Thursday, December 4, 2025

Rezeki Hari Khamis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Pagi ini dapat sebungkus nasi lemak ayam.. Pergh!! Kemain meriah nasi lemaknya.. Betul-betul rezekilah hari ini.. Bekal roti, kena simpan petanglah nampak gayanya.. kikiki.. Terima kasih pada yang memberi.. Semoga dipermudahkan urusannya.. Aamiin..

Sebungkus nasi lemak ayam yang cukup sifatnya sebagai nasi lemak.. Oleh kerana sambal dia asing, bolehlah makan lambat sikit.. Bersama timbunan ikan bilis tu ada kacang tanah juga tau, sebab tu Sha cakap nasi lemaknya cukup sifat.. kikiki..

Massimo Davino X-Tra Spicy Prawn Sambal Roll

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha pernah kongsikan tentang roti Massimo Divino Spicy: Prawn Sambal Roll kan.. Kali ini roti dengan sambal udang ini datang dengan x-tra pedas.. Pembungkusan dia cantik lepas tu dia guna roti arang.. Lembut betul rotinya.. Sambal udang tu memang betul pedas tau.. Menyengat.. Tapi sedap dan ada rasa ketulan udang kali ini walaupun tak banyak dan tak besar.. Sha beli sekali ja lah sebab pedas dia lebih terasa berbanding yang sebelum ini.. kikiki.. 

Massimo Davino X-Tra Spicy Prawn Sambal Roll (55g) - RM2.00

Menggunakan roti Charcoal yang lembut dan gebu..

Wednesday, December 3, 2025

Jualan Buku Tulis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rabu (26.11.2025) pihak sekolah dah keluarkan iklan pembelian buku tulis untuk tahun 2026.. Bila Sha tanya untuk tingkatan 1, katanya belum buka lagi.. Jadinya kita beli untuk Amani dulu.. Sha bayar atas talian pada 28.11.2025 dan berikan resit bayaran kepada cikgu yang bertugas melalui Whatsapp.. Semalam Amani ambil bukunya.. Buku tulis panjang ja.. Kalau ikut kata Amani, tingkatan 4 memang dah tak pakai buku tulis pendek.. Okaylah kan..

12 buah buku tulis panjang.. 
Ikalan ini ada bubuh sekali no akaun koperasi sekolah dan nama cikgu yang boleh dihubungi..

US | Predator: Badlands (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dek ini predator yang dibuang sebab tak berapa nak gagah.. Tercampak ke planet Genna, Dek bersumpah untuk membunuh Kalisk yang kononnya tak terkalah.. Dek kemudiannya ditemani androidbernama Thia yang memiliki separuh badan sahaja akibat berlawan dengan Kalisk.. Tak lama lepas tu Thia dan Dek bertemu dengan makhluk comel yang diberi nama Bud.. Memang comellah tapi garang.. kikiki.. Pada masa yang sama 1 lagi android bernama Tessa sedang memburu Dek dan juga Thia.. Bila Dek berjumpa dengan Kalisk diorang berlawan tapi tu lah, Kalisk tak kalah tapi tak juga membunuh Dek.. Sebaliknya diorang ditangkap Tessa.. Perlawanan bertukar arah bila Dek tahu yang Kalisk tu bapa Bud.. huhuhu..

Predator: Badlands
Taglines: First hunt. Last chance.
2025 ‧ Action/Adventure/Sci-Fi/Thriller/Horror ‧ 1h 47m
Cast out from its clan, an alien hunter and an unlikely ally embark on a treacherous journey in search of the ultimate adversary.


Mata Tertinggi AINS

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kemain teruja Imani bagi tahu Sha dia dapat mata tertinggi untuk AINS (Advanced Intergrated NILAM System).. Tak menyempat balik rumah, dia hantar gambar guna telefon pengasuh.. Dapat sijil dan piala.. Alhamdulillah, ada juga hasil mak bising-bising dan paksa buat AINS ini.. kikiki.. Anak-anak Sha ini rajin membaca tapi tak berapa nak rajin mengisi buku Nilam ataupun AINS ini.. Nak kena paksa dan ingatkan barulah nak buat.. Hasilnya dapat dekat anak-anak juga, mak tumpang gembira ja..

Mata Teringgi AIns: Tempat Kelapan Sesi 2025

Aktiviti Sekolah: Eksplorasi Alam Barzakh

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Amani kata cikgu bawa pelajar ke kubur untuk belajar adab bila berada di kubur dan juga buat gotong-royong bersihkan kubur.. Aktiviti ini melibatkan semua pelajar tingkatan 3 dan 1.. Amani bagi tahu Sha ada kubur bayi juga.. Ada 60 kubur dekat tanah perkuburan tu.. Tanah perkuburan tu tak jauh dari sekolah Amani, mereka jalan kaki ja.. Baguslah pengisian aktiviti oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar ini.. Setiap hari terisi dengan perkara-perkara baru berkaitan dunia luar..

Pemakluman pihak sekolah ini Sha tak perasan, bila balik semalam Amani cerita barulah Sha tahu.. Group kelas ini Amani ada sekali tu yang kadang Sha tak perasan.. Sha memang suruh Amani peka dengan maklumat dalam group tu..

Tuesday, December 2, 2025

Kellogg's Granola Boost Protein Extra

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa yang mewah.. Granola rangup yang diperbuat daripada pelbagai jenis bijiran dan disaluti coklat gelap, kemudian ada bijirin kacang pistachio, ada juga biji labu dan kacang gajus.. Memang ngamlah dijadikan snek mahupun dimakab sebagai sarapan pagi.. Mengenyangkan tau.. 

Kellogg's Granola Boost Protein Extra (200g) - RM16.45

Dapatlah sebekas comel ini..

Meriah okay dengan biji labu.. Syok betul mengunyah..

Sha makan dengan susu.. Sedap dan mengenyangkan..

Sijil Penghargaan | Anugerah Emas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ingat tak hari tu Sha ada kongsikan pasal Projek Sains dan RBT Amani.. Hujung bulan Oktober tu dia bawa balik sijil ini.. Kumpulan dia dapat Anugerah Emas untuk projek tu.. Alhamdulillah.. Berbaloilah dengan usaha dan hasilnya.. Sepah-sepah dan huru hara yang dia buat sebelum ini, memang memberi hasil yang baiklah.. Teruja sangat Amani bila dia tunjukkan sijil ini.. Sha suruh dia simpan elok-elok dalam folder dia.. Senang nanti kalau nak guna.. Sha simpan sini sebagai kenangan..

Hujung Oktober dapatnya..

Kopi Cap Buah Naga: Kopi O 2in1 & Instant Coffee 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha cuba versi kopi O + gula dan 3in1 dari jenama Cap Buah Naga.. Okaylah kopi dia.. Sha beli 1 sachet ja setiap rasa untuk cuba.. Kopi O tu memang pekatlah kopi dia.. Walaupun ada gula tapi tak adalah manis sangat.. Ngam-ngam ja rasa dia.. 3in1 tu pula tak ada kaw sangat kopi dia.. Jenis lembut di lidah dan tidaklah kaw sangat.. Sesuai untuk mereka yang suka kopi tapi tak nak kaw..


Monday, December 1, 2025

Chocolate Lava Cake Sempena Hari Jadi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha tebus Chocolate Lava Cake dari Pizza Hut sempena birthday.. Sambil tu beli sekali Breadstix Cheddar, Breadstix Cinnamon dan mushroom soup.. Sha dapat voucher kek tu dari minggu lepas lagi tapi tak boleh nak tebus dekat cawangan Slim River.. Tak pastilah kenapa.. Dekat kedai ada, dekat dalam aplikasi dia tak ada.. Semalam saja cuba, eh ada lah pula.. Sha tebus dekat cawangan Tanjung Malim.. Kalau tak ada memang burn je lah.. Semalam tarikh akhir guna voucher tu.. Selalu kalau beli Sha add on ja RM6.50.. Ini dapat free.. Jadilah kan..

Breadstix Cinnamon - RM2.38
Breadstix Cheddar - RM2.38
Mushroom Soup - RM1.87
Chocolate Lava Cake - Free

Kasut Ride Dah Sihat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kasut ini Sha perasan rosak masa ride bulan Mei hari tu.. Bukanlah rosak apa, tapaknya tercabut di bahagian belakang.. Kasut guna gam, memang mudahlah tercabut.. Sayang sebab masih elok cuma tapak ja tercabut sikit.. Bertangguh-tangguh nak dihantar baiki.. Sudahnya semalam keluar dengan Amani beli Kopi Mocha Coklat Chip dekat Kopi Saigon, Tanjung Malim teruslah Sha hantar kasut sekali.. Itupun sebab parking kereta depan kedai baiki kasut dan kedainya buka.. Kalau tak memang tak berhantarlah juga.. Buka bonet kereta terus ambil kasut dan hantar untuk baiki.. Sejam katanya siap, makanya Sha dan Amani pun teruslah merayap sementara menanti sejam berlalu.. Upah jahitnya RM25 untuk sepasang kasut ini.. Jahitannya pun kemas.. Alhamdulillah.. Memang betul siap dalam sejam.. Akhirnya kasut ini berjaya diselamatkan.. Nanti bolehlah plan ride dengan encik suami.. kikiki..

Selamat dibaiki pada 30 November 2025..

Suami Belanja Aneka Kek Keju dari Zus

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Jumaat (28.11.2025) encik suami tanya Sha, tak nak kek ke.. Pilihlah kek apa-apa, dia belanja.. Sha cakap nak beli dari Zus lah sebab dapat kupon sempena hari jadi.. Encik suami suruh beli ja kek apa yang nak.. Zus ada 3 jenis ja, Sha beli semua.. kikiki.. 1 bayar harga penuh, 1 dapat diskaun 20% dan satu lagi percuma.. Jadinya encik suami kena bayar RM24.30.. Burnt Cheese Cake dengan Biscoff Baked Cheese Cake tu biasa ja pada Sha.. Tak ada yang wow pun.. Sesuailah rasa dengan harga dia tu.. 

Summer Berries Cheese Cake - RM13.50
Burnt Cheese Cake - RM10.80 (-20%)
Biscoff Baked Cheese Cake - RM13.50 (free)

Summer Berries Cheese Cake ini sedap.. Warna dia pun cantik.. Memang ngam teruklah dengan tekak Sha.. Rasa buah beri tu sedap, masam tapi tak terlalu mengganggu dan ngamlah dengan keju dia.. Lapisan kek tu pun mantap, lembut ja kek dia.. Rasa beri tu buat teringat-ingat.. Sedap makan sejuk-sejuk.. Sha simpan dulu bagi sejuk baru makan.. Memang ngamlah..

Beli 1 percuma 1.. Birthday treat from Zus..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com