Friday, June 21, 2024

Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam kami meraikan ulang tahun Amani dengan kek keju kegemaran Amani.. Hadiah yang Amani minta dari Sha pula adalah set buku Harry Potter.. Sha okay saja bila dia minta buku, seronok tengok dia suka membaca.. Tambahan pula dari bacaan ini bolehlah dia tambah kosa kata untuk buat karangan.. Adik pun boleh tumpang baca juga.. Semoga Amani sentiasa dalam perlindungan Allah.. Aamiin..

Buku yang dipesan sampai awal.. Sampai pada hari kami nak meraikan ulang tahun perkahwinan Sha dan encik suami.. Tak sangka yang buku akan sampai begitu awal.. Pesan pada 1 Jun 2024 pagi dan 2 Jun 2024 tengahari dah sampai.. Sampai tu memang terus bagi Amani..

Sebelum baca, haruslah emaknya balutkan dulu.. Runsing tengok buku tak berbalut.. kikiki..

Kek Keju kesukaan Amani.. Tiap-tiap tahun wajib beli ini dekat kenalan Sha.. Memang sedap dan kena sangat dengan harganya.. Puas hati.. Amani memang tak kan minta kek selain kek ini.. 

ebook | X-VENTURE Unexplained File L03 - The Brain Maze by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ketiga ini mengenai jerangkap minda dan info tentang otak.. Kali ini mereka dapat tugas tentang pelajar yang tiba-tiba berubah selepas pergi ke pusat kajian otak.. Ash dan Katie dihantar untuk menyamar dan menyiasat.. Walaupunberjaya menyelamatkan pelajar lain namun penjahat utamanya terlepas..

Penerangan menarik mengenai otak, fungsi otak, kegunaan otak kiri dan kanan, perbezaan otak lelaki dan perempuan, penuaan otak, gelombang otak, hipnosis, adakah otak kita tidur, memori, info tentang otak haiwan juga dan banyak lagi info menarik mengenai otak.. 

Sha baca dan selesai pada 19.06.2024..

Published May 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Thursday, June 20, 2024

Sambal Kentang Bilis Rangup Abang Syukor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini satu lagi sambal best dari Abang Syukor.. Memang betul-betul rangup seperti yang dikatakan.. Beli pula masa live, memang ngamlah.. Sha ratah macam tu saja.. Tak berapa pedas, rangup, meriah dengan ikan bilis dan mewah dengan kentang.. Puas hati.. Barulah betul sambal kentang bila isi dalam penuh dengan kepingan kentang yang rangup.. Memang akan beli lagi sambal yang ini.. 

Sambal Kentang Bilis Rangup Abang Syukor - RM7.62

Memang meriahlah dengan kentang.. Rangup pula tu..

ebook | X-VENTURE Unexplained File L02 - The Phantom Eyes by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua ini tentang penglihatan.. Maklumat mengenai mata atau pandangan diselitkan dihujung setiap bab..Memang bagus untuk fibaca oleh kanak-kanak serta orang dewasa.. Ada penerangan tengan buta warna, perubahan okular pada haiwan, bagaimana untuk melihat di dalam gelap, pandangan malam dan juga tentang cermin.. Memang menariklah sebab belajar tentang perkara lain juga selain komik..

Kali ini Madam White pergi bercuti namun sebelum itu sempat tinggalkan kes untuk Ash, Katie dan Crowley siasat.. Kali ini mereka kena pergi ke gunung untuk menyiasat kes tentang tample yang katanya boleh mempunyai keupayaan menyembuh dan membaiki nasib.. Malangnya ianya hanya lah tipu dan mereka menggunakan ilusi mata.. Tapi saat kes selesai, Madam White mengesahkan yang dia tak pernah tinggalkan kes untuk mereka siasat.. Jadinya kes tu dari siapa?

Sha baca dan selesai pada 18.06.2024..

Published May 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Sewing Kits Multi-function

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani minat sangat menjahit.. Selalunya dia usik barang jahit ayahnya.. Bila Sha tengok kesungguhan dan minat dia, Sha pun belikan set menjahit ini untuk dia.. Lengkap ada macam-macam supaya dia tak usik barang jahit ayahnya.. Boleh Sha guna sekali untuk jahit seluar atau kain yang terkoyak.. kikiki..

98pcs Sewing Kits Multi-function Sewing Box Set for Hand

Include:
22 X Coils , 2 X Colorful Coils  , 1 X Gold Tail Needle Tray , 30 X Gold Tail Needles , 3 X White Buckles, 3 X Black Buckles , 3 X Buckles , 2 X Threaders , 1 X Looser Clip , 1 X Pen , 1 X Disassembly Device, 1 X Plating Eyebrow Clip , 2 X Metal Thimbles , 1 X Scale  , 1 X Scissors  , 1 X Nail Clippers , 5 X Pearlite Needles ,5 X Big Pins , 1 X Pin Drum , 5 X Pins ,1 X Black Storage Bag

Sambal Geprek Ikan Bilis Abang Syukor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha teruja betul dengan sambal yang ini.. Beli dengan harapan kena sangatlah dengan tekak.. Alhamdulillah memang kena.. Sedap, masin, manis.. Memang secukup rasalah dekat tekak Sha.. Tak terlalu pedas.. Ikan bilis pun banyak.. Memang layan.. Sha jadikan rencah nasi goreng, pergh!! Memang sedaplah.. Sha suka sebab sambalnya elok je walaupun tak simpan dalam peti ais.. Tahan lamalah juga, seminggu macam tu..

Paling best sebab berjaya beli dengan harga diskaun.. kikiki.. Sha beli pagi-pagi masa live, dapatlah penjimatan harga.. 

Sambal Geprek Ikan Bilis Abang Syukor - RM10.09

Isi dalam dia.. Berminyak, merah dan ada ikan bilis.. Padu betul..

Wednesday, June 19, 2024

ebook | X-VENTURE Unexplained File L01 - The Crying Stairs by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku pertama dari siri ini.. Buku ini memberi info tentang bunyi.. Apa itu bunyi dan bagaimana ia terbentuk.. Gema, Frequency, Resonances, kelajuan bunyi, Supersonic bunyi dan volume.. Selain itu ada juga tentang perbezaan tahap pendengaran manusia dan beberapa binatang, tip melindungi telinga, bagaimana manusia mendengar, kenapa telinga letak ditepi kepala dan banyak lagi.. 

Ash yang ditemani Crowley dan Katie telah diarahkan oleh Madam White untuk menyamar sebagai pelajar di sebuah sekolah yang diganggu dengan tangga menangis.. Penyiasatan mereka menemukan mereka dengan kejadian paranormal dan juga butik saintifik yang mana kejadian dilakukan oleh manusia dan juga hantu..

Sha baca dan selesai pada 18.06.2024..

Published January 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Munchy's Lexus Gold: Chocolate Brownies Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Memang mantaplah.. Biskut coklat yang bersalut coklat kemudian berintikan krim coklat brownies.. Memang puas lah untuk mereka yang menggemari coklat.. Memang ngam.. Tambah-tambah kalau korang simpan dulu dalma peti sejuk bagi dia sejuk lepas tu baru makan.. Memang ngamlah..

Munchy's Lexus Gold: Chocolate Brownies Cream (192g) - RM7.99

12 pek comel

Semuanya hitam.. Biskut coklat bersalut coklat dan berintikan coklat.. Mantap..

Kreativiti Imani #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hasil tangan Imani.. Menjahit bekas pensil menggunakan kain terpakai.. Semuanya dia jahit sendiri.. Kerja kumpulan tapi dia buat sorang-sorang sebab kawan yang lain tak pandai menjahit.. Kawan yang lain bawa bahan, melakar dan kerja menjahit jatuh dekat Imani.. Sha suka je tengok dia berkretiviti seperti ini.. Sekurang-kurangnya tahu dah ke mana minat dia.. Bolehlah cari jalan untuk perkembangan dia..

Bekas Pensil

Sepatutnya pakai zip tapi Imani guna butang je..

Bahagian belakang..

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, June 18, 2024

ebook | Bila Jantung Kata Beep-beep oleh Hana Hadzrami, Adibah Abdullah, Khairil Idham Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan yang mantap.. Tambahan pula bila dibaca pada Hari Raya Aidiladha.. Pengorbanan doktor bius yang tidak didendang dan dipandang sepi.. Sosok yang ada dan setia sepanjang pembedahan memantau keadaan pesakit.. Mereka ini antara watak yang penting saat pembedahan dijalankan.. Perkongsian dari tiga doktor ini membuka mata Sha tentang tugas seorang doktor bius.. Walaupun ada perkongsian yang kaku namun kebanyakkannya menyentuh hati dan perasaan.. Ada yang mampu membuatkan Sha menitiskan air mata.. Tak akan cepat mahupun lambat bila dah sampai waktunya.. Selain itu, turut diselitkan penerangan untuk istilah-istilah perubatan yang dinyatakan.. Memang best..

Sha baca dan selesai pada 17.06.2024..

Published April 1, 2017 by Penerbitan Kata Pilar / Kata-Pilar Books

Munchy's Lexus Gold: Madagascar Vanilla Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut munchy datang lagi dengan biskut yang sedap dan mantap.. Kikiki.. Buat semua peminat coklat dan vanila, biskut ini pasti akan menjadi kesukaan anda.. Rasa biskut coklat yang disaluti coklat dan ditambah krim vanila ditengahnya memang sangat sempurna untuk lidah dan tekak Sha.. Owh ya, ini bukan review berbayar.. Sha beli sendiri ya biskut ini.. Kalau nak lagi best, korang simpan biskut ini dalam peti sejuk lepas tu makan.. Memang mantop.. kikiki..

Munchy's Lexus Gold: Madagascar Vanilla Cream (192g) - RM7.99

Ada 12 pek individu..

1 pek ada satu sandwich biskut.. Warna putih tu krim vanila..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com