Friday, April 19, 2019

Koleksi Buku April 2019

Assalamualaikum..
hye semua..

Yeah!! Buku-buku yang Sha pra tempah dah selamat sampai.. Buku ini ditempah awal sebelum PBAKL 2019 lagi.. Inilah pengubat hati bila tengok kawan-kawan yang shopping di PBAKL 2019 update status mengenai buku mereka.. Hehehe.. Jenuh kawal nafsu dari membeli.. 

Ini yang sampai pada 17 April 2019..

Demi Cintaku Demi Cintamu oleh Ilya Abdullah ini Sha punya.. Pohon Jemaah Seram tu pula untuk pemenang Book Giveaway by JJM & Friends yang dianjurkan oleh Blog Jari Jemari Menari.. Buku ini ada tandatangan penulis Ilya Abdullah dan juga cenderahati penanda buku dari penulis..

Ini pula buku Koleksi Cerpen Tunjukkan Aku Arah Kiblat oleh Maria Kajiwa.. Satu Sha punya.. 4 lagi Sha nak jadikan hadiah Giveaway yang akan datang.. Giveaway sempena Ramadhan/Syawal.. Owh ya.. Sha dalam proses nak order lagi.. Nak cukupkan dalam 8 orang pemenang..

Ini pula yang sampai pada 18.04.2019..

Zine Roses oleh Ilya Abdullah tu hadiah penulis sebab beli novel Demi Cintaku Demi Cintamu.. Kerajaan Paling Seram Vol.2 Sha order dengan penulis Ilya Abdullah juga..

Bertambah senarai dalam Buku Untuk Dibaca.. Biar banyak jangan tak ada.. hehehe..

Thursday, April 18, 2019

Nestle Ice Cream La Cremeria: Summer Berries Yogurt

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ternampak perasa baru untuk aiskrim La Cremeria.. Kebtulan pula perasa yang disukai.. Buah berries tu.. Memang tak rugilah beli.. Sedap.. Masam-masam tu.. Pergh!! Layan tau.. Sebekas ini habis sekejapan je.. Tambah makan kongsi dengan adik dan anak-anak Sha.. Kenyang Aiskrim je.. Hahaha.. Harga tak ingat.. Kikiki.. 


Isi dalam dia.. Ada ketulan buah berries tau..

Beli ini masa dekat Melaka.. Masa cari barang untuk bakar-bakar.. Tapi makannya masa on the way nak balik.. Makan dalam kereta je.. Hehehe..

Pesta Buku Perak 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya, Sha tak tahu pun pasal Pesta Buku Perak 2019 ini.. Mujurlah ada Blogger Anies mesej bagi tahu.. Barulah Sha tahu.. Jadinya Sha kongsikanlah kat sini.. Mana tahu ada yang nak pergi.. Sha kongsikan poster utama dan juga poster program-program yang menarik buat anda yang teringin nak pergi.. Sha tak tahu lagi pergi ke tak..





Pindah Rumah #5

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry Melaka dah habis.. Kita sambung entry pindah rumah ye.. Selasa (16.04.2019), Sha masih bercuti.. Jadinya sambung la punggah dan kemas barang.. 10 tahun punya barang kan.. Lepas tu buat berdua je dengan encik suami.. Memang ambil masalah..

Untuk mempercepatkan kerja, Sha buat keputusan kosongkan bilik-bilik dulu.. Longgokkan barang dekat ruang tamu.. Sebab ada barang yang nak kena buang dan bagi orang.. Satu hari kami punggah dan bersihkan.. Banyak gila barang-barang rupanya.. Malamnya, encik suami cuba cat dulu bilik belakang.. Pergh!! Mencabar sungguh nak hilangkan kesan contengan Amani dan Imani.. huhuhu..

Inilah barang-barang yang masih tinggal di rumah lama... Barang-barang yang dikeluarkan dari bilik-bilik dan juga stor.. Banyak.. Ada yang patut dibuang..


Rabu (17.04.2019) nya pula, Sha dan encik suami berkerjasama mengemas, menyusun atur dapur bawah dan punggah barang dari dapur rumah lama.. Sambil Sha kemas dapur, encik suami pula buka kipas, pasang kipas, cabut ariel dan rel langsir bawa turun.. Sha pula punggah barang-barang dari dapur bawa turun.. Bawa turun tilam dan rak plastik.. Sha juga uruskan anak sekolah, beli barang untuk rumah.. Kapasitor kipas nak kena ganti baru.. Baru kipas berpusing.. Malamnya Sha ke kedai ECO cari penyangkut baju, sepit baju, tong sampah dan roller cat..

Hari ini harapnya dapatlah siapkan dapur rumah baru..

Wednesday, April 17, 2019

Melaka 2019 #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ketiga ini bermula dengan santai je.. Pukul 7, anak-anak dah terjun kolam.. Pukul 8 baru pergi cari sarapan.. Kami singgah makan dan tapau di Warung Hj Bakar, .. Sha, encik suami dengan MIL makan lontong.. Istimewa sebab dia bubuh sambal tumis dan serunding.. Sedap.. Untuk adik dan anak-anak, Sha bungkuskan nasi lemak dan roti canai.. Makan pagi RM36.. 

Lontong dengan sambal dan serunding..

Anak-anak sambung mandi sampai pukul 11 pagi.. Kemas baju dengan homestay semua, pastu dalam pukul 12 camtu kami checkout.. 


Singgah lunch.. Makan asam pedas ikan parang dan ikan kembung.. Sha dengan MIL je yang makan.. Adik dengan suami dia makan nasi ayam.. Anak-anak Sha pun makan nasi ayam.. Encik suami makan kuih je.. Lepas lunch, kami gerak asing.. Encik suami bawa MIL gi cari buah potong.. Sha dengan adik gerak gi Encore dan Sand Dune.. Tapi panas ya amat.. hahaha.. Berdua je kami berjalan memuaskan hati dalam terik mentari dekat Encore je.. Sand Dune tu jauh ya amat.. Tengok dari jauh je Sand Dune tu.. Kereta tak boleh masuk.. Kawasan berpasirkan.. kang sangkut, satu hal pula..

Lepast tu kami ke Muzium Kapal Selam.. Anak-anak Sha je yang masuk dengan encik suami.. Sha dah pernah masuk sebelum ini.. Dulu free, sekarang kena bayar.. hehehe..

Dari muzium kapal selam, kami pergi mencari Coconut Shake dan Avacado Viral.. Senang je.. Berdekatan je kedua-duanya.. Malangnya Avacado tutup.. Mujurlah ada Keria sebelah Avacado.. Terubat sikit hati.. Sedap ya amat kuih keria dia.. Dah sejuk pun best..


Lepas tu kami terus gerak ke Cyberjaya untuk makan malam.. Makan dekat Saba Restoran.. Menu last untuk trip 3 hari 2 malam.. Order set dulang untuk 5 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak makan.. Berbaloi dan licin..

Habis dah trip kami.. Sha sampai rumah lehih kurang jam 9 lebih.. Tidokan anak-anak, basuh baju dan kemas beg mereka.. Penat tapi seronok.. Semoga perancangan untuk percutian seterusnya dipermudahkan.. Aamiin.. Jom menabung..

Goreng Pisang Alai, Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Singgah sini.. Gerai ini tepi jalan je.. Nak menuju ke homestay.. Meriah kedainya dengan pisang bergantungan.. hehehe..

Bergantungan pisang depan kedai..

Panas-panas lagi pisang gorengnya..

Karipap ini dia gentel depan-depan ini.. Sedap..

Beli RM10..
Karipap kentang rm2, karipap sardin rm2, pisang rm4 dan keropok lekor rm2..

Singgah sini.. Beli coconut shake kat sini dengan air kelapa tapi maaf cakaplah.. Kurang menarik.. Sebab bukan pure air kelapa.. Campur air masak.. huhuhu.. Sedap lagi dekat Klebang..

Nasi Lemak Lereh, Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..


Sarapan pagi hari kedua dekat sini.. Sha dengan encik suami bawa MIL makan kedai.. Untuk anak-anak dan family adik, Sha bungkus je.. Memang kedai wajib singgah untuk Sha kalau ke Melaka.. Pilihan makan pagi dia yang ada Nasi lemak dan aneka lauk, kuih muih dan sambal sotong dia paling best.. Tapi sekarang dia pakai sotong kering yang besar, tak macam dulu.. Dulu sotong kering yang kecik..

Makan pagi - RM46.40

Aneka kuih muih..

Tuesday, April 16, 2019

Melaka 2019 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari kedua kami di Melaka.. Bermula seawalnya.. Pagi dalam 7.30 camtu adik Sha dah terjun kolam.. Sha, encik suami dengan MIL ke Nasi Lemak Lereh di Klebang untuk sarapan dan bungkus.. Memang ohsem.. Sha suka nasi lemak sambal sotong dia..

Ini sarapan untuk yang di rumah.. Sibuk mandi sampai lupa nak makan.. hehehe..

Kemain pagi lagi dah berendam.. Berhenti kejap je, lepas tu sambung lagi..

Sha keluar gi beli makanan untuk grill.. Beli ayam, daging kambing siap perap dan hotdog.. Sambil grill, sambil mereka mandi.. Pukul 4 lebih berhenti dan sutuh bebudak tidur sebab malam nak keluar jalan..

Malamnya kami ke bangunan depan kapal dekat bandar hilir.. Nak cari t-shirt Melaka.. Buat kenangan gitu.. Ada satu kedai kat bahagian atas.. Naik tangga lepas tu ke kiri.. Pekerja dia memang ohsem melayan kerenah kami..

Lepas cari T-shirt kami jalan ke Bangunan Merah.. Imani dah berzikir nak naik beca.. Nak naik beca.. Bawalah mereka naik beca.. RM25 untuk satu beca.. Memang meriahlah.. Lepas tu kami ke Pasar Borong Batu Berendam.. Makan roti canai dengan kuah asam pedas.. Pergh!! Layan okay..

Sampai rumah terus basuh baju-baju yang beli semalam.. Nak pakai esok pagi.. Sedondon gitu.. hahaha..

Menang 2019 Comeback Giveaway by Cik Roxa

Assalamualaikum..
Hye semua..


Alhamdulillah.. Sha menang 2019 Comeback Giveaway by Cik Roxa.. Menang buku pula tu.. Yeah!! Bertambah koleksi buku Sha.. TQ Cik Roxa.. Tahniah juga buat semua pemenang.. Boleh tengok senarai pemenang di SINI..

Cik Roxa akak pinjam gambar ye..

Ikan Bakar Pantai Kg Hailam Tanjong Kling, Melaka

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menu makan malam kami dah tentulah asam pedas.. Ini kedai pilihan untuk malam pertama kami di Melaka dan kedai wajib singgah setiap kali ke Melaka.. Kami pergi makan dekat dengan Makam Hang Tuah.. Tepi laut.. Kat sini best sebab banyak pilihan makanan.. Paling ohsem dah tentulah asam pedas dan lempeng.. Memang terbaik..

Gerai asam pedas yang kami order..

Ubi kayu rebus nie sepinggan RM3

Asam pedas pari 2 mangkuk.. Asam pedas tetel 1 mangkuk makan, 1 mangkuk bungkus.. Nasi putih sepinggan je.. Harga tak ingat.. hehehe..

Lempeng nie kami amik 10 keping.. 2 keping bungkus.. RM15..

Traditional Food Industries

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dalam perjalanan ke Melaka, Sha singgah sini beli jajan.. Selamat RM72.30.. Hehehe.. Meriah bekalan yang kami shopping..

Kedai berwajah baru..

Hiasan dan pameran makanan pun dah cantik dan memikat mata memandang.. Kemas tersusun dan makin banyak pilihan..

Tujuan utama dah tentulah mee siput ini.. Tapi beli sebjngkus je.. Hahaha..

Teruja betul tengok susunan dia..

Paling best para inilah.. Ada kerepek peria, kerepek bawang putih, sambal ikan bilis, kuah pecal dan macam-macam lagi..

Hasil tangkapan yang Sha makan dekat Homestay.. Beli cakar ayam, kerepek kacang dhal, biskut gula, maruku..

Ini tangkapan untuk di bawa balik ke Perak.. Ada mee siput, kerepek pisang, kerepek bawang putih, rendang ubi kayu dan mentaram..

Monday, April 15, 2019

Melaka | Suri Homestay

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memilih Suri Homestay Melaka sepanjang 3 hari di Melaka.. Homestay ini pada Sha sangat berbaloi dan privasi.. Harga yang Sha bayar untuk pakej 3 hari 2 malam ialah RM900 (termasuk set BBQ).. Homestay ini terletak di dalam kawasan perumahan berhampiran pantai Crystal Bay dan medan ikan bakar Kg. Alai Melaka.. Terletak di pinggir Bandar Melaka yang tenang dan jauh dari kesibukan kota. Memang sesuai untuk berehat dan tenangkan minda..

Pagar dia automatik..

Nampak tak kolam renang tu..

Kalau nak grill, tambah RM50.. pakai gas..

Sebab utama Sha pilih Homestay ini.. Ada kolam renang private.. Bolehlah anak-anak berwndam sepuas-puasnya.. Siap ada tandas dan kamar mandi kat tepi kolam.. Memang best..

Ruang tamu..

Ruang makan dan dapur..

Bilik ke lima.. Sebelah ruang makan..

Bilik utama.. Ada bilik air..

Bilik kedua..

Bilik keempat.. katil single..

Bilik ketiga..

Bilik air.. kat bahagian luar..

Fasiliti lengkap yang disediakan di jomestay ini:-
1. Ada 5 bilik tidur berhawa dingin.
2. Kolam renang peribadi (sebab utama)
3. Ada 2 bilik air di dalam dan 1 bilik air di tepi kolam..
4. Ada mesin basuh & sterika
5. Lengkap dengan peralatan memasak seperti dapur gas, peti ais, cerek, periuk nasi dan lain-lain.
6. Ada LCD TV, Astro (Super Pack 1)
7. Sofa
8. Kelengkapan Set BBQ Gas (tambahan RM50)

Website:

Untuk tempahan hubungi /whatsapp 011-11704430 (Rizal)

Open for Muslim only

Check-in selepas 2:30 ptg, Check-out  sebelum 12:30 tghari
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com