latte (568ml) - RM5.90

Friday, October 3, 2025

Selesai PSRA 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hari ini selesai sudah Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) Tahun 2025 bagi Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI), Selangor.. Seminggu ini bertungkus lumus Sha menjadi pemandu menguruskan Imani.. Pagi jam 8.30 dah gerak hantar ke sekolah untuk Kelas Kepong.. Jam 12 ambil bawa balik untuk makan dan mandi.. Jam 1.30 hantar balik ke sekolah sebelum mereka dibawa oleh ustaz dan ustazah ke sekolah agama lain untuk peperiksaan.. Oleh kerana mereka hanya 4 orang sahaja, kenalah menumpang di sekolah lain untuk pelaksanaan peperiksaan.. Jam 4.10 petang Sha ambil bawa balik.. Begitulah sepanjang minggu ini.. 

Hari ini ja Sha yang hantar sampai ke sekolah tempat periksa.. Lepas ini debaran menanti keputusan periksa pula.. 

Ini jadual kelas tambahan..

Ini pula jadual peperiksaan PSRA 2025.. Seawal jam 2 petang dah kena ada di sekolah walaupun peperiksaannya mula jam 2.40 petang..

Godiva Signature: 90% & 70% Cacao Dark Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Godiva Signature 90% Cacao Dark Chocolate
Pahit dia memang kaw! Rasa pure coklat pekat, sesuai untuk yang betul-betul sukakan coklat gelap dan rasa asli coklat yang pekat.. Kalau suka manis, mesti akan terkejut sikit dengan rasa dia ini.. Tapi bila kunyah dengan perlahan-lahan, anda akan dapat rasa yang sangat elegan dan licin ja..

Godiva Signature 70% Cacao Dark Chocolate
Kalau yang ini rasa dia lebih seimbang.. Coklat ini memiliki rasa pahit tapi masih ada rasa manis dihujungnya.. Tekstur dia taklah lembut mana dan taklah terlalu keras di lidah.. Sesuai untuk mereka yang nak makan dan menikmati coklat gelap tanpa rasa terlalu “keras” macam 90%..

Ringkasnya boleh Sha cakap 90% untuk yang betul-betul hardcore, dan 70% untuk yang nak pahit tapi masih ada rasa manis dihujungnya.. Gitu..

Satu lagikan, kalau korang tengah emosi tak berapa nak stabil, sesuai sangat makan yang 70% tu.. Rasa coklat tu boleh pulihkan emosi tau, sebab Sha memang rasa lega lepas makan coklat ini.. Hilang stress.. kikiki..


Dari segi warna boleh nampak yang 90% (kiri) tu gelap dia memang betul-betul gelap.. Manakala yang 70% tu agak cerah sedikit kegelapan dia..

ebook | Avra oleh Syaz Eym

Assalamualaikum..
Hye semua..

SR kembali dengan ebook baru guys.. Tajuknya satu patah perkataan sahaja iaitu Avra.. Nama watak dalam buku ini.. Comellah pada Sha.. Kisah yang nampak macam cliche dengan pengolahan yang berbeza..

Avra seorang anak gadis yang mempunyai kekayaan old money, hidupnya sunyi walaupun mewah.. Semua tu berubah bila Avra kenal Izz dengan tak sengaja.. Hidup Avra mula ada perubahan dan tidak lagi mendatar.. Awalnya nampak macam tak berkesudahan namun bila takdir dah tertulis semua jadi mudah.. Cuma agak sedihlah bila penulis matikan watak Leo.. huhuhu.. Penamat cerita pun agak ringkas pada Sha.. Bacaan santai yang menceriakan hari..

Sha baca dan selesai pada 02.10.2025..

Published September 1, 2025

Thursday, October 2, 2025

Bento: Mixed Super Seaweed & Roasted Chili Sauce Grilled Squid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana tengah promosi, Sha pun belilah 2 pek buat rasa-rasa.. Sha ingatkan 2 rasa ini tak adalah pedas.. Sekali makan, pergh!! Pedas dia tak boleh bawa bincang.. Memang menyengat untuk Sha yang kurang makan pedas.. Tapikan kepingan sotong ini dia tak macam yang selalu kita beli dekat Lumut.. Yang ini dia macam rangup-rangup sikit, tak liat.. Syoklah kunyah cuma kekurangan dia pada kepedasan tu.. Kalau suka pedas, memang sesuailah cuba..

Bento: Mixed Super Seaweed - RM2.00
Bento: Roasted Chili Sauce Grilled Squid - RM2.00

Seriap pek ada 4 keping dalam dia dengn pembungkusan berasingan.. Kecik ja isi dia.. Ingatkan besar..

Pilih Sekolah Menengah Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hujung tahun dah nak sampai.. Imani pun bakal meninggalkan Sekolah Rendah.. Semalam cikgu dah edarkan borang digital pemilihan sekolah menengah untuk tahun hadapan.. Borang tu ada 3 pilihan dan Sha pilih sekolah yang sama ja untuk ketiga-tiga pilihan.. Memang tak kan pilih sekolah lain.. Asrama memang taklah.. Sekolah biasa ja.. Biar dia depan mata sampailah SPM..


Sunshine Signature: Summer Berries, Uji Matcha & Royal Butter Corn

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setiap kali Sha pergi berbekam dan urut, Sha akan cari roti jenama Sunshine ini.. Ada rezeki, dapatlah jumpa roti perisa baru.. Macam baru ini Sha pergi urut, dapatlah Sha beli perisa baru dari Sunshine iaitu Summer Barries, Uji Matcha dan Butter Corn.. Roti ini mahal sikitlah tapi rasa dia tu berbaloilah dengan harga..

Summer Berries ini menariklah.. Krim tu tak manis sangat dan ada rasa masam sikit.. Lepas tu setiap gigitan tu boleh rasalah ketulan kecil buah beri tu.. Kira puas hatilah makan..

Uji Matcha - Okaylah.. Nak kata sedap sangat tu tak lah.. Nak kata taksedap pun, tak juga.. Biasa-biasa ja untuk Sha sebab Sha bukan peminat matcha.. Beli ini pun sekadar nak rasa ja.. Tapi krim dia memang tak kedekutlah.. Tebal.. Puas hati makan..

Royal Butter Corn - Wangi betul bau jagung dia.. Sedaplah tapi bukan kegemaran Sha.. Lepas tu dekat krim tu ada ketulan kasar jagung tau.. Kalau peminat jagung mesti suka..

Sunshine Signature: Summer Berries (52g) - RM1.60
Sunshine Signature: Uji Matcha (52g) - RM1.60
Sunshine Signature: Royal Butter Corn (52g) - RM1.60

Wednesday, October 1, 2025

US/Thailand | Alien: Earth (TV Series 2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ini tak adalah minat sangat cerita alien ini.. Sha lebih suka Predator.. Tapi Sha tertarik nak tengok drama bersiri ini sebab ada komunikasi antara alien dan manusia synthetic.. Sha terjumpa sebenarnya klip pendek komunikasi manusia synthetic tu dengan alien.. Tu yang gigih juga tengok drama ini..

Marcy atau kemudiannya dipanggil Wendy merupakan model manusia synthetic.. Kemudiannya syarikat mendapatkan lagi beberapa budak untuk menemani Wendy.. Wendy ini dia masih memilik kesedaran sebagai Marcy dan sentiasa merindui serta memerhati abang dia Joe.. Sampailah satu hari berlaku rempuhan kapal angkasa dan Joe terlibat dalam misi menyelamat.. Masa ini Wendy dan rakan-rakan dia dihantar untuk menyelamatkan Joe dan mengambil semua sample makhluk asing yang ada dalam kapal..

Bila dah berjaya dapatkan sample dan selamatkan Joe, syarikat membawa balik sample tersebut ke pulau untuk dikaji.. Joe tercedera dan paru-paru dia diganti baru.. Paru-paru yang rosak diberi kepada larva yang diambil dari facehugger alien.. Wendy kemudiannya diketahui boleh berkomunikasi dengan alien melalui bunyi.. Jadinya Wendy ini diarahkan untuk berkomunikasi dengan alien yang akhirnya keluar dari larva yang dimasukkan ke dalam paru-paru Joe.. Sudahnya Wendy dan alien tu jadi kawan baik..

Drama ini bukan setakat kisah Wendy ini sahaja tapi adalah watak-watak lain.. Cumanya taklah sepenting Wendy ini sebab dia watak utama kan.. Kalau tengok penamat macam akan ada season 2.. Tapi kalau tak ada pun, okay ja pada Sha..

Alien: Earth
Taglines: 'In 2120, Mother Earth is expecting.'
2025 ‧ Horror/Sci-Fi/Thriller ‧ 1 season
When a mysterious space vessel crash-lands on Earth, Wendy and a ragtag group of tactical soldiers make a fateful discovery that puts them face-to-face with the planet's greatest threat.


S1.E1 ∙ Neverland
S1.E2 ∙ Mr. October
S1.E3 ∙ Metamorphosis
S1.E4 ∙ Observation
S1.E5 ∙ In Space, No One...
S1.E6 ∙ The Fly
S1.E7 ∙ Emergence
S1.E8 ∙ The Real Monsters

Pods Snickers Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mengancam coklat dia.. Coklat ini datang dalam bentuk yang sangat comel.. Inti Snickers di bahagian dalam coklat ada rasa kacang tanah yang memberi kontras tekstur dan disaluti karamel manis masin yang ikonik.. Kombinasi manis, lemak, rangup, dan sedikit masin ini menjadikan Pods Snickers satu snek yang bukan sekadar sedap, tapi berjaya buat Sha nak makan lagi dan lagi.. Memang tak sedarlah hampir separuh hilang sebaik sahaja bungkusan dibuka.. 

Kelebihan Pods Snickers ini pada saiznya yang comel membuatkan ianya makanan yang mudah untuk dikongsi bersama.. Memang syoklah makan bersama keluarga.. Sha makan berdua dengan encik suami, kejap ja licin.. 


Dapatlah sebekas comel ini..

Bila digigit, inilah lapisan dia..

Pertama Kali Guna BUDI95 @ Setel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha dah berjaya guna BUDI95 melalui aplikasi Setel.. Mudah dan cepat.. Nak tengok baki pun senang.. Terasa betul perbezaan harga tu.. Syukur sangat dapat BUDI95 ini.. Sha memang lebih suka gunakan Setel bila isi minyak.. Pelanggan setia Petronaslah katakan.. kikiki.. Setiap kali gaji Sha dah masukkan siap-siap budget untuk penggunaan minyak sebulan.. Senang nak pantau setiap bulan berapa banyak duit dan minyak yang digunakan.. Kalau korang nak download Setel, bolehlah masukkan kod 3gbbk ini.. Kalau guna kod Sha ini, nanti korang akan dapat RM3 selepas selesai daftar dan belanja RM30 petrol atau di Kedai Mesra..

Ini sebelum guna.. Ada 300 liter..

Ini semasa pengisian sedang dijalankan.. Dia budget dah berapa liter Sha akan isi..

Ini pula jumlah sebenar minyak yang Sha isi.. Paparan harga sebenar kalau bayar RM2.60.. Tolak subsidi RM12.20 dan jumlah yang Sha bayar hanya RM39.81 sahaja..

Ini paparan baki minyak yang masih boleh Sha tebus..

Ini paparan di aplikasi TouchnGo ewallet Sha.. Sama kan macam paparan di setel..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com